Wednesday, 24 September 2014

Butterfly park/ Taman Rama-rama Teluk Bahang, Penang Malaysia

with 0 Comment

Sempena cuti Hari Malaysia 16 September baru-baru ni, kami sekeluarga berkesempatan menjengah ke Taman Rama-rama Penang yang terletak di Teluk Bahang. Asalnya nak merasa melalui jambatan kedua Pulau Pinang sebenarnya...tapi dah sampai ke Penang terus lah ke antara tempat yang harus dilawati di Penang iaitu Butterfly park.



Untuk masuk ke taman rama-rama ni bayaran dikenakan untuk pemegang Mykad dan Mykid
Harga tiket untuk dewasa : RM18
Kanak-kanak ( 4 - 12 tahun) : RM10

Bagi pelancong asing harga masuk
Dewasa  : RM27
Kanak-kanak : RM15

Waktu Operasi
Isnin - Ahad termasuk cuti umum : 9.00am - 6.00pm  ( last entry pkul 5.00pm)

Masuk jer kedalam taman ni anak-anak saya dah excited sangat sebab langkah jer kaki masuk sirama-rama dah berterbangan depan mata...rama-rama besar pulak tu. Buat sesiapa yang nakkan tour guide pihak pengurusan taman ada menyediakannya secara percuma yea.

Memang banyak rama-rama yang ada dalam taman ni... dari warna putih, oren, biru iskh macam-macam kalor lah. Pelbagai species rama-rama yang kita boleh jumpa.


Yang paling bestnya, rama-rama disini memang tak takut pada orang...ia akan bertebangan dekat dengan kita dan kalau bernasib baik rama-rama tu akan bertengek di kepala atau bahu.


Bukan senang tau nak ambik gambar rama-rama camni tambah-tambah pula kalau kameramennya amatur gitu.. tp kalau di Taman Rama-rama ni memang senang sangat nak ambil gambar sirerama tau!


Selain dari rama-rama ada jugak species serangga yang lain seperti ulat gonggok yang besar yea bkn yang selalu kita jumpa kat rumah tu... ulat gonggok ni 20x lebih besar cer tengok gambar ni


lagi ada kura-kura stone, kala jengking, ada serangga yang camouflage macam katak bentuk daun, stick insect eh banyak jugaklah serangga yang ada dalam taman ni. Sangat-sangat disarankan untuk melawat ke Butterfly park Teluk bahang, Penang ni, terutamanya untuk yang ada anak-anak memang diorang akan excited lah...ntah-ntah maknya lagi excited tak... ;)

Lepas dah puas tengok rerama dan segala jenis insect bolehla pulak berehat sekejap tengok movie dalam theather room taman rerama ni... dan dalam laluan untuk pintu keluar terdapat galeri yang mempamerkan pelbagai jenis rama-rama yang terdapat diseluruh dunia.

 Lastly kalau dah pergi sesuatu tempat tu tak sah la kan kalau tak membeli cenderamata... terdapat kedai cenderamata di kawasan sebelum pintu keluar. Jadi bolehla bershopping sikit cari fridge magnet ker sebagai kenagan dah sampai ke Taman Rama-rama Penang.






0 comments:

Post a Comment

Anda mungkin berminat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.