Biasanya masalah kekurangan darah ni berlaku pada preggy moms. Bila dah buat buku merah, maka tiap-tiap bulan kena cucuk kat hujung jari untuk ambik darah nak tengok Hb normal atau rendah. Kalau normal Alhamdulillah, tapi kalau rendah mulalah mommy gelabahkan mencari alternatif macam mana nak tambah darah.
Jadi hari ni jom Iza nak kongsikan sikit pengetahuan dan pengalaman dari segi pemakanan untuk menambah darah ni, sebab Iza pun adalah tergolong dari kalangan mommy yang ada masalah Hb rendah ;).
Biasanya preggy mom yang ada masalah Hb rendah ni akan mudah merasa letih, rasa mengantuk, loya dan jantung berdebar kencang. Ini kerana kekurangan zat besi dalam tubuh. So, sebagai solution nya kita preggy mom perlulah mengambil makanan yang mempunyai zat besi yang tinggi atau pun alternatifnya ambil supplement untuk tambah darah.
Sebagai langkah awal, mommy semua boleh mengamalkan pemakanan yang sihat. Amalkan memakan seminggu sekali daging merah, sebab daging merah dipercayai dapat meningkatkan hemoglobin dan kaya zat besi. Tapi jangan terlalu banyak memakan daging merah sekadar satu hidangan sahaja tau. Ataupun boleh juga memakan seperti Hati Ayam atau daging...tapi memandangkan Iza tak makan organ dalaman jadi options ni memang diabaikan ;).
Sewaktu Iza mengandung, kurma, kismis dan kekacang terutamanya badam memang menjadi rutin setiap hari. Buah-buahan seperti epal, plum, anggur, belimbing dan tembikai juga bagus untuk proses tambah darah. Iza pernah terbaca dalam satu blog yang kata buah jeruk dan limau juga dapat membantu menambahkan zat besi dan sekaligus tambah darah dalam badan.
Dan satu lagi yang selalu hubby Iza sediakan untuk makan seminggu sekali adalah kerang!.. tak kiralah kerang bakar atau rebus setiap minggu menu ini mesti ada. Mommy semua boleh juga makan tiram atau jenis kerangan yang lain sebab kerangan juga mengandungi zat besi yang tinggi...tapi sekadar satu hidangan jer . Satu lagi benda yang paling mudah adalah coklat! Tapi bukan coklat yang manis tu tapi coklat pahit yea dan juga amalkan pengambilan keju atau susu.
Sebagai langkah tambahan bolehlah ambil supplement tambah darah atau HB. Biasanya klinik ibu dan anak akan menyediakan vitamin untuk preggy mom tapiiii ramai yang takut nak makan sebab ramai yang bercerita kononnya kalau makan vitamin tu nanti badan jadi gemuk dan baby besar..
Ok, sampai sini saja dulu celoteh hari ni... semoga apa yang Iza kongsikan dapat digunakan serba sedikit untuk panduan mommy semua. Kalau mommy nak cuba supplement macam yang Iza consume boleh order kat Iza, klik jer kat icon order sekarang .
Sekali lagi selamat mencuba dan jangan lupa yea kalau nak order supplement Shaklee untuk tambah darah dan kesihatan masa preggy klik kat icon Order sekarang Ok!
0 comments:
Post a Comment