Ramai ibu-ibu muda dan yang baru berjinak-jinak dengan penyusuan ibu ini sering tertanya-tanya berapa lamakah tempoh yang paling ideal untuk menyusukan anak. 6 bulan? 12 bulan atau 2 tahun? atau pun lebih? Masa mula-mula saya terlibat dengan penyusuan susu ibu pun saya menghadapi persoalan yang sama.
Berdasarkan Tafsir al-Muntakhab fi Tafsir al-Quran al-Karim’ dalam mentafsirkan ayat 233 surah al-Baqarah:
وعلى الأمهات أن يقمن بإرضاع أولادهن مدة عامين تامين مراعاة لمصلحة الطفل
“Para ibu hendaklah menyusu anaknya selama dua tahun yang lengkap untuk menjaga kemaslahatan bayi”.
Namun tempoh dua tahun bukanlah tempoh maksimum untuk penyusuan bayi, ia hanyalah tempoh yang paling ideal.
Tempoh dua tahun adalah tempoh yang paling ideal untuk tumbesaran kanak-kanak agar membesar dengan lebih sempurna, iaitu sebaik-baiknya para ibu menyusukan anak-anak mereka sekurang-kurangnya dua tahun. Fakta ini dikuatkan dengan fakta perubatan yang menyatakan, seorang bayi mampu membesar dengan baik hanya dengan susu ibu meskipun tanpa diiringi pemakanan yang lain dalam tempoh 2 tahun.
So, kalau nak teruskan penyusuan sehingga anak berusia dua tahun setengah atau 3 tahun atau pun lebih terpulang kepada keselesaan anda. Berdasarkan kenyataan dan fatwa yang diterbitkan oleh para ulama tradisi dan moden, hukum menyusukan anak lebih daripada dua tahun adalah HARUS dan tidak dihukum sebagai HARAM atau melanggar hukum syarak.
Untuk melaksanakan penyusuan susu ibu dengan jayanya anda mestilah membuat persiapan diri. Bagaimana nak mempersiapkan diri? Caranya adalah dengan kekal sihat dan cerdas, ambillah vitamin untuk sentiasa cergas dan bertenaga serta bekalkan seberapa banyak nutrien dan vitamin yang diperlukan sebagai penyediaan badan anda untuk proses penyusuan bayi.
Belajarlah dan dapatkan sebanyak ilmu mengenai penyusuan susu ibu sebelum bersalin, dengan itu anda tidak akan gelabah bila tiba masanya nanti.
Baca bagaimana cara untuk menyiapkan diri untuk penyusuan ibu dan cara untuk menggalakkan pasangan anda untuk sama-sama melibatkan diri dalam proses penyusuan susu ibu. Jangan ingat kalau anda mengaplikasikan penyusuan ibu, pasangan anda boleh lepas tangan sebenarnya banyak yang mereka boleh bantu.
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Noraiza Abu Bakar
♥ sms/whatsApp/Telegram: 012-617 8480
♥ Emel : delsimoms@gmail.com
0 comments:
Post a Comment