Monday, 22 August 2016

Tips penjagaan Rahim Ketika Berpantang

with 0 Comment

9 bulan dengan perut besar ke sana ke mari akhirnya tiba masa nak tengok muka baby yang cute tu 😇

Bila dah jumpa baby maknanya tibalah masa kena berpantang. Huhuhu... saat yang paling menyeksakan ... hehehe sebenarnya seronok pun ada jugak sebab orang layan kita macam pricess kot. Makan minum semua orang jaga, tak yah buat kerja rumah rehatlah ngko 44 hari tu. 😆

Ada ibu-ibu muda yang tanya kenapa nak kena pantang sampai 44 hari?

Jawapannya sebab masa kita bersalin sebahagian besar dinding rahim menjadi luka.

Sebab tu lah penjagaan rahim penting masa kita dalam pantang bagi mendapatkan semula rahim yang sihat dan kuat. Jadinya, kalau mak tu larang angkat benda berat ke, larang makan yang pedas ke semua tu untuk kebaikan kita juga.. janganlah nak melawan sangat.

Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan vitamin bagi mempercepatkan proses pemulihan luka rahim dan pada saluran kemaluan.

Ambil Makanan atau minuman yang mengandungi triptofan, iaitu salah satu asid amino essential yang dapat merangsang pengeluaran serotonin, yang bersifat menenangkan saraf. Contohnya nasi dan susu.. nak lagi berkhasiat ambik jer ESP.

Ada setengah orang tua tak benarkan anak yang sedang berpantang minum susu atau makanan yang berunsurkan kacang, takut badan masuk angin katanya.. tapi MIL akak siap sua air soya lagi masa pantang.😅

Semua pantang larang makanan ni mengikut keserasian badan juga sebenarnya.

Selain dari segi pemakanan, tahu tak kalau kita bagi bf (breast feeding) kat baby bukan ja memberi kebaikan untuk baby tapi juga untuk ibu. Rahim kita akan mengecut dan kuncup dengan lebih cepat daripada biasa. Bila baby menyusu, hormon oksitosin yang menggalakkan rahim mengecut dikeluarkan daripada kilang pituitari.

Hormon ni lah yang menyebabkan rahim menguncup. Biasanya dua minggu lepas bersalin, rahim yang besar dah tak rasa atas perut sebab ia dah tenggelam dalam rongga punggung walaupun saiznya masih besar lagi.

Dan menjawap soalan kenapa kena pantang sampai 44 hari kerana biasanya rahim akan pulih kepada saiz biasa dalam masa empat minggu selepas bersalin.


Friday, 12 August 2016

Tips Mencegah Nephrotic Syndrome / Penapis Buah Pinggang Bocor secara Semulajadi

with 0 Comment

Kebocoran penapis buah pinggang.

Sejak kebelakangan ni sering akak dapat khabar anak-anak yang baru usia 5 - 12 tahun terpaksa menangung penyakit Nephrotic Syndrome atau dalam bahasa kita disebut kebocoran penapis buah pinggang.

Di dalam buah pinggang kita terdapat penapis halus yang dipanggil "Glomeruli". Ia berfungsi untuk menghalang albumin (sejenis protein) dari keluar ke dalam air kencing.

Apabila glomeruli ini rosak atau bocor, lebih dari 3 gram protein akan terkeluar melalui air kencing di dalam masa 24jam setiap hari. Keadaan ni akan menyebabkan badan mula kehilangan banyak protein yang sangat penting untuk sistem tubuh(kebocoran protein).

PUNCA NEPHROTIC SYNDROME
antara penyebab biasa punca nephrotic syndrome:
Jangkitan kuman dalam darah (siflis)
Autoimun spt SLE( systemic Lupus Erythematosus
Penyakit darah sejak lahir : sickle cell disease
Kencing manis.

Akibat dari kebocoran penapis buah pinggang pelbagai komplikasi boleh terjadi termasuk yang boleh membawa maut.
Komplikasi yang akan berlaku:

Pembesaran kanak-kanak terbantut dan perlu dimasukkan ke hospital sehingga sembuh
Antibodi badan menjadi lemah dan mudah diserang jangkitan kuman sehingga boleh membawa maut
Air yang terkumpul diselaput paru-paru dan tisu badan boleh menjadi tempat pembiakan kuman yang meningkatkan risiko jangkitan paru-paru
Kegagalan buah pinggang peringkat akhir dimana ia tidak dapat lagi berfungsi dengan baik
Darah menjadi lebih pekat akibat kehilangan air yang boleh menyebabkan salur darah bengkak (edema) pada bahagian seperti kaki, sekitar mata dan muka, atau pada bahagian perut.
Kebergantungan kepada ubat streoid  yang akan memberi kesan sampingan
Hati akan menghasilkan lebih banyak lemak di dalam darah.

SIMPTOM NEPHROTIC SYNDROME
Gejala yang biasa dikenalpasti bagi pengidap penapis buah pinggang bocor:
Berasa lemah dan tidak bermaya
Kencing berbuih-buih
Mata dan muka kelihatan bengkak pada waktu pagi setelah bangun dari tidur
Kaki kelihatan bengkak pada waktu petang akibat berdiri
Perut kembung
Sakit perut
Cirit birit


TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL

Berjumpa dengan doktor pakar perubatan mengenai penyakit ini.

Diagnosa masalah kesihatan anda dengan pakar perubatan akan memberi ruang untuk mengenal pasti penyakit yang sedang dialami anda dan seterusnya mendapatkan rawatan susulan dan pemerhatian yang sewajarnya dari pakar perubatan anda.

Antara kaedah rawatan yang biasa diberikan kepada pesakit nephrotic syndrome adalah:
πŸƒPenggunaan steroid (prednisolone).
Ubat steroid ini akan diberikan mengikut berat badan sehingga tiada lagi kesan protein di dalam air kencing. Dos steroid akan dikurangkan sedikit demi sedikit.

πŸƒUbat untuk melawas kencing akan diberikan jika terdapat pembengkakan air pada bahagian muka dan badan.

πŸƒProtein albumin akan dimasukkan ke dalam salur darah jika perlu

πŸƒ Antibiotik akan diberikan jika terdapat jangkitan

πŸƒ Selain itu anda juga perlu menjaga diet dalam pemakanan seharian dengan mengurangkan pengambilan garam dan kuantiti air (bagi kes edema yang teruk.)

πŸƒKadar pengambilan kalori dan protein yang baik juga perlu diambil kira dalam diet seharian.

LANGKAH PENCEGAHAN
Selain dari berikhtiar dengan pengambilan steroid anda juga boleh mengambil langkah alternatif yang lebih selamat untuk mengawal terjadinya penyakit kebocoran penapis buah pinggang dan membantu kesan pemulihan melalui kaedah kawalan pemakanan nutrisi.

Bagi membantu menghasilkan sel-sel tubuh yang sihat badan kita memerlukan sumber nutrien dan protein yang bagus dan terbaik.

SHAKLEE mempunyai rangkaian suplemen yang dapat membantu mengatasi masalah penapis buah pinggang bocor antaranya:

πŸƒVIVIX
Membantu memperbaiki DNA tubuh yang rosak dengan menghasilkan sel-sel baru yang lebih sihat.

πŸƒOMEGAGUARD
Membantu mengurangkan keradangan dan mencairkan darah untuk mengurangkan risikonya berlaku nephrotic syndrome

πŸƒESP / MEALSHAKE
Membekalkan protein baik yang diperlukan oleh tubuh..


Anda boleh mendapatkan suplemen ini dengan kontek/whatsapp akak @ 013-416 4992 | Eja Abu Bakar

Wednesday, 10 August 2016

Detox Parasit untuk Kuruskan Badan dan Menyembuhkan Alergi Kulit.

with 0 Comment

Ramai yang sangka DETOX hanya utk kuruskan badan saja.

SALAH!!

DETOX PARASIT dapat juga dapat menyembuhkan alergi kulit, menjadikan wajah lebih berseri & badan yang lebih bertenaga.

Detox cara shaklee?

Apa istimewanya?

Parasit sememangnya tidak boleh dilihat dengan mata kasar tapi kewujudan parasit sangat merbahaya dan membawa ancaman kepada kesihatan.

Sering kali parasit dikaitkan dengan kanser, sawan, asma dan banyak lagi. Namun Para doktor kadang kala terlepas pandang kaitan antara jangkitan parasit dan penyakit yang serius, ini disebabkan oleh tanda-tanda jangkitan parasit adalah sama seperti penyakit serius.

Program detox antiparasit adalah satu penyelesaian yang sangat baik dan perlu dilakukan oleh setiap orang, walaupun tahap kesihatan kita berada pada tahap yang baik.

Parasit boleh menyusup masuk ke mana-mana bahagian sistem dalam badan, termasuk paru-paru, hati, jantung, otak, saraf tunjang, darah, pankreas, kulit, mata, buah pinggang dan rahim.

Oleh itu, melakukan detox parasit menggunakan suplement semulajadi dan sumber makanan adalah pilihan yang terbaik dan bijak.

Mikroorganisma parasit( patogen ) juga boleh menjadi punca kepada penyakit diabetes, kesihatan kardiovaskular yang lemah, keletihan kronik dan pelbagai penyakit lain.

Oleh kerana masalah yang disebabkan oleh parasit sangat meluas, adalah penting bagi individu yang sihat menjalankan program membersihkan parasit sekurang-kurangnya sekali setahun, atau lebih jika terdapat tanda-tanda kewujudan penyakit.

Antara suplement semulajadi yang dapat menyingkirkan parasit adalah

🍃VIVIX

VIVIX mengandungi antioksidan yang tinggi dan phytokimia yang membantu untuk melindungi sel daripada kerosakan akibat serangan radikal bebas

🍃Alfafa : Pencuci seluruh tubuh

Alfafa adalah antara penyah toksik yang terbaik.

Berasaskan daun herba yang akarnya panjang jauh kedalam tanah dan bertindak sebagai pencuci untuk seluruh tubuh.

Alfafa yang bersifat alkali boleh mengembalikan kenormalan badan kita yang berasid dan menghilangkan toksik dalam badan.

Alfafa bertindak meransang aliran hempedu, dan juga membuang mineral-mineral yang berbahaya dalam badan.

Ia juga membantu masalah gout dan mengurangkan kolestrol dalam darah.

🍃GARLIC

Bawang putih merupakan satu rawatan yang sangat baik untuk menghalau dua jenis cacing iaitu cacing gelang dan cacing pita serta giardi

GARLIC juga bertindak untuk mengeluarkan raksa merbahaya dari dalam badan dengan pantas.

🍃DTX Complex

Selain itu, makanan yang kaya dengan vitamin A dapat melindungi tubuh dari penembusan larva.

Makanan seperti Lobak merah, ubi keledek dan oren adalah pilihan yang sangat baik.

Kandungan ekstrak biji benih pokok susu tisel dan cendawan Reishi yang tinggi kandungan antioksidan adalah merupakan ramuan utama dalam penghasilan DTX Complex dan menjadikannya sangat istimewa.

Dimana ianya berfungsi untuk menyokong keupayaan badan menghasilkan protein bagi menjana semula sel-sel hati yang telah rosak.

🍃HERB-LAX

Pengambilan herb-lax juga penting untuk pembersihan usus bagi menghapuskan patogen dari sistem tubuh.

Herb-lax bertindak untuk merangsang usus mempercepatkan proses detox dan pembersihan secara lembut iaitu membuang najis

🍃 Nutriferon

Kandungan biji labu yang terdapat dalam nutriferon sangat berkesan untuk menghapuskan cacing pita dan cacing gelang.

Penambahan makanan tinggi serat seperti flaxseed, biji chia dan ubi bit dalam diet seharian juga amat digalakkan bagi membantu proses penyingkiran parasit dari badan.

Vitamin C dan zink juga adalah penting untuk kawalan parasit.

Amalan detox akan memberikan kesan mengurangkan alergi kulit, menjadikan kulit lebih berseri dan juga menjadikan badan lebih bertenaga. Bonusnya badan juga menjadi kurus dan lebih sihat.

Semoga perkongsian memberi manfaat pada semua.

PM/wasap @ 013-416 4992 | Eja Abu Bakar.

Eja Abu Bakar
013-416 4992
Cod Taiping & Kaw. Sekitar
Penghantaran Seluruh Malaysia

Saturday, 6 August 2016

Cara Semulajadi Rawat Gout dengan VIVIX dan Set Gout Shaklee

with 0 Comment

Gout biasanya berlaku pada usia 30 dan 50 tahun. Ianya merupakan satu penyakit yang amat popular di kalangan kaum lelaki dan kadang-kadang berlaku pada wanita menopause.

Gout berlaku disebabkan oleh terkumpulnya asid urik yang tinggi di dalam darah. Asid urik biasanya tak membahayakan tapi bila terlalu banyak dan tinggi asid urik didalam darah boleh menyebabkan terbentuknya hablur kristal dan tersimpan dikawasan sendi tendon dan tisu sekeliling.

Apakah Penyakit Gout?

Gout ni adalah keadaan dimana berlakunya keradangan yang menyebabkan kesakitan di bahagian tendon, sendi dan berlakunya pembengkakan. Sendi metatarsal-phalangeal di tapak kaki adalah tempat paling biasa terjadi Gout.

Mengalami Gout mungkin sekadar bengkak dan sakit pada bahagian tendon... tapii ia juga mungkin petanda awal penyakit-penyakit lain seperti batu karang, urate nephropathy dan tophy.

Apa PUNCA Gout?

Gout boleh terjadi disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya

🍃Keturunan (genetik)
🍃Pemakanan
🍃Masalah buah pinggang

Gout juga merupakan sebahagian daripada penyakit arthritis dalam kelas penyakit metabolik kerana asid urik yang terkumpul dibahagian sendi dan tisu lembut disekeliling sendi terutamanya dibahagian kaki dan mengakibatkan kesakitan.

Peminat kekacang ? Atau pun makanan laut?

AWAS!!

Makanan berupa kekacang, makanan laut , daging merah, daging organik tinggi pruine merupakan makanan berprotein tinggi yang boleh mencetuskan terjadi Gout.

Pemecahan purine dalam makanan ni akan ditukarkan dalam bentuk asid urik semasa metabolisma tisu rosak atau tisu koyak.

Dalam satu kajian yang dijalankan mendapati mereka yang mengambil daging merah dan makanan laut secara kerap mempunyai 50% lebih  potensi mendapat penyakit gout.

Cara mengatasi Gout

Terdapat beberapa cara untuk mengatasi  Gout antaranya:

1. Mengamalkan diet rendah purine
Pengambilan makanan yang mengandungi purine dan berprotein tinggi seperti organ dalaman, bilis, sardin, telur ikan, kekacang, lemak haiwan, asparagus, bunga kubis, cendawan dan yis dalam kadar yang sederhana.

2. Mengambil makanan antioksidan seperti coklat gelap, ceri dan strawberi kerana makanan yang mengandungi antioksidan mampu mengurangkan asid urik.

3. Minum air dalam kadar yang banyak bagi membantu proses penyingkiran asid urik.

4. Kawal berat badan

5. Senaman

Pengambilan makanan tambahan yang mempunyai antioksidan sememangnya telah diketahui mampu menyingkirkan toksik dari dalam badan.

🍃VIVIX adalah antioksidan yang mempunyai 15 jenis poliferol dan resveratrol dan yang paling terbaik.
VIVIX juga dapat melindungi DNA, memperbaiki DNA dan memberi impak positif kepada pengawalan genetik. Ia juga menggalakkan pembentukan sel-sel baru yang lebih sihat.

🍃Manakala ALFAFA akan menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Pengambilan alfafa menuntut keperluan air yang banyak bagi melancarkan proses detox.

🍃OMEGA GUARD mengandungi asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) yang merupakan asid lemak 3 yang hanya ditemui di dalam ikan laut dalam.
DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan
sendi pesakit.

🍃PERFORMANCE DRINK diperlukan bagi memastikan keadaan tubuh pesakit mempunyai kandungan air dan gula yang seimbang dan mengelakkan berlakunya dehyration (kekurangan cecair dalam badan).

Bagaimana untuk mendapatkan makanan tambahan / suplemen untuk Gout? 

Mudah sahaja, anda hanya perlu hubungi / whatsapp  di 013-416 4992 | Eja Abu Bakar dan taipkan suplement yang anda inginkan.

Harga bagi setiap suplemen seperti dibawah:

VIVIX  : RM490

Set Gout :(Alfafa, Omega Guard & Performance drink ) : RM280

NANTI DULU!! Wasap saya sekarang jika inginkan harga istimewa @ 013-416 4992 | Eja Abu Bakar



Tuesday, 2 August 2016

VIVIX untuk Jangkitan Kulit Scabies, Ekzema

with 0 Comment
Scabies...

Rasa gatal merenyam yang amat sangat terutama bila waktu malam atau cuaca panas?

Terdapat bintik merah yang dalam bentuk Zig zag dan kesan merah yang menebal terutama pada bahagian tubuh yang terlipat seperti bahagian ketiak dan celah peha?
Ada simptom seperti di atas?

Kemungkinan besar anda atau anak telah dijangkiti scabies.

Scabies ni adalah satu jangkitan kulit yang berpunca dari serangga/ kutu yang  berumah dibawah lapisan kulit kita dan menyebabkan rasa gatal melampau.
Tabiat menggaru dengan kuku dibahagian yang gatal boleh menyebabkan keradangan dan berlaku jangkitan pada kulit.

Kebiasaannya scabies ni terjadi pada bahagian badan yang berlipat seperti bahagian ketiak dan celah peha. Pun begitu, ia juga boleh wujud di mana-mana bahagian tubuh kita.

Kebiasaannya jangkitan scabies berlaku dikalangan anak-anak kecil.. tapi jangan ingat orang dewasa tak boleh ke jangkitan scabies. Scabies boleh berlaku kepada seluruh peringkat umur.

Jangkitan scabies boleh berlaku dalam beberapa cara:

πŸƒ Sentuhan secara langsung kulit ke kulit seperti berpegangan tangan.
πŸƒ Berkongsi katil, selimut atau tuala yang pernah digunakan oleh seseorang yang telah dijangkiti scabies.

Memandangkan scabies berjangkit melalui sentuhan fizikal... jangkitan ni mudah merebak kepada ahli keluarga dan rakan-rakan. Jangkitan ini juga sangat cepat merebak ditempat seperti:

πŸƒ Sekolah
πŸƒ Nurseri
πŸƒ Tempat jagaan kanak-kanak

Bagi bayi dan toddler, bahagian tubuh yang biasa dijangkiti scabies
πŸƒ kepala
πŸƒ Muka
πŸƒ Leher
πŸƒ dan tapak kaki

Manakala bagi kanak-kanak dan orang dewasa bahagian tubuh yang sering dijangkiti

πŸƒ Pergelangan tangan
πŸƒ siku
πŸƒ ketiak
πŸƒ Penis
πŸƒ Celah-celah jari
πŸƒ Puggung.

Bintik-bintik merah yang timbul mungkin kelihatan kembung dan berair seperti jerawat.

Terdapat juga lagi satu jangkitan scabies yang teruk dikenali sebagai Norwegian scabies. Norwegian scabies akan menghasilkan kesan kerak yang tebal yang mengandungi beribu-ribu telur dan kutu scabies pada kulit.

Untuk merawat scabies biasanya doktor akan memberikan krim atau lotion untuk disapu pada bahagian kulit bagi mengurangkan rasa gatal dan mematikan kutu scabies.

Vivix dan herbal blend cream adalah alternatif bagi mengatasi masalah scabies tanpa menggunakan bahan yang mengandungi steroid.

VIVIX adalah antioksidan hebat yang dapat membantu mengurangkan keradangan dan memulihkan kesan luka pada kulit dengan cepat.

Selain itu, VIVIX juga dapat meningkatkan imun sistem badan kita bagi melawan dan menyembuhkan kesan scabies, ekzema dan psorisis.

Antioksidan yang terdapat dalam VIVIX akan membantu membaiki sel-sel yang telah rosak akibat radiasi bebas yang dibawa oleh kutu scabies dan melembabkan serta melicinkan semula kulit yang rosak akibat jangkitan scabies.

Herbal blend krim yang dihasilkan daripada tumbuhan seperti rosemary, bunga chamomile, sage dan beberapa lagi tumbuhan lain yang sememangnya diakui sangat berkesan bagi masalah kulit seperti alahan, jerawat, melecur, luka, gatal, kulit kering, ekzema dan keradangan.

Penggunaan krim herbal blend adalah selamat untuk digunakan oleh semua peringkat umur kerana ia dihasilkan dari tumbuh-tumbuhan dan tidak mengandungi sebarang bahan kimia merbahaya seperti paraben dan steroid.

Selain itu kita boleh menghapuskan scabies dengan membasuh semua pakaian, sarung bantal, cadar & selimut dengan menggunakan air panas dan jemur dibawah matahari yang panas bagi mematikan scabies.

Dapatkan VIVIX dan Herbal blend krim sebagai alternatif anda!

Hubungi/ wasap @ 013-416 4992 | Eja Abu Bakar untuk mendapatkan VIVIX anda!
Eja Abu Bakar
013-416 4992



Anda mungkin berminat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.