Thursday, 10 December 2015

Jeragat Hilang dalam 1 Langkah dengan Shaklee Spot Whitening Treatment.

with 0 Comment

Orang kata perempuan ni setiap kali kita melahirkan anak satu titik jeragat akan timbul kat muka.. kalau 3 kali bersalin maknanya 3 tompok jeragatlah, betul ke?
Tak dapat dipastikan sama ada itu benar atau mitos...tapi yang pasti JERAGAT dah ada di muka ku!!

Kalau naik satu titik jeragat di bawah bucu dagu ke boleh juga dihitamkan jadi tahi lalat ( '__' ) ... macam Siti Nurhaliza gitu.

Masalahnya jeragat ni naik berderet dekat bawah mata ... haish susah hati dibuatnya memang komperm la tak boleh tukar jadi tahi lalat iyea dok!

Bila tanya pak Google apa punca JERAGAT , ini jawapan yang dia bagi.

Jeragat atau Melasma adalah gejala abnormal tompokan atau bintik-bintik berwarna coklat-perang, kekuningan atau biru-kelabu yang terdapat pada kulit muka. Jeragat biasanya berlaku pada bahagian:
  • 63% antara sekitar kawasan hidung dan dagu
  • 21% antara sekitar kawasan pipi dan hidung
  • 16% lagi adalah kawasan sekitar antara rahang bawah hingga dagu.
Struktur jeragat berkait rapat dengan proses pigmentasi. Dimana pigmentasi kulit disebabkan oleh pengeluaran melanin secara berlebihan - hiperpigmentasi; oleh Melanocytes (sel pigmen) untuk tindakbalas keratinocytes (epidermal melanosis - lapisan luar kulit) atau terkumpul di bahagian dermis (dermal melanosis -lapisan tengah kulit).


Macam dalam kelas sains pulok ( '__' )

Rupanya JERAGAT ni mempunyai klasifikasi juga. JERAGAT DIKLASIFIKASIKAN mengikut tahap lapisan kulit di mana ia berlaku.
  • Melasma Epidermal - jeragat yang berlaku pada lapisan kulit luar yang disebabkan oleh lebihan melanin.
  • Melasma Dermal - jeragat yang berlaku di antara lapisan epidermal(kulit luar) dan lapisan hypodermal (kulit dasar) disebabkan oleh melanofaj ( sel yang mencernakan melanin).
  • Melasma Campuran - jeragat yang berlaku pada kedua-dua lapisan epidermal dan dermal.

PUNCA berlakunya jeragat di muka adalah agak sukar untuk dikenal pasti secara tepat. Namun, antara kemungkinan punca jeragat yang diketahui ramai termasuklah faktor:
  • Latarbelakang salasilah keluarga - mewarisi genetik dari susur galur ahli keluarga yang mengalami masalah jeragat turut membawa kebarangkalian potensi mendapat jeragat pada generasi yang baru.
  • Terdedah kepada sinaran matahari terik terlalu lama - radiasi sinar UV mengaktifkan tindak balas pengeluaran melanin secara berlebihan, menambahkan lagi kesan pigmentasi secara mendalam pada kulit.
  • Wanita Mengandung - disebut sebagai chloasma iaitu petanda biasa melasma akibat pigmentasi kerana proses perubahan hormon. Namun, ianya akan pudar selepas beberapa bulan kelahiran bayi.
  • Rawatan Hormon - pengambilan pil hormon yang mengandungi oesrogen atau progesteron atau kaedah pencegahan kehamilan seperti pil perancang, penggunaan alat intrauterin dan implan.
  • Tindak balas phototoksik - akibat reaksi alergi terhadap kaedah perubatan tertentu ( seperti terapi kanser ), penggunaan sabun dan peralatan kosmetik beracun atau merbahaya.
  • Hypothyroidism - aktiviti tidak terkawal kelenjar thyroid menyebabkan ketidak stabilan kitaran hormon thyroid dan mengaktifkan pigmentasi.
So, itu lah puncanya jeragat banyak melibatkan hormon rupanya.

Banyak juga kaedah yang di sarankan untuk hilangkan jeragat ni. Dari kaedah tradisional sampailah ke kaedah moden.

Jom tengok kaedah tradisional dulu. Keistimewaan kaedah tradisional ni adalah dari segi kosnya. Sebab semua bahan yang diperlukan ada disekeliling kita. Cuma, ianya memerlukan kesabaran dan kerajinan serta komitmen yang tinggi. Kalau anda tak mempunyai ketiga-tiga tu (macam saya ) gunakan lah cara moden yea ( '__' ).

Kaedah Tradisional

1.Baking Soda - baking soda adalah baik untuk pengelupasan lembut minyak, kotoran dan sel-sel mati dari kulit. Ia juga membantu mengekalkan keseimbangan pH kulit.
Caranya:
Tambahkan sedikit air pada satu sudu teh baking soda untuk membuat pes yang tebal. Kemudian sapukan pada kawasan yang terjejas dan bilas setelah beberapa minit.
Ulang 2 atau 3 kali seminggu sehingga jeragat hilang. AMARAN: Elakkan guna baking soda jika anda mempunyai kulit sensitif.

2. Sapuan lendir lidah buaya ( aloe vera ) - mengandungi bahan aktif semula jadi mucilaginous polisakarida yang mampu memperbaiki masalah jeragat. Ia juga mengandungi agen antioksidan aktif yang membantu memelihara kulit dari kerosakan dan menyingkirkan tompok cela pada kulit.
Caranya:
Sapukan lendir aloe vera pada kulit muka setiap hari sehingga jeragat pudar.

cara tradisional yang lain banyak lagi boleh google yea.. 

yang ni pulak Modern style (cara yang saya suka sebab mudah dan cepat sikit kot nampak kesannya)

1. Penggunaan sunscreen/ sunblock ketika aktiviti luar
Krim sunscreen dengan +50 SPF (Sun Protection Factor) mengandungi bahan penghalang fizikal cahaya matahari UVA dan UVB seperti zinc oksida dan titanium oksida.

Kekerapan penggunaan sunscreen membantu melambatkan kesan jeragat ke tahap yang lebih teruk.

2. Rawatan Pengelupasan Kimia ( Chemical Exfoliation )


Kaedah ini biasanya melibatkan penggunaan bahan kimia seperti glycolic ( pengelupasan AHA ) pada kepekatan 20% - 70% bergantung kepada jenis kulit.

Pengelupasan secara kimia membantu mempercepatkan kemasukan dan tindak balas enzim tyrosinase ke dalam kulit untuk mensintesis lebihan melatonin dengan lebih berkesan.

Namun ia boleh membawa kesan sampingan kepada kulit seperti kesan terbakar, kulit menjadi merah, bengkak dan kekeringan. Oleh itu, ia perlu pemerhatian khusus oleh pakar semasa rawatan. Dan pastinya melibatkan Kos yang besar.

3. Rawatan Laser


Rawatan ini memang sangat popular dan paling mahal untuk menghilangkan jeragat dengan cepat.
Kaedah ini memerlukan bantuan peralatan canggih dan bergantung kepada teknologi mesin dan kepakaran tinggi seseorang doktor.

Jika tidak, kesannya lebih melarat sama ada menyebabkan hyperpigmentation ( kulit lebih gelap ) atau  hypopigmentation ( tompok putih ) dan tiada jaminan pembaik pulih jeragat.

Mengikut pengalaman kawan saya ianya hanya memberi kesan untuk sementara. Ini kerana kaedah ini hanya mensasarkan pigmen jeragat pada permukaan luar kulit sahaja.

4. Penggunaan Krim Pemutih / Whitening Spot
 Untuk memperlahan atau mengawal penghasilan melatonin penyebab pigmentasi. Penggunaan formulasi yang mempunyai agen pemutih (bleach) juga boleh digunakan. Cuma pastikan tidak mempunyai bahan berbahaya seperti hydroquinone ( HQ ), paraben, merkuri dan lain-lain.

Saya sedang memakai yang ini Spot Whitening Treatment Shaklee
  • Memperbaiki kesan-kesan matahari serta jeragat kulit dengan cepat
  • Kuasa pencerahan botani dihasilkan daripada pati Likuoris dan Peony, yang amat bernilai disebabkan kesannya dalam mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit
  • Cats Claw menegangkan kulit
  • Vitamin C aktif membawa kecerahan yang baru untuk kulit anda dengan rawak wajah yang lebih halus
setelah hampir 2 minggu menggunakannya saya dapat lihat kesan jeragat semakin pudar dan cara penggunaannya juga mudah. Selain dari mengambil supplement untuk rawatan dari dalam.

Kalau dah hilang jeragat mestilah nak ambil langkah pencegahan juga kan.. tak mo pisang berbuah dua kali ..

Antara tips langkah PENCEGAHAN Jeragat

1. Pilih Pembersih Muka Semula jadi
Terdapat pelbagai jenis pembersih muka di pasaran yang diperbuat dari bahan semula jadi seperti aloe vera, apricot, mentimun dan pelbagai lagi yang dipercayai berfungsi untuk pembersihan kulit wajah.

Sekarang ini banyak juga produk yang menawarkan pencuci muka mengandungi mikrobead untuk pembersihan yang lebih mendalam.

Pemilihan produk pembersih muka kegemaran yang betul adalah penting bagi mengelakkan sumbatan pada liang pori yang menyebabkan kesan buruk jeragat.

2. Elakkan Terdedah pada sinaran cahaya terus matahari dalam tempoh yang lama
Pendedahan kepada sinaran UV yang panjang boleh meningkatkan risiko mendapat kanser kulit selain daripada jeragat.

Oleh itu penggunaan sunscreen/sunblock dan pelindung seperti payung atau pun topi adalah perlu sewaktu melakukan aktiviti di kawasan terbuka.

3.Semak Bahan Produk Kecantikan
Gunakan produk skin care dan alat solek yang benar-benar bebas racun dan terbukti secara klinikal tidak mengandungi unsur berbahaya seperti paraben, merkuri, pewarna sintetik, phthalates dan etc yang boleh menjadi penyebab kulit rosak.

Penggunaan kosmetik yang salah boleh menyebabkan iritasi kulit, alergi, jerawat, jeragat dan kanser kulit. Pastikan kosmetik dan pencuci muka anda bebas dari bahan sintetik dan toksik.

4. Amalkan Kecantikan dari dalam dengan pengambilan supplement tambahan.
Pemakanan yang sihat amat membantu tubuh menjalankan mekanisma fungsi penting dalaman dan luaran.

Pilih makanan diet yang baik untuk kulit seperti vitamin, mineral dan protein. Selain untuk regenerasi sel kulit, fungsi antioksidan dan anti-penuaan dalam setiap nutrien juga amat penting.

Elakkan makanan berminyak, kolestrol tinggi dan garam berlebihan yang juga membawa faktor tidak baik untuk pemeliharaan kulit.

Nak tahu saya ambil supplement apa? Nanti saya cerita dalam akan datang yea.

Pendek kata, skin care penting untuk rawatan jeragat luaran dan supplement untuk rawatan dari dalam dan jangka panjang.

Dengan Spot Whitening Treatment dengan satu langkah sahaja kita dah boleh dapat hasil memuaskan!

 Anda pun menghadapi masalah jeragat macam saya dan nak jeragat hilang dengan hanya 1 langkah? Hubungi saya SMS/Whatsapp @ 013 416 4992

Saya berpuas hati dengan Spot Whitening Treatment! Insyallah saya boleh tolong dapatkan untuk anda dan membuat anda juga berpuas hati!


~ Beauty & Happiness
is Healthy body & Soul ~

Eja[1119387] | 013 - 416 4992
    Penghantaran Seluruh Malaysia
    COD: Taiping, Kamunting dan kawasan sekitar
                 



0 comments:

Post a Comment

Anda mungkin berminat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.