Monday, 18 August 2014

Cara Hilangkan Parut Demam Chickenpox

with 0 Comment
Assalamualaikum.

Pagi ni terasa sejuk aje, maklumlah baru lepas hujan dan kalau nak diikutkan hati mau jer sambung balik tidur.. ;). Dalam cuaca tak menentu macam ni yang kekadang sejuk dan kengkadang panas, kesihatan kita mudah terganggu dengan demam, batuk dan selsema. Sebut pasal demam, teringat pulak pada anak kawan saya yang baru-baru ni kena demam campak aka Chickenpox. Memang kesian bila tengok anak-anak kena Chickenpox ni mana taknya tergaru sana sini.

Chickenpox ini sebenarnya disebabkan oleh Varicella-zoster Virus (VZV), dan kebiasaanya berlaku pada kanak-kanak yang berusia antara 12 tahun ke bawah. Tapi ada juga orang dewasa yang terkena chickenpox ni cuma jarang-jarang terjadi. Bila kena demam chickenpox, bintik ruam gatal yang kelihatan seperti lepuh akan muncul diseluruh badan berserta dengan selsema. Demam chickenpox sangat mudah berjangkit, jadi kanak-kanak yang dijangkiti perlu duduk dirumah dan berehat sehingga ruam hilang.

Antara simptom awal chickenpox( cacar air) adalah demam, sakit kepala, sakit tekak atau pun sakit perut. Ruam kulit gatal dan merah biasanya mula-mula akan muncul pada bahagian abdomen atau belakang dan muka, kemudian akan merebak ke seluruh badan, termasuk kulit kepala, mulut, tangan, kaki dan alat kelamin.


Ruam bermula sebagai beberapa lebam merah kecil yang kelihatan seperti jerawat atau gigitan serangga. Ia akan muncul secara banyak dalam tempoh 2 ke 4 hari dan kemudian berkembang menjadi lepuh nipis yang dipenuhi dengan cecair. Dan lepuh akan pecah meninggalkan luka yang terbuka dan kering. Ruam ni sangat gatal dan seeloknya dielakkan dari menggaru
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=137b7c791204ff4ccab2a7c63462123e

Hati ibu mana yang tak gundah kalau tengok anak sakit kan, jadi saya pun sarankan pada kawan saya untuk mengambil supplemen bagi membantu mempercepatkan proses penyembuhan. Saya cadangkan dia memberi  anaknya Vitamin C, Nutriferon dan Performance drink untuk mempertingkatkan sistem imunisasi dan memberi tenaga. Setelah lepuh telah kering,
 Vitamin E digunakan bagi menghilangkan parut chickenpox. Caranya dengan sapukan Vitamin E terus ke atas kulit.

Alhamdulillah, setelah 2 minggu mengambil suplement yang saya cadangkan kini dia telah sembuh dan parut juga dah tak nampak lagi.

Ingat yea ibu-ibu semua, walaupun chickenpox ni adalah biasa berlaku tetapi jika dibiarkan boleh mengakibatkan jangkitan bakteria pada otak. So, dapatkan sekarang suplement untuk menguatkan antibodi. Bukan untuk demam campak jer...demam biasa pun boleh juga. Supplement ini juga sesuai untuk bakal-bakal haji, kerana fungsi utamanya adalah untuk meningkatkan sistem imun tubuh dan membekalkan tenaga.

Jika anda berminat untuk mendapatkan suplemen ini klik saje dibawah.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=137b7c791204ff4ccab2a7c63462123e


 atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah hubungi/SMS/Whatsapp @ 012 617 8480 (Iza)

0 comments:

Post a Comment

Anda mungkin berminat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.