Disebabkan anak-anak saya sekarang ni semuanya mengalami demam campak aka chicken pox yang tak membolehkan mereka bermain diluar makanya saya perlulah mencari aktiviti untuk anak-anak ni.
Kesian pulak tengok asyik teperok jer dalam rumahkan dan dari asyik jer tengok televisyen tu ada baiknya buat apa-apa aktiviti yang boleh mengembangkan minda.
Anak-anak saya memang suka sangat bermain dengan play doh aka "plastesine" ni. Kalau dapat main dengan play doh macam-macam bentuk yang dibuatnya.
Play doh ni sebenarnya bagus untuk perkembangan anak-anak kecil terutamanya dalam perkembangan motor fizikal seperti menulis. Mereka dapat mempamerkan kreativiti dan mengembangkan idea dengan menggunakan play doh ni. Selain dari kita membekalkan vitamin tambahan seperti omega guard, Mealshakes dan Vit C chewable untuk perkembangan minda dan tumbesaran penggunaan medium pembelajaran seperti playdoh juga turut membantu.
Untuk resepi ni anda memerlukan :
2 cawan tepung serbaguna
1/2 cawan garam
1/2 sudu besar cream tartar ( kalau tak de pun tak pe)
1/2 sudu besar minyak
1/2 cawan air panas (pastikan air betul-betul panas)
pewarna makanan
cara-caranya:
1. campurkan kesemua bahan (tepung, garam, krim tartar, minyak) kecuali air didalam satu mangkuk besar. Gaul rata.
2. Kemudian, campurkan setitis dua pewarna makanan (warna ikut suka) kedalam air dan kacau rata. Kemuadian tuangkan kedalam adunan kering tadi.
3. Gaul sehingga adunan menjadi doh licin dan tak melekat. Tadaaaa!! Dah siap ...apa lagi jom main!
Tips: Simpan adunan doh dalam bekas bertutup.
Tengoklah muka anak-anak ni walaupun tengah sakit chicken pox tapi sekali dapat main dengan playdoh hilang semua sakit
Tengoklah muka anak-anak ni walaupun tengah sakit chicken pox tapi sekali dapat main dengan playdoh hilang semua sakit
semangat budak kecik ni ...heheh
untuk sebarang pertanyaan bolehlah sms/whatsapp/telegram @ 012 617 8480
0 comments:
Post a Comment