Bau baby sangat menenangkan biarpun kadang kala tak tidur malam dibuatnya...hehehe. Nak pulak saya ni belum lagi ada baby boy lagilah teringin untuk hamil. Mana tahu kalau-kalau Allah nak bagi anak lelaki pulak kali ini kan :)
Maka saya pun ajukanlah soalan pada doktor pakar Obstetrik & Ginekologi tentang nak hamil pada usia yang dah berumur ni.
Mengikut katanya, sekiranya kita dan pasangan bebas daripada apa-apa masalah, terutamanya masalah kesihatan seperti kencing manis atau darah tinggi maka bolehlah proceed untuk merancang kehamilan seterusnya.
Berdasarkan nasihatnya , beberapa perkara perlu dibuat untuk meluaskan peluang kehamilan.
#1. Mengambil supplement
Bagi kita orang perempuan mesti mengambil pil kesuburan dan folic asid 5mg setiap hari
sehinggalah hamil di mana usia kehamilan adalah 3 bulan.
#2. Mencatat hari-hari kitaran haid di atas kalender.
Hari 1 adalah hari pertama turun darah haid. Hari 2 ialah hari kedua turunnya haid dan
seterusnya...jangan salah kira yea sebab ramai antara kita beranggapan yang hari pertama kitaran
haid bila berhentinya darah haid betul tak?
Pada hari ke 10, kita bolehlah memulakan pemeriksaan kesuburan menggunakan ovulation kit ( bukan UPT- urine pregnancy kit yea)
Penggunaan ovulation kit bertujuan untuk mengenal pasti hari subur kita ( si isteri). Caranya ialah dengan memeriksa air kencing pada hari ke 10, ke 11, ke 12, ke 13, ke 14 dan ke 15.
Setiap pemeriksaan perlulah dilakukan pada jam 2 petang. Kenapa jam 2? (Yang ni lupa pulak nak tanya... ;) )
Kalau ujian air kencing tu menunjukkan positif, hubungan seksual hendaklah dilakukan dengan suami 36 jam kemudiannya.
Tapi, kalau sudah mencuba selama tiga hingga enam bulan masih belum hamil lagi maka bolehlah mendapatkan rawatan lanjutan daripada doktor pakar pula.
Selain itu, kita harus berdoa kepada tuhan kerana rezeki untuk hamil ini terletak padaNya. Kita hanya boleh berusaha sedaya kita.
Semoga panduan ini sedikit sebanyak dapat membantu pasangan yang ingin hamil biarpun muda atau berumur.
~ Beauty & Happiness
is Healthy body & Soul ~
Untuk pertanyaan
SMS/Whatsapp @
Untuk pertanyaan
SMS/Whatsapp @
Email: delsimoms@gmail.com
Eja[1119387] | 012-6178480
Penghantaran Seluruh Malaysia
COD: Taiping, Kamunting dan kawasan sekitar
0 comments:
Post a Comment