Friday, 14 November 2014

Resepi Lontong Goreng Bersos

with 0 Comment
Berlontong goreng kita hari ni yea...


Bercerita pasal lontong goreng ni, first time saya merasa masa sedang buat praktikal training di Kluang,Johor. Dah hampir 12 tahun dah. Itulah pertama kalinya saya jumpa lontong Goreng,sebelum tu yang tahu cuma lontong dengan kuah lodeh jer.

Pagi tadi masa tengah fikir nak masak apa untuk sarapan ternampak pulak lebihan nasi impit buat soto semalam. Terus terasa nak buat lontong goreng semua benda pun ada dalam peti.

Ok, jom kita tengok camna nak buat Lontong Goreng ni

Lontong Goreng Bersos

Bahan-bahan:
2 pek besar Nasi Impit
300 gm daging kisar
4 ulas bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih   (dihiris)
1 inci halia  (dihiris)
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar tomato puri
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
4 tangkai sawi
4 tangkai kailan
sedikit lada sulah


Cara-caranya:
1. Potong nasi impit menjadi kiub. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak dalam kuali dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris tadi.
3. Selepas dah naik bau masukkan pulak cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak. 
4. Bila dah pecah minyak masukkan daging kisar, masak sehingga lembut.
5. Kemudian masukkan tomato puri, sos tiram, kicap, garam dan lada sulah. Setelah digaul rata, baru masukkan sawi dan kailan.
6. Akhir sekali, masukkan nasi impit yang telah dipotong kiub tadi dan gaul rata. Siap! 


Selamat mencuba yea..


0 comments:

Post a Comment

Anda mungkin berminat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.