Anda peminat tegar kopi? Saya memang peminat setia kopi, kalau sehari tak dapat bau aroma kopi yang hitam dan pekat memang terasa macam ada kekurangan jer.
Tapi anda tahu tak yang apa sahaja bentuk minuman atau makanan yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, coklat dan beberapa jenis minuman bersoda boleh menghalang penyerapan vitamin dan mineral dan meningkatkan perkumuhan dari badan.
Ok! Sekarang ni pulak persoalannya kenapa kita perlu ambil Vitamin dan Mineral? Apa faedahnya ambik vitamin tambahan... kan kita dah makan sayur, ikan dan daging, semua tu kan dah ada semua vitamin yang kita perlukan.
Vitamin dan mineral adalah "mikronutrien" yang diperlukan oleh badan kita dalam jumlah yang kecil tetapi stabil. Tetapi badan kita tak mampu untuk menghasilkan kesemua mikronutrien yang diperlukan, dan disebabkan itulah kita perlu mendapatkan vitamin tambahan.
Vitamin adalah bahan semulajadi yang terdapat dalam tumbuhan dan haiwan. Terdapat dua jenis vitamin iaitu vitamin larut air dan vitamin larut lemak.
Vitamin larut air mudah diserap oleh badan kita, manakala vitamin larut lemak tidak akan dierap menggunakan asid hempedu(cecair yang digunakan untuk mencerna lemak). Badan kita tidak akan menyimpan Vitamin larut air dalam jumlah yang banyak, kerana vitamin larut air yang tidak diperlukan akan dikeluarkan oleh buah pinggang menerusi air kencing.
Badan kita akan menyerap vitamin larut lemak oleh asid hempedu. Apabila vitamin diserap badan kita akan menyimpannya dalam lemak badan. Apabila badan kita memerlukannya, ia akan dibawa keluar dari simpanan dan digunakan.
Macam mana nak kenal vitamin larut air atau larut lemak?
Ok.. ini adalah antara vitamin larut air iaitu : Vitamin C, Biotin dan tujuh vitamin B ( thiamin-B1, Riboflavin -B2, niacin-B3, asid pantothenic-B5, pyridoxine-B6, asid folik-B9 dan cobalamin- B12. Manakala antara vitamin larut lemak pula: A, D, E atau K.
Mineral pula datang dari air atau bumi. Haiwan dan tumbuhan akan menyerap mineral untuk mendapatkan nutrien. Mineral yang utama diperlukan dalam jumlah yang besar oleh orang dewasa adalah kalium, fosforus, magnesium, natrium, kalium, sulfur dan klorida. Manakala fluorida, besi, zinc, dan ioidin hanya diperlukan dalam jumlah yang amat sedikit.
Berbalik semula kenapa tak boleh ambil vitamin dengan kopi atau minuman berkafein... ini kerana pengambilan bersama akan menghalang penyerapan vitamin yang kita ambil. Jadi untuk mendapatkan kesan vitamin yang anda ambil elakkan mengambil vitamin bersama minuman berkafein, ambilah dengan secawan jus buah-buahan atau lebih baik dengan segela air kosong.
Selamat bervitamin!!
0 comments:
Post a Comment