Wednesday, 2 December 2015

Rahsia Mendidik Anak Bercakap Orang Putih (Inggeris) secara semula jadi

with 0 Comment

Bila mendengar anak-anak kecil bercakap orang putih timbul satu perasaan wowww...kagumnya tengok budak ni kecik-kecik lagi dah petah cakap orang putih...hehehe ... aku yang dah tua ni pun kengkadang tak confidence jer nak speaking london.

Bagi anak-anak kecil kemahiran menguasai bahasa adalah mudah. Dan lebih mudah lagi jika dari awal kita dah membiasakan mereka dengan bahasa yang nak dikuasai. Dalam kes kat Malaysia ni mestilah English.

Rahsianya mudah sahaja, ajarkan anak kita bercakap orang putih dengan perkataan, frasa atau ayat mudah di rumah...kalau bahasa lain pun sama juga kaedahnya.

Mulakan dengan mengajar 3 - 5 perkataan mudah. Contoh, kita kenalkan 
  • bed
  • chair
  • shoes
  • pants
ulang dan ulang setiap hari sehingga anak kita ingat dan kemudian barulah kita kenalkan pula perkataan baru yang lain. Dalam proses ni kita tak perlulah ulang semula dalam bahasa Melayu. Hanya 3-5 perkataan jer SEHARI yea ibu-ibu.

Penggunaan satu bahasa dalam satu masa adalah penting. JANGAN sekejap orang putih sekejap Melayu. Kalau dah kenalkan sesuatu benda dengan bahasa Inggeris jadi hanya gunakan bahasa Inggeris saja.

Bila bercakap dengan anak pula gunakan ayat mudah macam :
  • "Aqeela Sit down"
  • Open the door
  • Catch the ball
  • take off your shoes
  • Put the plate in the sink
Ajarkan juga anak untuk guna ayat please, can, may bila diorang nak kan sesuatu. Contohnya:
  • Can I play outside, please?
  • May I have some water please?
  • Can you help me please? 
dan ofcoz kalau dah ada please mestilah kena ajar say "thank you" dan "you are welcome" kan barulah lengkap manners anak-anak kita.

Didik anak kita berfikir dengan memberikan soalan pilihan. Seperti:

Mama: What colour do you like?
Aqeela: I like pink colour.

atau

Mama : Would you like to eat chicken or fish?
Aqeela : Chicken, please.

Cara yang terakhir dan paling efektif.... biasakan anak-anak kita mendengar dan melihat cerita kartun cakap orang putih. Lagi bagus kalau dapat cerita edukids macam dora the explorer, diego, dan etc.

Walaupun diaorang tak faham mula-mula tapi dengan melihat gambar, mimik muka dan ekperesi sesuatu keadaan dalam cerita tu akan memudahkan mereka untuk faham dan mengaplikasikan penggunaan bahasa mengikut keadaan yang betul.

Inilah apa yang saya lakukan bersama anak-anak saya untuk mereka lebih faham dan yakin bercakap orang putih. 

Semoga apa yang dikongsikan disini dapat membantu sedikit sebanyak ibu-ibu yang berhajat untuk anak mereka bercakap orang putih di rumah.

k    kongsikan kebaikan, nikmati kesihatan ~    

Eja[1119387] | 012-6178480
    Penghantaran Seluruh Malaysia
    COD: Taiping, Kamunting dan kawasan sekitar
                 







0 comments:

Post a Comment

Anda mungkin berminat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.