Tuesday, 21 October 2014

Tips dan cara atasi masalah mudah lupa

with 0 Comment
Assalamualaikum...

Ok, mungkin sesetengah dari kita mengalami sindrom mudah lupa atau kurang daya ingatan tapi bukan nyanyuk yea. Mesti pernah terjadi situasi macam ni :

" Eh, mana kunci ni?" atau  "Mana pulak pen ni tadi?" atau " Alamak handphone tertinggal" atau "Lampu dalam bilik tadi dah tutup ke belum?"

Jangan risau, meh sini saya nak kongsikan tips dan cara atasi masalah mudah lupa ni

Tidur
Tidur yang lena adalah sangat membantu dalam mengatasi sindrom mudah lupa. Masa tidur tu, otak akan memproses segala maklumat-maklumat yang masuk tadi untuk dijadikan memori dalam otak bila anda perlukan maklumat tersebut. Wah hebat bukan? 

Buat student yang terlalu sibuk belajar, tidurlah sekejap untuk refresh balik memori. Kajian telah menunjukkan, sesiapa yang tidur sebentar 30 minit selepas belajar benda baru akan lebih cepat untuk ingat apa yang dipelajari.

Kurangkan Stress
Carilah jalan untuk kurangkan stress. Untuk non-muslim, boleh meditate. Untuk yang muslim? Solat. Solat melatih kita berdisiplin dan membentuk jati diri kita. Begitu juga dengan amalan kerohanian seperti berzikir, bertahjud,membaca Quran dan sebagainya. Ini semua adalah 'makanan' yang berzat untuk otak kita supaya tidak mudah lupa. Selain itu ia dapat mengelakkan kita mudah hilang arah tujuan. Kita juga akan menjadi lebih fokus dengan apa yang kita sedang lakukan.. Mudahkan.

Senaman dan aktiviti fizikal
Melakukan senaman dan aktiviti fizikal(seperti berjalan, jogging, naik tangga bukan naik lift yea) secara rutin dapat menyihatkan jantung, kurangkan risiko obes dan diabetes kerana senaman ini dapat memperbaiki aliran darah ke otak dan menyebabkan kurangnya pengecutan otak yang menjadi punca mudah lupa

Letak barang-barang pada tempatnya
Supaya tidak lupa, ingatan kita juga perlu kepada sesuatu kedudukan barang yang biasa bagi membolehkannya berfungsi dengan baik. Contohnya, letakkan kunci, cermin mata, payung, remote control atau sebagainya di tempat yang sama setiap masa, jangan selalu diubah-ubah sana sini. Jika selalu ubah barang-barang yang digunakan setiap hari, boleh memeningkan kepala untuk mencarinya, terutama sekali kalau hendak cepat. Jika tenang dan fikirkan semula urutan kejadian tanpa gopoh, otak mampu berfungsi mengingatinya.

Bagi memudahkan diri sendiri tidak lupa sesuatu perkara, temu janji atau peristiwa, buatlah nota peringatan.

Makan makanan untuk kuat ingatan
 Makan makanan sunnah seperti kismis dan kurma  juga bagus untuk menguatkan daya ingatan kita. Kajian menunjukkan, orang yang makan buah atau minum jus blueberries setiap hari telah meningkat tahap memori mereka especially orang tua. Bahan unik yang dinamakan Polyphenols yang ada di dalam buah tersebut telah membantu mengaktifkan saraf neurons dalam badan dan berhubung antara satu sama lain. Amalan pemakanan vitamin untuk menguatkan daya ingatan juga dapat membantu atasi gejala mudah lupa. Jom kita tengok apa vitamin untuk masalah mudah lupa ini:

 Omega guard
vitamin untuk kuatkan daya ingatan

   - Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. 
    -DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
    -Shaklee OmegaGuard TM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard TM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
    Dalam bahasa yang mudah pengambilan Omega Guard dapat membantu kita untuk meningkatkan kecerdasan otak, mudah mengingati dan lebih fokus.


B Complex
vitamin untuk kuatkan daya ingatan

    Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang).
    Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu pelajar berfikiran positif sentiasa (mood baik dan ceria) bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik pemikiran & daya menumpuan akan lebih baik. 
    Vitamin B juga dapat melahirkan wajah yang cantik berseri dan tidak kusam.


Lecithin 
vitamin untuk kuatkan daya ingatan

    Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf. Soya lecithin merupakan sumber utama kolina.
    Lecitin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine.Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dan lain-lain. 


Sifat lupa itu adalah normal.  Jadi tidak perlulah susah hati atau bermuram sekiranya kita ini adalah seorang yang mudah lupa. Tetapi janganlah kita berputus asa untuk atasi masalah mudah lupa ni.

 Umumnya daya ingatan atau kemahiran kognitif seseorang itu akan berkurangan secara beransur-ansur selepas umur 27 tahun. Namun begitu, beberapa usaha boleh dilakukan untuk melambatkan penurunan kognitif ini dan seterusnya dapat meningkatkan semula daya ingatan, di samping dapat menghindari penyakit Alzheimer dan nyanyuk yang lain.

Segalanya terletak pada diri kita sendiri sama ada mahu melakukannya ataupun tidak. 


Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Noraiza Abu Bakar
♥ sms/whatsApp:  012 - 617 8480

Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.




0 comments:

Post a Comment

Anda mungkin berminat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Blog Archive