Sunday, 13 December 2015

5 Tips Mendapat Tidur Lena Sewaktu Hamil

with 0 Comment


"Kenapa dengan hang ni, asyik terkuap-kuap ja aku tengok" tegur sahabat baik ku.

"Aku tak boleh nak tidoq la akhir-akhir ni... perut aku ni rasa tak selesa kalau tidoq telentang rasa sesak nafas , kalih kanan rasa berat macam mana ntah" ulas aku

"Ya la, perut hang tu dah besaq, biasala kalau orang perempuan mengandung memang rasa macam tu" balas sahabatku pulak.

Banyak sungguh dugaan wanita hamil ni. Korang pernah alami tak masalah tidur seperti yang saya alami kat atas?

Perut semakin membesar, berat dan tak boleh tidoq lenaaa!!! huhuhu.

Pusing kanan tak kena, pusing kiri juga tak selesa lebih teruk kalau jadi tarik mengkarung....kan tak tau apa tarik mengkarung? hahaha orang kampung saya kata cramp.

Sini saya nak kongsikan tips yang sahabat karib saya bagi... dia ni  pengamal tegar petua orang tua-tua. :)

Semoga dapat membantu ibu-ibu hamil dapatkan tidur yang lebih lena.


5 Tips untuk dapatkan tidur yang lena

# 1. Jika kaki kejang, tekan kaki pada dinding. Selain itu, pastikan kita mendapat cukup kalsium agar masalah kekejangan dapat dikurangkan.
# 2.  Posisi terbaik untuk tidur adalah mengiring dengan lutut separuh membengkok. Ini membolehkan jantung kita bekerja dengan lebih baik agar berat janin tidak menekan pembuluh darah utama.


# 3.  Sekiranya mengalami sakit belakang, letakkan lebih bantal semasa berbaring. Letakkan satu bantal di bawah perut, celah kedua-dua kaki, bahagian bawah belakang dan satu lagi di bahagian kepala.


# 4.  Kurangkan minum air terutamanya yang mengandungi kafein seperti teh dan kopi sebelum masuk tidur dapat mengelakkan kita kerap bangun tidur untuk membuang air kecil.

# 5. Cuba tidur secara mengiring ke sebelah kiri untuk membantu pengaliran darah dan oksigen ke plasenta.

Semoga sedikit tips yang saya kongsikan ini dapat membantu ibu-ibu hamil yang lain menikmati tidur yang lena.

Jika rakan-rakan bloger ada tips yang lain jom kongsikan sekali di sini yea boleh kita mendapat manfaat bersama.

~ Beauty & Happiness
is Healthy body & Soul ~

Untuk pertanyaan
SMS/Whatsapp @

Eja[1119387] | 012-6178480
    Penghantaran Seluruh Malaysia
    COD: Taiping, Kamunting dan kawasan sekitar






0 comments:

Post a Comment

Anda mungkin berminat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.