9 bulan dengan perut besar ke sana ke mari akhirnya tiba masa nak tengok muka baby yang cute tu 😇
Bila dah jumpa baby maknanya tibalah masa kena berpantang. Huhuhu... saat yang paling menyeksakan ... hehehe sebenarnya seronok pun ada jugak sebab orang layan kita macam pricess kot. Makan minum semua orang jaga, tak yah buat kerja rumah rehatlah ngko 44 hari tu. 😆
Ada ibu-ibu muda yang tanya kenapa nak kena pantang sampai 44 hari?
Jawapannya sebab masa kita bersalin sebahagian besar dinding rahim menjadi luka.
Sebab tu lah penjagaan rahim penting masa kita dalam pantang bagi mendapatkan semula rahim yang sihat dan kuat. Jadinya, kalau mak tu larang angkat benda berat ke, larang makan yang pedas ke semua tu untuk kebaikan kita juga.. janganlah nak melawan sangat.
Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan vitamin bagi mempercepatkan proses pemulihan luka rahim dan pada saluran kemaluan.
Ambil Makanan atau minuman yang mengandungi triptofan, iaitu salah satu asid amino essential yang dapat merangsang pengeluaran serotonin, yang bersifat menenangkan saraf. Contohnya nasi dan susu.. nak lagi berkhasiat ambik jer ESP.
Ada setengah orang tua tak benarkan anak yang sedang berpantang minum susu atau makanan yang berunsurkan kacang, takut badan masuk angin katanya.. tapi MIL akak siap sua air soya lagi masa pantang.😅
Semua pantang larang makanan ni mengikut keserasian badan juga sebenarnya.
Selain dari segi pemakanan, tahu tak kalau kita bagi bf (breast feeding) kat baby bukan ja memberi kebaikan untuk baby tapi juga untuk ibu. Rahim kita akan mengecut dan kuncup dengan lebih cepat daripada biasa. Bila baby menyusu, hormon oksitosin yang menggalakkan rahim mengecut dikeluarkan daripada kilang pituitari.
Hormon ni lah yang menyebabkan rahim menguncup. Biasanya dua minggu lepas bersalin, rahim yang besar dah tak rasa atas perut sebab ia dah tenggelam dalam rongga punggung walaupun saiznya masih besar lagi.
Dan menjawap soalan kenapa kena pantang sampai 44 hari kerana biasanya rahim akan pulih kepada saiz biasa dalam masa empat minggu selepas bersalin.
0 comments:
Post a Comment