Wednesday, 9 November 2016

Betul ke Detox Untuk Kurus?

with 0 Comment

"Kau buat detox? Biar betul... kau kan dah kurus buat apa lagi nak detox?"

Oppss..

Itulah masalahnya... "salah faham" yang sangat memberi impak besar dalam masyarakat kita.

Perkataan "detox" selalu di salah erti sebagai proses untuk mengurangkan berat badan aka kurus.

Walhal detox adalah satu proses untuk merehatkan, membersihkan dan menjana semula tubuh dari dalam secara keseluruhannya. Dengan menyah keluar dan menghapuskan segala bentuk anasir toksin dari badan dan seterusnya mengisi semula badan dengan nutrien yang sihat.

Dengan Melakukan detox dapat melindungi kita dari mendapat penyakit dan meningkatkan semula tahap kesihatan kita dengan lebih baik.

Seharusnya, detox perlu dilakukan oleh setiap dari kita sekurang-kurangnya setahun sekali.

Namun, memandangkan keadaan persekitaran kita yang dipenuhi dengan toksik dan di tambah dengan tabiat pemakanan kita yang kurang sihat; melakukan detox adalah sesuatu yang perlu di beri perhatian dan dilaksanakan.

Pun begitu bagi ibu hamil atau menyusu, kanak-kanak dan pesakit yang mempunyai penyakit kronik dan kanser perlulah mendapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu sebelum melakukan detox.

《 Macam Mana Nak Mula Detox? 》

Sebagai langkah pertama, KURANGkan TOKSIK.

Elakkan pengambilan kaffein, rokok, gula dan saturated fat  dimana semua ini adalah merupakan  toksin yang akan menggangu proses membaik pulih tubuh kita.

Minimakan penggunaan produk penjagaan rumah yang berunsurkan bahan kimia dan juga produk penjagaan diri seperti syampo, sabun, deoderant dan ubat gigi yang mempunyai bahan kimia dengan menggantikannya kepada produk yang berasaskan semulajadi.

Satu lagi halangan bagi mendapatkan kesihatan yang baik adalah STRESS di mana bila berlaku stress sejenis hormon adrenaline akan dikeluarkan oleh tubuh which is GOOD tetapi jika terlalu banyak hormon ini dibebaskan ia akan menjadi toksik dan memperlahankan tindakan enzim detox pada hati.

Solat, yoga, qigong atau bermeditasi adalah cara yang paling mudah dan berkesan untuk menghilangkan stress.

《DETOX BAGAIMANA YANG SESUAI》

Terdapat pelbagai jenis program detox dan juga resepi detox bergantung kepada keperluan setiap individu.

Kebanyakan program detox mengambil masa 7 hari ini disebabkan badan memerlukan masa untuk membersihkan darah dalam tubuh begitu juga dengan program Detox Shaklee Way.

Dalam program ini disertakan meal plan detox lengkap yang disediakan dengan rapi oleh pakar nutrisi shaklee dan juga panduan untuk meneruskan detox dalam kehidupan harian dengan bantuan suplemen dan mempraktikkan cara hidup yang sihat.

Yang bestnya buat detox ni, walaupun tujuan detox adalah untuk menjaga kesihatan badan tapi secara tak lansung kita akan mendapat badan yang kurus langsing dan kulit yang lebih glowing kesan daripada eat clean yang diamalkan semasa program.

Best kan.

Nak tahu lebih lanjut tentang DETOX? Perlukan guide untuk DETOX yang betul? Wasap akak @ 013-416 4992 ( Eja Abu Bakar) rakan detox anda.

     Your Pro SID
~ Eja Abu Bakar ~
    013-416 4992

#tsunamishaklee
#liveamazing
#shakleeeffect
#TheBestOne
#pengedarshakleetaiping
#detox
#agenshakleetaiping

0 comments:

Post a Comment

Anda mungkin berminat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.