
Sebelum kita bercerita panjang, ini lah serba sedikit latar belakang saya. Saya mempunyai 3 orang anak, anak pertama saya tidak merasai pengalaman bf yang lama hanya dalam masa 2 bulan saja itu pun bersulamkan susu formula. Ini disebabkan saya bekerja dan sokongan serta pengetahuan tentang kebaikan menyusukan bayi waktu itu sangatlah kurang.
Sewaktu tahu saja saya sedang mengandungkan anak kedua, saya nekad dan tanamkan azam untuk menyusukan bayi saya secara ekslusif. Sebenarnya niat ni telah ada sebelum saya mengandungkan anak kedua lagi, bila saya melihat anak-anak kakak ipar saya yang menyusu sepenuhnya selama 2 tahun sentiasa sihat dan montel-montel anaknya. Bermula dari situ saya mula mengumpulkan maklumat mengenai cara dan kebaikan menyusukan bayi.
Bayi yang diberi susu ibu secara eksklusif dari lahir berkemungkinan tidak sakit pada tahun pertama kehidupan. Menyusu boleh membantu bayi anda untuk menangkis penyakit seperti :
- gastroenteritis
- radang paru-paru dan bronkiolitis
- jangkitan telinga
Ada banyak lagi kebaikan menyusukan ni kepada bayi itu nanti kita sambung dalam entri Kebaikan Menyusu ok! Apa yang menariknya jika menyusukan secara ekslusif bukan saja memberi manfaat kepada bayi tetapi kepada ibu juga tau.
Saya teruskan penyusuan badan kepada anak ketiga saya juga. Alhamdulillah kedua-dua anak saya yang fully breastfeeding montel-montel dan jarang sekali dapat demam atau sakit-sakit yang lain. Jika nak dibandingkan dengan anak sulung saya yang hanya menyusu selama 2 bulan dan bersulamkan susu formula.
inilah anak kedua saya sewaktu umur setahun
dan ini pulak anak ketiga saya bersama anak sulung saya. Beza kan sikakak kurus dari kecil sampailah dewasa
Ikuti pengalaman dan apa masalah yang saya hadapi semasa proses penyusuan ini. Saya harap dari ilmu yang tak seberapa ni dapat membantu bakal-bakal ibu yang memang berazam untuk melakukan fullybreastfeeding dengan jayanya.
0 comments:
Post a Comment