Wednesday, 31 December 2014

selamat tahun Baru 2015

with 0 Comment

assalamualaikum...

semua rakan taulan... selamat tahun baru ! Jom kita mulakan dengan semangat yang baru dan lebih kuat lagi...

Sememangnya tahun 2014 banyak meninggalkan kesan yang mendalam buat kita...dan pada diriku juga...tapi dugaan itu telah mengajar kita untuk lebih kuat... macam kita masak ler kalau tak letak garam mana sedapkan walaupun garam tu ya ampunn masinn..

inilah satu permulaan untuk kita bukannya kekalahan..



Jadilah kita seperti pepohon dalam gambar tu yang sedang mengeluarkan bibit bibit bunga hati setelah menghadapi keguguran dedaunan dimusim gugur.

eceh...berfalsafah pulak pepagi tahun baru ni...hehe


apa-apa pun kepada semua kengkawan sahabat taulan selamat tahun baru dan semoga kejayaan dan kegembiraan bersama kita pada tahun 2015 ni chaiyok!

oh lupa...awai-awai pagi tadi dapat good news...promosi untuk bulan januari VIVIX, ALFAFA dan KiDSVitalea.. yeay!!

kan dah kata 2015 ni satu permulaan yang indah... so sesapa nak barang offer kat atas pm/sms/whatsapp 012 617 8480 ~eza~

dan yang mana nak COD untuk area Taiping, Kamunting, Batu Kurau, Changkat Jering dan kawasan sekitarnya bolehlah SMS/whatsapp/telegram @ 012 617 8480

Monday, 22 December 2014

Senggugut petanda wujud Endometriosis

with 0 Comment


Mesti ada dikalangan uols yang mengalami senggugutkan...saya pun antara orang yang pernah suatu ketika dulu mengalami senggugut...dan alhamdulillah dengan izin Allah lepas makan Gla Complex senggugut dah hilang.

Senggugut ni bagi sesetengah wanita boleh menyebabkan rasa sakit kekejangan yang teruk sampai perlu memakan pil penahan sakit untuk hilangkannya. Tapi ada juga yang hanya mengalami senggugut yang sakit macam memulas jer tak sampai berguling katil...hehehe

Ok..senggugut ni bukan sekadar kekejangan yang teruk masa haid je...tapi sebenarnya ia juga petanda penting untuk semua perempuan yang mengalami senggugut yang teruk...kemungkinan wujudnya endometriosis! So, uols yang ada senggugut yang teruk better jumpa doktor untuk pemeriksaan awal.


Apa tu Endometriosis? Secara kasarnya ia adalah satu penyakit yang berlaku apabila tisu endometrium, iaitu tisu yang melapisi dinding rahim ...yang sepatutnya tanggal ketika haid ..."tumbuh" di luar rahim, samada di ovari, tiub fallopio, ligamen yang menampung rahim atau mana-mana saja bahagian dalam rongga pelvik. Oleh kerana tisu ini tidak dapat keluar dari badan maka ia akan membesar dan membentuk ketumbuhan yang dipanggil 'cysts endometriosis'.
Kalau uols nak tahu lebih lanjut mengenai Endometriosis boleh baca disini 

Senggugut juga sebenarnya kalau dibiarkan tanpa sebarang usaha rawatan atau pencegahan boleh menyebabkan ketidaksuburan. Dan lagi teruk kalau disahkan menghidap endometriosis peringkat yang teruk ....kita terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang uterus dan ovari.

Jadi sebagai langkah pencegahan apakata kita mengamalkan pemakanan sihat dan mengambil makanan tambahan seperti Gla Complex , Minyak ikan OmegaGuard dan Osteomatrix untuk membantu melegakan simptom senggut dan menopaus serta mengawal kestabilan hormon selain mampu untuk menghalang pertumbuhan cyst.


Selain itu juga kita dapat menggalakkan kulit supaya kelihatan lebih cantik dan jantung dan tulang yang sihat. Apa yang penting ... kita dapat mengurangkan risiko mendapat Endometrosis!

Ok...uols jumpa lagi next entry...ingat yea...langkah pencegahan lebih baik dari mengubati.....cegah dengan Gla Complex, Omega Guard dan Osteomatrix... ".



jika anda ada sebarang Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Noraiza Abu Bakar
♥ sms/whatsApp/Telegram: 012-617 8480
♥ Emel : delsimoms@gmail.com



( COD kawasan Taiping, Kamunting, Batu Kurau,Pantai Remis, Bagan Serai dan Changkat Jering)

Thursday, 4 December 2014

Fakta tentang makanan dan jerawat

with 0 Comment

Pernah tak dengar orang kata kalau makan kacang banyak-banyak nanti timbul jerawat di muka..dulu saya pun percaya sampai sanggup tak makan kacang nak mengelak jerawat timbul kononnya...hehehe tapi jerawat masih jugak timbul especially time period.


Samaada betul atau tak makan kacang boleh timbulkan jerawat itu tak dapat dipastikan. Tapi apa yang pasti kalau dah jerawat timbul tu mestilah rasa tak tentu hala nak..nak kat orang perempuan memang spoiled lah kalau jerawat timbul.

So, apa yang boleh kita buat amalkan memakan buah-buahan segar ...ambik vit C dan Gla Complex ...rajin-rajin gunakan pencuci muka dan jangan stress ye dek non.
Sebab jerawat ni sebenarnya berpunca dari masalah hormon dan liang pori yang tersumbat. Jadi dengan mengamalkan memakan buah-buahan segar dan mengambil vit C dapat membantu mengaktifkan penghasilan kolagen dan bertindak menguatkan imunisasi badan kita.


Pengambilan zat besi yang cukup dapat membantu mempercepatkan proses pengecutan jerawat. Kalau tak pasti macam mana nak kira jumlah zat besi dari makanan kita ambil jer Zinc Complex dah tentu sebiji cukup untuk keperluan sehari zat besi kita.

Selalu jerawat timbul masa periodkan...nak tahu kenapa? Sebab masa period hormon kita tak stabil ...itu yang ada setengah daripada kita pantang silap sikit mesti ada yang kena marah...hehehe..kat sinilah pentingnya makan Gla Complex.Gla Complex ni akan tolong stabilkan hormon kita selain tu ia jugak bertindak melembapkan kulit. Uols tahu tak yang kulit kita jadi kering masa sedang period?
Sekarang dah tahukan lagi la perlu memakan Gla complex ni.. barulah tengah period pun kulit kita still nampak lembap dan berseri.

Oklah panjang pulak berleter pasal jerawat ni....lepas ni kalau nak makan kacang..makan jer tak payah pantang-pantang.. kalau jerawat timbul macam mana? Kan dah bagi tau kat atas tadi makan Vit C, Zinc dan Gla Complex. Tak tahu mana nak dapat semua ni ...sms atau whatsapp no ni 012 617 8480...insyallah dia akan tolong dapatkan untuk uols siap dengan free konsultansi lagi.
Ok uols selamat mencuba ya!

Wednesday, 26 November 2014

Tips atasi sakit kaki akibat kasut tumit tinggi

with 0 Comment

Hari ni kita bercerita pasal kasut tumit  tinggi pulak.

Nak dijadikan cerita, hari ni entah kenapa boleh terasa nak pakai kasut tumit tinggi pulak masa nak merayau di IOI City Mall yang baru bukak tu..hehehe kononnya nak nampak seksilah dengan kasut tumit tinggi tu.

Memang ramai sangat orang sampai nak cari parking pun kena dua tiga kali pusinglah baru jumpa parking kosong.

Memang best cuci mata kat  IOI City Mall sampai tak hengat yang kaki tu pakai kasut tumit tinggi.. balik jer rumah baru terasa sakitnya lutut dan kaki neh.

Apalagi benda first sekali kita buat rendam kaki dalam air panas ler ...campur dengan garam sikit dan lemon..haaa lega rasa tegang kaki tu.

Lepas tu kita makan osteomatrix ngan Ajht barulah lancar balik peredaran darah kat kaki tu , lutut pun semakin anjal tau. Lagi satu jangan lupa lunjurkan kaki dan tinggikan sikit kaki tu..letaklah bantal ke atau apa saja lah untuk tinggikan kaki tu

Bila dah buat semua tu hilang rasa sakit dan lenguh kaki dan lutut tu. Lepas ni kalau nak shopping pakai kasut tumit tinggi make sure uols makan osteomatrix dan Ajht yea..berapa lama berdiri dan shopping pun tak jadi masalah.

Senang jer kalau nak dapatkan osteomatrix dan Ajht ni...sms/whatsapp jer no ni 012 617 8480 , insyallah dia akan tolong uols dapatkannya siap dengan free consultation lagi!

Tuesday, 25 November 2014

Tips atasi selsema ketika hamil

with 0 Comment

Demam, selsema dan batuk adalah perkara biasa bagi kita. Tapi lain pulak halnya kalau yang kena selsema, demam dan batuk adalah seorang yang sedang hamil.

Kenapa lain? Wanita yang sedang hamil amat mudah untuk terkena jangkitan kuman sebab dalam tempoh kehamilan sistem pertahanan badan atau sistem imunisasi menjadi lemah.

Kebiasaanya kalau kita sedang hamil dan terkena pulak demam, selsema dan batuk doktor memang takkan bagi ubat kecuali kalau betul-betul kita perlukan..

Tapi kalau sekadar selsema, batuk dan demam biasa-biasa ni tahan jer la. Bukan apa, sebab pengambilan ubat-ubatan ni boleh mengancam nyawa ibu atau bayi dalam kandungan.

Menakutkan betul ...siapa sangka ubat yang biasa kita ambil boleh menjadi bahaya dalam tempoh kehamilan terutamanya ubat selsema dan batuk.

So, solutionnya kalau kita nak  mengelak terus dari terkena selsema itu adalah mustahil..jadi apa yang boleh kita lakukan adalah dengan meningkatkan sistem imunisasi badan kita.

Caranya mudah jer..banyakkan minum air kosong dan pengambilan Vitalea dan  vit C kalau rasa-rasa macam nak kena selsema.

Vitamin C memang berkesan untuk mengatasi masalah selsema dan demam lebih-lebih lagi kalau ambil Vit C Sustained release. Sebab Vit C sustained release ni akan mengawal pembebasan vitamin sedikit demi sedikit selama 8 jam. Maknanya vit c yang kita makan tu akan digunakan sepenuhnya tak adalah nanti vit c yang berlebihan di buang melalui air kencing.

Kawan saya kata kalau nak makan vit c sustained release ni untuk selsema kita kena patahkan dia jadi 2 lepas tu baru telan. Rasionalnya? Sebab bila dah patah dua dia akan bertindak dengan lebih cepat untuk merawat selsema tu.

Apa yang bestnya ....sememangnya berkesan macam makan ubat selsema. Cuma yang bezanya kalau makan ubat selsema lepas tu mesti kita mengantukkan ...tapi dengan Vit C sustained release tak de semua tu. Apa yang lagi penting Vit C selamat dan langsung tak membahayakan nyawa kita!

Oh ya, jangan lupa banyakkan minum air kosong ...8 gelas sehari atau lebih . Kalau minum jus buah-buahan pun boleh juga, supaya badan kita tak mengalami dehidrasi  waktu selsema ni selain dapat menyejukkan badan kita. Kurangkan minum kopi atau teh dan minuman bergula seperti soda. Kalau boleh elakkan terus sebab kalau banyak sangat minuman bergula ni karang dapat kencing manis pulak masa mengandung lagi susah kan.

So, moms semua kalau selsema atau rasa nak demam lepas ni cari Vit C sustained release dan Vitalea dulu ...kalau dah seminggu pun tak hilang baru makan ubat...itu pun kalau doktor bagilah..;-)

Uolss tak tahu mana nak dapat Vitamin C sustained release ngan Vitalea ni? Tak pa, sms atau whatsapp jer kat no ni 012 - 617 8480 insyallah dia akan tolong dapatkan untuk Uols semua siap dengan konsultansi percuma lagi!

Sunday, 23 November 2014

Ubat asma cara tradisional kurangkan penggunaan inhaler

with 0 Comment


Bergantung hidup menggunakan inhaler bukanlah satu cara hidup yang diinginkan. Lebih-lebih lagi jika tergolong dalam penghidap 'Asma tegar'.

Kebiasaannya orang yang berpenyakit asma ni  nak elakkan dari kena serangan,  jangan kena batuk je..sebab kalau dah mula je batuk..memang alamatnya akan bersambung dengan semput/sesak nafas..

So, elakkan daripada terkena batuk tu terutama sekali golongan anak-anak kecil. Macam mana nak elak? Caranya daripada makanan dan persekitaran la. Sebab tu pengambilan Nutriferon amat penting untuk meningkatkan sistem imun badan kita.

 Kadang kala sakit tekak pun boleh sebabkan batuk..so baik cegah dari awal, elakkan dari sakit tekak. Kalau dah terasa macam nak gatal-gatal tekak tu cepat-cepatlah hisap chewable vitamin C, insyallah hilang gatal tu.

Asma ni merupakan penyakit yang bersambung-sambung...dan dalam turutan sambungan tu asma adalah yang terakhir..so seboleh-bolehnya elakkan la penyebab dalam episod awal tu.

Kalau boleh, elakkan daripada penggunaan inhaler..sebab kita sedia maklumlah kan, ubat-ubatan ni banyak side effect yang boleh merosakkan badan.

Untuk mengawal dari terkena serangan asma elakkan dari menghidu habuk terutamanya habuk karpet, binatang yang berbulu macam kucing dan seangkatan dengannya.

Lepas tu orang asma ni kena elakkan dari makan makanan sejuk atau berais..oh ya selain daripada tu dinasihatkan elakkan juga memakan buah-buahan yang masam dan berserat seperti oren sebab ia mengandungi kandungan asid asorbik yang tinggi dan boleh menyebabkan  pesakit asma mudah mendapat serangan. Mangga dan durian pun sama tau effect dia.
Oh yea....satu lagi Asma ni..mengikut doktor-doktor pun, masih belum ada ubat yang boleh menyembuhkan Asma. Cuma boleh meredakan bila berlaku serangan. Tapi tidak 
boleh menghilangkan terus. 

Jadi cara terbaik adalah prevention dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan lengkapkan dengan vitamin tambahan seperti nutriferon untuk meningkatkan sistem imunisasi badan kita.


jika anda ada sebarang Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Noraiza Abu Bakar
♥ sms/whatsApp/Telegram: 012-617 8480
♥ Emel : delsimoms@gmail.com



( COD kawasan Taiping, Kamunting, Batu Kurau,Pantai Remis, Bagan Serai dan Changkat Jering)


Bintik merah dimuka baby akibat ekzema hilang lepas sapu herba blend

with 0 Comment

Memang gerammm sangat kalau tengok baby kan....lebih-lebih lagi kalau pipinya yang tembam tu..memang comfirm kena cubit!

Tapi yang sedihnya kalau tengok pipi baby tu naik bintik merah-merah..dan bermulalah episod baby asyik nangis jer.

Memang kesian sangat...baby nak mengadu tak pandai..jadi nangis jer lah caranya mengadu sakit dan gatal dimuka akibat ekzema.

Nak tahu tak kalau kita sapukan Herba  blend  pada tempat kena ekzema tu bintik-bintik merah tu akan hilang dan kulit baby yang kalau sebelum ni kering akan menjadi lembut jer.

Penggunaan herba blend ni memang sesuai untuk masalah kulit macam ekzema, kulit kering, panau dan apa sajalah yang berkaitan dengan kulit.

Oh ya lagi satu... herba blend ni bukanlah untuk baby jer orang dewasa pun boleh memakainya. Memang menjimatkan dengan herba blend ni selain ianya produk yang selamat digunakan oleh semua peringkat umur.

Kalau uolss teringin nak merasa kehebatan herba blend ni tapi tak tahu mana nak cari... sms atau whatsapp jer no ni 012 617 8480 ..insyallah akan saya tolong dapatkannya untuk uolss dengan segera!

Monday, 17 November 2014

Harapkan Set Menyusu Shaklee membantu menambah susu tetapi sebaliknya pulak yang terjadi.

with 0 Comment

Apa yang korang rasa kalau hajat dihati membeli Set Menyusu untuk menambah susu tapi, perkara yang tak pernah terlintas lansung dalam fikiran yang terjadi?


Mesti ramai yang menjawab kecewa kan... ermm tapi saya tak kecewa langsung malah lebih gembira. Nak tahu kenapa?

Dengan pengambilan Set penyusuan Shaklee, susu yang saya dapat hasilkan memang marbelos kalau tanpa supplement dulu cuma dapat 2oz tapi kini jumlahnya jadi 5oz untuk sekali pam. Susu pun semakin pekat dan nampak berkrim.

Haa..bab penghasilan susu memang puas hati lahkan. Tapi yang buat saya tak puas hati sangat bila kulit jadi semakin licin dan gebus gitu. Pelik sangatkan, lagi satu bab rambut.

Kalau dulu, sekali sikat rambut jer mesti banyak rambut berguguran di lantai lepas ambil Set Menyusu Shaklee setakat dua atau tiga helai jer. Kuku pun kelihatan semakin kemerahan dan berkilat.

Yang lagi peliknya, selepas ambil Set menyusu Shaklee badan sentiasa rasa bertenaga walaupun tak cukup tidur..almaklumlah kalau beranak kecik ni nak dapat tidur lapan jam cukup memang tak lah kan.

Ini supplement yang saya ambil ESP, Alfafa, Osteomatrix, Vit C,  B Complex dan Vitalea. Setelah diselidiki rupa-rupanya, supplement yang ada dalam set menyusu ni bukan untuk memeriahkan susu jer tapi juga memberi tenaga dan mencantikkan kulit jugak. Patutlah...

Kalau nak tahu lagi apa fungsi setiap vitamin ni boleh baca disini.

Inilah rupanya vitamin yang saya ambik tu



senang jer kalau nak dapatkan set menyusu ni klik jer kat bawah ni



itulah kisahnya kalau membeli produk untuk menambah susu tapi bonus lain yang dapat ;) .... bestkan so jangan tunggu lagi order jer sekarang!




jika anda ada sebarang Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Noraiza Abu Bakar
♥ sms/whatsApp/Telegram: 012-617 8480
♥ Emel : delsimoms@gmail.com



( COD kawasan Taiping, Kamunting, Batu Kurau,Pantai Remis, Bagan Serai dan Changkat Jering)

Sunday, 16 November 2014

Pengalaman ngeri Menyusukan Susu Badan

with 3 comments
Menyusukan bayi sememangnya banyak memberi kebaikan buat ibu dan bayi. Dan sepatutnya ia merupakan satu pengalaman yang paling menyeronokkan.



Kalau sekadar sakit sikit pada puting tu dalam dua tiga hari pertama penyusuan biasalah.

Tapi tahu tak disebabkan kekurangan ilmu, saya telah mengalami pengalaman yang mengerikan semasa baru mula belajar nak menyusukan badan. 

Dalam minggu pertama penyusuan saya mengalami masalah bengkak susu. 

Badan saya rasa seperti nak demam kemudian payudara terasa tegang sangat dan berdenyut-denyut, tapi pada masa tu memang saya tak tahu tanda-tanda itu disebabkan bengkak susu...yea lah first time menyusukan badan tanpa ilmu pulak tu.

 Nasib baiklah bidan yang datang mengurut tu bagi tahu saya yang payudara sedang bengkak sebab susu tak keluar ditambah pulak dengan masalah puting tersumbat. 

Akhirnya, mak bidan tolong urutkan supaya susu keluar. Alhamdulillah lepas diurut dan mengeluarkan susu payudara tak lagi terasa tegang.

Itu pengalaman dengan anak pertama saya, yang tempoh penyusuan cumalah 3 bulan saja lepas tu bagi susu formula. ( azam untuk menyusu badan masih tak kuat..hehehe)

Masuk anak kedua memang saya berazam untuk menyusukan susu badan sepenuhnya. Dengan sedikit ilmu proses penyusuan berjalan lancar. Untuk memastikan susu melimpah ruah pengambilan set menyusu Shaklee memang amat membantu. 

Tapi, masuk bulan keempat puting susu mula merekah dan berdarah. Aduhh...memang terasa sakit sangat terutamanya bila baby mula nak menyusu. Denyutan rasa pedih yang teramat sangat kadangkala menyebabkan keluar juga air mata ni. Tapi bila dah lama sikit baby menyusu hilanglah sakit nya.

Biasanya kalau terjadi puting merekah ni saya sapukan Vitamin E ataupun sapukan ajer susu kita tu pada bahagian puting merekah. Kemudian makan osteomatrix as painkiller dan vitamin c untuk proses penyembuhan. Selesai.

Dari pembacaan saya, puting merekah dan berdarah adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya:


  • Lekapan puting yang salah ( latch on) Ini adalah punca yang biasa menyebabkan puting melecet.

Jika bayi kita tidak menghisap dengan baik, dan mempunyai masalah untuk menyedut atau menarik puting ke dalam mulutnya , puting kita akan menjadi terlalu jauh ke hadapan dalam mulutnya .

Puting kita kemudian akan melekap dilelangit keras bayi , dan ini akan menyakitkan untuk kita. Kebiasaanya, kesilapan yang sering berlaku adalah bayi hanya menghisap di bahagian puting sahaja.


Cara lekapan yang betul adalah dengan memastikan mulut bayi terbuka dengan besar dan memastikan bahagian aereola (bahagian hitam di sekeliling puting) berada di dalam mulutnya.
  • Ibu Menghentikan penyusuan secara paksa Untuk menghentikan penyusuan kita perlu memastikan yang bayi telah kenyang atau berhenti menghisap terlebih dahulu. 
Kemudian masukkan jari kelingking melalui sudut bibir bayi untuk mengeluarkan puting secara perlahan-lahan.

  • Thrush - Puting merekah atau kegatalan mungkin bermakna kita mungkin ada “thrush”.
 Ia disebabkan oleh ketumbuhan sejenis yis seperti kulat dipanggil “Candida albicans.” Puting kita boleh dijangkiti oleh bayi yang yang mengidap kulat ini dalam mulutnya. Kadangkala ada tompok putih diputing.

Kesakitan semasa menyusu bayi lebih kurang sama di antara “thrush” dengan “latch on” yang tidak betul.

Bezanya kesakitan yang disebabkan “latch on” tidak betul berlaku semasa permulaan menyusu tetapi bertambah baik apabila bayi sedang menyusu.

Untuk ini rawatan doktor diperlukan. Ibu dan anak perlu dirawat bersama.


Oh yea, satu lagi elakkan dari gunakan sabun, krim atau losyen pada puting sebab ini akan menjadikan puting kita kering dan menjadi faktor puting merekah. 

Basahkan puting kita dengan air bersih semasa mandi sudah memadai.

Ok, setakat ini saja dulu perkongsian pengalaman saya. Harap dapat membantu ibu-ibu yang baru melibatkan diri dengan penyusuan susu badan.

Kalau anda bermasalah dalam penghasilan susu boleh mencuba Set Menyusu Shaklee, insyallah lepas pengambilan set ini susu akan melimpah ruah.

jika anda ada sebarang Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Noraiza Abu Bakar
♥ sms/whatsApp/Telegram: 012-617 8480
♥ Emel : delsimoms@gmail.com



( COD kawasan Taiping, Kamunting, Batu Kurau,Pantai Remis, Bagan Serai dan Changkat Jering)






Friday, 14 November 2014

Resepi Lontong Goreng Bersos

with 0 Comment
Berlontong goreng kita hari ni yea...


Bercerita pasal lontong goreng ni, first time saya merasa masa sedang buat praktikal training di Kluang,Johor. Dah hampir 12 tahun dah. Itulah pertama kalinya saya jumpa lontong Goreng,sebelum tu yang tahu cuma lontong dengan kuah lodeh jer.

Pagi tadi masa tengah fikir nak masak apa untuk sarapan ternampak pulak lebihan nasi impit buat soto semalam. Terus terasa nak buat lontong goreng semua benda pun ada dalam peti.

Ok, jom kita tengok camna nak buat Lontong Goreng ni

Lontong Goreng Bersos

Bahan-bahan:
2 pek besar Nasi Impit
300 gm daging kisar
4 ulas bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih   (dihiris)
1 inci halia  (dihiris)
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar tomato puri
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
4 tangkai sawi
4 tangkai kailan
sedikit lada sulah


Cara-caranya:
1. Potong nasi impit menjadi kiub. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak dalam kuali dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris tadi.
3. Selepas dah naik bau masukkan pulak cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak. 
4. Bila dah pecah minyak masukkan daging kisar, masak sehingga lembut.
5. Kemudian masukkan tomato puri, sos tiram, kicap, garam dan lada sulah. Setelah digaul rata, baru masukkan sawi dan kailan.
6. Akhir sekali, masukkan nasi impit yang telah dipotong kiub tadi dan gaul rata. Siap! 


Selamat mencuba yea..


Thursday, 13 November 2014

Isteri Bimbang Ditinggal Suami Selepas Bersalin Sebab Payudara Kendur dan Gemuk

with 0 Comment

Masalah payudara kendur, berat badan yang melampau dan tiada lagi bentuk badan yang cantik seperti dulu memang merunsingkan hati semua wanita terutamanya buat ibu yang lepas bersalin dan menyusukan bayi.

Saya pun pernah menghadapi situasi seperti ini, mana tak bimbangkan payudara dan bentuk badan menarik merupakan aset penting buat kita. Takut-takut nanti kalau tak lagi menarik en abang cari lain.

Memang lumrah, bila dah bersalin bentuk badan kita akan berubah dan untuk kembali kepada bentuk asal sebelum bersalin mungkin susah. Tapi ini bukanlah bermakna yang kita tak boleh mendapatkan bentuk badan yang cantik dan kekal gemuk sebab lemak yang berlebihan lepas bersalin.

Apa yang kita boleh buat? Dalam tempoh berpantang memang tak boleh nak senaman yang berat-berat apatah lagi nak berjalan laju-laju kang terbukak pulak tempat kena jahit tu.

So, apa yang saya buat ialah makan Lecithin dan ESP untuk mendapatkan balik bentuk badan yang menarik itu. Dan untuk memastikan yang payudara saya tak kendur walaupun menyusu badan saya ambil Alfafa. Psttt...miss V pun semakin ketat dengan Alfafa ni.

Extra bonusnya, selalukan kalau kita lepas bersalin mesti muka nampak pucat jer...tapi sebab ambik ESP badan saya rasa bertenaga dan muka berseri kemerahan. Luka jahitan kat bawah pun cepat sembuh tau.

Oh lupa nak mention, yang semua ni ada dalam Set Bersalin Shaklee. Alhamdulillah bila consume set bersalin ni semasa dalam berpantang saya tak pernah mengalami masalah sembelit. Kalau tidak sebelum ni waktu berpantang mesti sembelit almaklumlah nak makan buah kan tak boleh.

Set Bersalin ni ada 3 pilihan, jadi anda bolehlah pilih nak yang mana satu. Tapi kalau anda jenis yang tak gemar memakai bengkung lebih baik ambil set premium.

Set Asas
Mengandungi 4 supplement penting untuk ibu berpantang; iaitu Zinc, Alfalfa, Ostematrix dan Vitalea. Set ini boleh di ambil oleh ibu-ibu yang bersalin secara normal atau pembedahan.


Ia membantu ibu untuk berpantang dengan ceria:
  •     Atasi masalah sembelit
  •     Keputihan yang merimaskan
  •     Rawat luka dalaman dan luaran
  •     Bantu ibu cergas bertenaga walaupun dalam pantang
  •     Kurangkan bacaan kuning jika baby jaundice
  •     Bantu kecutkan rahim
  •     Kurangkan lenguh badan dan sakit pinggang

SeT Bersalin Extra Milk
Ini adalah Set Bersalin Shaklee yang boleh bantu banyakkan susu selain daripada memberikan tenaga luar biasa kepada si ibu.


Set ini mengandungi 7 supplement penting untuk ibu berpantang. Ada tambahan ESP, Vitamin C dan B Complex istimewa untuk membantu ibu berpantang kekal ceria bertenaga dengan susu melimpah ruah sampai memancut-mancut.

Apa yang bestnya ESP nih, susu juga akan bertambah pekat selain menghilangkan stretch mark dan membantu ibu mendapatkan semula kulit yang anjal macam sebelum mengandung.


Set Bersalin Premium( khas untuk Kurus)
Set Bersalin Premium ini khas untuk ibu yang nak banyakkan susu, kekal bertenaga dan juga menguruskan badan.



Set ini mengandungi 8 jenis supplement, eksklusif untuk ibu yang nak mengembalikan semula bentuk badan dan payudara yang montok macam sebelum mengandung :D

Pertambahan Lecithin akan membantu memecahkan lemak. Lemak yang dipecahkan akan diangkut keluar oleh Alfalfa.

ESP juga memainkan peranan penting untuk ibu berpantang kembali kurus. ESP bantu mengawal rasa lapar ibu di samping menguatkan otot yang digunakan untuk membakar lemak jahat dalam tubuh.


Apa lagi nakkan...muka berseri dapat, kurus dapat, payudara montok dapat, badan sihat pun dapat...oh..oh lupa lagi satu miss V pun semakin ketat. Lepas habis pantang ni comperm cik abang tak pandang orang lain dah...bukan habis pantang jer, dalam pantang pun geram jer cik abang tengok sebab muka berseri jer. Semua ni hanya dengan mengambil Set Bersalin Shaklee.

Lagi pun bukannya susah pun nak dapatkan Set Bersalin Shaklee ni, klik jer kat bawah ni then pilih nak supplement yang mana



jika anda ada sebarang Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Noraiza Abu Bakar
♥ sms/whatsApp/Telegram: 012-617 8480
♥ Emel : delsimoms@gmail.com

( COD kawasan Taiping, Kamunting, Batu Kurau,Pantai Remis, Bagan Serai dan Changkat Jering)




Monday, 10 November 2014

Hubungan Suami Isteri Renggang Akibat Penyusuan Susu Ibu

with 0 Comment

Suami anda pastinya merasa cemburu bila melihat anda sentiasa bersama bayi untuk tempoh yang lama.

Tiada lagi layanan istimewa untuk suami anda, yang menjadi perhatian sekarang adalah bayi anda. Tahukah anda yang suami anda merasa ditinggalkan sewaktu tempoh penyusuan bayi berlaku.
Mereka merasakan terdapat persaingan antara diri mereka dengan bayi anda, kerana anda banyak menghabiskan masa bersama bayi anda.

Hubungan antara anda suami isteri pastinya akan renggang jika anda tidak mengambil langkah untuk berubah.

Ramai antara ibu-ibu yang menyusukan bayi terlepas pandang perkara ini. Mereka menyangkakan bila melakukan penyusuan susu ibu, pasangan tidak akan terlibat langsung. Sebenarnya ini salah!

Sokongan pasangan anda amatlah diperlukan untuk menjayakan proses penyusuan susu ibu secara ekslusif.

Hubungan antara bayi dan anda merupakan satu ikatan yang kuat. Sentuhan antara anda dan bayi akan membantu bayi dalam proses penyusuan dengan mudah dan menggalakkan lagi pengeluaran susu. Kadangkala proses penyusuan boleh berlaku untuk tempoh lebih dari 20 minit. Diwaktu beginilah pemahaman dan sokongan dari pasangan anda amat diperlukan.

Bagaimana suami anda boleh membantu dan melibatkan diri dalam proses penyusuan susu ibu?

Walaupun suami anda tidak dapat menyediakan susu, tetapi banyak lagi perkara yang boleh mereka lakukan untuk memudahkan anda melalui proses penyusuan susu ibu.Terutamanya di dalam tempoh awal penyusuan. 

Pasangan anda boleh membantu dalam kerja-kerja rumah dan memastikan segala apa yang anda perlukan ada sewaktu tempoh penyusuan. Yealah kengkadang kita ni, masa tengah menyusukan bayilah tekak rasa dahaga jadi pasangan anda boleh tolong ambilkan segelas air untuk anda. 

Selepas selesai penyusuan anda bolehla menyerahkan bayi kepada pasangan anda. Biarkan suami anda bermain, membawa bayi anda berjalan-jalan, memandikan bayi atau pun membantu anda sendawakan bayi. Dengan cara ini suami antara akan merasakan yang dia tidak diabaikan dan dapat membina ikatan kasih sayang dengan lebih erat antara dia dan bayi anda.

Sentiasalah berbincang dengan pasangan anda sebelum anda membuat keputusan berkaitan bayi anda. Dan sentiasalah libatkan pasangan anda dalam aktiviti yang berkaitan dengan bayi anda. Berikan dia lebih maklumat mengenai penyusuan bayi.

Semoga hubungan anda suami isteri bertambah erat bersama orang baru dalam hidup anda.

jika anda ada sebarang Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:



Noraiza Abu Bakar
♥ sms/whatsApp/Telegram: 012-617 8480
♥ Emel : delsimoms@gmail.com

Friday, 7 November 2014

Cara Terbaik Buang Lemak Berlebihan Di Peha

with 3 comments

Mesti kecewakan bila Jeans Levis yang anda idamkan tak dapat...tengah SALE pulak tu..bukan sebab tak cukup duit tapi sebab seluar sangkut di peha!

Anda mengalami masalah lemak berlebihan di peha? Peha anda sering mengalami masalah gelecet atau sakit akibat peha yang bergesel?

Nak tahu tak senang jer nak buang lemak yang berlebihan tu... salah satunya pakai kasut tinggi!
Kalau sebelum ini kita memerlukan alasan untuk pakai kasut tinggi, inilah masanya! Memakai kasut tinggi boleh membentuk otot betis dan peha. Tapi, jangan pakai kasut tumit tinggi yang melebihi 2 inci ok!

Selain daripada itu ada beberapa cara lagi untuk buang lemak berlebihan di peha yang berkesan dan anda patut cuba. Ikuti langkah mudah ini, insyallah anda pasti dapat melihat hasilnya dalam masa sebulan.

1. Kira kalori
 Anda haruslah mengetahui keperluan kalori anda! Dapatkan dan rekodkan bilangan kalori anda setiap hari. Kurangkan pengambilan kalori harian dalam 500kcal daripada yang sepatutnya.

 Pengambilan jumlah protein yang mencukupi adalah penting bagi membantu mengekalkan otot peha dan otot bahagian badan yang lain ketika proses penurunan berat badan. Sumber protein terbaik yang anda boleh gunakan adalah ESP, selain daripada mengambil protein daripada sumber haiwan.

Berapa jumlahnya? 2g per Kg berat badan sudah mencukupi sebagai contoh, mereka yang mempunyai berat badan 70kg harus mengambil 140g protein, iaitu kira-kira 5 ketul ayam bahagian dada.

2. Senaman untuk kecilkan peha
Anda perlu melakukan senaman ini sekurang-kurangnya 3 kali seminggu
Antara pilihan aktiviti yang anda boleh buat adalah :


atau pun boleh juga melompat di atas trampoline

Melompat di atas trampoline sangat baik untuk peredaran darah dalam badan, pembakaran lemak, meningkatkan metabolism, mengurangkan selulit dan membentuk kaki yang cantik. Lakukan aktiviti ini selama setengah jam dapat membakar hampir 200 kalori dalam badan. Ia juga aktiviti yang sangat menarik yang anda boleh lakukan bersama keluarga mahupun rakan-rakan anda!

3.Senaman kekuatan dahulu, baru cardio
Lakukan senaman di atas sebelum memulakan kardio (jogging). Lakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Ini untuk memastikan anda sudah menggunakan sehabis mungkin ‘muscle glycogen‘ dan ‘liver glycogen‘ menerusi senaman-senaman tersebut. Jika anda memang dahn consume Omega Guard dan Lecithin bagus sangat ... sebab kedua-duanya merupakan supplement yang terbaik untuk mempercepatkan proses pembakaran lemak dan kalori. Jadi, apabila anda memulakan jogging, badan mungkin sudah kehabisan sumber-sumber tenaga tadi, lalu menggunakan sumber tenaga alternatif yang terakhir iaitu lemak.

4. Rehat
Penting! Senaman yang anda lakukan haruslah berselang-seli. Sebagai contoh:

Isnin   - melakukan senaman/ kardio
Selasa - rehat
Rabu   - senaman/kardio
dan begitulah seterusnya.

 Kenapa perlu rehat? Rehat penting untuk membolehkan badan, terutamanya tisu-tisu otot bahagian peha untuk ‘dibaiki’. Otot peha yang kuat akan membakar lebih lemak-lemak disekelilingnya ketika bekerja.

Melakukan aktiviti senaman dan pemakanan yang sihat ditambah dengan pengambilan supplement untuk mempercepatkan pembakaran lemak dan kalori secara konsisten sangat mempengaruhi jumlah otot yang terurai dan hilang bersama-sama lemak.

Jangan lupa, ambil gambar peha anda dengan Iphone5 sebelum dan selepas sebulan mengamalkan langkah-langkah di atas.

Ingat yea, semakin konsisten melakukan senaman dan disusuli dengan pemakanan dan supplement yang sihat, semakin cepat anda boleh melihat hasilnya. :)

Good Luck ya!

jika anda ada sebarang Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:



Noraiza Abu Bakar 
♥ sms/whatsApp/Telegram: 013 - 4164992
♥ Emel : delsimoms@gmail.com

Wednesday, 5 November 2014

Persediaan untuk Penyusuan Susu Ibu

with 0 Comment

Apa yang perlu saya lakukan supaya berjaya memberi susu ibu?

Secara asasnya badan kita dengan sendirinya akan membuat persiapan untuk proses penyusuan seawal dari kita hamil lagi.

Tapi untuk memastikan anda tidak mengalami sebarang kesukaran semasa dalam tempoh penyusuan adalah baik kiranya kita sebagai ibu mengambil tahu serba sedikit tentang penyusuan susu ibu ni terutamanya untuk ibu-ibu yang baru pertama kali nak menyusukan susu badan.

Lagi bagus kalau anda dapat mengajak pasangan anda untuk sama-sama mengikuti kelas penyusuan susu ibu ni(kat klinik ibu dan anak selalu buat kelas penyusuan ni...tarik jer sekali husband anda tu masuk kelas). Setidak-tidaknya nanti dapat juga dia membantu apa yang perlu selain memberi sokongan kepada anda dalam menjayakan proses penyusuan ni.

Nak tahu tak macam mana badan kita membuat persediaan untuk penyusuan susu ibu?

Jika anda nak tahu badan kita telah pun mempersiapkan kita untuk penyusuan semenjak dari awal kehamilan lagi.

Anda perasaan tak sewaktu tempoh awal kehamilan puting susu akan terasa lembut dan macam ada gigitan semut disekitarnya. Apa yang paling ketara adalah payudara anda akan menjadi lebih besar!

Kedua-dua tanda ini menunjukkan yang bekalan darah ke payudara semakin meningkat dan saluran susu serta sel-sel penghasil susu akan semakin bertambah seiring dengan tempoh kehamilan anda.

Oh ya, jangan risau kalau perbezaan saiz payudara anda sebelum dan selepas hamil tidak menunjukkan perbezaan yang besar, ini kerana saiz bukanlah penentu berapa banyak susu yang akan dapat anda hasilkan.

Selalu jugak saya tengok ada sesetengah ibu yang menyusu akan menggosok atau menggentelkan dahulu puting mereka sebelum membuat penyusuan. 

 Bila ditanya kenapa, jawapannya adalah supaya merangsangkan pengeluaran susu. Sebenarnya, perubahan hormon yang berlaku semasa kita hamil telah mempersiapkan payudara bersedia dengan ransangan yang diberi oleh bayi kita. Jadi tak perlulah kita menyapu krim atau memicit puting mengeluarkan sedikit susu terlebih dahulu dengan alasan untuk melembutkan kulit sekitar payudara.

Perbuatan menggosok atau menggentel puting hanya akan menyebabkan anda merasa sakit dan menyukarkan lagi proses penyusuan.

Mungkin ramai tak sedar yang bau badan semula jadi kita memainkan peranan penting dalam ikatan antara bayi anda dengan anda, dan akan membantu untuk mendapatkan penyusuan bermula. Areola puting anda akan mengeluarkan minyak yang secara semula jadinya akan melincirkan puting anda. Minyak ini juga mempunyai bau cairan amnion , yang merupakan bau biasa dan menarik bagi bayi anda, terutama setelah dia lahir.

Lama-kelamaan bayi anda akan dapat mengenali bau payudara anda, kolostrum dan susu. Disebabkan inilah bayi anda akan mempunyai tarikan yang kuat untuk memeluk dan menyusu dengan anda. Jadi, elak menggunakan sabun yang wangi, minyak wangi dan losyen badan pada tempoh awal penyusuan susu ibu, terutamanya disekitar payudara anda.

Sebenarnya banyak lagi yang saya nak kongsikan dengan anda, tapi rasanya entry ni dah panjang sangat jadi kita sambung dalam next entry ya, macam mana pasangan anda boleh membantu dalam proses penyusuan susu ibu ni ok! Kalau anda mempunyai sebarang pengalaman ataupun lebih ilmu silalah komen dan kongsikan dengan saya yea.


jika anda ada sebarang Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:


Noraiza Abu Bakar
♥ sms/whatsApp/Telegram: 012-617 8480
♥ Emel : delsimoms@gmail.com


Tuesday, 4 November 2014

Tips Turunkan Kolestrol Dengan Cepat Ke Paras Normal

with 0 Comment

Diet boleh memainkan peranan penting dalam menurunkan kolesterol anda. Tahukah anda terlalu bergantung kepada ubat untuk menurunkan paras kolesterol boleh mengundang penyakit yang lain?

Meh sini saya nak kongsikan tips turunkan kolestrol anda dengan cepat ke paras normal.

Rasa-rasanyalah boleh ke semangkuk oatmeal membantu menurunkan kolesterol anda? Macam mana pulak dengan memakan walnut ataupun tempe yang digoreng dengan minyak zaitun ? Dengan sedikit perubahan untuk diet anda diikuti dengan senaman dan tabiat jantung sihat yang lain semuanya tidak mustahil!

Inilah dia lima jenis diet makanan yang dapat menurunkan kolesterol dan melindungi jantung anda.

1. Oat, oat bran dan Makanan tinggi serat

Oat mengandungi serat larut yang mengurangkan low density lipoprotein anda (LDL ), kolesterol "jahat". Serat larut juga ditemui dalam makanan seperti kidney beans, epal , buah pir , barli dan buah prun .


Serat larut boleh mengurangkan penyerapan kolesterol ke dalam aliran darah anda. Pengambilan 5 hingga 10 gram atau lebih serat larut setiap hari dapat mengurangkan jumlah kolesterol LDL anda.

Memakan 1 1/2 cawan oat yang dimasak menyediakan 6 gram serat. Jika anda menambah buah-buahan seperti pisang , anda akan menambah 4 gram serat.

2. Ikan dan Omega- 3 tapi kalau anda sememangnya pengguna Omega guard ini satu berita baik!

Ikan berlemak dapat menyihatkan jantung kerana mempunyai kandungan omega -3 yang tinggi , yang boleh mengurangkan tekanan darah dan risiko terjadinya pembekuan darah. Pada orang yang sudah mengalami serangan jantung , omega guard dapat mengurangkan risiko kematian mendadak. Dan satu lagi berita baik untuk anda Phytocolst yang direka khas untuk masalah kolestrol mampu menghalang kemasukan sebanyak 90% kolesterol LDL dalam darah kita.

Tak tahu ikan apa yang ada banyak lemak? Ini antara ikan yang mempunyai kandungan tertinggi omega3 :
  •     ikan kembung
  •     sardin
  •     albacore tuna
  •     ikan salmon
  Haa...nak makan ikan ni bukan goreng ya...kalau goreng nanti bertambah kolestrol jahat tu. Caranya anda perlu membakar atau memanggang ikan tu.

Jika anda tidak suka ikan, anda juga boleh mendapatkan sejumlah kecil Omega 3 daripada makanan seperti flaxseed atau minyak canola.

Ataupun cara mudahnya anda boleh mengambil Omega Guard dan Phytocolst untuk mendapat lebih banyak manfaat.

3. Kacang walnut, badam dan kekacang lain

Walnut , badam dan kacang lain boleh mengurangkan kolesterol dalam darah. Ia kaya dengan asid lemak politaktepu , walnut juga membantu menjaga saluran darah yang sihat.

Kuantiti yang anda perlu makan sekurang-kurangnya segenggam (1.5 auns , atau 42.5 gram)kacang sehari, seperti almond , hazelnut , kacang tanah, pecans , beberapa kacang pain , kacang pistachio dan walnut, boleh mengurangkan risiko penyakit jantung. Pastikan kacang yang anda makan tidak masin atau disalut dengan gula.

Kalau anda nak tahu semua kacang mengandungi kalori yang tinggi. Untuk mengelakkan makan terlalu banyak kacang-kacangan dan menyebabkan kenaikan berat badan, anda boleh menggantikannya dengan makanan yang tinggi lemak tepu. Sebagai contoh menggunakan keju dan butter...butter yea.

4. Minyak zaitun

Minyak zaitun mengandungi campuran antioksidan yang kuat yang dapat menurunkan paras kolesterol "jahat" ( LDL). Tetapi sebagai rakyat Malaysia terutamanya yang memang sukakan makanan bergoreng

Cuba menggunakan kira-kira 2 sudu besar ( 23 gram ) minyak zaitun sehari di tempat lemak lain dalam diet anda untuk mendapatkan manfaat jantung yang sihat . Contohnya, anda boleh tumis sayur-sayuran menggunakan minyak zaitun, atau anda juga boleh menggunakan minyak zaitun sebagai pengganti mentega sebagai sapuan untuk roti . Minyak zaitun adalah tinggi kalori, jadi jangan makan lebih daripada amaun yang disyorkan .

Kesan penurun kolesterol minyak zaitun adalah lebih besar jika anda memilih minyak zaitun extra -virgin , yang bermaksud minyak jenis ini tidak diproses lebih dari sekali dan mengandungi lebih banyak antioksidan untuk jantung sihat.

5. Makanan yang mempunyai tambahan sterol tumbuhan atau stanol

Kini banyak makanan telah diperkayakan dengan sterol atau stanol iaitu bahan-bahan yang terdapat dalam tumbuhan yang membantu menghalang penyerapan kolesterol .

Sebagai contoh Marjerin , jus oren dan minuman yogurt dengan tambahan sterol tumbuhan boleh membantu mengurangkan kolesterol LDL sebanyak lebih daripada 10 peratus. Tapi dengan pengambilan Phytocolst anda akan dapat kurangkan kolesterol LDL sebanyak 90 peratus. Banyakkan!

Makanan yang diperkayakan Sterol tumbuhan atau stanols tidak akan menjejaskan tahap trigliserida atau high density lipoprotein ( HDL) , kolesterol "baik" .

Itu saja ke? 

Selain daripada menukar diet anda juga perlulah melakukan perubahan gaya hidup.

Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi kolesterol dan jumlah lemak terutamanya lemak tepu dan lemak trans. Contoh lemak tepu adalah seperti daging, produk tenusu full cream dan beberapa jenis minyak. Semua lemak tepu ini boleh meningkatkan jumlah kolesterol anda. Omega Guard dan Phytocolst adalah penyelesaiannya. Lemak trans , yang kadang-kadang terdapat dalam marjerin dan biskut yang dijual dikedai, keropok dan kek, adalah sangat tidak baik untuk paras kolesterol anda. Lemak trans akan meningkatkan kandungan low density lipoprotein (LDL ), kolestrol jahat, dan mengurangkan high density lipoprotein ( HDL) , kolesterol baik.

Selain mengubah diet anda, membuat perubahan gaya hidup untuk jantung sihat sebagai tambahan merupakan kunci untuk menurunkan kolesterol anda. Selalulah bersenam, berhenti merokok dan mengekalkan berat badan yang sihat untuk membantu menjaga kadar kolesterol yang rendah. 

Kawallah tahap kolesterol anda, saya tak sanggup untuk melihat anda terkena serangan strok sewaktu anda sedang bergembira bersama keluarga. Amalkanlah pemakanan yang sihat dan jangan lupa masukkan Omega Guard dan Phytocolst dalam senarai diet anda setiap hari.

Anda belum ada Omega Guard dan Phytocolst lagi? Contactlah saya sekarang akan saya ceritakan lebih banyak lagi kebaikan Omega Guard dan Phytocolst yang bakal anda dapat.

Noraiza Abu Bakar
♥ sms/whatsApp/Telegram: 012-617 8480
♥ Emel : delsimoms@gmail.com


Atau kalau anda malu untuk menghubungi saya boleh jer anda dapatkan terus disini






Monday, 3 November 2014

Tempoh Ideal Penyusuan Anak Anda

with 0 Comment

Ramai ibu-ibu muda dan yang baru berjinak-jinak dengan penyusuan ibu ini sering tertanya-tanya berapa lamakah tempoh yang paling ideal untuk menyusukan anak. 6 bulan? 12 bulan atau 2 tahun? atau pun lebih? Masa mula-mula saya terlibat dengan penyusuan susu ibu pun saya menghadapi persoalan yang sama.

Berdasarkan Tafsir al-Muntakhab fi Tafsir al-Quran al-Karim’ dalam mentafsirkan ayat 233 surah al-Baqarah:
وعلى الأمهات أن يقمن بإرضاع أولادهن مدة عامين تامين مراعاة لمصلحة الطفل
“Para ibu hendaklah menyusu anaknya selama dua tahun yang lengkap untuk menjaga kemaslahatan bayi”.

Namun tempoh dua tahun bukanlah tempoh maksimum untuk penyusuan bayi, ia hanyalah tempoh yang paling ideal.

Tempoh dua tahun adalah tempoh yang paling ideal untuk tumbesaran kanak-kanak agar membesar dengan lebih sempurna, iaitu sebaik-baiknya para ibu menyusukan anak-anak mereka sekurang-kurangnya dua tahun. Fakta ini dikuatkan dengan fakta perubatan yang menyatakan, seorang bayi mampu membesar dengan baik hanya dengan susu ibu meskipun tanpa diiringi pemakanan yang lain dalam tempoh 2 tahun.

So, kalau nak teruskan penyusuan sehingga anak berusia dua tahun setengah atau 3 tahun atau pun lebih terpulang kepada keselesaan anda. Berdasarkan kenyataan dan fatwa yang diterbitkan oleh para ulama tradisi dan moden,  hukum menyusukan anak lebih daripada dua tahun adalah HARUS dan tidak dihukum sebagai HARAM atau melanggar hukum syarak.


Of record tau anak kakak ipar saya menyusu susu ibu sehingga umur enam tahun tau, tapi masa tu kalau dia nak nenen dia akan berbisik kat kakak ipar saya dan ajak maknye masuk bilik...hehehe. Tapi saya menyusukan kedua-dua anak saya selama dua tahun setengah, sebab maknye nak melaram..hehehe dua tahun tu tak boleh nak pakai baju cantik-cantik. Meneruskan penyusuan susu ibu setelah anak diperkenalkan dengan makanan pejal boleh memberi manfaat dari segi sistem imunnya dan kebarangkalian untuk bayi anda mendapat diabetis jenis 1 juga adalah kurang walaupun anak anda montel.

Untuk melaksanakan penyusuan susu ibu dengan jayanya anda mestilah membuat persiapan diri. Bagaimana nak mempersiapkan diri? Caranya adalah dengan kekal sihat dan cerdas, ambillah vitamin untuk sentiasa cergas dan bertenaga serta bekalkan seberapa banyak nutrien dan vitamin yang diperlukan sebagai penyediaan badan anda untuk proses penyusuan bayi.

Belajarlah dan dapatkan sebanyak ilmu mengenai penyusuan susu ibu sebelum bersalin, dengan itu anda tidak akan gelabah bila tiba masanya nanti.

Baca bagaimana cara untuk menyiapkan diri untuk penyusuan ibu dan cara untuk menggalakkan pasangan anda untuk sama-sama melibatkan diri dalam proses penyusuan susu ibu. Jangan ingat kalau anda mengaplikasikan penyusuan ibu, pasangan anda boleh lepas tangan sebenarnya banyak yang mereka boleh bantu.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Noraiza Abu Bakar
♥ sms/whatsApp/Telegram: 012-617 8480
♥ Emel : delsimoms@gmail.com



Sunday, 2 November 2014

Omega Guard Untuk Kencing Berdarah

with 0 Comment
Kencing Berdarah?


Anda mungkin menghidap sakit buah pinggang

Anda pernah mendengar nama penyakit IgA Nephropathy (Berger Diasease)? Ia adalah penyakit buah pinggang yang berlaku apabila antibodi immunoglobulin A ( IgA ) termendap secara berlebihan di buah pinggang.

Ini menyebabkan berlakunya keradangan, dan dari masa ke masa boleh menjejaskan keupayaan buah pinggang anda untuk menapis sisa, air yang berlebihan dan elektrolit dari darah anda. 

Kerosakan buah pinggang dapat dikesan apabila terdapatnya darah dan protein di dalam air kencing, tekanan darah tinggi dan bengkak kaki .

Simptom Penyakit Berger
Jangan terkejut jika saya beritahu yang penyakit ini tidak menunjukkan sebarang simptom. Anda hanya akan tahu bila anda telah menjalani biopsy buah pinggang.

Apa ubat untuk penyakit ni?
Sekali lagi anda jangan terkejut jika saya katakan yang penyakit ini tidak ada ubat.
Apa yang biasanya doktor akan beri hanyalah ubat yang boleh melambatkan perkembangan penyakit dan mengurangkan gejalanya seperti tekanan darah tinggi, protein dalam air kencing dan bengkak pada tangan dan kaki. Tapi ubat ini mempunyai risikonya jika berlebihan.

Sebagai penyelesaiannya, ada sesetengah doktor menyarankan supaya mengambil makanan tambahan minyak ikan (fish oil) atau ramai juga kenalinya sebagai minyak omega.

Minyak ikan (omega 3) ni selain membakar lemak, menghalang keradangan, bagus untuk minda, ia juga baik untuk buah pinggang.

Minyak Omega Shaklee iaitu Omega Guard mempunyai banyak kelebihan berbanding minyak ikan yang berada dipasaran. Kelebihan Omega Guard Shaklee adalah:
  • Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)
  • Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik.
  • Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.
  • Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.
  • 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.
  • Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini
  • Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.
Antara manfaat yang akan anda dapat jika mengambil Omega guard adalah:
  • Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
  • Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
  • Mencegah salur darah dari tersumbat
  • Omega 3 dapat mengelakkan strok
  • Mengekalkan tekanan normal darah
  • Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
  • Mengurangkan sakit kepala
  • Merendahkan kolestrol
  • Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
  • Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
  • Mengawal masalah obesiti
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
  • Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
  • Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
  • Membantu menyihatkan paru-paru
  • Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
  • Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)
  • Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
  • Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
  • Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
  • Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
  • Memelihara fungsi-fungsi sendi
  • Mencegah penyakit gout
Jangan biarkan anda merana kerana penyakit Berger. Pengambilan Omega secara berterusan akan membantu anda merawat kencing berdarah dan sekali gus memperbaiki buah pinggang anda.

Jika anda ingin mendapatkan Omega Guard secara on-line boleh klik


atau jika anda ada sebarang Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Noraiza Abu Bakar
♥ sms/whatsApp/Telegram: 012-617 8480
♥ Emel : delsimoms@gmail.com





Anda mungkin berminat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.