Monday, 7 July 2014

Tips Menjaga Kesihatan Hati dengan Revitalizing Set Shaklee

with 0 Comment
Hati adalah merupakan organ kedua terbesar dalam badan kita, beratnya lebih kurang tiga paun dan mempunyai tanggungjawab pelbagai fungsi badan yang penting setiap hari. Tugas utama Hati kita adalah untuk menapis darah yang datang dari saluran penghadaman dengan memetabolismakan nutrien, ubat-ubatan(dadah), alkohol dan bahan-bahan lain yang digunakan di samping membantu untuk membuang toksin.

Kesihatan Hati yang baik juga mengeluarkan protein dan menghasilkan hempedu untuk membantu memecahkan lemak dan bilirubin yang jelas, bahan berbahaya terbentuk daripada pecahan mati sel-sel darah merah, dari darah kita.

Kenapa Hati kita Memerlukan Bantuan Sokongan Suplemen?

Ini kerana Hati kita bertanggungjawab untuk memproses hampir semua benda yang kita makan, protein, lemak atau karbohidrat dan menjadikannya sebagai gula yang digunakan sebagai sumber tenaga. Tetapi memandangkan segala apa sahaja yang kita makan akan melalui Hati terlebih dahulu ini menyebabkan Hati kita terdedah kepada pelbagai toksin, seperti racun perosak, hormon, bahan tambahan makanan, alkohol, ubat-ubatan, mikroorganisma dan banyak lagi.


Hati akan bertindak sama ada menukar toksin merbahaya kepada kurang merbahaya atau pun memastikan toksin dihapuskan dari badan kita sepenuhnya. Walaubagaimanapun, tidak dapat dielakkan ada sesetengah toksin yang tertinggal dan bersembunyi disel-sel hati tertentu atau mewujudkan radikal bebas yang boleh merosakkan hati dan kesihatan kita secara keseluruhan. Inilah sebabnya menngapa ianya penting untuk menyokong kesihatan Hati kita dalam setiap cara yang perlu.

Makanan yang kita makan, ubat-ubatan yang kita ambil, minuman yang kita minum... semuanya mengambil tol kepada kesihatan hati kita, tetapi kita boleh membantu menjaga Hati kita dengan mengikuti langkah-langkah mudah seperti dibawah:

10 Tips untuk Melindungi Kesihatan Hati 


1. Memakan sebanyak mungkin makanan organik
Diet pemakanan kita merupakan bebanan yang besar untuk hati kita., kerana banyak makanan yang tercemar dengan racun perosak, hormon pertumbuhan dan bahan tambahan kimia.
 Dengan memilih makanan organik dapat membantu hati daripada berkerja keras untuk membunuh toksin.

2. Kawal pengambilan fruktoksa, makanan bergoreng dan makanan yang diproses yang mengandungi lemak trans.
Makanan ini memang mudah sekali didapati di rak-rak pasaraya. Lemak trans adalah biasa didapati dalam makanan goreng seperti kentang goreng dan donut, biskut dan keropok.
Mengikut kajian diet yang tinggi dengan fruktosa dan lemak trans membawa kepada obesiti dan lemak hati.

3. Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran
sayur-sayuran dan buah-buahan segar adalah sumber detox yang semulajadi.

4. Mengambil alkohol dalam kadar sederhana atau tidak ambil langsung

5. Menggunakan produk Isi Rumah yang semulajadi

 semakin banyak kita terdedah kepada bahan kimia,  lebih keraslah Hati kita terpaksa bekerja untuk memastikan kita sihat. Dengan memilih produk pembersihan semulajadi untuk rumah kita dan produk penjagaan peribadi semulajadi untuk badan kita dapat mengurangkan tekanan pada Hati.

6. Lakukan detox atau menyahtoksin secara tetap
 Kesihatan Hati( bersama-sama buah pinggang, darah, usus, sistem limpa dan kulit) membantu badan kita memproses dan menghapuskan bahan kimia melalui peluh, air kencing dan juga najis. Detox boleh membantu untuk menyokong dan meningkatkan proses semulajadi ini.

7. Berhati-hati dengan pengambilan ubat-ubatan
Mengambil ubat-ubatan dalam dos yang tidak betul, terlalu lama, atau dicampur dengan bahan-bahan lain, seperti alkohol atau ubat-ubatan lain boleh memudaratkan kesihatan Hati kita.

8. Melakukan Senaman
Senaman adalah satu cara mudah untuk mengurangkan risiko penyakit hati berlemak,bukan sahaja membantu kita mengawal berat badan yang sihat tetapi juga peningkatan kesihatan hati.

9. Elakkan Merokok
Merokok boleh membahayakan keupayaan hati untuk memproses dan membuang toksin dari badan dengan berkesan

10. Mengambil suplemen untuk kesihatan Hati

Set Revitalizing Shaklee mengandungi herba unik yang membekalkan sokongan nutrisi untuk fungsi optimum hati.

Kebaikannya dapat memberikan kita berasa lebih sihat dan segar, menggalakkan fungsi hati yang sihat dan memulihkan tenaga.

DTX Complex
DTX Complex Shaklee mengandungi ekstrak bahan semulajadi seperti dibawah:
  • Biji 'milk thistle'
    • Digunakan di Eropah sejak 2000 tahun dahulu lagi
    • merupakan bahan utama dalam DTX
    • Mengandungi 'silymarin' yang berfungsi sebagai antioksida
  • Biji schizandra chinensis
    • Menghalang toksin berada dalam badan
    • Menggalakkan protein sintesis yang mana ia menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru
    • Mengandungi Antioksida
  • Cendawan Reishi
    • Digunakan secara tradisional sejak 4000 tahun dahulu di China sebagai sumber antioksida
  • Dandelion
    • Kaya dengan vitamin A, B, C, D dan zat besi
    • Mengandungi 'Cynarin' yang melancarkan pengaliran hempedu
  • Kunyit
    • Mengandungi 'Curcumin' yang berfungsi untuk mencegah barah hati dan kesihatan pundi hempedu
  • Ekstrak Artichoke
    • Mengandungi 'Cynarin' yang melancarkan pengaliran hempedu sekaligus membantu mengekalkan aliran hempedu yang normal
Nutriferon
  • Melindungi dari Influenza, selsema
  • Membantu seimbangkan respon alergi terhadap persekitaran dan pencemaran udara
  • Immune booster yang baik ketika cuaca tidak menentu, kerap berkunjung ke tempat yang sesak seperti pasar malam dan shopping complex.


Ingat ! kesihatan Hati yang kuat adalah salah satu pertahanan terbaik untuk berhadapan dengan serangan toksin yang berlaku setiap hari di dalam badan kita. 

Gaya hidup yang sihat dan pengambilan suplemen dapat mengurangkan bebanan toksik dalam tubuh sambil menyediakan badan kita dengan sumber-sumber nutrien penting yang berkualiti tinggi bagi memastikan keadaan Hati kita berada dalam keadaan yang tip top.

Jangan tunggu lagi! Klik   ORDER   untuk pembelian.


Jika terdapat sebarang pertanyaan atau perlukan konsultansi bolehlah 
hubungi/ Whatsapp @ 012 617 8480 (Iza).

0 comments:

Post a Comment

Anda mungkin berminat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.