Pernah alami migrain? Atau sakit yang amat pada sebahagian tertentu di kepala?
Sakit kepala atau migrain yang teruk kadang kala menyebabkan fokus pada kerja terganggu dan mengambil berjam-jam atau berhari-hari untuk pulih. Disamping rasa sakit kepala, migrain juga menyebabkan rasa mual, muntah dan sensitif pada cahaya dan bunyi.
Mengikut Kementerian Kesihatan Malaysia, penyebab sakit kepala ialah:
- Tekanan (tension headache)
- Kemurungan
- Migrain (pengecutan salur darah)
- Penyakit serta ketegangan dalam mata
- sakit gigi dan tulang rahang
- Penyakit berkaitan telinga, hidung dan tekak
- Kejang otot
- Kecederaan kepala dan tengkuk/leher
- Angin Ahmar
- Jangkitan dalam otak, ketumbuhan dalam otak (brain tumor)
- Tekanan Darah Tinggi
- Pengambilan dadah dan racun.
Ramai dikalangan yang mengalami migrain atau sakit kepala akan mengambil cara yang paling mudah dan telah menjadi amalan turun temurun iaitu dengan menelan painkiller yakni Panadol.
Sebenarnya terdapat pelbagai lagi cara dan petua untuk melegakan migrain dan sakit kepala dengan cara alami yang paling selamat dan tidak menjejaskan kesihatan buah pinggang kita.
Mengikut petua orang dulu-dulu untuk hilangkan sakit kepala boleh gunakan
Pes Asam Jawa atau Limau Kasturi.
Sapukan pes asam jawa atau untuk limau kasturi dipicitkan air limau kasturi di atas kepala dan ramas-ramaskan rambut. Sambil meramas rambut, picit bahagian kepala yang sakit.
Urut dengan Minyak Panas
Ini juga merupakan cara yang paling popular dikalangan masyarakat kita. Minyak angin cap kapak sering menjadi pilihan.
Dimana minyak akan dilumurkan pada bahagian kepala, tengkuk dan belakang telinga. Kemudian diikuti dengan urutan manja dibahagian yang berdenyut.
Pek Ais
Untuk cara ketiga ini dengan meletakkan pek ais di kepala akan membuatkan rasa kebas atau numb terhasil. Selain dari ais pek boleh juga membalut ketulan ais didalam tuala dan letakkannya di atas kepala.
Rendam Kaki dalam Bekas Air Panas
Lagi satu cara untuk menghilangkan sakit kepala dan migrain kita boleh merendamkan kaki ke dalam bekas yang berisi air panas.
Tapi janganlah pulak lurus bendul, di isi bekas dengan air panas yang mengelegak tu, dah menjadi kisah lain pulak nanti. Tambahlah sedikit air yang sejuk macam kita buat air panas untuk mandi tiap pagi tu ;).
Dengan cara ini dikatakan mampu untuk melancarkan semula perjalanan darah dalam badan.
Elakkan mengambil MSG
Monosodium Glutamat(MSG) yang sering digunakan dalam masakan sebagai penambah perasa dalam makanan juga dikatakan penyebab Migrain dan sakit kepala.
Bukan tak boleh ambil, cuma kalau boleh kurangkan pengambilannya.
Rehatkan Diri
Elakkan diri dari stress yang melampau dan pergi bercuti sehari dua rehat kan diri dengan udara segar dan recharge semula tenaga.
Ini kerana tekanan yang melampau juga akan menyebabkan migrain dan membuka risiko mengalami tekanan darah tinggi.
Selain dari petua di atas kita boleh juga mengamalkan pengambilan makanan tambahan seperti B-Complex dan Ostematrix. Kedua-dua suplemen ini membantu meredakan ketegangan pada neuron dan saluran darah.
Selain dari itu, suplemen ini turut membekalkan nutrien dan mineral yang diperlukan oleh tubuh.
B-Complex
Vitamin B2(riboflavin) dan B6(Pyridoxine) telah terbukti dapat membantu mengurangkan kesakitan akibat migrain. Vitamin B lengkap yang terkandung dalam B-Complex Shaklee turut memastikan kita bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tetapi juga mencegah penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.
Osteomatrix( Kalsium, Magnesium & Vitamin D)
Kekurangan Magnesium didalam badan juga adalah penyumbang kepada Migrain dan sakit kepala. Pengambilan Osteomatrix membantu mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang dan dapat mengurangkan sakit kepala migrain dan frekuensinya.
Kalsium yang terkandung dalam Osteomatrix membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran dan membantu dalam proses pembekuan darah.
Bagi membantu proses penyerapan Kalsium yang efektif, Vitamin D amatlah diperlukan. Pengambilan Kalsium tanpa Vitamin D menyebabkan, kalsium tidak dapat diserap oleh tubuh dan berkemungkinan tertinggal didalam badan sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.
Pengambilan suplemen ini sangat selamat dan tidak membahayakan kesihatan.Malah menjadikan tubuh kita lebih sihat!
Pun begitu, untuk mendapat hasil supaya migrain dan sakit kepala tidak lagi menjadi satu masalah buat kita pengambilan suplemen ini haruslah diteruskan secara konsisten sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 bulan.
Selain itu, bagi yang beragama islam bolehlah amalkan doa untuk menghilangkan migrain dan sakit kepala di bawah ini:
Kehadiran Migrain dan sakit kepala mampu menjejaskan kehidupan harian kita dan memberi impak besar dalam kerjaya, pelajaran dan lain-lain.
Jika dibiarkan, Migrain boleh menjadi lebih teruk dan susah untuk diubati. Jangan biarkan ia menjadi teruk dan merbahaya.
Bagi yang tak sabar untuk mendapatkan suplemen B-Complex dan Ostematrix untuk membantu hilangkan sakit kepala dan migrain boleh terus wasap @ 011-20908587
Jika anda inginkan maklumat lebih lanjut mengenai produk juga boleh wasap/pm @011-20908587
~ aiza abu bakar~
0 comments:
Post a Comment