Selalu kita dengar tentang posisi kita tidur waktu malam akan mempamerkan personaliti seseorang! Itu saya tak pasti tentang kebenarannya tapi apa yang saya tahu posisi tidur akan memberi kesan kepada kualiti tidur dan diri kita.
Bila sebut saja mengenai tidur, mesti terbayangkan tilam yang empuk dan suasana yang nyamankan. Bertapa berbunganya hati kalau dah dapat tilam dan bantal setelah seharian penat bekerja. Tapi tahu tak yang kalau tidur dengan posisi yang salah boleh mengundang bahaya kepada kita?
Posisi tidur di atas perut atau meniarap adalah posisi yang merbayakan.
BETUL ke? Jawapannya YA!
- diantara kesan buruknya ialah "sleep apnea" atau "berdengkur" - tidur berdengkur menjadi satu kebiasaan dan dianggap normal. Tapi sebenarnya dengkuran yang kuat adalah satu masalah serius tidur dimana salur pernafasan terhalang dan menyukarkan udara masuk ke paru-paru. Menyebabkan nafas terhenti seketika.
- Masalah Sakit Belakang - ini disebabkan bahagian tengah badan terpaksa menampung bebanan berat dan ini menyukarkan bahagian tulang belakang mengekalkan kedudukan asal tulang.
- dengan posisi tidur di atas perut menyebabkan kita terpaksa memalingkan kepala samaada ke kanan atau kiri, melainkan anda seorang yang berkebolehan untuk bernafas melalui bantal then it's ok! Dengan memalingkan kepala akan menyebabkan kedudukan tulang belakang kita tidak selari dan ini mengakibatkan sakit leher.
- anda juga mungkin akan mengalami sakit kepala kronik
Jadi kepada yang suka tidur di atas perut tu tukarlah posisi tidur anda, tidur dengan posisi yang betul. Sebab itu dalam Islam kita disuruh tidur dengan posisi mengiring ataupun menelentang. Kedua-dua posisi ini dapat mengekalkan kedudukan tulang belakang dalam keadaan lurus dan dapat mengelakkan sakit belakang.
Kajian saintifik juga telah membuktikan yang posisi tidur mengiring kekanan dapat menjaga kesihatan jantung.
"Sleep tight, Sweet Dream"
0 comments:
Post a Comment