Friday, 26 September 2014

Rahsia Kecantikan Wanita dan Air

with 0 Comment
Dewasa ini ramai dikalangan wanita tercari-cari produk yang boleh menjadikan kulit lebih cantik. Tapi tak ramai yang menyedari bahawa rahsia kecantikan yang sebenarnya adalah dengan meminum air kosong.



Tentu ramai yang tak tahu kelebihan dan kebaikan meminum air kosong dapat membantu dalam menjadikan seseorang lebih sihat, langsing dan cantik. Inilah rahsia sebenar Kecantikan wanita.

Berikut adalah kebaikan meminum air kosong yang menjadi rahsia kecantikan wanita paling mujarab.

1. Menguruskan Badan
 Ya! dengan meminum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas atau 3 liter sehari anda dapat mengurangkan berat badan. Ini kerana air kosong tidak mengandungi sebarang kalori, gula ataupun lemak dan ini membantu proses pembakaran kalori berjalan dengan lancar.

2. Meningkatkan Kesuburan
Air kosong dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum adam dan hormon estrogen pada kaum hawa.

3. Melancarkan sistem pencernaan
Pengambilan air 3 liter sehari mampu melancarkan sistem pencernaan dan menghindarkan dari berlakunya sembelit. Proses detox dapat berjalan dengan lebih efisien kerana saluran usus tidak lagi perlu bekerja keras.

4. Melambatkan pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
Air kosong bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat
membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

5. Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air kosong menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkedut.

6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

7. Menyihatkan jantung
Air juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air kosong.

8. Ubat kepada penyakit strok
Air kosong tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.

Jadi wanita semua saya dah kongsikan rahsia kecantikan wanita yang paling murah dan mudah. Mulai sekarang mari kita jadikan amalan meminum air kosong 3 liter sehari dan jadikan ianya sebagai rutin untuk kulit yang lebih cantik dan awek muda.

"jom minum 3 liter air sehari!"

0 comments:

Post a Comment

Anda mungkin berminat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.