Sunday, 16 November 2014

Pengalaman ngeri Menyusukan Susu Badan

with 3 comments
Menyusukan bayi sememangnya banyak memberi kebaikan buat ibu dan bayi. Dan sepatutnya ia merupakan satu pengalaman yang paling menyeronokkan.



Kalau sekadar sakit sikit pada puting tu dalam dua tiga hari pertama penyusuan biasalah.

Tapi tahu tak disebabkan kekurangan ilmu, saya telah mengalami pengalaman yang mengerikan semasa baru mula belajar nak menyusukan badan. 

Dalam minggu pertama penyusuan saya mengalami masalah bengkak susu. 

Badan saya rasa seperti nak demam kemudian payudara terasa tegang sangat dan berdenyut-denyut, tapi pada masa tu memang saya tak tahu tanda-tanda itu disebabkan bengkak susu...yea lah first time menyusukan badan tanpa ilmu pulak tu.

 Nasib baiklah bidan yang datang mengurut tu bagi tahu saya yang payudara sedang bengkak sebab susu tak keluar ditambah pulak dengan masalah puting tersumbat. 

Akhirnya, mak bidan tolong urutkan supaya susu keluar. Alhamdulillah lepas diurut dan mengeluarkan susu payudara tak lagi terasa tegang.

Itu pengalaman dengan anak pertama saya, yang tempoh penyusuan cumalah 3 bulan saja lepas tu bagi susu formula. ( azam untuk menyusu badan masih tak kuat..hehehe)

Masuk anak kedua memang saya berazam untuk menyusukan susu badan sepenuhnya. Dengan sedikit ilmu proses penyusuan berjalan lancar. Untuk memastikan susu melimpah ruah pengambilan set menyusu Shaklee memang amat membantu. 

Tapi, masuk bulan keempat puting susu mula merekah dan berdarah. Aduhh...memang terasa sakit sangat terutamanya bila baby mula nak menyusu. Denyutan rasa pedih yang teramat sangat kadangkala menyebabkan keluar juga air mata ni. Tapi bila dah lama sikit baby menyusu hilanglah sakit nya.

Biasanya kalau terjadi puting merekah ni saya sapukan Vitamin E ataupun sapukan ajer susu kita tu pada bahagian puting merekah. Kemudian makan osteomatrix as painkiller dan vitamin c untuk proses penyembuhan. Selesai.

Dari pembacaan saya, puting merekah dan berdarah adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya:


  • Lekapan puting yang salah ( latch on) Ini adalah punca yang biasa menyebabkan puting melecet.

Jika bayi kita tidak menghisap dengan baik, dan mempunyai masalah untuk menyedut atau menarik puting ke dalam mulutnya , puting kita akan menjadi terlalu jauh ke hadapan dalam mulutnya .

Puting kita kemudian akan melekap dilelangit keras bayi , dan ini akan menyakitkan untuk kita. Kebiasaanya, kesilapan yang sering berlaku adalah bayi hanya menghisap di bahagian puting sahaja.


Cara lekapan yang betul adalah dengan memastikan mulut bayi terbuka dengan besar dan memastikan bahagian aereola (bahagian hitam di sekeliling puting) berada di dalam mulutnya.
  • Ibu Menghentikan penyusuan secara paksa Untuk menghentikan penyusuan kita perlu memastikan yang bayi telah kenyang atau berhenti menghisap terlebih dahulu. 
Kemudian masukkan jari kelingking melalui sudut bibir bayi untuk mengeluarkan puting secara perlahan-lahan.

  • Thrush - Puting merekah atau kegatalan mungkin bermakna kita mungkin ada “thrush”.
 Ia disebabkan oleh ketumbuhan sejenis yis seperti kulat dipanggil “Candida albicans.” Puting kita boleh dijangkiti oleh bayi yang yang mengidap kulat ini dalam mulutnya. Kadangkala ada tompok putih diputing.

Kesakitan semasa menyusu bayi lebih kurang sama di antara “thrush” dengan “latch on” yang tidak betul.

Bezanya kesakitan yang disebabkan “latch on” tidak betul berlaku semasa permulaan menyusu tetapi bertambah baik apabila bayi sedang menyusu.

Untuk ini rawatan doktor diperlukan. Ibu dan anak perlu dirawat bersama.


Oh yea, satu lagi elakkan dari gunakan sabun, krim atau losyen pada puting sebab ini akan menjadikan puting kita kering dan menjadi faktor puting merekah. 

Basahkan puting kita dengan air bersih semasa mandi sudah memadai.

Ok, setakat ini saja dulu perkongsian pengalaman saya. Harap dapat membantu ibu-ibu yang baru melibatkan diri dengan penyusuan susu badan.

Kalau anda bermasalah dalam penghasilan susu boleh mencuba Set Menyusu Shaklee, insyallah lepas pengambilan set ini susu akan melimpah ruah.

jika anda ada sebarang Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Noraiza Abu Bakar
♥ sms/whatsApp/Telegram: 012-617 8480
♥ Emel : delsimoms@gmail.com



( COD kawasan Taiping, Kamunting, Batu Kurau,Pantai Remis, Bagan Serai dan Changkat Jering)






3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    Mohon izin daripada tuan punya blog.

    Kepada sesiapa yang memerlukan Krim Medela Tender Care untuk merawat puting susu luka, boleh whatsapp/SMS 0106513731 untuk dapatkan krim ini daripada kami.
    Kami ada ready stok insyaallah.

    Boleh lawati FB page:
    https://www.facebook.com/medelatendercaremurahmujarab/
    SMS/Whatsapp : 0106513731

    Thanks tuan blog :)

    ReplyDelete

Anda mungkin berminat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.