Wednesday, 13 May 2015

Vitamin Semulajadi atau Vitamin Sintetik?

with 0 Comment
Vitamin adalah merupakan molekul organik yang badan kita perlukan dalam kadar sedikit, tetapi badan kita tidak boleh menghasilkannya sendiri atau kita sukar untuk menghasilkannya sendiri.
 Kita perlu bergantung kepada makanan yang kita ambil untuk memastikan tubuh kita mendapat nutrien penting sepenuhnya.

Namun dalam era kemodenan sekarang, makanan yang kita ambil semakin berkurangan khasiatnya. Ini disebabkan oleh penggunaan racun perosak yang menghadkan tindakan mikrob  baik dalam tanah yang membantu tumbuhan mendapat nutrien.

Manakala penggunaan baja kimia pula, memberi tumpuan kepada bahan kimia utama yang tertentu sahaja dan tidak mengambil kira semua mineral surih, komponen organik, atau mikrob baik yang menyumbang ke dalam keperluan pemakanan yang sihat.

Selain itu makanan yang diubahsuai secara genetik telah menjadi sebahagian daripada bekalan makanan kita seharian. Sedangkan kita tidak tahu bagaimana atau apa kesannya kepada kita dalam jangka masa panjang.

Selain daripada masalah-masalah ini, tindakan kita memperbaiki dan memproses makanan kita supaya ia tahan lebih lama, lebih mudah, rasa lebih baik,  telah mengakibatkan nutrien penting dalam makanan kita hilang dan musnah. Kebanyakan makanan yang kita dapati di kedai-kedai runcit atau pasaraya sekarang hampir menyerupai dengan apa yang manusia telah makan selama beribu-ribu tahun dahulu, namun khasiatnya adalah jauh lebih rendah. 

Jadi, tidak hairanlah jika sekarang ini ramai orang mempunyai begitu banyak gangguan auto-imun, alergi makanan, dan masalah peningkatan obesiti. Ini kerana badan kita tidak tahu apa yang kita makan. Tubuh kita tidak dapat mencari nutrien yang diperlukan, dan menyebabkan badan meminta-minta supaya kita untuk makan lebih banyak dan lebih lagi agar kita dapat memberikan nutrien yang hilang itu. 


Kita semua tahu bahawa badan kita memerlukan bekalan vitamin dan mineral yang berterusan  supaya badan dapat berfungsi dengan baik. Para saintis, doktor, dan syarikat makanan juga bersetuju, jadi mereka telah mencipta vitamin murah di makmal. Masalahnya ialah vitamin murah itu adalah vitamin sintetik dan ianya bukanlah apa yang dicari oleh badan kita. 

Hampir semua multivitamin adalah dari sintetik . Begitu juga dengan makanan yang diperkayakan . 
Kenapa sintetik? Ini sebabnya, Vitamin sintetik adalah lebih murah untuk dihasilkan dan biasanya lebih stabil . Ini bermakna vitamin sintetik boleh bertahan di rak-rak jualan untuk berbulan-bulan atau bertahun lamanya.
Walaupun kebanyakan vitamin ini adalah sintetik tapi ianya masih disebut sebagai vitamin semulajadi kerana pada pandangan saintis vitamin sintetik adalah hampir sama dengan apa yang terdapat didalam makanan yang kita ambil. 

Tetapi  sebenarnya, cara sebatian ini dihasilkan adalah berbeza dengan proses metabolik yang dihasilkan oleh tumbuh-tumbuhan dan haiwan secara semulajadi. Produk yang terhasil juga biasanya merupakan sebatian yang tidak betul-betul dalam bentuk yang sama seperti apa-apa yang terdapat dalam alam semula jadi.

Berdasarkan hasil pelbagai kajian, Vitamin sintetik merupakan vitamin yang tidak mudah diserap oleh tubuh. Ini kerana penghasilan vitamin sintetik bukanlah dari sumber makanan kita dan ianya  tidak dikenali oleh tubuh yang akan memberatkan buah pinggang, dan sering kali dianggap sebagai racun.

Makanya, fikir-fikirkan lah sebelum membeli vitamin. Apa tujuan sebenarnya kita mengambil vitamin? Sama ada kita mengambil vitamin supaya badan kita lebih sihat atau pun untuk menambah kandungan toksik dalam badan kita?

Jika pilihan anda vitamin semulajadi ... Shaklee adalah pilihan yang bijak dan jimat! Ini kerana Shaklee merupakan syarikat makanan tambahan yang telah hampir 80 tahun dalam pasaran dan telah melebihi 10 tahun dalam pasaran Malaysia. Produknya juga merupakan produk yang sangat mendapat perhatian pengguna kerana tahap keberkesanannya.

Jika anda inginkan Vitamin Shaklee bolehlah SMS, Whatsapp atau Telegram di no 012- 617 8480.
dannn....jika anda inginkan Vitamin Shaklee dengan harga yang lebih jimat hubungi saya dengan segera di no 012 - 617 8480.

Semoga kita semua mendapat manfaat vitamin yang sebenarnya.

0 comments:

Post a Comment

Anda mungkin berminat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.