Tuesday, 28 June 2016

Bahaya Tidur selepas Bersahur

with 0 Comment

Sudah hampir hujung ramadhan beberapa hari saja lagi menjelangnya aidilfitri.

Tapi, tercapaikah motif atau tujuan kita berpuasa? Yakni menyucikan jiwa serta membersihkan toksik dalam badan.

Apa rutin kita sesudah bersahur? Bertadarus? Membaca buku? Membasuh dan mengemas rumah? Atau pun sambung tidur?

Akak rasa option last tu yang paling ramai buatkan.. yea lah kena bangun lebih awal dari rutin kebiasaan kita.😅😅

Mengantuk memanglah mengantuk tapi kalau boleh cuba elakkan untuk sambung tidur.. sebab apa?

Meh akak nak citer ..

Masa kita tidur, metabolisme dalam badan adalah sangat perlahan sebab semua organ akan memperlahankan kerjanya.

Contohnya; usus dan perut akan lambat mencernakan makanan yang di ambil 30 minit sebelum tidur.

Akibatnya makanan tidak tercerna dengan sempurna

Makanan yang tidak tercerna dengan sempurna akan di "makan" oleh bakteria jahat.

👉 jumlah bakteria jahat di perut & usus menjadi dominan, di mana sifat bakteria ini: anaerob (KURANG oksigen), menghasilkan metabolisme bakteria bersifat asid.

Bakteria akan menghasilkan asid nitrit yang bersifat SANGAT ASID
- Asid nitrit akan meningkatkan darjah keasidan tubuh
- Darjah keasidan tubuh membeban sistem metabolisme tubuh.
- Asid nitrat SANGAT, SANGAT, SANGAT beracun untuk liver (hati) kita!

- Liver(hati) akan bekerja keras melawan racun.

Sel darah putih akan bekerja bersungguh-sungguh untuk melawan bakteria jahat ini.
Tubuh akan bekerja keras hanya untuk menghilangkan racun.

Terjadi pengumpulan gas beracun amonia dalam tubuh kita
akibat makanan yang tidak tercerna menjadi busuk dalam usus & perut kita.

Inilah akibatnya jika kita tidur sejurus lepas bersahur...!!

Kesimpulannya,

- Tidur setelah sahur akan menghalang terhadap tujuan puasa: iaitu ingin sihat. (Proses Detox Alami)

- Tidur setelah sahur akan merosakan liver

- Membuat bakteria jahat menjadi dominan

- Menambah PH keasidan tubuh, INGAT, jika PH tubuh kita <4 maka
SEL KANSER AKAN MULAI TUMBUH

- Keadaan tubuh menjadi  kurang oksigen, SEL KANSER AKAN TUMBUH PESAT PADA SEL TUBUH YANG PALING KURANG OKSIGEN.

Rasulullah SAW tidak pernah tidur setelah sahur.

Sebab tulah Allah dah kata pahala besar untuk mereka yang melambatkan waktu bersahur.

TIPS ELAK TIDUR SELEPAS SAHUR

Bangun pukul 4:45 am  pastu mandi dan buat solat sunat tahajud dan taubat dulu... tak lama pun.

Sesudah tu pergi makan ... tik tok tik tok.. dah masuk waktu terus jer subuh.

Semoga kita mendapat pahala yang berlipat kali ganda dan kesihatan yang lebih baik dibulan mulia ini.

SELAMAT BERPUASA....😘

#Ramadhan2016 #

Eja Abu Bakar
013.416.4992
--------------------------
COD TAIPING
& KAW.SEKITAR

0 comments:

Post a Comment

Anda mungkin berminat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.