Saturday, 12 December 2015

4 tips Tangani Sembelit Berterusan Selepas Bersalin

with 0 Comment


"Semenjak bersalin anak kedua aku selalu mengalami masalah sembelit dalam pantang dan sekarang sampai anak aku dah masuk lima bulan pun aku masih bermasalah sembelit.

Lebih teruk lagi, bila sembelit lepas tu ada pula buasir. Risau lah takut kalau keadaan ni boleh menyebabkan organ-organ kecil rosak sebab banyak meneran." luah seorang sahabat saya.


Sebenarnya, saya juga pernah mengalami masalah yang sama dan pernah mengajukan soalan mengenai sembelit yang berterusan diikuti dengan buasir pada doktor saya.

Mengikut jawapannya, sembelit adalah masalah yang sering berlaku pada ramai wanita hamil. Lebih-lebih lagi kalau kita mengambil pil zat besi untuk menambah darah.

Masalah buasir juga kerap berlaku bila rahim kita semakin berat dengan janin yang semakin membesar.

Apabila bersalin ketika meneran, buasir akan bertambah teruk sampai ada yang terkeluar dan tak dapat dimasukkan semula ke dalam dubur... ngeriii dengar masa ni..

Ikut kata doktor lagi, sembelit dan buasir tak akan merosakkan organ-organ dalaman wanita sebab ia tidak memberi kesan kepada usus.

Dan ni adalah tips yang diberi untuk mengurangkan sembelit sewaktu hamil:

#1 . Diet Tinggi Serat
        Makan makanan yang berserat atau fiber tinggi seperti buah-buahan, sayur dan roti berserat.
        Nasi, mi, bihun, kuey teow, roti canai bukan berserat tinggi yea! ;)


#2. Banyak Minum Air
       Kita di Malaysia ni hidup dengan cuaca yang panas, banyak air akan hilang melalui proses 
       perpeluhan. Oleh sebab itu, kita terutamanya wanita sedang hamil mestilah minum 
       sekurang-kurangnya 8 gelas ke 12 gelas air sehari.

       Bila digabungkan dengan diet berserat tinggi, air boleh membantu mengurangkan sembelit.

#3. Senaman  
      Senaman dan pergerakan tubuh termasuk tangan dan kaki amat perlu dalam menangani masalah 
      sembelit. Sewaktu hamil, kita digalakkan untuk banyak berjalan dan melakukan pergerakan setiap
      hari... bukan duduk di sofa mengadap tv 24jam yea.

#4. Elakkan pil pelawas  
      Seboleh-bolehnya elakkan mengambil pil-pil yang boleh menggalakkan pembuangan air besar 
      kerana ia boleh menyebabkan sakit atau kontraksi ketika hamil.

Selain dari mencuba tips diatas saya turut mengambil tambahan pil kalsium iaitu Ostematrix Shaklee. 

Walaupun ianya adalah kalsium yang kita tahu baik untuk kesihatan tulang, tapi saya dapati dengan pengambilan Ostematrix Shaklee tiada lagi masalah sembelit. Malahan saya tak memerlukan ubat pelembut najis untuk mengelakkan berlakunya buasir.

Ini kerana najis dengan sendirinya menjadi lembut dan mudah untuk dibuang.

Kini saya, dah tak lagi mengalami masalah sembelit mahu pun buasir. Bukan itu sahaja kesihatan tulang juga semakin baik dan badan tidak lagi merasa letih ataupun terasa sakit kaki jika berjalan dan berdiri untuk masa yang panjang.

Untuk sahabat saya, memang pil kalsium Ostematrix Shaklee lah yang dicadangkan untuknya selain dari amalkan 4 tips di atas.

~ Beauty & Happiness
is Healthy body & Soul ~

Untuk pertanyaan
SMS/Whatsapp @

Eja[1119387] | 012-6178480
    Penghantaran Seluruh Malaysia
    COD: Taiping, Kamunting dan kawasan sekitar
                


0 comments:

Post a Comment

Anda mungkin berminat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.