Saturday, 24 January 2015

Bahaya Penyakit Keputihan dan Langkah Mencegahnya.

with 0 Comment



Keputihan.... masalah yang biasa dihadapi oleh wanita namun tak ramai yang sedar tentang risiko dan bahaya penyakit keputihan.

Ramai antara kita kaum wanita, yang mengalami masalah keputihan tidak berani untuk membincangkan masalah ini. Mostly kita hanya berdiam diri dan menganggap yang masalah keputihan ini takkan membawa apa-apa kesan merbahaya.

Kalau itu anggapan kita... AWAS! Sebenarnya penyakit keputihan boleh mengundang bahaya yang boleh menyebabkan kemandulan dan kehamilan di luar rahim. Apa yang paling menakutkan lagi adalah keputihan juga berpotensi menyebabkan berlakunya kanser rahim yang boleh membawa kematian.

Sebenarnya, keputihan terbahagi kepada 2 jenis iaitu keputihan fisiologis dan keputihan patologik.
Keputihan fisiologis biasanya normal dan tidak menunjukkan gejala penyakit yang biasanya berlaku semasa kita sedang subur dan sebelum haid. Lelehan lendir biasanya berwarna putih atau krim, tidak berbau dan tidak menyebabkan kegatalan pada miss V.


Lain pula ceritanya dengan keputihan patologik. Keputihan patologis akan mengeluarkan lendir yang kental. Bewarna kuning, kelabu atau hijau berbau busuk dan menyebabkan kegatalan pada miss V. Keputihan jenis patologis adalah disebabkan oleh jangkitan kuman (bakteria/kulat) dan perlu mendapat RAWATAN. Untuk maklumat lanjut boleh baca SINI

Antara faktor penyebab berlaku keputihan adalah faktor kebersihan, hormon, gaya hidup dan kesihatan. Pastikan yang kita mencuci miss V dengan air bersih dan pastikan ia kering selepas ke tandas atau aktiviti seksual. Miss V yang lembab akan menggalakkan pertumbuhan dan jangkitan kulat dan bakteria.

Penggunaan pil perancang keluarga juga kadangkala turut menyumbang kepada ketidakeseimbangan hormon dalam darah dan menyebabkan keputihan berlaku.

Bak kata pepatah "prevention is better than cure". Mengetahui langkah untuk mencegah penyakit keputihan adalah penting bagi kita. Antara langkah yang boleh kita ambil adalah

  • Elakkan memakai seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada kain satin.
  • Memastikan miss V sentiasa kering dan bersih.
  • Elakkan penggunaan pembersih miss V yang mengganggu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan.
  • Sentiasa menukar atau mengganti tuala wanita semasa haid.
  • Jangan gunakan sebarang produk wangian seperti bedak pada miss V.
Sebagai langkah tambahan pengambilan Alfafa Complex yang bertindak sebagai agen antifungal mampu mengelakkan pertumbuhan kulat pada miss V. Garlic yang sememangnya terkenal sebagai agen antibiotik yang akan membunuh kuman punca keputihan. Manakala BComplex dan vitamin C akan membantu meningkatkan tahap imunisasi kita sekali gus menghalang berlakunya keputihan.




Jangan anggap masalah keputihan adalah sesuatu yang remeh. Jangan menyesal kemudian hari apabila berlakunya insiden yang tidak diingini seperti terjadinya kanser rahim akibat daripada tindakan kita yang tidak ambil peduli tentang keputihan.

Ambil langkah pencegahan adalah cara terbaik dan termurah untuk mengelakkan perkara buruk berlaku pada kita. Amalkan sekarang Alfafa, Garlic, BComplex dan Vit C!




jika anda ada sebarang Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Noraiza Abu Bakar
♥ sms/whatsApp/Telegram: 012-617 8480
♥ Emel : delsimoms@gmail.com



( COD kawasan Taiping, Kamunting, Batu Kurau,Pantai Remis, Bagan Serai dan Changkat Jering)





0 comments:

Post a Comment

Anda mungkin berminat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.