Wednesday, 5 November 2014

Persediaan untuk Penyusuan Susu Ibu

with 0 Comment

Apa yang perlu saya lakukan supaya berjaya memberi susu ibu?

Secara asasnya badan kita dengan sendirinya akan membuat persiapan untuk proses penyusuan seawal dari kita hamil lagi.

Tapi untuk memastikan anda tidak mengalami sebarang kesukaran semasa dalam tempoh penyusuan adalah baik kiranya kita sebagai ibu mengambil tahu serba sedikit tentang penyusuan susu ibu ni terutamanya untuk ibu-ibu yang baru pertama kali nak menyusukan susu badan.

Lagi bagus kalau anda dapat mengajak pasangan anda untuk sama-sama mengikuti kelas penyusuan susu ibu ni(kat klinik ibu dan anak selalu buat kelas penyusuan ni...tarik jer sekali husband anda tu masuk kelas). Setidak-tidaknya nanti dapat juga dia membantu apa yang perlu selain memberi sokongan kepada anda dalam menjayakan proses penyusuan ni.

Nak tahu tak macam mana badan kita membuat persediaan untuk penyusuan susu ibu?

Jika anda nak tahu badan kita telah pun mempersiapkan kita untuk penyusuan semenjak dari awal kehamilan lagi.

Anda perasaan tak sewaktu tempoh awal kehamilan puting susu akan terasa lembut dan macam ada gigitan semut disekitarnya. Apa yang paling ketara adalah payudara anda akan menjadi lebih besar!

Kedua-dua tanda ini menunjukkan yang bekalan darah ke payudara semakin meningkat dan saluran susu serta sel-sel penghasil susu akan semakin bertambah seiring dengan tempoh kehamilan anda.

Oh ya, jangan risau kalau perbezaan saiz payudara anda sebelum dan selepas hamil tidak menunjukkan perbezaan yang besar, ini kerana saiz bukanlah penentu berapa banyak susu yang akan dapat anda hasilkan.

Selalu jugak saya tengok ada sesetengah ibu yang menyusu akan menggosok atau menggentelkan dahulu puting mereka sebelum membuat penyusuan. 

 Bila ditanya kenapa, jawapannya adalah supaya merangsangkan pengeluaran susu. Sebenarnya, perubahan hormon yang berlaku semasa kita hamil telah mempersiapkan payudara bersedia dengan ransangan yang diberi oleh bayi kita. Jadi tak perlulah kita menyapu krim atau memicit puting mengeluarkan sedikit susu terlebih dahulu dengan alasan untuk melembutkan kulit sekitar payudara.

Perbuatan menggosok atau menggentel puting hanya akan menyebabkan anda merasa sakit dan menyukarkan lagi proses penyusuan.

Mungkin ramai tak sedar yang bau badan semula jadi kita memainkan peranan penting dalam ikatan antara bayi anda dengan anda, dan akan membantu untuk mendapatkan penyusuan bermula. Areola puting anda akan mengeluarkan minyak yang secara semula jadinya akan melincirkan puting anda. Minyak ini juga mempunyai bau cairan amnion , yang merupakan bau biasa dan menarik bagi bayi anda, terutama setelah dia lahir.

Lama-kelamaan bayi anda akan dapat mengenali bau payudara anda, kolostrum dan susu. Disebabkan inilah bayi anda akan mempunyai tarikan yang kuat untuk memeluk dan menyusu dengan anda. Jadi, elak menggunakan sabun yang wangi, minyak wangi dan losyen badan pada tempoh awal penyusuan susu ibu, terutamanya disekitar payudara anda.

Sebenarnya banyak lagi yang saya nak kongsikan dengan anda, tapi rasanya entry ni dah panjang sangat jadi kita sambung dalam next entry ya, macam mana pasangan anda boleh membantu dalam proses penyusuan susu ibu ni ok! Kalau anda mempunyai sebarang pengalaman ataupun lebih ilmu silalah komen dan kongsikan dengan saya yea.


jika anda ada sebarang Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:


Noraiza Abu Bakar
♥ sms/whatsApp/Telegram: 012-617 8480
♥ Emel : delsimoms@gmail.com


0 comments:

Post a Comment

Anda mungkin berminat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.