Thursday, 11 May 2017

Tips Atasi Kulit Wajah Kusam, Kering, Bersisik dan Berjeragat

with 0 Comment


Alamak.. what to do? Muka dah semakin kusam. Kulit wajah pun dah nampak semakin kering dan ada yang bersisik. Di tambah pulak dengan tompok jeragat yang semakin kelihatan. Oh Tidak!!

Tak sanggup rasanya nak berdepan dengan kawan-kawan lama masa raya nanti. Kedut-kedut dibawah mata tanda penuaan pun dah menunjukkan diri.

Aduhaii takkan lah umur baru 30an dah nampak macam nenek usia 60an. Harus ada tindakan untuk mengatasi keadaan ini. Masih belum terlambat.

Kesan kulit wajah yang kusam, kering, bersisik dan berjeragat adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor utama yang sering dikaitkan adalah pancaran sinaran ultra UV dari matahari dan juga radikal bebas.

Bahagian tubuh seperti kulit wajah, tangan dan siku serta kaki sering terdedah dengan cahaya matahari dalam tempoh yang lama. Dan menyebabkan bahagian tubuh ini mengalami proses penuaan lebih cepat dari bahagian tubuh lain.

Kulit wajah merupakan bahagian yang paling lembut dan paling lama terdedah pada sinaran UV matahari. Dimana lapisan epidermis kehilangan kelembapannya sehingga menyebabkan keanjalan kulit berkurangan.

Tangan dan siku merupakan kulit yang memiliki jaringan kolagen dan kelenjar minyak yang kurang berbanding kulit dibahagian tubuh lain. Disebabkan ini tangan lebih mudah kehilangan kelembapan tubuh dan lebih cepat melalui proses penuaan.

Antara tips yang saya dapat bagi solusi rawat kulit wajah kusam, kering, bersisik dan tompok jeragat adalah dengan elakkan mencuci wajah dengan terlalu kerap. Kekerapan mencuci wajah boleh menghilangkan kelembapan semulajadi kulit, seterusnya membuatkan kulit makin kering.

Amalan pola pemakanan yang sihat juga dapat membantu mengatasi masalah kulit yang dialami.  Ini kerana kekurangan nutrisi yang membantu dalam pembentukan sel dan mengembalikan kelembapan kulit boleh mengakibatkan kulit kelihatan kering dan terhidrasi.

Penggunaan krim pelembab yang sesuai untuk kulit wajah, siku dan tangan harus diberi perhatian.

 Tak lupa juga minum air putih yang banyak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari agar kulit kita sentiasa segar, lembap dan berseri sekaligus melambatkan proses penuaan.

Air putih atau air kosong berperanan sebagai pelembab semula jadi yang memberi nutrisi kepada kulit dari dalam. Ia juga berfungsi melarutkan zat-zat beracun dan melancarkan proses metabolisme dalam tubuh.

Bagi yang berusia 30an macam saya atau 40an bantuan suplemen sangat-sangat diperlukan untuk kulit berbanding orang yang lebih muda.

Dengan suplemen multivitamin, protein ESP, Vitamin C dan Vitamin E dapat membantu dalam mempertahankan kesegaran kulit dan menjadikannya lebih sihat.


Saya juga suka mengambil kolagen shaklee untuk meningkatkan keanjalan kulit dan menangani pelbagai masalah lain.

Selain dari penjagaan dalaman dengan pengambilan suplemen; produk skin care seperti scrub, krim pelindung UV dan toner juga harus dititik beratkan.

Bukan apa bila dah berusia  lebih 30 dan 40 tahun kita kena ingat yang perawatan kulit kita dah tak sama macam masa remaja dulu.


Bagi produk skin care ni saya lebih suka gunakan jenama nutriwhite Shaklee yang terdiri daripada pencuci muka, toner, krim pelembab dan skrub.



Produk skin care Nutriwhite memang sangat sesuai untuk kegunaan kulit wanita yang berusia 30tahun dan ke atas. Ia juga merupakan produk skin care yang dihasilkan dari bahan semula jadi dan terjamin 100% selamat tanpa bahan kimia merbahaya.

Skrub Shaklee yang juga dikenali sebagai make up remover sangat-sangatlah siok bila dipakai. Bukan saya je yang kata camni. Hampir semua yang mencuba make up remover shaklee buat pertama kalinya juga turut memberikan maklum balas yang kulit mereka terasa lebih bersih, lembut dan segar selain blackhead dan white head turut sama hilang lepas gunakan make up remover shaklee.


Kulit wajah kusam, kering, bersisik dan berjeragat memang satu cabaran buat kita wanita yang menjangkau usia 30 dan 40 tahun.

Usah terus mengeluh dan membiarkan kulit wajah yang kusam dan berjeragat membelenggu diri kita.

Moh kita mulakan sesuatu tindakan agar ia tidak mempengaruhi penampilan diri kita.

Saya ingin membantu wanita yang mengalami masalah kulit wajah seperti saya . Hubungi atau wasap @ 011-20908587 agar saya membantu anda.


~ Ai Ja @~
Your Trusted SID





0 comments:

Post a Comment

Anda mungkin berminat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.