Apa itu Zinc?
Zinc ialah nutrien yang diperlukan untuk kekal sihat. Zinc didapati dalam sel-sel di seluruh badan. Ia membantu sistem imun melawan bakteria jahat dan virus. Badan juga memerlukan zinc untuk membina protein dan DNA, bahan genetik dalam semua sel-sel.
Ibu mengandung, bayi dan kanak-kanak memerlukan zinc untuk membesar dan berkembang dengan baik. Zinc juga membantu luka sembuh terutamanya bagi mereka selepas pembedahan dan bersalin. Di samping itu, zinc juga penting bagi deria rasa dan bau.
Ramai yang mengambil mudah tentang kepentingan zinc untuk kesihatan sperma dan kesuburan. Badan kita tidak menghasilkan zinc. Zinc hanya boleh didapati daripada makanan atau makanan tambahan seperti Zinc Complex Shaklee.
Siapa perlukan Zinc?
- Lelaki dan wanita (dari bayi hingga warga tua)
- wanita mengandung (mengelakkan diabetes semasa hamil) dan menyusu
- orang yang menjalani pembedahan atau mempunyai masalah gangguan pencernaan (seperti ulsur kolitis atau penyakit Crohn)
- Vegetarian kerana mereka tidak memakan daging yang merupakan satu sumber zinc yang baik.
- Bayi yang menyusu lama kerana susu ibu tidak mempunyai zinc yang cukup untuk bayi melebihi umur 6 bulan. Makanan seperti daging puri adalah disarankan.
- Alcoholics kerana minuman beralkohol mengurangkan kadar zinc yang diserap oleh badan dan meningkatkan jumlah yang hilang melalui urin.
- Orang yang mempunyai penyakit sel sabit.
Berapakah jumlah Zinc yang perlu dan selamat untuk diambil?
Jumlah zinc yang diperlukan setiap hari bergantung kepada umur. Jumlah purata harian yang disyorkan untuk umur yang berbeza disenaraikan di bawah:
Apa terjadi jika terlebih Zinc?
Tanda-tanda zinc terlalu banyak termasuk rasa loya, muntah, hilang selera makan, kekejangan perut, cirit birit dan sakit kepala.
Apabila mengambil zinc terlalu banyak untuk jangka masa yang panjang, masalah seperti tembaga yang rendah, imuniti badan yang lemah dan paras kolesterol HDL (kolestrol baik) yang rendah.
Sumber Zinc
Sebagaimana yang saya beritahu tadi badan kita tidak boleh menghasilkan sendiri Zinc. Kita perlu mendapatkan Zinc dari sumber makanan semulajadi atau vitamin.
Berikut adalah contoh sumber makanan yang boleh membekalkan zinc secara semulajadi:
- Daging: kandungan zinc yang tinggi dalam daging panggang dan daging rebus.
- Makanan laut: Tiram merupakan sumber makanan yang mengandungi zinc paling tinggi. Zinc seringkali hilang semasa proses memasak. Untuk mengekalkan kandungan zinc, masak makanan dengan air sesedikit yang mungkin dan dalam waktu yang singkat.
- Produk tenusu: yogurt, keju dan susu mengandungi zinc
- Biji-bijian dan kekacang: tepung gandum, bijirin kering, biji labu, kacang almond dan biji bunga matahari merupakan sumber zinc yang baik.
Sumber Zinc dari vitamin Zinc Complex Shaklee
- Zinc Complex Shaklee dirumus daripada zinc glukonat semulajadi yang bergabung dengan nutrien semulajadi seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah diserap oleh tubuh.
- sesuai untuk pengambilan jangka panjang
- berkesan dalam mengeluarkan logam toksin seperti kadmium dan plumbum daripada tubuh.
- TANPA GLUTEN
Tidak dinafikan pengambilan zinc memberi banyak kebaikan, klik disini untuk mengetahui lebih lanjut kebaikan dan kesan kekurangan zinc. Namun pengambilan zinc yang berlebihan boleh membahayakan.
Jadi pengambilan zinc mengikut jumlah yang diperlukan adalah amat disarankan.
Berikut adalah interaksi Zinc yang perlu anda tahu!
- Makanan tambahan zinc boleh berinteraksi atau mengganggu pengambilan ubat-ubatan yang di ambil.
- Dalam beberapa kes, ubat-ubatan boleh menurunkan paras zinc dalam badan. Contoh:mengambil tambahan diet zink bersama quinolone / antibiotik tetracycline (seperti Cipro, Achrornysin dan Sumycin) mengurangkan jumlah zinc dan antibiotik yang diserap oleh badan.
- Mengambil antibiotik sekurang-kurangnya 2 jam sebelum atau 4-6jam selepas mengambil makanan tambahan zinc membantu mengurangkan kesan ini.
- Makanan tambahan zinc boleh mengurangkan jumlah penicillamine (dadah yang digunakan untuk merawat artritis reumatoid).
- Diuretik thiazide (seperti chlorthalidone - jenama Hygroton dan hydrochlorothiazide - jenama Esidrix dan HydroDIURIL) meningkatkan kehilangan zinc melalui air kencing. Mengambil thiazide diuretik untuk jangka masa yang panjang boleh mengurangkan jumlah zinc dalam badan.
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Noraiza Abu Bakar
♥ sms/whatsApp/Telegram: 012-617 8480
♥ Emel : delsimoms@gmail.com
0 comments:
Post a Comment