Friday, 16 January 2015

Ujian dan Dugaan Allah

with 0 Comment



Disaat kita dilanda bencana dan kesusahan datangnya pelbagai bantuan dan tak kurang juga yang memberi kata-kata semangat.

Ada yang berkata

 " Bersabarlah dengan dugaan Allah ini,
redhakan lah ujian ni pasti ada rahmat disebalik apa yang berlaku,
segala ujian dan dugaan ini pastinya adalah untuk Allah mengangkat darjat kita,
jadi redhakan lah ia, kita pasti akan tenang"

namun begitu apabila ujian atau dugaan itu datang pada insan yang berkata tadi kenapa mereka tidak dapat merelakan dan meredhakan ketentuan ilahi? Bukan kah mereka sendiri yang mengatakan

"dugaan dan ujian ini diberi kepada mereka yang dipilih, mereka yang meredhakan dugaan ini dan menerimanya dengan hati terbuka kerana kasihnya pada Allah akan diangkat darjatnya"

Apakah mereka lupa semua kata-kata yang disampaikan?  Adakah mereka lupa semua dan ujian ini tanda kasihnya Allah pada kita.

"Ya Allah, kau berikan lah aku kekuatan, kecekalan, ketabahan, kesabaran dan ketenangan atas segala ujian yang engkau berikan. 
Terima kasih ya Allah atas dugaan yang Engkau berikan kepada ku, 
terima kasih Ya Allah kerana Engkau telah menyedarkan aku dari kelalaian, 
tanpa ujian Mu pastinya aku akan leka dan lupa akan kasih sayang Mu ya Allah.

Ya Allah, Engkau jauhkanlah aku dari mempunyai sifat pengecut dan lemah. 
Seseungguhnya Ya Allah, tiada daya dan upaya serta kekuatan padaku tanpa izinMu.
Terima kasih Ya Allah atas dugaan Mu ini."

Ameen.


0 comments:

Post a Comment

Anda mungkin berminat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.