Tuesday 30 September 2014

Lecithin Produk Kuruskan Badan

with 0 Comment
Dahhh...Lecithin la pulak... Apa benda la pulak Lecithin ni?

Haa kalau nak tahu lecithin merupakan produk yang paling popular untuk menguruskan badan. Sebabnya lecithin kaya dengan enzim yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk melicinkan proses penghadaman dan bertindak ke atas lemak yang berlebihan pada badan. Ia mempercepatkan proses pembakaran lemak serta membantu mengurangkan selera makan.

Oh ya lupa nak mention, badan kita tidak menghasilkan lecithin tetapi ia memang sangat diperlukan. Kebiasaanya badan kita dapat lecithin daripada sumber makanan kita seperti kuning telur, jagung dan soya. Lecithin yang dihasilkan oleh Shaklee adalah dari kacang soya sebab kacang soya mempunyai paling banyak lecithin dan juga bebas kolestrol.

Macam mana pulak lecithin ni boleh bagi kurus? Jangan salah faham yea... lecithin ni bukan ubat kurus tapi dia akan membantu mempercepatkan proses untuk kurus. Ok ni secara ringkas dan dalam bahasa yang paling mudah bagaimana lecithin ini bekerja:

  • Lecithin akan memecahkan molekul-molekul lemak yang besar kepada lebih kecil dan menyerapkan ke dalam usus untuk proses pencernaan.


  • Dan kemudian ia akan bertindak kepada karbohidrat yang berlebihan yang kita ambil untuk ditukarkan kepada tenaga.


  • Oleh sebab Lecithin ini dari soya jadi kandungan proteinnya sangat tinggi dan ini dapat mengurangkan rasa lapar dan membantu mengurangkan selera makan anda.


  • Selain itu pengambilan lecithin dapat mengurangkan pengambilan kalori dan menurunkan kadar kolestrol dan membantu untuk kuruskan badan.
  • Meningkatkan kadar metabolisma, bila metabolisma meningkat maka lagi cepatlah anda dapat menguruskan badan.


  • Membekalkan segala nutrien dan meningkatkan antibodi badan.


  • Memperlahankan pengeluaran lemak dan mempercepatkan pembakaran lemak.


  • Berupaya menurunkan kadar lemak dalam organ yang menyumbang kepada penyakit-penyakit kronik seperti penyakit hati.

Dah tahukan kenapa perlunya ambil lecithin untuk membantu anda kuruskan badan! Kalau nak lebih efektif anda boleh ambil lecithin bersama dengan ESP.

And satu lagi keep in mind yea badan kita tak boleh menghasilkan lecithin jadi kalau anda nak kurus dengan jayanya dapatkanlah Lecithin yang bebas kolestrol di SINI.

 Beli Lecithin sekarang!

Jika anda mempunyai sebarang persoalan atau ingin mendapatkan konsultansi secara PERCUMA bolehlah sms/whatsapp/telegram @ 012 617 8480


Monday 29 September 2014

ESP Shaklee dan Soalan Popular Mengenai ESP

with 0 Comment
Soalan yang sering dan selalu serta dicarta yang paling atas sekali adalah ESP tu apa?

ESP ni sebenarnya adalah sumber protein soya yang dapat membekalkan tenaga, mencantikkan dan melicinkan kulit serta memutihkan kulit secara keseluruhannya. Jadi nanti tak lah timbul masalah muka jer putih tapi tangan hitam...;)


Inilah jugak sebabnya kenapa ESP tersangatlah popular dan HOT SELLING diantara produk Shaklee.

Soalan Kedua : Berapa lama boleh tahan satu balang ESP? 
 Ermmm ...soalan ni tricky sikit sebab berapa lama bertahan satu balang ESP adalah bergantung kepada cara pengambilan seseorang. Kalau ambil satu sudu sehari sekali makanya boleh bertahan selama lebih kurang 3 bulan....tapi kalau macam saya biasanya tahan dalam 1 bulan setengah jer sebab saya akan ambil tiga sudu besar ESP sehari dicampur dengan jus oren...memang best! Cubalah.

Ok... soalan seterusnya ESP tu rasanya macam mana?  Rasanya seperti vanilla, tapi kalau anda bukan peminat vanilla boleh jer campurkan dalam air perisa kegemaran anda yang penting bukan air panas dan berkafein.

Ini soalan yang biasa ditanya oleh ibu-ibu yang mempunyai anak kecil dan menyusukan bayi ESP ni budak-budak boleh makan tak? Boleh ke minum ESP ni kalau bf baby?
Kanak-kanak yang berusia 2 tahun ke atas saja digalakkan mengambil ESP ni itu pun dengan kadar yang sedikit sahaja.
Bagi ibu yang breastfeeding baby, ESP sememangnya sangat digalakkan untuk mengambilnya. Ini kerana dengan pengambilan ESP dapat membantu menambah bekalan susu dan meningkatkan kualiti susu yang dihasilkan. Malahan ESP merupakan produk yang paling penting dalam SET PENYUSUAN dan SET HAMIL



Next question adalah Semua orang boleh ambik ESP ke?
Ya semua orang boleh ambil, tua muda kecuali individu yang mempunyai masalah buah pinggang, SLE dan mempunyai sejarah penyakit Cyst.

Soalan yang no berapa yea...tak kisahlah tapi soalan ni memang selalu jugak ditanya Berapa harga sebotol ESP? Harganya adalah Rm150 sebalang dengan isi kandungan 850gram. Tapiii, kalau nak harga lebih murah sms/whatsapp/telegram saya @ 012 617 8480 sekarang...akan saya bagi tahu caranya.

Just nak sharelah pengambilan ESP jugak dapat membantu mempercepatkan lagi proses penyembuhan luka dalaman terutamanya luka selepas pembedahan dan selepas bersalin. ESP turut membantu individu yang sedang berdiet atau dalam proses menguruskan badan.

Ermm ada lagi tak soalan lain lagi mengenai ESP? Jika anda mempunyai soalan lagi mengenai ESP bolehlah tinggalkan komen dan saya akan cuba memberikan jawapannya...ok!

Dan jika anda nak mendapatkan ESP Shaklee ni boleh terus klik di bawah yea.

 Beli ESP sekarang!




Kalau ada sebarang persoalan lain dan perlukan konsultansi secara PERCUMA bolehla SMS/Whatsapp/Telegram @ 012 617 8480.

"Cantik, sihat dan bertenaga dengan ESP"


Sunday 28 September 2014

ESP SHAKLEE Protein Soya Terbaik

with 0 Comment
Orang selalu sebut-sebut tentang ESP tapi.... ESP tu apa sebenarnya? Untuk apa? Apa yang best sangat pasal ESP ni?

haaa....itulah yang selalunya terjadi.. Ok, saya akan ceritakan secara ringkas dan mudah difahami apa itu ESP.


ESP adalah ENERGIZING SOY PROTEIN. Kenapa ESP ni tersangatlah glamour dan paling terlajak laris..... kerana ESP membekalkan sumber protein. 

Semua sedia maklum kan badan kita memerlukan sumber protein. Dalam pemakanan seharian kita sumber protein ada dalam ikan, ayam, daging. Persoalannya sekarang ni kenapa dah makan ikan,ayam setiap hari pun kita selalu jugak dapat selsema dan demam dan tak bertenaga. Tak cukup ke? Haaa....untuk pengetahuan, ikan, ayam, daging tu kan kita masak dulu before makan. So bila dah masak, dah kena panas api, kandungan protein tu akan musnah dan yang tinggal hanyalah sedikit.....tak cukup untuk badan kita yang sentiasa bergerak aktif ni.




Ada Effect ke kalau tak cukup protein? 
Kesannya kalau tak xukup protein badan akan rasa lemah, lesu, tak bermaya..akhirnya menggeletar.
kolesterol tinggi, tekanan darah rendah..jadi pening. Menjadi punca ulser perut + ulser usus, luka lambat sembuh dan akhirnya berparut.
Kekurangan protein juga akan menganggu penglihatan / lama kelamaan menjadi kabur.
Selain itu kurangnya protein menyebabkan antibodi tak kuat. Bila kurang protein, badan tak boleh nak lawan penyakit yang datang dan kurang ketahanan badan.

Persoalannya sekarang.... adakah badan kita cukup protein? Ermm yang tu kena tanya yang lebih arif...tapi sebagai langkah selamat ambil ESP sebagai pelengkap. 

Antara kebaikan ESP ni adalah 
  • Untuk wanita yang ingin pregnant atau plan untuk pregnant : ESP pulihara dan pelihara rahim kita.
  • Untuk wanita yang sedang pregnant  : ESP kuatkan rahim kita dan bantu pembentukan otot bayi. Protein kan bagus untuk tumbesaran.
  • Untuk wanita yang menyusu : ESP bantu banyakkan pengeluaran susu. Bila kita cukup protein, means kita cukup tenaga. Susu pun berkhasiat.
  • Untuk sesiapa yang nak stabilkan hormon : ESP mengandungi kacang soya, yang kaya dengan isoflavon, ia bantu memulihkan hormon wanita. Keluarkan darah kotor dan gantikan protein yang diperlukan.
  • Untuk sesiapa yang mahu kurus : ESP buat kita rasa kenyang. Nafsu nak makan sesaja pun kurang.
  • Untuk sesiapa yang ingin kekal sihat : ESP beri ketahanan badan dan pelengkap nutrient dalam badan kita. Bila semuanya cukup, haruslah boleh lawan penyakit yang datang, insyaAllah.
  • Untuk sesiapa yang nak cantik : ESP buat kulit kita anjal, jadi gebu dan lebih cerah. Nampak berseri gitu. Bila dah cantik, tak perlu la nak tepek makeup tebal-tebal kan. Natural Beauty you!
  • Untuk sesiapa yang bercadang untuk puasa : ESP bekalkan tenaga, jadi walaupun puasa kita tak rasa lemah. 

So, sekarang ni kita dah tahu kebaikan ESP... tetiba ada pulak soalan ESP tak de kesan buruk ke? 
Jawapannya : ADA kalau kita beli tapi tak minum, tak amalkan dan tak mengikut arahan yang sepatutnya... rugi sesangat! Kalau dah beli minumlah dan rasai kebaikannya.

Kebaikan ESP dah tahu, dan untuk siapa ESP ni pun dah tahu.... jadi kalau dalam golongan yang belum pernah merasa ESP dan ingin mencuba.... boleh klik kat bawah ni

beli ESP sekarang!


Sekiranya anda berminat dan inginkan konsultansi PERCUMA bolehla sms/whatsapp/telegram saya @ 012 617 8480


Saturday 27 September 2014

Shaklee Collagen Powder untuk Kecantikan Wanita

with 0 Comment
Sekarang ini sebut sahaja Collagen, semua wanita macam terkena panahan petir...memang menjadi trend sekarang ni penggunaan kolagen. Yealah sebab kan kolagen ni boleh buat kita awek muda dan putih, wanita mana tak mahu awet mudakan?


Shaklee Collagen Powder merupakan salah satu pilihan kolagen yang berada dipasaran, bukan sekadar dipasaran tetapi terbaik dipasaran.

Kenapa yang Terbaik?

 Ini sebabnya

  • Keberkesanan Shaklee Collagen Powder Terbukti Berkesan Dalam 8 Minggu

  •  Suplemen kolagen semulajadi paling hebat untuk kulit cantik yang mengandungi 4,000-mg proprietari RSS (Red SnapperScale) Collagen iaitu KOLAGEN YANG SANGAT BERKUALITI TINGGI , TULEN , lasak dan elastik yang diekstrak daripada sisik ikan merah,
  •  Sisik ikan merah merupakan sumber premium kolagen dengan kadar serapan kolagen yang paling tinggi dan skala pencemaran yang sangat sedikit.
  • Kolagen Shaklee bermolekul sangat ringan iaitu kira-kira 1,000 Dalton yang MUDAH DISERAP OLEH BADAN dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan kulit dengan BERKESAN dan menjadikan kulit cantik, muda dan anjal.
  •  Selain dari sisik ikan merah, beberapa bahan utama lain seperti ekstrak biji benih Camellia Japonica, ekstrak Pfaffia, ekstrak kerang-kerangan, lactobacillius acidhophilus, vitamin C dan vit Bdigabungkan bagi meningkatkan lagi kadar keberkesanan kolagen.
  • memiliki asid amino yang tinggi dan sel paduan yang tinggi dan mempunyai kapasiti untuk mengekalkan kelembapan kulit kita. 1 gram asid hialuronik boleh menahan air sebanyak 6 liter. 
  •  Ramuan Shaklee Collagen Powder ini tidak mengandungi sebarang pengawet dan bahan tiruan yea. 100% semulajadi..gula, pewarna pun takde
  •  Peknya mudah dibawa ke mana-mana sahaja, sebab Shaklee Collagen powder dipekkan dlm bentuk sachet jd senang masuk jer dalam poket...n kalau nak bercuti pun senang tak payah angkut satu balang bawa jer bilangan sachet yang diperlukan, jimat ruang baggage.
  • Lagi satu kolagen ni sangat mudah larut, so tak payahla nak susah-susah mengacau.

Sekarang ni jom kita tengok apa pulak kebaikan Shaklee Collagen Powder ni, kita tengok fungsi setiap satu bahan yea.

  • Kolagen ikan: Memberikan kesan elastin, mengekalkan kulit lebih anjal
  • Ekstrak kulit kerangan: mengandungi glukosamina sbg pelincir sendi, menghidrat mata, & melegakan ketidakselesaan mata
  • Lactobacillus acidophilus: Meningkatkan penyerapan kolagen
  • Ekstrak biji Camellia Japonica: Mengandungi acid oleik dan isoflavon. Membekalkan nutrisi dan penghidratan
  • Ekstrak Pfaffia: Merawat rambut gugur, ketidakseimbangan hormon, dan meningkatkan tenaga batin. Meningkatkan prestasi dan tenaga,
  • Vitamin C: Menggalakkan pengeluaran kolagen dan menentang radikal bebas.
  • Vitamin B2,B6: membekalkan tenaga penting dalam proses pengeluaran kolagen didalam sel tubuh.
Pendek kata, ia pilihan tepat bagi saya kerana Shaklee Collagen Powder memberikan keanjalan, penghidratan dan antioksidan... memang sesuai sangat untuk kecantikan wanita.




Jom tengok pulak apa yang mereka komen lepas gunakan Shaklee Collagen Powder





Macam mana sekarang? Memang berbaloikan untuk dapatkan Shaklee Collagen Powder hanya pada harga RM298.00 sahaja!Klik di sini untuk PEMBELIAN ON-LINE



Setiap pembelian anda akan disertakan dengan tips, cara pengambilan dan konsultansi secara PERCUMA!

dan jika anda ingin dapatkan harga Shaklee Collagen Powder dengan murah hubungi atau sms atau whatsapp atau telegram @ 012 617 8480 (eza) segera dan saya akan kongsikan caranya.

Friday 26 September 2014

Rahsia Kecantikan Wanita dan Air

with 0 Comment
Dewasa ini ramai dikalangan wanita tercari-cari produk yang boleh menjadikan kulit lebih cantik. Tapi tak ramai yang menyedari bahawa rahsia kecantikan yang sebenarnya adalah dengan meminum air kosong.



Tentu ramai yang tak tahu kelebihan dan kebaikan meminum air kosong dapat membantu dalam menjadikan seseorang lebih sihat, langsing dan cantik. Inilah rahsia sebenar Kecantikan wanita.

Berikut adalah kebaikan meminum air kosong yang menjadi rahsia kecantikan wanita paling mujarab.

1. Menguruskan Badan
 Ya! dengan meminum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas atau 3 liter sehari anda dapat mengurangkan berat badan. Ini kerana air kosong tidak mengandungi sebarang kalori, gula ataupun lemak dan ini membantu proses pembakaran kalori berjalan dengan lancar.

2. Meningkatkan Kesuburan
Air kosong dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum adam dan hormon estrogen pada kaum hawa.

3. Melancarkan sistem pencernaan
Pengambilan air 3 liter sehari mampu melancarkan sistem pencernaan dan menghindarkan dari berlakunya sembelit. Proses detox dapat berjalan dengan lebih efisien kerana saluran usus tidak lagi perlu bekerja keras.

4. Melambatkan pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
Air kosong bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat
membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

5. Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air kosong menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkedut.

6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

7. Menyihatkan jantung
Air juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air kosong.

8. Ubat kepada penyakit strok
Air kosong tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.

Jadi wanita semua saya dah kongsikan rahsia kecantikan wanita yang paling murah dan mudah. Mulai sekarang mari kita jadikan amalan meminum air kosong 3 liter sehari dan jadikan ianya sebagai rutin untuk kulit yang lebih cantik dan awek muda.

"jom minum 3 liter air sehari!"

Wednesday 24 September 2014

Posisi Tidur Membahayakan

with 0 Comment
Selalu kita dengar tentang posisi kita tidur waktu malam akan mempamerkan personaliti seseorang! Itu saya tak pasti tentang kebenarannya tapi apa yang saya tahu posisi tidur akan memberi kesan kepada kualiti tidur dan diri kita.

Bila sebut saja mengenai tidur, mesti terbayangkan tilam yang empuk dan suasana yang nyamankan. Bertapa berbunganya hati kalau dah dapat tilam dan bantal setelah seharian penat bekerja. Tapi tahu tak yang kalau tidur dengan posisi yang salah boleh mengundang bahaya kepada kita?


Posisi tidur di atas perut atau meniarap adalah posisi yang merbayakan.

BETUL ke? Jawapannya YA!

  • diantara kesan buruknya ialah "sleep apnea" atau "berdengkur" - tidur berdengkur menjadi satu kebiasaan dan dianggap normal. Tapi sebenarnya dengkuran yang kuat adalah satu masalah serius  tidur dimana salur pernafasan terhalang dan menyukarkan udara masuk ke paru-paru. Menyebabkan nafas terhenti seketika.
  • Masalah  Sakit Belakang - ini disebabkan bahagian tengah badan terpaksa menampung bebanan berat  dan ini menyukarkan bahagian tulang belakang mengekalkan kedudukan asal tulang.
  • dengan posisi tidur di atas perut menyebabkan kita terpaksa memalingkan kepala samaada ke kanan atau kiri, melainkan anda seorang yang berkebolehan untuk bernafas melalui bantal then it's ok! Dengan memalingkan kepala akan menyebabkan kedudukan tulang belakang kita tidak selari dan ini mengakibatkan sakit leher.
  •  anda juga mungkin akan mengalami sakit kepala kronik

Jadi kepada yang suka tidur di atas perut tu tukarlah posisi tidur anda, tidur dengan posisi yang betul. Sebab itu dalam Islam kita disuruh tidur dengan posisi mengiring ataupun menelentang.  Kedua-dua posisi ini dapat mengekalkan kedudukan tulang belakang dalam keadaan lurus dan dapat mengelakkan sakit belakang.

Kajian saintifik juga telah membuktikan yang posisi tidur mengiring kekanan dapat menjaga kesihatan jantung.

"Sleep tight, Sweet Dream"

Butterfly park/ Taman Rama-rama Teluk Bahang, Penang Malaysia

with 0 Comment

Sempena cuti Hari Malaysia 16 September baru-baru ni, kami sekeluarga berkesempatan menjengah ke Taman Rama-rama Penang yang terletak di Teluk Bahang. Asalnya nak merasa melalui jambatan kedua Pulau Pinang sebenarnya...tapi dah sampai ke Penang terus lah ke antara tempat yang harus dilawati di Penang iaitu Butterfly park.



Untuk masuk ke taman rama-rama ni bayaran dikenakan untuk pemegang Mykad dan Mykid
Harga tiket untuk dewasa : RM18
Kanak-kanak ( 4 - 12 tahun) : RM10

Bagi pelancong asing harga masuk
Dewasa  : RM27
Kanak-kanak : RM15

Waktu Operasi
Isnin - Ahad termasuk cuti umum : 9.00am - 6.00pm  ( last entry pkul 5.00pm)

Masuk jer kedalam taman ni anak-anak saya dah excited sangat sebab langkah jer kaki masuk sirama-rama dah berterbangan depan mata...rama-rama besar pulak tu. Buat sesiapa yang nakkan tour guide pihak pengurusan taman ada menyediakannya secara percuma yea.

Memang banyak rama-rama yang ada dalam taman ni... dari warna putih, oren, biru iskh macam-macam kalor lah. Pelbagai species rama-rama yang kita boleh jumpa.


Yang paling bestnya, rama-rama disini memang tak takut pada orang...ia akan bertebangan dekat dengan kita dan kalau bernasib baik rama-rama tu akan bertengek di kepala atau bahu.


Bukan senang tau nak ambik gambar rama-rama camni tambah-tambah pula kalau kameramennya amatur gitu.. tp kalau di Taman Rama-rama ni memang senang sangat nak ambil gambar sirerama tau!


Selain dari rama-rama ada jugak species serangga yang lain seperti ulat gonggok yang besar yea bkn yang selalu kita jumpa kat rumah tu... ulat gonggok ni 20x lebih besar cer tengok gambar ni


lagi ada kura-kura stone, kala jengking, ada serangga yang camouflage macam katak bentuk daun, stick insect eh banyak jugaklah serangga yang ada dalam taman ni. Sangat-sangat disarankan untuk melawat ke Butterfly park Teluk bahang, Penang ni, terutamanya untuk yang ada anak-anak memang diorang akan excited lah...ntah-ntah maknya lagi excited tak... ;)

Lepas dah puas tengok rerama dan segala jenis insect bolehla pulak berehat sekejap tengok movie dalam theather room taman rerama ni... dan dalam laluan untuk pintu keluar terdapat galeri yang mempamerkan pelbagai jenis rama-rama yang terdapat diseluruh dunia.

 Lastly kalau dah pergi sesuatu tempat tu tak sah la kan kalau tak membeli cenderamata... terdapat kedai cenderamata di kawasan sebelum pintu keluar. Jadi bolehla bershopping sikit cari fridge magnet ker sebagai kenagan dah sampai ke Taman Rama-rama Penang.






Anda mungkin berminat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.