Saturday, 17 January 2015

Makan Suplement dan Sistem pencernaan berkait rapat

with 0 Comment


Selalu sangat terdengar orang cakap-cakap 

"Aku makan suplement A tu tak berkesan pun..ni ha muka masih jugak penuh jerawat..
macam mana kau kata berkesan?"

 ataupun

" Dah bermacam makanan tambahan aku ambil tapi still tak kurus pun "

Nak tahu kenapa tak? Sebabnya kita ambil makanan tambahan tapi tak faham macam mana ia berfungsi dengan betul dan cara sistem pencernaan badan kita bekerja.

Jadi, kali ni saya nak citer sikit mengenai sistem pencernaan kita ni bekerja.. hari ni kita buka sekejap buku Sains na. Sebabnya sistem pencernaan kita ni berkait rapat dengan berkesan atau tak suplement yang kita makan.

Mula-mula kita kena tahu apa maksud percernaan..jawab cepat..hehe.. 
Pencernaan adalah satu proses pemecahan molekul-molekul kompleks makanan kepada molekul-molekul ringkas yang boleh diserap oleh badan.

Pencernaan bermula dari mulut dan berakhir di dubur. Salur pencernaan ialah bahagian badan yang dilalui makanan iaitu mulut, esofagus, perut, duodenum, usus kecil, usus besar dan dubur. Setakat ni faham yea.

Ok, kita teruskan lagi...dalam pencernaan terbahagi kepada dua proses iaitu pencernaan fizik dan pencernaan kimia. Pencernaan fizik melibatkan proses mengunyah dan memecahkan makanan kepada butir-butir halus. 

Manakala pencernaan kimia melibatkan penguraian molekul-molekul kompleks makanan kepada molekul-molekul ringkas dengan bantuan enzim sebelum diserap oleh oleh badan.

Dah enzim pulak...apa benda pulak enzim nie? hehehe...Enzim ialah sejenis protein yang dirembeskan oleh kelenjar-kelenjar endokrin dengan ciri-ciri mempercepatkan proses penguraian makanan, tidak berubah pada akhir proses, bertindak ke atas jenis makanan yang spesifik, bertindak pada suhu badan dan pH tertentu.

Makanan yang telah dicerna akan diserap oleh vilus pada usus kecil ke dalam aliran darah. Vilus yea bukan virus tau..Vilus ni unjuran-unjuran kecil pada dinding usus yang berfungsi menambahkan keluasan permukaan supaya penyerapan makanan lebih cekap.

Hasil yang diserap akan dibawa oleh darah ke hati dan kemudian ke sel-sel badan bagi proses asimilasi dan respirasi. Asimilasi ialah proses penyerapan makanan untuk membaiki dan membina tisu-tisu rosak.

Respirasi ialah proses pengoksidaan sebatian organik dalam sel hidup untuk membebaskan tenaga, air dan karbon dioksida.

Jadi jika salah satu daripada bahagian salur pencernaan tidak berada dalam keadaan yang baik ... makanlah suplement brand apa sekali pun memang takkan berkesan. 

Nak hilangkan jerawat ke...nak kuruskan badan ke... atau apa sajalah perkara penting yang perlu kita buat adalah proses pembersihan sistem pencernaan kita aka detox. Dengan pengambilan Herblax akan memastikan segala toksik yang tersimpan di dalam saluran pencernaan dapat disingkirkan dengan lebih baik. 



Pengambilan Herblax bersama dengan Alfafa Complex akan membantu meningkatkan kadar serapan nutrisi dengan lebih cekap dan sekali gus membantu merawat masalah saluran pencernaan. Bila badan dapat menyerap nutrien dengan baik dan sempurna, barulah suplement yang kita ambik untuk masalah jerawat ataupun untuk kuruskan badan menunjukkan kesan dengan cepat!

Sekarang kita dah fahamkan pentingnya sistem percernaan berada dalam keadaan yang baik. So, kalau nak nampak kesan suplement yang kita ambik pastikan sistem percernaan kita berada dalam keadaan yang tip top dengan mengamalkan pengambilan Herblax dan Alfafa Complex.

0 comments:

Post a Comment

Anda mungkin berminat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.