Tiada lagi layanan istimewa untuk suami anda, yang menjadi perhatian sekarang adalah bayi anda. Tahukah anda yang suami anda merasa ditinggalkan sewaktu tempoh penyusuan bayi berlaku.
Mereka merasakan terdapat persaingan antara diri mereka dengan bayi anda, kerana anda banyak menghabiskan masa bersama bayi anda.
Hubungan antara anda suami isteri pastinya akan renggang jika anda tidak mengambil langkah untuk berubah.
Sokongan pasangan anda amatlah diperlukan untuk menjayakan proses penyusuan susu ibu secara ekslusif.
Bagaimana suami anda boleh membantu dan melibatkan diri dalam proses penyusuan susu ibu?
Walaupun suami anda tidak dapat menyediakan susu, tetapi banyak lagi perkara yang boleh mereka lakukan untuk memudahkan anda melalui proses penyusuan susu ibu.Terutamanya di dalam tempoh awal penyusuan.
Pasangan anda boleh membantu dalam kerja-kerja rumah dan memastikan segala apa yang anda perlukan ada sewaktu tempoh penyusuan. Yealah kengkadang kita ni, masa tengah menyusukan bayilah tekak rasa dahaga jadi pasangan anda boleh tolong ambilkan segelas air untuk anda.
Selepas selesai penyusuan anda bolehla menyerahkan bayi kepada pasangan anda. Biarkan suami anda bermain, membawa bayi anda berjalan-jalan, memandikan bayi atau pun membantu anda sendawakan bayi. Dengan cara ini suami antara akan merasakan yang dia tidak diabaikan dan dapat membina ikatan kasih sayang dengan lebih erat antara dia dan bayi anda.
Sentiasalah berbincang dengan pasangan anda sebelum anda membuat keputusan berkaitan bayi anda. Dan sentiasalah libatkan pasangan anda dalam aktiviti yang berkaitan dengan bayi anda. Berikan dia lebih maklumat mengenai penyusuan bayi.
Semoga hubungan anda suami isteri bertambah erat bersama orang baru dalam hidup anda.
jika anda ada sebarang Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
jika anda ada sebarang Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Noraiza Abu Bakar
♥ sms/whatsApp/Telegram: 012-617 8480
♥ Emel : delsimoms@gmail.com
0 comments:
Post a Comment