Mesti kecewakan bila Jeans Levis yang anda idamkan tak dapat...tengah SALE pulak tu..bukan sebab tak cukup duit tapi sebab seluar sangkut di peha!
Anda mengalami masalah lemak berlebihan di peha? Peha anda sering mengalami masalah gelecet atau sakit akibat peha yang bergesel?
Nak tahu tak senang jer nak buang lemak yang berlebihan tu... salah satunya pakai kasut tinggi!
Kalau sebelum ini kita memerlukan alasan untuk pakai kasut tinggi, inilah masanya! Memakai kasut tinggi boleh membentuk otot betis dan peha. Tapi, jangan pakai kasut tumit tinggi yang melebihi 2 inci ok!
Selain daripada itu ada beberapa cara lagi untuk buang lemak berlebihan di peha yang berkesan dan anda patut cuba. Ikuti langkah mudah ini, insyallah anda pasti dapat melihat hasilnya dalam masa sebulan.
1. Kira kalori
Anda haruslah mengetahui keperluan kalori anda! Dapatkan dan rekodkan bilangan kalori anda setiap hari. Kurangkan pengambilan kalori harian dalam 500kcal daripada yang sepatutnya.
Pengambilan jumlah protein yang mencukupi adalah penting bagi membantu mengekalkan otot peha dan otot bahagian badan yang lain ketika proses penurunan berat badan. Sumber protein terbaik yang anda boleh gunakan adalah ESP, selain daripada mengambil protein daripada sumber haiwan.
Berapa jumlahnya? 2g per Kg berat badan sudah mencukupi sebagai contoh, mereka yang mempunyai berat badan 70kg harus mengambil 140g protein, iaitu kira-kira 5 ketul ayam bahagian dada.
2. Senaman untuk kecilkan peha
Anda perlu melakukan senaman ini sekurang-kurangnya 3 kali seminggu
Antara pilihan aktiviti yang anda boleh buat adalah :
atau pun boleh juga melompat di atas trampoline
Melompat di atas trampoline sangat baik untuk peredaran darah dalam badan, pembakaran lemak, meningkatkan metabolism, mengurangkan selulit dan membentuk kaki yang cantik. Lakukan aktiviti ini selama setengah jam dapat membakar hampir 200 kalori dalam badan. Ia juga aktiviti yang sangat menarik yang anda boleh lakukan bersama keluarga mahupun rakan-rakan anda!
3.Senaman kekuatan dahulu, baru cardio
Lakukan senaman di atas sebelum memulakan kardio (jogging). Lakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Ini untuk memastikan anda sudah menggunakan sehabis mungkin ‘muscle glycogen‘ dan ‘liver glycogen‘ menerusi senaman-senaman tersebut. Jika anda memang dahn consume Omega Guard dan Lecithin bagus sangat ... sebab kedua-duanya merupakan supplement yang terbaik untuk mempercepatkan proses pembakaran lemak dan kalori. Jadi, apabila anda memulakan jogging, badan mungkin sudah kehabisan sumber-sumber tenaga tadi, lalu menggunakan sumber tenaga alternatif yang terakhir iaitu lemak.
4. Rehat
Penting! Senaman yang anda lakukan haruslah berselang-seli. Sebagai contoh:
Isnin - melakukan senaman/ kardio
Selasa - rehat
Rabu - senaman/kardio
dan begitulah seterusnya.
Kenapa perlu rehat? Rehat penting untuk membolehkan badan, terutamanya tisu-tisu otot bahagian peha untuk ‘dibaiki’. Otot peha yang kuat akan membakar lebih lemak-lemak disekelilingnya ketika bekerja.
Melakukan aktiviti senaman dan pemakanan yang sihat ditambah dengan pengambilan supplement untuk mempercepatkan pembakaran lemak dan kalori secara konsisten sangat mempengaruhi jumlah otot yang terurai dan hilang bersama-sama lemak.
Jangan lupa, ambil gambar peha anda dengan Iphone5 sebelum dan selepas sebulan mengamalkan langkah-langkah di atas.
Ingat yea, semakin konsisten melakukan senaman dan disusuli dengan pemakanan dan supplement yang sihat, semakin cepat anda boleh melihat hasilnya. :)
Good Luck ya!
jika anda ada sebarang Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Noraiza Abu Bakar
♥ sms/whatsApp/Telegram: 013 - 4164992
♥ Emel : delsimoms@gmail.com
Owesome! Memang best kalau dapat kecilkan peha ni
ReplyDeleteTq Maznifaeza, cubalah insyallah dapat lihat hasilnya dengan cepat..oh yea ...jgn lupa kasut tumit tinggi dan supplement ok! ;)
ReplyDeleteBaru tahu kasut tumit tinggi boleh bantu kecilkan peha.Thanks for the info.
ReplyDeletehttp://tipsihatselalu.blogspot.com