Wednesday 14 December 2016

Kisah Magik Dalam Perniagaan

with 0 Comment

Selalu terbaca kisah-kisah magik antaranya bagaimana seorang lelaki yang hanya tinggal rm10, mempunyai wife yg sedang pregnant dan mengidam nak makan nasi ayam.

Dalam masa yang sama motor yang dipakai untuk berulang alik pergi kerja hampir kehabisan petrol.

Kemudian berjumpa pula seorang ibu yang tak mampu membelikan roti untuk anaknya dan tanpa berfikir panjang dia membelikan roti untuk ibu dan anak itu.

Kini baki duitnya cuma cukup untuk samada membelikan nasi ayam buat wife atau isi petrol motor untuk bekerja.

Dalam keadaan bertawakal pada Nya, beliau terserempak dengan seorang pak cik yang tayar keretanya pancit ditepi jalan.

Dengan ikhlas hati dia membantu tanpa mengharapkan balasan. Tapi pak cik tu tetap berkeras nak juga berikan hadiah dan menghulurkan sampul.

Dalam keadaan terkejut dia melihat isi dalam sampul mengandungi Rm100 dan kini dia mampu untuk membelikan nasi ayam buat wife dan isi petrol motornya. Malah mempunyai baki untuk beberapa hari berikutnya.

Magik kan ... bila kita menyerahkan segala urusan kita pada Nya dan memudahkan urusan orang lain Allah pasti akan bantu kita.
.......

Itu kisah orang, akak pun pernah mengalami kisah magik ni. Bukan sekali tapi berulang-ulang kali.

Salah satunya, masa hujung tahun lepas sewaktu akak balik kg.

Bagi kita yang berbiz online ni dua benda paling penting ni kena ada yakni hp dan line internet. Bila salah satu tak de mulalah kita macam cacing kepanasan kan.

Inilah yang akak alami.. kat kg akak tak de line tenet 😢. Memang tak senang duduk dibuatnya. Kalau nak line tenet kena ke pekan.

Pekan pulak bukannya dekat.. 1/2 jam dari rumah.. dalam masa seminggu kat kg akak cuma mampu bertawakal dan berdoa agar kalau ada customer yang nak order barang akan tunggu akak reply.

Dalam waktu yang sama jugak akak tetap taip posting iklan tapi taip kat note pad jer lah, so nanti bila keluar ke pekan boleh terus copy paste ke buffer.

Dalam masa seminggu tu memang tak de terima sebarang msg atau dapat buat post di fb.

Semasa dalam perjalanan balik ke rumah, sampai je ke kawasan yang ada line internet terus berdesup-desup notification masuk.

Antaranya adalah order dari customer yang dah 3 hari lepas. Masa ni memang was-was juga nak reply msg customer sebab dah tiga harikan mungkin dia dah buat order dari orang lain.

Tapi itulah.. kalau dah rezeki kita takkan ke mana. Akak beranikan diri reply msg customer dalam hati ni tak henti-henti berdoa.

Alhamdulillah.. customer ni memang menanti reply dari akak. Katanya ada juga msg kat sid yang lain tapi semua tak berjawab and akaklah seorang yang reply msg dia.
Allah, masa ni dibibir tak henti-henti mengucap syukur pada Nya.

Nikmat apa lagi yang nak didustakan.

Korang ada kisah magik tak?
Meh la share kat komen . Mana tahu boleh jadi inspirasi buat orang lain.

           Your Pro SID
       ~ Eja Abu Bakar~
           013 - 416 4992

#tsunamishaklee
#shakleeeffect
#liveamazing
#thebestone
#pengedarshakleetaiping
#codtaiping
#ejajualvivix

Thursday 17 November 2016

Bisnes yang Membuat Hati Terus Terpikat

with 0 Comment

Masa mula-mula nak buat bisnes shaklee ni bermacam-macam persoalan menjengah di minda.

Dalam jangkaan akak, banyak benda nak kena buat.. nak kena buat poster produk, nak cari info tentang produk, nak cari testimoni produk dan lain-lain lagi lah semuanya bak kena buat sendiri. Terasa berat dan sukar sangat.

Tapi rupanya jangkaan itu meleset. Semuanya berubah setelah kawan akak yang merupakan upline/penaja   kepada akak memasukkan ke dalam fb bisnes group Ireach Family.

Rupanya dalam group bisnes Ireach ni dah disediakan semuanya untuk ahli yang mendaftar dengan susur galur Ireach family.

Dari nota tentang produk sampailah ke poster dan testimoni produk semuanya dah ada. Senang jadinya dah macam jumpa 'lubuk emas'!

Tak cukup dengan itu, cara menjalankan bisnes dan kelas-kelas online dan offline untuk membina bisnes dan mengukuhkan lagi bisnes turut dikongsikan oleh founder Ireach Family.

Tak pernah lah lagi akak jumpa group bisnes direct selling yang sebegini banyak perkongsiannya dengan hanya bermodalkan Rm68.90 pendaftaran sebagai ahli.

Dan sebaik saja mendapat no Id shaklee member akak dah layak dapat semua ilmu utk bisnes yang biasanya memerlukan belanja beratus malah ada juga yang beribu  ringgit secara PERCUMA.

Tapi dengan syarat kena mendaftar dengan susur galur Ireach Family lah... kalau susur galur yg lain tak akak tak pasti.

Sebab itu, jika nak berbiz shaklee kena pastikan yg penaja kita adalah dari group yang aktif dan dapat membantu serta membimbing agar kita tidak tersasar... macam group akak 😉

Memang fall in love lah dan bertambah semangat nak buat bisnes shaklee ni.

Sebenarnya, semenjak terlibat dengan bisnes shaklee ni rasanya rakan akak semakin bertambah kalau dulu mungkin cuma 4-5 orang jer yang kamching... tapi sekarang wasap tu sampai ke tengah malam pun masih berbunyi.😁😁

Lagi satu yang paling bermakna buat akak, bisnes ni bukan sahaja merapatkan lagi ukhwah sesama kami, tapi ia juga mengajar erti berserah dan bertawakal pada yang Esa.

Dalam bisnes shaklee ni ada satu perkara yang sangat dekat di hati dan sangat berharga buat kami sebagai pengedar Shaklee.(SID)

Bila mana customer memberi feedback yang produk diambil menunjukkan perubahan kesan positif terhadap kesihatan mereka dengan izin Nya.

Masalah penyakit yang di alami semakin sembuh dan kesihatan mereka juga semakin bertambah baik. Mereka juga dapat merasakan keadaan tubuh kembali bertenaga untuk melakukan aktiviti harian.

Korang masih tercari-cari group bisnes yang aktif? Register jer jadi member shaklee dengan akak yang dah sah-sah dari susur galur iReach Family. Group yang sangat aktif dan most of us buat biz shaklee ni melalui medium online.

Meh wasap @ 013-416 4992 (Eja Abu Bakar)  details korang untuk menjadi member shaklee dibawah naungan iReach Family.

     Your Pro SID
~  Eja Abu Bakar ~
    013 - 416 4992

#tsunamishaklee
#liveamazing
#shakleeeffect
#thebestone
#pengedarshakleetaiping
#agenshakleetaiping
#codtaiping

Tiada Lagi Kain Bau Hapak Pada Musim Hujan

with 0 Comment

Musim hujan ni paling tak best bila kain yang kita sidai lambat kering atau tak kering langsung akan jadi bau hapak kan. Nak pakai pun tak selesa bau menusuk hidung.

Betul tak? Kadang anak-anak atau suami complaint kenapa bau busuk baju ni?

Haaa mak-mak sure stress kan.

Meh akak nak tolong mak-mak kat luar sana tak nak bagi bau hapak melekat kat baju musim hujan ni.

Akak guna pencuci baju  freshlaundry dan pelembut baju softfabric jenama Get Clean Shaklee.

Sure puas hati. Kalau lambat sidai baju pun baju tak bau hapak. Memang berbaloi la guna set ni. Tambah-tambah musim hujan ni baju tak kering kalau sidai kat ampaian.

Ramai yang berkunjung ke dobi untuk keringkan kain. Bersusun orang bakal beratur panjang tunggu turn mesin pengering. Termasuk la kami sendiri..heheeee

Sape yang nak try set getclean ni boleh wasap @ 013-416 4992 (Eja Abu Bakar)

Dengan Vivix dan Phytocol ST Keadaan Suami Selepas Mild Strok Semakin Baik

with 0 Comment

Masih ingat lagi, hujung tahun 2013 En.Suami admit ward kerana diserang mild strok. 

Itulah buat pertama kalinya En.suami masuk ward selepas kami berkahwin.

Hasil dari pemeriksaan doktor mendapati terdapat darah beku pada bahagian otak kiri En.suami.
Mujur En.suami telah mendapat rawatan 1st aid dan cepat ke hospital maka doktor dapat memberikan ubat pencair darah dan mengurangkan kesan sampingan serangan strok.

Mengikut kata doktor, En.suami mendapat serangan akibat kadar kolestrol yang tinggi dalam darah dan ditambah dengan stress bekerja.

Tapi tu lah memang tak menjangka yang En.Suami mempunyai kolestrol tinggi sebab badan dia kurus ja. Betullah yang orang kurus tak semestinya kadar kolestrolnya rendah.

Alhamdulillah selepas 3 hari di tahan ward En.suami menunjukkan perkembangan positif dan dibenarkan untuk discharge.

Bagi memastikan tahap kolestrol En.suami turun dan terkawal, akak menghadiahkan sebotol Phytocol st untuknya. Itulah hadiah suplemen pertama yang pernah akak beri sebagai tanda kasih dan message yang en.Suami kena kontrol makan 😁😁.

Vivix juga turut menjadi hadiah istimewa agar en.suami cepat sembuh dan bertenaga serta mampu untuk menjalankan tugasnya seperti biasa.

Vivix juga dapat membantu dalam memperbaiki saraf dan otot yang telah terenjat semasa serangan strok berlaku. Selain itu ia juga turut membantu dalam meningkatkan semula memori yang terganggu.

Sekarang ni, En.suami sudah mampu untuk bertutur dan menjalankan aktiviti harian dengan lebih baik. Dan masih lagi meneruskan mengambil suplemen walaupun kengkadang tu culas jugak.

Bagi kenalan di luar sana, jangan lokek hadiahkan suplemen untuk insan tersayang.

Siapa tahu dengan hadiah yang kita rasa tak seberapa tapi mampu memberi perubahan yang besar buat mereka.

Jika ingin mengawal paras kolestrol dalam darah Phytocol St adalah pilihan yang tepat... dan VIvix pilihan yang bijak bagi mereka yang mementingkan kesihatan menyeluruh sehingga ke molekul DNA tubuh.

Wasap @ 013-416 4992 (Eja Abu Bakar) untuk mendapatkan suplemen dan konsultansi percuma.

   Your Pro SID
~ Eja Abu Bakar~
   013 - 416 4992

#tsunamishaklee
#liveamazing
#shakleeeffect
#thebestone
#pengedarshakleetaiping
#agenshakleetaiping
#codtaiping
#taiping

Thursday 10 November 2016

Tips Hilangkan Gatal-Gatal Secara Semulajadi Dengan Baking Soda

with 0 Comment

《 BAKING SODA 》

Baking soda satu nama yang sangat glemer di kalangan bakers.. tanpa baking soda maka tak naik lah kek.. 😁

Selain dari guna untuk buat kek.. ni akak nak share yang baking soda juga boleh di gunakan sebagai bahan yang boleh digunakan bagi merawat kesan gatal terutamanya disebabkan oleh alergik.

Anak akak elisya ada alergik pada beberapa jenis makanan.. kengkadang terlepas pandang termakan makanan yang boleh trigger alergik pada dia maka habis satu badan naik bintik-bintik merah dan gatal-gatal.

Biasanya kalau jadi macam ni akak akan sapukan herbal blend dan bagi dia makan omega Guard bagi mengurangkan kesan gatal dan keradangan disebabkan alahan tu.

Tapi, dalam kes kecemasan bila kehabisan stok Omega Guard dan Herbal blend ... baking soda adalah penyelamat.

Baking soda ni sebenarnya adalah ubat semulajadi yang sering digunakan untuk merawat kegatalan terutamanya akibat alahan.

Dalam baking soda ni mengandungi agen anti-radang yang dapat mengurangkan keradangan dan rasa gatal-gatal.

Caranya mudah sama ada digunakan sebagai mandian atau pun dijadikan pes dan sapukan pada tempat gatal.

Untuk mandian :
Tambahkan 1/2 cawan - 1 cawan baking soda ke dalam air mandian yang suam. Kacau sebati dan berendam dalam air tersebut lebih kurang 20 - 30 minit.

Atau pun

Sebagai pes:
Ambil 2 sudu besar baking soda dan tambahkan sedikit air suam ke dalam mangkuk kecil sehingga menjadi pes.

Kemudian sapukan pes pada tempat yang gatal. Biarkan selama lebih kurang 10 minit dan bilas dengan air suam.

Kedua-dua cara ni boleh di lakukan sehari sekali atau kalau dah merenyam sangat boleh lah buat ikut keperluan 😊.

Semoga sedikit sharing akak ni dapat membantu di gunakan dalam  kecemasan.

     Your Pro SID
~ Eja Abu Bakar ~
   013 - 416 4992

#tsunamishaklee
#liveamazing
#shakleeeffect
#TheBestOne
#pengedarshakleetaiping
#agenshakleetaiping
#codtaiping
#tips #hilangkangatal

Wednesday 9 November 2016

Betul ke Detox Untuk Kurus?

with 0 Comment

"Kau buat detox? Biar betul... kau kan dah kurus buat apa lagi nak detox?"

Oppss..

Itulah masalahnya... "salah faham" yang sangat memberi impak besar dalam masyarakat kita.

Perkataan "detox" selalu di salah erti sebagai proses untuk mengurangkan berat badan aka kurus.

Walhal detox adalah satu proses untuk merehatkan, membersihkan dan menjana semula tubuh dari dalam secara keseluruhannya. Dengan menyah keluar dan menghapuskan segala bentuk anasir toksin dari badan dan seterusnya mengisi semula badan dengan nutrien yang sihat.

Dengan Melakukan detox dapat melindungi kita dari mendapat penyakit dan meningkatkan semula tahap kesihatan kita dengan lebih baik.

Seharusnya, detox perlu dilakukan oleh setiap dari kita sekurang-kurangnya setahun sekali.

Namun, memandangkan keadaan persekitaran kita yang dipenuhi dengan toksik dan di tambah dengan tabiat pemakanan kita yang kurang sihat; melakukan detox adalah sesuatu yang perlu di beri perhatian dan dilaksanakan.

Pun begitu bagi ibu hamil atau menyusu, kanak-kanak dan pesakit yang mempunyai penyakit kronik dan kanser perlulah mendapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu sebelum melakukan detox.

《 Macam Mana Nak Mula Detox? 》

Sebagai langkah pertama, KURANGkan TOKSIK.

Elakkan pengambilan kaffein, rokok, gula dan saturated fat  dimana semua ini adalah merupakan  toksin yang akan menggangu proses membaik pulih tubuh kita.

Minimakan penggunaan produk penjagaan rumah yang berunsurkan bahan kimia dan juga produk penjagaan diri seperti syampo, sabun, deoderant dan ubat gigi yang mempunyai bahan kimia dengan menggantikannya kepada produk yang berasaskan semulajadi.

Satu lagi halangan bagi mendapatkan kesihatan yang baik adalah STRESS di mana bila berlaku stress sejenis hormon adrenaline akan dikeluarkan oleh tubuh which is GOOD tetapi jika terlalu banyak hormon ini dibebaskan ia akan menjadi toksik dan memperlahankan tindakan enzim detox pada hati.

Solat, yoga, qigong atau bermeditasi adalah cara yang paling mudah dan berkesan untuk menghilangkan stress.

《DETOX BAGAIMANA YANG SESUAI》

Terdapat pelbagai jenis program detox dan juga resepi detox bergantung kepada keperluan setiap individu.

Kebanyakan program detox mengambil masa 7 hari ini disebabkan badan memerlukan masa untuk membersihkan darah dalam tubuh begitu juga dengan program Detox Shaklee Way.

Dalam program ini disertakan meal plan detox lengkap yang disediakan dengan rapi oleh pakar nutrisi shaklee dan juga panduan untuk meneruskan detox dalam kehidupan harian dengan bantuan suplemen dan mempraktikkan cara hidup yang sihat.

Yang bestnya buat detox ni, walaupun tujuan detox adalah untuk menjaga kesihatan badan tapi secara tak lansung kita akan mendapat badan yang kurus langsing dan kulit yang lebih glowing kesan daripada eat clean yang diamalkan semasa program.

Best kan.

Nak tahu lebih lanjut tentang DETOX? Perlukan guide untuk DETOX yang betul? Wasap akak @ 013-416 4992 ( Eja Abu Bakar) rakan detox anda.

     Your Pro SID
~ Eja Abu Bakar ~
    013-416 4992

#tsunamishaklee
#liveamazing
#shakleeeffect
#TheBestOne
#pengedarshakleetaiping
#detox
#agenshakleetaiping

Sunday 6 November 2016

Sakit Belakang Yang Disangka Biasa Rupanya Slip Disc Sembuh Dengan Vivix

with 0 Comment

Anda seorang yang aktif bersukan ? Anda sering terjatuh dan alami kecederaan ?

Tapi tak pernah memberi perhatian terhadap kecederaan yang di alami?
Mungkin kisah kawan akak ni akan membuat kita lebih berwaspada.

Kawan akak ni, dulu aktif bersukan. Dah namanya aktif, setakat jatuh tu perkara biasalah kan.

Tapi siapa sangka benda yang disangka biasa tu rupanya menjadi punca terjadinya tulang belakang terkeluar atau slip disc.

Mujur lah, masa dia pergi dapatkan rawatan tu masalah tulang dia belum lagi kronik. Kalau tidak terpaksa lah buat rawatan pembedahan membetulkan semula tulang tu. Kos pembedahan pulak tu bukan murah..mahu puluh ribu.

Vivix lah menjadi ikhtiar untuk mengurangkan kesakitan pada tulang belakang.

Bagi yang mengalami masalah slip disc boleh jadikan Vivix sebagai ikhtiar untuk mengelakkan dari menjadi lebih teruk dan menjalani pembedahan.

Jom kita ikuti kisah kawan akak ni..

" [SLIP DISC & PROLONG PERIOD SEMBUH DENGAN AMALKAN VIVIX]

Assalamualaikum wbt.

Saya Siti Roziana Bt.Alias, berumur 33 tahun dan merupakan ibu kepada 3 orang cahaya mata. Saya seorang WAHM dan kini menetap di Puchong.

Saya seorang yang agak aktif  ketika di universiti dahulu. Bola jaring, kayak dan aktiviti rekreasi lasak menjadi pilihan ketika itu. Pendek kata..jatuh terseliuh, lebam dan injured dah jadi rutin saya. Akibatnya belakang mula rasa sakit hingga ke tapak kaki.

Pernah juga saya pergi mengurut kerana kecederaan yang saya alami  tetapi kerana tempat mengurut itu agak jauh dari Universiti itu sekali sahaja  saya kesana. Dan saya pendam sakit itu kononnya tak mahu terlalu memikirkannya dan berharap ia akan baik sendiri suatu hari nanti

Tuntutan kerjaya saya sebagai Jurutera Rangkaian  memerlukan saya banyak  keluar pejabat dan pergi ke tempat pelanggan kami. Oleh kerana kerja saya melibatkan pemasangan kabel, perkakasan IT dan  computer..makanya kebanyakan barang itu saya akan angkat sendiri selagi terdaya. Tanpa saya sedari sakit itu datang semula. Paling ketara di bahagian belakang hinggalah ke tapak kaki. Berdenyut-denyut dan sungguh menyakitkan.

Jadi apabila saya mula rasa sakit..saya akan makan kan  ubat tahan sakit yang diberikan doctor. Memang lega..namun ia hanya berkesan untuk sementara waktu..

Hendak dijadikan cerita, pada tahun 2013  sakit belakang saya menjadi amat kronik. Sakit hingga saya berjalan mengengkang ke hospital kerana terasa amat perit di bahagian pinggang, punggung dan kaki. Jika saya berjalan seperti orang normal..sepertinya ada sesuatu mencucuk-cucuk belakang dan kaki saya.

Suami cadangkan saya refer terus ke pakar Ortopedik kerana keadaan saya yang amat merisaukan nya. Bila sesi soal jawab dengan pakar..pakar menegur saya kerana membiarkan masalah belakang saya yang berlarutan  tidak dirawat sehingga 9 tahun lamanya.Pelik juga katanya saya boleh tahan sakit sebegitu..huhuhu..

Beliau menjalankan beberapa ujian dan hasil dari ujian MRI mendapati tulang L4 saya telah terkeluar sedikit atau dalam istilahnya Slip Disc. Kata doctor itulah yang menjadi punca kepada sakit belakang saya selama ini dan ia masih belum di tahap kritikal.
.

Saya ditahan wad selama seminggu dan menjalani beberapa sesi fisioterapi dan ia mendatangkan sedikit kelegaan. Namun kata doctor saya tidak boleh terlalu lasak dan mengangkat benda berat kerana masalah slip disc saya itu. Sedih mendengarnya kerana saya sedar sebagai seorang pekerja/ ibu pasti banyak perkara yang akan terbatas nanti.
.

Disebabkan tuntutan kerja yang agak sibuk ketika itu saya tidak menumpukan proses penyembuhan fisioterapi yang telah dijadualkan doctor, namun saya cuba ikhtiar dengan cara lain yang saya rasa fleksibel dengan diri saya.
Saya  bertanyakan kepada rakan dan juga mencari di internet . Saya lihat ramai orang bercerita tentang  khasiat Vivix yang telah membantu ramai pesakit kronik untuk kembali sihat. Jadi tanpa berlengah lagi...tanpa berkira kira berapa harga sebotol Vivix itu saya terus membeli sebotol Vivix dan juga GLA ( Saya consume serentak dengan Vivix kerana saya turut mengalami masalah prolong period)
.

Awal ambilan saya kena healin crisis yang teruk juga...pening kepala, tak sedap badan, rasa nak demam.. tapi saya tabahkan hati juga untuk habiskan sebotol.
.

Perubahan yang mula-mula saya rasai, apabila Prolong Period saya yang tak berhenti selama 6 bulan (dimana seiring dengan sakit slip disc) berhenti serta merta. (Prolong period ini  tidak tahu apa  puncanya kerana saya disahkan tiada cyst dan fibroid oleh Doctor O&G.)
.

Perubahan ini turut disedari oleh suami. Katanya saya nampak sihat berbanding dulu dan tidak lagi mengadu sakit belakang setiap malam
.

Dan syukur pada anugerah yang tak terhingga dariNya yang saya hamil anak kami yang ketiga.Saya  alahan diawal kehamilan namun tiada sakit pinggang /belakang yang teruk  seperti dua kali kehamilan sebelum ini. Dengan asbab Vivix dan GLA, slip disc dan prolong period saya sembuh.  Badan saya sihat dan segar..malah sentiasa bertenaga. Terima kasih Allah..terima kasih Vivix kerna kembalikan semula nikmat sihat pada diri saya. "

Wasap @ 013-416 4992 (Eja Abu Bakar) untuk Vivix anda dan konsultansi Percuma dari akak.

    Your Pro SID
~ Eja Abu Bakar ~
    013 - 416 4992

#pengedarshakleetaiping
#agenshakleetaiping
#vivix #slipdisc #tulang
#supermomshakleestory
#myvivixstory
#vivixse

Saturday 5 November 2016

Ikhtiar Ubat Darah Tinggi Dengan Tonik Vivix

with 0 Comment

Dalam dilema?

Ramai di kalangan pesakit darah tinggi mengadu yang mereka terpaksa memakan ubat darah tinggi sepanjang hayat bila dah start makanan ubat darah tinggi.

Kerisauan mereka munasabah sebab ubat darah tinggi akan memberi kesan terhadap kesihatan jantung dan juga saraf. Risiko untuk mendapat penyakit tiga serangkai ( darah tinggi, kencing manis/diabetis dan jantung) juga adalah tinggi.

Vivix adalah ikhtiar yang boleh diusahakan untuk mengawal tekanan darah dan secara beransur-ansur mengurangkan kebergantungan terhadap ubat darah tinggi.

ini adalah perkongsian dari seorang suami kepada pesakit darah tinggi kronik.

Perubahan kesihatan isterinya yang sangat ketara selepas mengambil Vivix dapat dilihat bila isterinya tak lagi mengalami masalah pening dan sudah mampu untuk menaiki tangga tanpa rasa letih dan mengah.

Berita gembiranya sekarang isterinya dah tak lagi bergantung pada ubat darah tinggi bagi menjalani aktiviti harian.

Vivix adalah tonik semulajadi yang dapat membantu mengawal tekanan darah sebagai ikhtiar untuk menjalani kehidupan dengan lebih sihat dan bukan nya ubat.

Akak sekadar berkongsi kebaikan dan pengetahuan yang ada bagi membantu mereka yang mencari ikhtiar untuk mengurangkan kebergantungan kepada ubat darah tinggi.

Jika berminat ingin menggunakan tonik Vivix sebagai ikhtiar jangan malu dan segan untuk wasap @ 013-416 4992 (Eja Abu Bakar)

Your Pro SID
~ Eja Abu Bakar ~
    013-416 4992

#pengedarshakleetaiping
#agenshakleetaiping
#codtaiping
#vivix #darahtinggi #hypertension

Saturday 29 October 2016

Kesan Memakai Inai Ada Bahan Kimia Sehingga Terpaksa Potong Tangan

with 0 Comment

Aduhaiii... ngeriiinyaa.

Bahana memakai henna yang tak pasti asal usulnya sehinggakan tangan jadi melepuh dan terpaksa dipotong akibat infection bahan kimia yang terkandung dalam penghasilan henna tu.

Tak pasal-pasal jer dapat penyakit. Kalau akak dulu-dulu nak pakai inai aka henna masa nak kawen dulu jenuh nak cari pokok inai lepas tu kena tumbuk lagi bagi lumat. Dah tu pakai pulak kalau nak merah kena pakai semalaman ada jugak yg kata letak asam jawa sikit nak bagi lagi merah benderang. Inai asli original lagi!

Bukan macam inai yang banyak ada dipasaran sekarang ni dan boleh dapat dalam satu kon lebih kurang Rm5 kot.. pakai tak sampai satu jam dah dapat kesan merah benderang.. tak pelik ka? Rupanya inai ni dah dicampur dengan bahan kimia merbahaya.. no wonderlah kesan dia cepat!

Ini kira nasib baiklah inai ni kita pakai kat luar boleh nampak side effect dia terus dengan mata kasar tapi kalau macam kes makan suplemen macam mana kita nak tahu ada bad side efek atau tak? Benda dalam badan mana nak nampak kan.

Sebab tu lah Shaklee buat Landmarkstudy. Bukan saja untuk nak tahu suplement shaklee ni betul-betul berkesan atau tak tapi juga untuk nak tahu kesan pengambilan suplement terutamanya suplemen shaklee untuk jangka masa yang panjang.

Kebanyakan kajian yang dilakukan oleh syarikat pengeluar suplemen adalah berdasarkan hanya pada penggunaan satu jenis produk suplemen dan untuk penggunaan jangkamasa pendek sahaja.

Tapi, shaklee melakukan kajian terhadap pengguna yang mengambil beberapa jenis produk dalam satu masa dan pengambilan yg konsisten untuk tempoh jangkamasa yang lama iaitu selama 20 tahun.

Yealah, reality nya pun kita akan ambil pelbagai jenis suplemen kan dalam satu masa. Suplemen untuk tulang, untuk keradangan macam gout, untuk energy booster dan pelbagai lagi lah itu belum masuk lagi untuk kulit licin dan glowing.

Dan penyakit pun biasanya bukan sehari dua terus tunjuk simptom dia. Macam sakit buah pinggang atau pun kencing manis... selepas 30 tahun kita makan benda manis-manis baru tahu yang punca makan gula banyak tulah yang menyebabkan penyakit kencing manis ni.

Lagi satu cara hidup dan pemakanan seharian kita juga memainkan peranan dalam menentukan tahap kesihatan kita.
Kadang kala pengambilan nutrisi yang tidak sihat dan cara hidup kita yang kurang melakukan senaman dan sering mengambil makanan segera serta tinggi trans fat turut menjadi faktor utama wujudnya penyakit kronik seperti kanser, darah tinggi, diabetis dan pelbagai lagi.

Atas kesedaran itu lah Shaklee menjalankan landmark study kepada pengguna suplemen yang telah mengambil suplemen selama 20 tahun secara konsisten.

Dan memang mengejutkan hasil dari kajian menunjukkan yang pengguna suplemen merupakan orang paling ramai mendapat penyakit jantung, diabetis dan darah tinggi kecuali pengguna suplemen Shaklee yang telah menunjukkan tahap kesihatan lebih baik.

Ini adalah kerana kebanyakan suplemen yang berada dipasaran mempunyai bahan kimia dan merupakan 'bom jangka' yang kita sendiri masukkan ke dalam badan kita.

Cuma bezanya dengan kes Inai adalah kesan buruknya boleh nampak dengan mata kasar dan dalam tempoh yang singkat tapi apa yang berlaku dalam tubuh kita tak boleh nampak serta simptomnya pulak hanya akan kelihatan selepas 10-30 tahun.

Kesimpulannya, bila kita hendak menggunakan atau memakan sesuatu pastikan dulu keasliannya. Pastikan ianya betul-betul semulajadi dan tak membawa bahaya pada tubuh kita.

Dan jika mencari-cari suplemen yang semulajadi dan terjamin keberkesanannya serta selamat untuk penggunaan jangkamasa yang panjang akak sarankan Shaklee kerana ia dah terbukti dengan kajian yang dijalankan ke atas manusia... bukannya tikus!

Tak tahu mana nak cari produk Shaklee? Wasap jer akak @ 013-416 4992 (Eja Abu Bakar)

  Your SID Pro
~ Eja Abu Bakar ~
   013-416 4992

#tsunamishaklee
#liveamazing
#landmarkstudy
#shakleeffect
#timrock1
#pengedarshakleetaiping
#cintaturbo23
#agenshakleetaiping

Monday 24 October 2016

Hilang 8 kg Dalam Sebulan, Hanya Dengan Minyak Ikan Omega Guard

with 0 Comment

Tu diaa... hilang 8 kilo dalam sebulan!

Hampa tak mau ka...

Suplemen minyak ikan Omega Guard memang terbukti dapat membakar lemak yang terkumpul dengan berkesan!

Yang bestnya dan yang membezakan minyak ikan Omega Guard dengan pil kurus yang lain adalah benefit dia.

Kalau makan pil kurus, hampa dapat kurus jer la tapi tu pun tak tau la tahan berapa lama kurus tu lepas berhenti makan pil tu.. silap-silap naik 2 kali ganda

Tapiii, kalau hampa ambik suplemen minyak ikan Omega Guard ni, walaupun hampa tak mau kurus terpaksa jugak terima jadi kurus. 

Macam kawan akak ni, dia makan suplemen minyak ikan Omega Guard ni untuk kesihatan jantung dia.. tapi tau-tau berat dia hilang 8 kilo. Orang sekeliling dia pun sibuk duk kata dia semakin kuruih.

Sampai dia kena pi beli seluar baru lah.. tu lah kan siapa suruh ambil suplemen minyak ikan Omega Guard ni.. kan dah terpaksa kurus.

Bestkan tetiba jadi kurus! Bulan Oktober ni boleh borong Omega Guard banyak-banyak sebab ada promosi. Lagi bagus kalau join member kot boleh dapat percuma satu botol vitamin.

Tapiii... ada tapi, kalau hampa nak dapat kesan macam ni kena make sure hampa beli Omega Guard dari SID yg aktif macam akak ni bolehlah akak guide cara makan Omega Guard dengan berkesan.

Bukan apa, bila ambik dengan SID yang tak aktif takut depa tak tau cara makan Omega Guard dengan berkesan. Nanti kalau tak kurus makan Omega Guard jgn salahkan produk pulak.

Wasap akak na @ 013-416 4992 (Eja Abu Bakar)

Your Trusted SID
~ Eja Abu Bakar~
    013-416 4992

#pengedarshakleetaiping
#kurus #omegaguard #codtaiping

Penyakit Darah Tinggi Punca Strok Semakin Pulih Dengan Vivix

with 0 Comment

Penyakit darah tinggi ni memang tak boleh nak jangka bila dia nak attack. Tapi kalau sekali dah kena attack boleh dapat strok.

Macam mak kawan akak ni, ada darah tinggi aka hipertensi. Stress dengan kerja yang bertimbun-timbun dengan kerja rumah lagi semua nak kena buat sendiri.

Lebih memburukkan keadaan bila kandungan kolestrol dalam darah juga tinggi. Sudahlah ada penyakit darah tinggi bila saluran pembuluh darah pun semakin sempit kerana kolestrol dan ditambah stress makin sukarlah untuk darah yang membekalkan oksigen sampai ke otak.

Bila mana darah yang membawa oksigen ke otak tak mencukupi maka berlakulah strok.

Satu perkara penting yang perlu diingat jika menghadapi situasi berhadapan dengan orang kena serangan strok adalah dengan merendamkan kakinya kedalam air panas(suam panas) dan melekapkan muka dengan tuala panas bagi melancarkan semula peredaran darah. Tips ini dikongsikan oleh seorang rakan akak yang juga seorang doktor.

Ada juga yang menyarankan supaya cucuk dibelakang telinga sehingga keluar darah dan picit darah tersebut sehingga berhenti. Cara ini dikatakan dapat membuang darah yang tersumbat dan melancarkan semula peredaran darah.

Kedua-dua cara ini adalah sebagai first-aid sementara menanti ambulans sampai atau tiba dihospital bagi mengelakkan strok menjadi lebih parah. Pastikan pesakit yg diserang strok dibawa ke hospital bg mendapat rawatan dalam tempoh kurang dari 5 jam selepas diserang strok.

Ini kerana dalam tempoh tersebut doktor dapat memberi rawatan yang lebih berkesan untuk pesakit bagi mengurangkan atau tiada langsung kesan sampingan dari serangan strok tersebut.

Berbalik pada kes mak kawan akak ni, setelah dia dimasukkan wad dan mendapat rawatan strok kawan akak membekalkan tonik Vivix untuk maknya.
Memandangkan dia tinggal berjauhan dari maknya maka membekalkan tonik Vivix adalah pilihan yang terbaik.

Ini kerana tonik Vivix telah terbukti secara saintifik dapat mengawal tekanan darah dan seterusnya menstabilkan kandungan kolestrol di dalam darah. Selain itu, Vivix juga turut membantu melancarkan peredaran darah keseluruh badan dan memperbaiki sel-sel tubuh yang rosak.

Jadi dia tak perlu terlalu risau mengenai tekanan darah tinggi mak nya dan kebarangkalian mak nya diserang strok sekali lagi.

Perkara yang mengejutkan dia adalah bila dia pulang ke kampung dan melihat sendiri perubahan pada mak nya yang mana sekarang ini lebih bertenaga, muka pun semakin berseri sampai makcik-makcik dia pun mengakui yang maknya kelihatan lebih muda.

Sekarang ni pun, mak kawan akak tu dah tak terlalu bergantung kepada ubat darah tinggi lagi.

Bagi kawan akak, dia rasa bersyukur sangat kerana dipertemukan dengan Vivix. Kini mereka sekeluarga dapat menjalani kehidupan dengan lebih gembira. Dan pastinya Vivix menjadi perkara penting yang perlu ada dalam keluarga mereka.

Bagaimana dengan keluarga kita?

Adakah kita mempunyai ahli keluarga atau kita sendiri yang mempunyai risiko mendapat tekanan darah tinggi yang seterusnya menjadi punca kepada strok?

Jika ya, amalkan lah tonik Vivix sebagai ikhtiar kita menghindari dari semua itu.

Tonik Vivix bukanlah ubat tapi ianya adalah makanan tambahan antioksidan yang paling berkesan bagi menangani penyakit kronik.

Ingin dapatkan tonik Vivix untuk ahli keluarga anda? Wasap @ 013-416 4992 (Eja Abu Bakar)

Your Trusted SID
~ Eja Abu Bakar~
   013 - 416 4992

#pengedarshakleetaiping
#agenshakleetaiping
#cintaturbo19
#strok #darahtinggi #kolestrol
#vivix
#tsunamishaklee

Monday 19 September 2016

Lindungi Anak Dengan Imune Booster Semulajadi

with 0 Comment

"Ya Allah, kenapa bagi anak main pasir tu?"

"Kenapa mak cik?"

"Kan pasir tu banyak kuman..nanti habis badan naik kudis."
😯😯

Korang tau tak bagi anak main pasir ini bagus utk perkembangan kognitif, sosial,  motor saraf(sensor), jadikan anak lebih kreatif... eh banyak lagi ler.

Tak adillah kita halang anak main pasir sebab takut ada kuman. Padahal dulu kita lagi teruk... siap berkubang dalam lumpur lagi.😂😂

Kalau nak diikutkan kuman ni bukan kat pasir jer ada merata-rata..haa kat tepon kita duk pakai ni pun banyakkk kuman.

Sebab tu la.. akak sediakan Vit C chewable, omega dan Nutriferon utk anak-anak akak. Jadi, sistem imun badan anak akak lebih kental, lebih kuat utk melawan semua kuman dan virus yang mendatang.

Yea, memang setiap orang ada sistem imun sendiri tapi macam mana nak tahu sistem imun tu cukup kuat atau tak utk melawan kuman & virus kalau nak main pasir pun tak boleh.. nak main kat taman tak pakai kasut pun tak boleh.. ate camner imun badan nak trigger.

Lama-lama imun badan pun makin lemah... dan kita pun pening nape anak mudah kena sakit walhal kita dah halang dia dari menyentuh benda yang ada kuman.

So, bagi anak Vit C, omega & Nutriferon untuk meningkatkan sistem imun badan anak-anak. 

Yang mak-mak & apak-apak pun boleh makan sekali kalau rasa imun badan tak cukup hebat dan kuat.

Biar satu family ada sistem imun yang kental dan gagah melawan anasir-anasir kuman & virus yang jahat.

Dah...wasap akak @ 013- 416 4992 utk korang punya Vit C, Omega dan Nutriferon sekarang jugak.

K bai.

Eja Abu Bakar
013-416 4992
Cod Taiping & kaw. Sekitar.

Elakkan berlaku kecederaan Slip Disc

with 0 Comment

Selalu korang berdiri dalam posisi macam mana?

Awas! Jangan ambil mudah cara kita berdiri, berjalan atau pun semasa mengangkat barang.

Silap hari boleh dapat "slipped disc", atau kecederaan pada tulang belakang. biasanya yang lebih berisiko dapat slip disc ni lelaki.. tapi perempuan pun ada juga.

Tadi.. alhamdulillah sempat consult seorang customer ada masalah slip disc. Buat laser treatment makan belanja sampai 40k.

Sebab tu orang tua-tua kata mencegah lebih baik dari mengubati.

Amalkan Ostematrix untuk menjaga kepadatan dan kesihatan tulang. Jangan lupa Vivix antioksidan yang dapat memastikan keanjalan struktur disc tulang belakang dan mengurangkan risiko mendapat slip disc serta kesihatan keseluruhannya.

Dan ingat berdiri, berjalan dan mengangkat barang dalam posisi yang betul.

Your trusted SID
~ Eja Abu Bakar ~
    013- 416 4992

Tuesday 13 September 2016

Multivitamin Vitalea Pilihan Terbaik Anda

with 0 Comment

Biasanya selepas sarapan multivitamin Vitalea memang tak leh tinggal.

Bukan apa bila umur semakin meningkat badan ni kurang efisyen nak serap vitamin & mineral dari makanan itu yang  tenaga semakin kurang dan cepat letih.

Jadi bila ambik Vitalea kekurangan vitamin tu dapat ditampung dan barulah badan merasa sentiasa muda dan bertenaga 😄

Lagi pulak, multivitamin Vitalea ni pun menyumbang dalam faktor kecantikan kulit yang menjadikan tona kulit lebih sekata. Hehehe... orang perempuan lah katakan setiap benda mesti nak cantik  😁

Your trusted SID
~ Eja Abu Bakar ~
📲 013- 416 4992

Untuk mendapatkan produk shaklee dan konsultansi PERCUMA anda bolehlah Pm/ Whatsapp @ 013 - 416   4992

Thursday 1 September 2016

6 Khasiat Protein Yang Wanita Hamil Perlu Untuk Bayi Dalam Kandungan

with 0 Comment

Anda sedang hamil? Dan kini mencari-cari makanan tambahan untuk kebaikan bayi yang dikandung?

Jika jawapan anda adalah YA .. tahniah! Anda adalah seorang yang sangat menyayangi bayi  anda dan inginkan yang terbaik untuknya.

Dan anda telah temui makanan tambahan yang terbaik untuk bayi dan juga untuk anda sendiri.

ESP merupakan makanan tambahan protein yang dihasilkan dari sumber tumbuhan iaitu kacang soya non-GMO dan setiap proses penghasilannya di kawal rapi bagi menjaga mutu dan khasiat yang terkandung dalam soya dapat diekstrak dengan sempurna dan tidak hilang.

Tahukah anda keperluan diet yang cukup dengan sumber protein adalah amat penting buat ibu hamil dan bayi dalam kandungan?

Kenapa?

🍃Protein memainkan peranan penting untuk PERKEMBANGAN OTAK bayi. Otak bayi berkembang seawal persenyawaan berlaku lagi!

Sebagaimana yang kita tahu, otak manusia terdiri daripada sel dan sel-sel ini terhasil daripada PROTEIN.  Adalah penting bagi ibu hamil untuk mengambil sumber protein yang terbaik seawal umur kehamilan bagi memastikan perkembangan otak bayi berlaku dengan baik.

🍃 Pembentukan otot : Protein sangat diperlukan bagi pembentukan otot. Selain dari membantu dalam proses kelahiran, protein juga diperlukan bagi membina otot bayi di dalam kandungan.

🍃 Meningkatkan imuniti : Sumber protein yang mencukupi akan membantu meningkatkan sistem imuniti tubuh si ibu. Mungkin ramai yang tidak tahu selain dari Vitamin C protein juga bagus untuk menguatkan imuniti badan kita.

Selain itu, protein juga merupakan sumber yang mudah dicerna oleh ibu hamil dan bayi yang dikandung.

Terdapat pelbagai sumber protein yang boleh diperoleh dari pemakanan kita seperti daging ayam, lembu, ikan, telur, kekacang, soya, tempe dan pelbagai lagi.

Namun sumber protein dari haiwan tidak boleh diambil dalam kuantiti yang banyak kerana mempunyai kandungan lemak yang tinggi. Selain itu, faktor masakan yang melibatkan haba tinggi juga memberi kesan kepada kualiti khasiat protein yang terkandung dalam makanan. Protein mudah termusnah apabila berada dalam suhu yang tinggi.

Seperti yang dinyatakan awal tadi ESP adalah protein soya yang terjamin tinggi khasiat dan merupakan satu-satunya produk yang mengandungi 9 asid amino yang diperlukan oleh tubuh.

Pengambilan ESP, akan membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum. Ini kerana terdapatnya 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh serta kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian.

Kelebihan ESP juga adalah, terdapatnya Isofalvones untuk meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat. Kajian juga menunjukkan bahawa soya dapat membantu kitaran hormon semasa proses menopause.

Antara khasiat lain ESP untuk ibu hamil adalah:

🍃Membantu pertumbuhan plasenta, uterus ,penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah

🍃Memberi tenaga berpanjangan kepada si ibu

🍃Memastikan tahap kesihatan ibu ditahap optimum

🍃Membantu perkembangan fetus

🍃Membantu mengatasi masalah loya atau angin, kerana Esp memberi rasa kenyang lebih lama.

🍃Membantu menjadikan kulit bayi yang bakal dilahirkan halus, cantik dan kurang sensitif.

Khasiat Esp ni telah diakui sendiri oleh ibu-ibu yang konsisten mengambilnya semasa hamil. Ini antara testimoni yang dapat dikongsikan

"Saya mula dengan anak kedua dari kandungan 7 bulan. Alhamdulillah badan masih cergas sepanjang mengandung. Rasanya tak pernah demam. Bersalin normal dan dipermudahkan Allah walaupun baby agak besar 3.7kg. Kulit baby pun bersih. Sampai hari ni baby dah setahun lebih saya tetap amal ESP combine dengan Mealshake + Alfafa untuk teruskan proses penyusuan."

~Pn Ayu~

Hubungi/ whatsapp @ 013-416 4992 || Eja Abu Bakar  untuk mendapatkan produk anda dan Konsultansi secara Percuma.

Eja Abu Bakar
013-416 4992
Your trusted SID

Khasiat Protein untuk Ibu Hamil Dan Bayi Dalam Kandungan

with 0 Comment
Anda sedang hamil? Dan kini mencari-cari makanan tambahan untuk kebaikan bayi yang dikandung?

Jika jawapan anda adalah YA .. tahniah! Anda adalah seorang yang sangat menyayangi bayi  anda dan inginkan yang terbaik untuknya.
Dan anda telah temui makanan tambahan yang terbaik untuk bayi dan juga untuk anda sendiri.

ESP merupakan makanan tambahan protein yang dihasilkan dari sumber tumbuhan iaitu kacang soya non-GMO dan setiap proses penghasilannya di kawal rapi bagi menjaga mutu dan khasiat yang terkandung dalam soya dapat diekstrak dengan sempurna dan tidak hilang.

Tahukah anda keperluan diet yang cukup dengan sumber protein adalah amat penting buat ibu hamil dan bayi dalam kandungan?

Kenapa?

🍃Protein memainkan peranan penting untuk PERKEMBANGAN OTAK bayi. Otak bayi berkembang seawal persenyawaan berlaku lagi!

Sebagaimana yang kita tahu, otak manusia terdiri daripada sel dan sel-sel ini terhasil daripada PROTEIN.  Adalah penting bagi ibu hamil untuk mengambil sumber protein yang terbaik seawal umur kehamilan bagi memastikan perkembangan otak bayi berlaku dengan baik.

🍃Pembentukan otot : Protein sangat diperlukan bagi pembentukan otot. Selain dari membantu dalam proses kelahiran, protein juga diperlukan bagi membina otot bayi di dalam kandungan.

🍃Meningkatkan imuniti : Sumber protein yang mencukupi akan membantu meningkatkan sistem imuniti tubuh si ibu. Mungkin ramai yang tidak tahu selain dari Vitamin C protein juga bagus untuk menguatkan imuniti badan kita.

Selain itu, protein juga merupakan sumber yang mudah dicerna oleh ibu hamil dan bayi yang dikandung.

Terdapat pelbagai sumber protein yang boleh diperoleh dari pemakanan kita seperti daging ayam, lembu, ikan, telur, kekacang, soya, tempe dan pelbagai lagi.

Namun sumber protein dari haiwan tidak boleh diambil dalam kuantiti yang banyak kerana mempunyai kandungan lemak yang tinggi. Selain itu, faktor masakan yang melibatkan haba tinggi juga memberi kesan kepada kualiti khasiat protein yang terkandung dalam makanan. Protein mudah termusnah apabila berada dalam suhu yang tinggi.

Seperti yang dinyatakan awal tadi ESP adalah protein soya yang terjamin tinggi khasiat dan merupakan satu-satunya produk yang mengandungi 9 asid amino yang diperlukan oleh tubuh.

Pengambilan ESP, akan membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum. Ini kerana terdapatnya 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh serta kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian.

Kelebihan ESP juga adalah, terdapatnya Isofalvones untuk meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat. 

Kajian juga menunjukkan bahawa soya dapat membantu kitaran hormon semasa proses menopause.

Antara khasiat lain ESP untuk ibu hamil adalah:
🍃Membantu pertumbuhan plasenta, uterus ,penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah
🍃Memberi tenaga berpanjangan kepada si ibu
🍃Memastikan tahap kesihatan ibu ditahap optimum
🍃Membantu perkembangan fetus
🍃Membantu mengatasi masalah loya atau angin, kerana Esp memberi rasa kenyang lebih lama.
🍃Membantu menjadikan kulit bayi yang bakal dilahirkan halus, cantik dan kurang sensitif.

Khasiat Esp ni telah diakui sendiri oleh ibu-ibu yang konsisten mengambilnya semasa hamil. Ini antara testimoni yang dapat dikongsikan

Hubungi/whatsapp@ 013-416 4992 || Eja Abu Bakar untuk order Esp anda dan dapatkan kosultansi PERCUMA.

Eja Abu Bakar
013-416 4992
Your trusty SID



Monday 22 August 2016

Tips penjagaan Rahim Ketika Berpantang

with 0 Comment

9 bulan dengan perut besar ke sana ke mari akhirnya tiba masa nak tengok muka baby yang cute tu 😇

Bila dah jumpa baby maknanya tibalah masa kena berpantang. Huhuhu... saat yang paling menyeksakan ... hehehe sebenarnya seronok pun ada jugak sebab orang layan kita macam pricess kot. Makan minum semua orang jaga, tak yah buat kerja rumah rehatlah ngko 44 hari tu. 😆

Ada ibu-ibu muda yang tanya kenapa nak kena pantang sampai 44 hari?

Jawapannya sebab masa kita bersalin sebahagian besar dinding rahim menjadi luka.

Sebab tu lah penjagaan rahim penting masa kita dalam pantang bagi mendapatkan semula rahim yang sihat dan kuat. Jadinya, kalau mak tu larang angkat benda berat ke, larang makan yang pedas ke semua tu untuk kebaikan kita juga.. janganlah nak melawan sangat.

Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan vitamin bagi mempercepatkan proses pemulihan luka rahim dan pada saluran kemaluan.

Ambil Makanan atau minuman yang mengandungi triptofan, iaitu salah satu asid amino essential yang dapat merangsang pengeluaran serotonin, yang bersifat menenangkan saraf. Contohnya nasi dan susu.. nak lagi berkhasiat ambik jer ESP.

Ada setengah orang tua tak benarkan anak yang sedang berpantang minum susu atau makanan yang berunsurkan kacang, takut badan masuk angin katanya.. tapi MIL akak siap sua air soya lagi masa pantang.😅

Semua pantang larang makanan ni mengikut keserasian badan juga sebenarnya.

Selain dari segi pemakanan, tahu tak kalau kita bagi bf (breast feeding) kat baby bukan ja memberi kebaikan untuk baby tapi juga untuk ibu. Rahim kita akan mengecut dan kuncup dengan lebih cepat daripada biasa. Bila baby menyusu, hormon oksitosin yang menggalakkan rahim mengecut dikeluarkan daripada kilang pituitari.

Hormon ni lah yang menyebabkan rahim menguncup. Biasanya dua minggu lepas bersalin, rahim yang besar dah tak rasa atas perut sebab ia dah tenggelam dalam rongga punggung walaupun saiznya masih besar lagi.

Dan menjawap soalan kenapa kena pantang sampai 44 hari kerana biasanya rahim akan pulih kepada saiz biasa dalam masa empat minggu selepas bersalin.


Friday 12 August 2016

Tips Mencegah Nephrotic Syndrome / Penapis Buah Pinggang Bocor secara Semulajadi

with 0 Comment

Kebocoran penapis buah pinggang.

Sejak kebelakangan ni sering akak dapat khabar anak-anak yang baru usia 5 - 12 tahun terpaksa menangung penyakit Nephrotic Syndrome atau dalam bahasa kita disebut kebocoran penapis buah pinggang.

Di dalam buah pinggang kita terdapat penapis halus yang dipanggil "Glomeruli". Ia berfungsi untuk menghalang albumin (sejenis protein) dari keluar ke dalam air kencing.

Apabila glomeruli ini rosak atau bocor, lebih dari 3 gram protein akan terkeluar melalui air kencing di dalam masa 24jam setiap hari. Keadaan ni akan menyebabkan badan mula kehilangan banyak protein yang sangat penting untuk sistem tubuh(kebocoran protein).

PUNCA NEPHROTIC SYNDROME
antara penyebab biasa punca nephrotic syndrome:
Jangkitan kuman dalam darah (siflis)
Autoimun spt SLE( systemic Lupus Erythematosus
Penyakit darah sejak lahir : sickle cell disease
Kencing manis.

Akibat dari kebocoran penapis buah pinggang pelbagai komplikasi boleh terjadi termasuk yang boleh membawa maut.
Komplikasi yang akan berlaku:

Pembesaran kanak-kanak terbantut dan perlu dimasukkan ke hospital sehingga sembuh
Antibodi badan menjadi lemah dan mudah diserang jangkitan kuman sehingga boleh membawa maut
Air yang terkumpul diselaput paru-paru dan tisu badan boleh menjadi tempat pembiakan kuman yang meningkatkan risiko jangkitan paru-paru
Kegagalan buah pinggang peringkat akhir dimana ia tidak dapat lagi berfungsi dengan baik
Darah menjadi lebih pekat akibat kehilangan air yang boleh menyebabkan salur darah bengkak (edema) pada bahagian seperti kaki, sekitar mata dan muka, atau pada bahagian perut.
Kebergantungan kepada ubat streoid  yang akan memberi kesan sampingan
Hati akan menghasilkan lebih banyak lemak di dalam darah.

SIMPTOM NEPHROTIC SYNDROME
Gejala yang biasa dikenalpasti bagi pengidap penapis buah pinggang bocor:
Berasa lemah dan tidak bermaya
Kencing berbuih-buih
Mata dan muka kelihatan bengkak pada waktu pagi setelah bangun dari tidur
Kaki kelihatan bengkak pada waktu petang akibat berdiri
Perut kembung
Sakit perut
Cirit birit


TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL

Berjumpa dengan doktor pakar perubatan mengenai penyakit ini.

Diagnosa masalah kesihatan anda dengan pakar perubatan akan memberi ruang untuk mengenal pasti penyakit yang sedang dialami anda dan seterusnya mendapatkan rawatan susulan dan pemerhatian yang sewajarnya dari pakar perubatan anda.

Antara kaedah rawatan yang biasa diberikan kepada pesakit nephrotic syndrome adalah:
🍃Penggunaan steroid (prednisolone).
Ubat steroid ini akan diberikan mengikut berat badan sehingga tiada lagi kesan protein di dalam air kencing. Dos steroid akan dikurangkan sedikit demi sedikit.

🍃Ubat untuk melawas kencing akan diberikan jika terdapat pembengkakan air pada bahagian muka dan badan.

🍃Protein albumin akan dimasukkan ke dalam salur darah jika perlu

🍃 Antibiotik akan diberikan jika terdapat jangkitan

🍃 Selain itu anda juga perlu menjaga diet dalam pemakanan seharian dengan mengurangkan pengambilan garam dan kuantiti air (bagi kes edema yang teruk.)

🍃Kadar pengambilan kalori dan protein yang baik juga perlu diambil kira dalam diet seharian.

LANGKAH PENCEGAHAN
Selain dari berikhtiar dengan pengambilan steroid anda juga boleh mengambil langkah alternatif yang lebih selamat untuk mengawal terjadinya penyakit kebocoran penapis buah pinggang dan membantu kesan pemulihan melalui kaedah kawalan pemakanan nutrisi.

Bagi membantu menghasilkan sel-sel tubuh yang sihat badan kita memerlukan sumber nutrien dan protein yang bagus dan terbaik.

SHAKLEE mempunyai rangkaian suplemen yang dapat membantu mengatasi masalah penapis buah pinggang bocor antaranya:

🍃VIVIX
Membantu memperbaiki DNA tubuh yang rosak dengan menghasilkan sel-sel baru yang lebih sihat.

🍃OMEGAGUARD
Membantu mengurangkan keradangan dan mencairkan darah untuk mengurangkan risikonya berlaku nephrotic syndrome

🍃ESP / MEALSHAKE
Membekalkan protein baik yang diperlukan oleh tubuh..


Anda boleh mendapatkan suplemen ini dengan kontek/whatsapp akak @ 013-416 4992 | Eja Abu Bakar

Wednesday 10 August 2016

Detox Parasit untuk Kuruskan Badan dan Menyembuhkan Alergi Kulit.

with 0 Comment

Ramai yang sangka DETOX hanya utk kuruskan badan saja.

SALAH!!

DETOX PARASIT dapat juga dapat menyembuhkan alergi kulit, menjadikan wajah lebih berseri & badan yang lebih bertenaga.

Detox cara shaklee?

Apa istimewanya?

Parasit sememangnya tidak boleh dilihat dengan mata kasar tapi kewujudan parasit sangat merbahaya dan membawa ancaman kepada kesihatan.

Sering kali parasit dikaitkan dengan kanser, sawan, asma dan banyak lagi. Namun Para doktor kadang kala terlepas pandang kaitan antara jangkitan parasit dan penyakit yang serius, ini disebabkan oleh tanda-tanda jangkitan parasit adalah sama seperti penyakit serius.

Program detox antiparasit adalah satu penyelesaian yang sangat baik dan perlu dilakukan oleh setiap orang, walaupun tahap kesihatan kita berada pada tahap yang baik.

Parasit boleh menyusup masuk ke mana-mana bahagian sistem dalam badan, termasuk paru-paru, hati, jantung, otak, saraf tunjang, darah, pankreas, kulit, mata, buah pinggang dan rahim.

Oleh itu, melakukan detox parasit menggunakan suplement semulajadi dan sumber makanan adalah pilihan yang terbaik dan bijak.

Mikroorganisma parasit( patogen ) juga boleh menjadi punca kepada penyakit diabetes, kesihatan kardiovaskular yang lemah, keletihan kronik dan pelbagai penyakit lain.

Oleh kerana masalah yang disebabkan oleh parasit sangat meluas, adalah penting bagi individu yang sihat menjalankan program membersihkan parasit sekurang-kurangnya sekali setahun, atau lebih jika terdapat tanda-tanda kewujudan penyakit.

Antara suplement semulajadi yang dapat menyingkirkan parasit adalah

🍃VIVIX

VIVIX mengandungi antioksidan yang tinggi dan phytokimia yang membantu untuk melindungi sel daripada kerosakan akibat serangan radikal bebas

🍃Alfafa : Pencuci seluruh tubuh

Alfafa adalah antara penyah toksik yang terbaik.

Berasaskan daun herba yang akarnya panjang jauh kedalam tanah dan bertindak sebagai pencuci untuk seluruh tubuh.

Alfafa yang bersifat alkali boleh mengembalikan kenormalan badan kita yang berasid dan menghilangkan toksik dalam badan.

Alfafa bertindak meransang aliran hempedu, dan juga membuang mineral-mineral yang berbahaya dalam badan.

Ia juga membantu masalah gout dan mengurangkan kolestrol dalam darah.

🍃GARLIC

Bawang putih merupakan satu rawatan yang sangat baik untuk menghalau dua jenis cacing iaitu cacing gelang dan cacing pita serta giardi

GARLIC juga bertindak untuk mengeluarkan raksa merbahaya dari dalam badan dengan pantas.

🍃DTX Complex

Selain itu, makanan yang kaya dengan vitamin A dapat melindungi tubuh dari penembusan larva.

Makanan seperti Lobak merah, ubi keledek dan oren adalah pilihan yang sangat baik.

Kandungan ekstrak biji benih pokok susu tisel dan cendawan Reishi yang tinggi kandungan antioksidan adalah merupakan ramuan utama dalam penghasilan DTX Complex dan menjadikannya sangat istimewa.

Dimana ianya berfungsi untuk menyokong keupayaan badan menghasilkan protein bagi menjana semula sel-sel hati yang telah rosak.

🍃HERB-LAX

Pengambilan herb-lax juga penting untuk pembersihan usus bagi menghapuskan patogen dari sistem tubuh.

Herb-lax bertindak untuk merangsang usus mempercepatkan proses detox dan pembersihan secara lembut iaitu membuang najis

🍃 Nutriferon

Kandungan biji labu yang terdapat dalam nutriferon sangat berkesan untuk menghapuskan cacing pita dan cacing gelang.

Penambahan makanan tinggi serat seperti flaxseed, biji chia dan ubi bit dalam diet seharian juga amat digalakkan bagi membantu proses penyingkiran parasit dari badan.

Vitamin C dan zink juga adalah penting untuk kawalan parasit.

Amalan detox akan memberikan kesan mengurangkan alergi kulit, menjadikan kulit lebih berseri dan juga menjadikan badan lebih bertenaga. Bonusnya badan juga menjadi kurus dan lebih sihat.

Semoga perkongsian memberi manfaat pada semua.

PM/wasap @ 013-416 4992 | Eja Abu Bakar.

Eja Abu Bakar
013-416 4992
Cod Taiping & Kaw. Sekitar
Penghantaran Seluruh Malaysia

Saturday 6 August 2016

Cara Semulajadi Rawat Gout dengan VIVIX dan Set Gout Shaklee

with 0 Comment

Gout biasanya berlaku pada usia 30 dan 50 tahun. Ianya merupakan satu penyakit yang amat popular di kalangan kaum lelaki dan kadang-kadang berlaku pada wanita menopause.

Gout berlaku disebabkan oleh terkumpulnya asid urik yang tinggi di dalam darah. Asid urik biasanya tak membahayakan tapi bila terlalu banyak dan tinggi asid urik didalam darah boleh menyebabkan terbentuknya hablur kristal dan tersimpan dikawasan sendi tendon dan tisu sekeliling.

Apakah Penyakit Gout?

Gout ni adalah keadaan dimana berlakunya keradangan yang menyebabkan kesakitan di bahagian tendon, sendi dan berlakunya pembengkakan. Sendi metatarsal-phalangeal di tapak kaki adalah tempat paling biasa terjadi Gout.

Mengalami Gout mungkin sekadar bengkak dan sakit pada bahagian tendon... tapii ia juga mungkin petanda awal penyakit-penyakit lain seperti batu karang, urate nephropathy dan tophy.

Apa PUNCA Gout?

Gout boleh terjadi disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya

🍃Keturunan (genetik)
🍃Pemakanan
🍃Masalah buah pinggang

Gout juga merupakan sebahagian daripada penyakit arthritis dalam kelas penyakit metabolik kerana asid urik yang terkumpul dibahagian sendi dan tisu lembut disekeliling sendi terutamanya dibahagian kaki dan mengakibatkan kesakitan.

Peminat kekacang ? Atau pun makanan laut?

AWAS!!

Makanan berupa kekacang, makanan laut , daging merah, daging organik tinggi pruine merupakan makanan berprotein tinggi yang boleh mencetuskan terjadi Gout.

Pemecahan purine dalam makanan ni akan ditukarkan dalam bentuk asid urik semasa metabolisma tisu rosak atau tisu koyak.

Dalam satu kajian yang dijalankan mendapati mereka yang mengambil daging merah dan makanan laut secara kerap mempunyai 50% lebih  potensi mendapat penyakit gout.

Cara mengatasi Gout

Terdapat beberapa cara untuk mengatasi  Gout antaranya:

1. Mengamalkan diet rendah purine
Pengambilan makanan yang mengandungi purine dan berprotein tinggi seperti organ dalaman, bilis, sardin, telur ikan, kekacang, lemak haiwan, asparagus, bunga kubis, cendawan dan yis dalam kadar yang sederhana.

2. Mengambil makanan antioksidan seperti coklat gelap, ceri dan strawberi kerana makanan yang mengandungi antioksidan mampu mengurangkan asid urik.

3. Minum air dalam kadar yang banyak bagi membantu proses penyingkiran asid urik.

4. Kawal berat badan

5. Senaman

Pengambilan makanan tambahan yang mempunyai antioksidan sememangnya telah diketahui mampu menyingkirkan toksik dari dalam badan.

🍃VIVIX adalah antioksidan yang mempunyai 15 jenis poliferol dan resveratrol dan yang paling terbaik.
VIVIX juga dapat melindungi DNA, memperbaiki DNA dan memberi impak positif kepada pengawalan genetik. Ia juga menggalakkan pembentukan sel-sel baru yang lebih sihat.

🍃Manakala ALFAFA akan menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Pengambilan alfafa menuntut keperluan air yang banyak bagi melancarkan proses detox.

🍃OMEGA GUARD mengandungi asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) yang merupakan asid lemak 3 yang hanya ditemui di dalam ikan laut dalam.
DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan
sendi pesakit.

🍃PERFORMANCE DRINK diperlukan bagi memastikan keadaan tubuh pesakit mempunyai kandungan air dan gula yang seimbang dan mengelakkan berlakunya dehyration (kekurangan cecair dalam badan).

Bagaimana untuk mendapatkan makanan tambahan / suplemen untuk Gout? 

Mudah sahaja, anda hanya perlu hubungi / whatsapp  di 013-416 4992 | Eja Abu Bakar dan taipkan suplement yang anda inginkan.

Harga bagi setiap suplemen seperti dibawah:

VIVIX  : RM490

Set Gout :(Alfafa, Omega Guard & Performance drink ) : RM280

NANTI DULU!! Wasap saya sekarang jika inginkan harga istimewa @ 013-416 4992 | Eja Abu Bakar



Tuesday 2 August 2016

VIVIX untuk Jangkitan Kulit Scabies, Ekzema

with 0 Comment
Scabies...

Rasa gatal merenyam yang amat sangat terutama bila waktu malam atau cuaca panas?

Terdapat bintik merah yang dalam bentuk Zig zag dan kesan merah yang menebal terutama pada bahagian tubuh yang terlipat seperti bahagian ketiak dan celah peha?
Ada simptom seperti di atas?

Kemungkinan besar anda atau anak telah dijangkiti scabies.

Scabies ni adalah satu jangkitan kulit yang berpunca dari serangga/ kutu yang  berumah dibawah lapisan kulit kita dan menyebabkan rasa gatal melampau.
Tabiat menggaru dengan kuku dibahagian yang gatal boleh menyebabkan keradangan dan berlaku jangkitan pada kulit.

Kebiasaannya scabies ni terjadi pada bahagian badan yang berlipat seperti bahagian ketiak dan celah peha. Pun begitu, ia juga boleh wujud di mana-mana bahagian tubuh kita.

Kebiasaannya jangkitan scabies berlaku dikalangan anak-anak kecil.. tapi jangan ingat orang dewasa tak boleh ke jangkitan scabies. Scabies boleh berlaku kepada seluruh peringkat umur.

Jangkitan scabies boleh berlaku dalam beberapa cara:

🍃 Sentuhan secara langsung kulit ke kulit seperti berpegangan tangan.
🍃 Berkongsi katil, selimut atau tuala yang pernah digunakan oleh seseorang yang telah dijangkiti scabies.

Memandangkan scabies berjangkit melalui sentuhan fizikal... jangkitan ni mudah merebak kepada ahli keluarga dan rakan-rakan. Jangkitan ini juga sangat cepat merebak ditempat seperti:

🍃 Sekolah
🍃 Nurseri
🍃 Tempat jagaan kanak-kanak

Bagi bayi dan toddler, bahagian tubuh yang biasa dijangkiti scabies
🍃 kepala
🍃 Muka
🍃 Leher
🍃 dan tapak kaki

Manakala bagi kanak-kanak dan orang dewasa bahagian tubuh yang sering dijangkiti

🍃 Pergelangan tangan
🍃 siku
🍃 ketiak
🍃 Penis
🍃 Celah-celah jari
🍃 Puggung.

Bintik-bintik merah yang timbul mungkin kelihatan kembung dan berair seperti jerawat.

Terdapat juga lagi satu jangkitan scabies yang teruk dikenali sebagai Norwegian scabies. Norwegian scabies akan menghasilkan kesan kerak yang tebal yang mengandungi beribu-ribu telur dan kutu scabies pada kulit.

Untuk merawat scabies biasanya doktor akan memberikan krim atau lotion untuk disapu pada bahagian kulit bagi mengurangkan rasa gatal dan mematikan kutu scabies.

Vivix dan herbal blend cream adalah alternatif bagi mengatasi masalah scabies tanpa menggunakan bahan yang mengandungi steroid.

VIVIX adalah antioksidan hebat yang dapat membantu mengurangkan keradangan dan memulihkan kesan luka pada kulit dengan cepat.

Selain itu, VIVIX juga dapat meningkatkan imun sistem badan kita bagi melawan dan menyembuhkan kesan scabies, ekzema dan psorisis.

Antioksidan yang terdapat dalam VIVIX akan membantu membaiki sel-sel yang telah rosak akibat radiasi bebas yang dibawa oleh kutu scabies dan melembabkan serta melicinkan semula kulit yang rosak akibat jangkitan scabies.

Herbal blend krim yang dihasilkan daripada tumbuhan seperti rosemary, bunga chamomile, sage dan beberapa lagi tumbuhan lain yang sememangnya diakui sangat berkesan bagi masalah kulit seperti alahan, jerawat, melecur, luka, gatal, kulit kering, ekzema dan keradangan.

Penggunaan krim herbal blend adalah selamat untuk digunakan oleh semua peringkat umur kerana ia dihasilkan dari tumbuh-tumbuhan dan tidak mengandungi sebarang bahan kimia merbahaya seperti paraben dan steroid.

Selain itu kita boleh menghapuskan scabies dengan membasuh semua pakaian, sarung bantal, cadar & selimut dengan menggunakan air panas dan jemur dibawah matahari yang panas bagi mematikan scabies.

Dapatkan VIVIX dan Herbal blend krim sebagai alternatif anda!

Hubungi/ wasap @ 013-416 4992 | Eja Abu Bakar untuk mendapatkan VIVIX anda!
Eja Abu Bakar
013-416 4992



Tuesday 26 July 2016

Antioksidan Terbaik untuk Diabetis VIVIX

with 0 Comment
Sejak kebelakangan ni selalu jer kita dengar mengenai antioksidan.
Sebut jer apa nama produk kesihatan semua mesti kaitkan dengan antioksidan. Antioksidan ni baik untuk kesihatan... antioksidan ni boleh menghalang penyakit kronik, antioksidan boleh awek muda dan banyak lagilah.

Yang sebenarnya antioksidan ni apa? Perlu ke kita dengan suplemen yang ada antioksidan ni?

Antioksidan ni adalah molekul yang dihasilkan oleh badan untuk melawan dan menghilangkan efek radikal bebas (oksidan) yang bersifat merosakkan sel-sel sihat dalam badan kita.

Dalam dunia sekarang kita tak dapat lari dari terdedah dengan radikal bebas setiap hari. Kadar oksidan dalam badan kita semakin meninggi apabila kita berada dalam lingkungan pencemaran yang tinggi dan diet pemakanan serta gaya hidup yang tidak sihat.

Disinilah antioksidan menjalankan tugasnya melindungi kita dari penyakit yang berkait rapat dengan radikal bebas seperti:

🍃 jantung
🍃 Kanser
🍃 Tekanan darah tinggi
🍃 Efek penuaan

Dan meningkatkan

🍃 sistem imun badan

Disebabkan faktor yang disebut tadi pencemaran radikal bebas dan gaya hidup yang tidak sihat menyebabkan antioksidan dihasilkan oleh badan secara alami tidak dapat menampung keperluan bagi melawan dan membuang radikal bebas ini dari saluran darah kita.

Kita perlu menambah antioksidan dari sumber makanan seharian kita. Buah-buahan dan sayur-sayuran segar merupakan pembekal antioksidan yang terbaik.

Terdapat pelbagai jenis antioksidan yang wujud dari sumber semulajadi, dan setiap satunya mempunyai khasiat dan kebaikan yang berbeza bagi setiap bahagian tubuh kita.

Sebagai contoh beta-carotin ( & semua jenis karotin) sangat baik untuk kesihatan mata. Lycopene pula berkhasiat membantu dalam maintain kesihatan prostat, manakala flavonoids  lebih memberi manafaat untuk kesihatan jantung dan proanthcyonidins memberi manfaat untuk kesihatan urinary tract.

Antioksidan juga memberi kebaikan dalam penjagaan dan kesihatan kulit kita.
Bila kulit kita terdedah kepada sinaran ultraviolet yang tinggi, ia akan membebaskan radikal bebas yang merosakkan sel lipid selular, protein dan DNA. Ia juga menjadi punca utama berlakunya sunburn, penuaan pra-matang sel kulit dan kanser kulit.
Beta- carotin yang diambil bersama Vitamin E telah terbukti sebagai gabungan antioksidan yang paling berkesan untuk melindungi kulit dari radikal bebas ultraviolet.

Radikal bebas juga boleh menggangu sistem imun kita, kerana ia dapat melemahkan dan mengurangkan penghasilan molekul oksidan dalam badan.

VIVIX telah terbukti dapat meningkatkan sistem imun dan melindungi membran sel dan sel DNA dari rosak akibat dari pencemaran radikal bebas.

Revestarol yang terdapat dalam VIVIX adalah 10x lebih berkuasa dan  VIVIX turut mempunyai polypherol dan pelbagai lagi antioksidan yang dapat memberi faedah untuk keseluruhan fungsi tubuh kita.

Kalau tanya akak mana pilihan yang terbaik antara semua antioksidan  ... pastinya jawapan  akak VIVIX.

Walaupun harganya sebotol RM490 tapi khasiat dan kebaikannya memang terbukti berkesan dan sememangnya berbaloi untuk kesihatan kita.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk wasap @

Eja Abu Bakar
013-416 4992

Pengeposan Seluruh Malaysia
COD Taiping & Kaw. Sekitar

Monday 25 July 2016

Tips tingkatkan immune booster secara semulajadi

with 0 Comment
Immune boost


Sejak kebelakangan ni sering kita dengar berita tentang penyakit kronik dan berjangkit.
Semalam kita dikejutkan pula dengan berita kematian bayi berusia 11bulan meninggal akibat difhteria.
Sebagai ibu bapa sudah pasti kita bimbangkan kesihatan anak kita. 

APA YANG BOLEH DILAKUKAN?

Orang kata lebih baik mencegah dari mengubati.. dan memang benar ambil langkah pencegahan adalah lebih mudah dari proses mengubati yang melibatkan kos tinggi.
Badan kita secara alaminya mempunyai sistem imun sendiri. Tapi disebabkan beberapa faktor disekeliling kita seperti kesan radikal bebas, pencemaran udara dan penggunaan racun serangga dalam pertanian menjadikan sistem imun badan kita lemah.

Jadi, kita perlulah meningkatkan SISTEM IMUN kita bagi melawan kuman atau virus merbahaya dan melindungi badan kita dan anak-anak dari terkena jangkitan penyakit.

Disini akak nak kongsikan beberapa TIPS untuk MENINGKATKAN sistem imun badan kita secara semulajadi.

AMBIL MAKANAN ANTI-RADANG

Kajian menunjukkan Keradangan yang kronik akan menjuruskan kepada penyakit yang lebih serius dan akan menghalang tubuh untuk berfungsi seperti biasa.
Stress, kurang senaman dan banyak mengambil makanan yang diproses atau lebih tepat lagi 'fast food' adalah punca wujudnya keradangan dan melemahkan sistem imun badan.
Pengambilan makanan yang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang yang mana semua ini adalah makanan anti-radang boleh membantu meningkatkan fungsi imun booster dan menjauhkan kita dari jangkitan penyakit.

BANYAKKAN BERGERAK / SENAMAN

Mungkin untuk senaman diluar bukanlah satu tindakan yang bijak di kala badan kita sedang mengalami demam dan selsema.

Tapi, pergerakan mudah yang boleh dilakukan dirumah dan secara rutin boleh membantu mencegah kita dari mengalami penyakit yang berkaitan dengan sistem pernafasan.

Cubalah berjogging atau ke gym beberapa kali seminggu dengan ini dapat membantu meningkatkan semula fungsi immune booster secara semulajadi.

TIDUR YANG CUKUP

Kajian menunjukkan kurang tidur boleh memberi kesan negatif kepada sistem imun badan dan menjadikan kita lebih mudah terdedah kepada jangkitan penyakit.

Sewaktu tidur sistem imun kita akan menghasilkan sesuatu yang dipanggil cytokines, yang menjadikan tidur kita lebih nyenyak. Cytokines juga amat diperlukan bagi melawan jangkitan dan keradangan.

DAPATKAN SINARAN MATAHARI

Tahu tak salah satu sebab kita sering mendapat demam atau selsema sewaktu musim tengkujuh adalah kerana kurangnya mendapat Vitamin D  dari sinaran matahari.
Kekurangan Vitamin D adalah punca banyaknya terjadi penyakit berjangkit dan penurunan fungsi imun.

Terdedah kepada matahari sekurang-kurangnya 20 minit sehari dapat memberikan kesan yang baik utk fungsi imun.

Tapiii.. yea lah musim hujan bukan selalu ada matahari kan, makanan seperti salmon, kuning telur, hati daging dan minyak hati ikan kod merupakan sumber yang terbaik untuk mendapatkan sumber Vitamin D.

Suplemen Vitamin D yang tinggi juga merupakan pilihan terbaik untuk meningkatkan fungsi immune booster secara semulajadi.

MINUM AIR

Mungkin nampak minum air seperti sesuatu yang biasa... tapii inilah cara yang paling mudah dan efektif untuk meningkatkan fungsi immune booster.

Air membekalkan oksigen dalam darah, membantu membuang toksik dari dalam badan  dan membantu sistem pelawasan berjalan lancar serta menjadikan badan menjadi lebih sihat secara keseluruhan dan meningkatkan imun.

Pastikan meminum sekurang-kurangnya 3liter air sehari terutamanya pada musim panas dan hujan.
P/s: air tu maknanya air kosong tanpa gula ... okey!

Pengambilan suplemen IMMUNE BOOSTER adalah salah satu cara pencegahan yang praktikal dan efektif.

Nutriferon
➡ Terdiri daripada campuran Pumkin seed, Safflower flowers, Plantago seeds dan Japanese honeysuckle flower buds.
➡Hasilkan interferon semulajadi
➡ Telah terbukti effectif bagi pesakit hepatatis C yang kronik

Zinc Complex
➡ Diperlukan bagi fungsi immune badan. Kekurangannya menyebabkan luka lambat baik.
➡ Balance Hormon
➡ Kuatkan sistem imun

Sustained Vitamin C+ / Chewable Vitamin C
➡ Senarai teratas untuk meningkatkan imun seseorang
➡ Pengeluaran antibodi dalam sel darah putih dan terlibat dalam pengeluaran interferon

Garlic
➡ Antibiotik semulajadi
➡ Merupakan penggalak imun yang berkesan
➡ Allicin dalam bawang putih adalah komponen aktif dalam pengeluaran sel putih dan peningkatan antibodi.
➡ Antifungal

Jadi gabungan 4 supplement ni dapat membantu kita dan anak-anak untuk:

 Menguatkan sistem pertahanan
 Membantu mengawal demam selesema biasa
 Menentang kerosakkan akibat radikal bebas
 Menguatkan sistem imun dan memberikan sistem perlindungan yang lebih baik...

Jangan berlengah lagi..

Dapatkan set Immune Booster untuk anak-anak dan anda sekarang!

Wasap @ 013-416 4992 | Eja Abu Bakar

Thursday 21 July 2016

Perlu ke Detox?

with 0 Comment

Perlu ke DETOX?

Korang rasa macam mana? Cuba cek korang ada tak macam ni tak

📍Badan letih, tak bermaya dan lesu
📍Masalah sembelit
📍Muka berjerawat
📍Mudah stress
📍Hilang daya fokus
📍Gatal pada bahagian tapak kaki
📍Susah nak turunkan berat badan
📍Craving pada makanan yang manis

Kalau ada komperm kena detox!

Detox ni pun ada bermacam-macam jenis antaranya :

Juice fasting
Water fasting
Minimal eating
Colon cleansing
Detox bath
Herbal detoxfication
Clorix restriction
dan macam-macam lagi lah

Tapi dalam semua detox kat atas ada 5 jenis detox yang akak nak citer.

🐛Detox Parasit
🐛Detox Logam
🐛Detox Usus
🐛Detox Hati
🐛Detox seluruh badan

Hari ni akak nak citer pasal detox parasit dulu.

Korang tau tak parasit tu apa? Kalau dulu masa kat sekolah cikgu sains selalu kata "pokok yang menumpang pada pokok yang lain dan mengambil nutrien dari pokok yang ditumpang adalah sejenis parasit."

Yea ... begitulah juga dengan badan kita.. ibarat badan kita ni pokok yang ditumpang dan semua nutrien yang kita ambil dari sumber pemakanan atau pun suplemen tak dapat dimanfaatkan oleh badan kita sebab wujudnya parasit aka cacing!

Cacing bukan hanya ada dalam badan kanak-kanak jer tapi dalam badan orang dewasa pun ada.

Kita sebenarnya terdedah kepada parasit yang masuk ke dalam badan dalam pelbagai cara.

Kehadiran parasit ini akan memberi kesan buruk terhadap kesihatan kita... dan kebiasaannya simptom-simptom nya adalah sama seperti simptom penyakit-penyakit yang lain.

Jadi, kalau rasa dah bermacam cara dan ubat yang korang ambil tapi masih jugak tak hilang-hilang masalah penyakit korang ... akak sarankan lebih baik korang buat detox parasit ni.

Set Detox Parasit Shaklee yang dicadangkan adalah :

🍃VIVIX : detox sel

VIVIX mengandungi antioksidan yang tinggi dan phytokimia yang membantu untuk melindungi sel daripada kerosakan akibat serangan radikal bebas

🍃Alfafa : Pencuci seluruh tubuh

Alfafa adalah antara penyah toksik yang terbaik.

Berasaskan daun herba yang akarnya panjang jauh kedalam tanah dan bertindak sebagai pencuci untuk seluruh tubuh.

Alfafa yang bersifat alkali boleh mengembalikan kenormalan badan kita yang berasid dan menghilangkan toksik dalam badan.

Alfafa bertindak meransang aliran hempedu, dan juga membuang mineral-mineral yang berbahaya dalam badan.

Ia juga membantu masalah gout dan mengurangkan kolestrol dalam darah.

🍃GARLIC : Sebagai Pencuci Darah

GARLIC bertindak untuk mengeluarkan raksa merbahaya dari dalam badan dengan pantas. Selain itu, logam toksik yang lain seperti kadmium dan plumbum akan menaikkan tekanan darah jika tidak dibuang.

Garlic mampu untuk menyahkan logam toksik.

Garlic Shaklee tak sama seperti yang terdapat dipasaran, kerana bahan aktif yang menjadikan garlic ni superpower dalam kesihatan awet muda, antibakteria, antifungal dan antibiotik semulajadi iaitu Allicin masih terpelihara kerana proses penghasilannya dalam suhu yang rendah.

🍃DTX Complex : Pencuci Hati

Hati merupakan organ kedua terbesar selepas kulit. Asap rokok menjadi punca utama hati menjadi bertoksik.

Kandungan ekstrak biji benih pokok susu tisel dan cendawan Reishi yang tinggi kandungan antioksidan adalah merupakan ramuan utama dalam penghasilan DTX Complex dan menjadikannya sangat istimewa.

Dimana ianya berfungsi untuk menyokong keupayaan badan menghasilkan protein bagi menjana semula sel-sel hati yang telah rosak.

🍃HERB-LAX : Pencuci Usus

Bertindak membersihkan usus kita daripada sisa lemak dan toksik yang melekat di dalam usus atau pun kolon.

Herb-lax bertindak untuk merangsang usus mempercepatkan proses detox dan pembersihan secara lembut iaitu membuang najis-najis yang tersekat ataupun tersimpan lama.

Selain itu, Herb-lax juga memang tak dapat disangkal lagi keberkesanannya untuk menghilangkan bau badan, melegakan sembelit, mengurangkan masalah jerawat dan membolehkan usus berfungsi lebih baik.

🍃NUTRIFERON : antiparasit/penghalau parasit

Terdiri daripada campuran Pumpkin seed, Safflower flowers, Plantago seeds dan Japanese honeysuckle flower buds.

Pumpkin seed telah digunakan sejak dulu lagi sebagai ubat cacing yang berkesan dan pengambilan interferon juga dapat merangsang penghasilan interferon semulajadi sebagai perisai dari dijangkiti kuman merbahaya.

Jom mulakan DETOX kita sekarang.. dan hidup dengan lebih sihat dan bebas parasit.

Order sekarang set detox korang dengan akak @ 013 -416 4992 dan akak akan sharekan tips dan jadual utk melakukan detox parasit dengan betul dan berkesan!

Eja Abu Bakar | 013- 416 4992
Penghantaran Seluruh Malaysia

Monday 18 July 2016

Kelebihan Jadi Member Shaklee & Mudahnya Shaklee2u

with 0 Comment

Dulu masa mula-mula makan suplemen Shaklee ni akak cuma menjadi pengguna jer tak join member pun, sebab akak ingat benefit dia cuma dapat diskaun pada harga produk jer.


Akak silap!! Rupa-rupanya banyak sangat benefit jadi member Shaklee ni.


Pasal dapat diskaun 15-20% bila jadi member korang dah tahu kan?


Meh akak citer apa lagi yang tersirat disebalik menjadi member Shaklee.


Tahu tak... sebaik saja korang register sebagai member Shaklee dengan harga RM79 dan dapat ID SHAKLEE automatik korang dah jadi agen / pengedar shaklee (SID) yang sah.


Maknanya, korang dah boleh berniaga dah boleh start biz dengan produk Shaklee. Tak yah keluar riban-riban nak jadi stokis bagai.


Tapi kalau tak nak berniaga pun tak pa sebab korang boleh guna sendirikan produk Shaklee ni. Setiap pembelian produk akan dapat point and kalau banyak belian...maka banyaklah point.. dan layaklah korang dapat cash back bonus.


Best ke BEST? ... Eh jap ada lagi..


Bila menjadi menjadi member automatik juga korang layak untuk mendapat insentif lain yang ditawarkan Shaklee ...macam car bonus, VIP trip & Konvensyen dalam dan luar negara. Bila kata VIP maknanya memang VIP ... duduk hotel 5 bintang.. makan & minum ditanggung ... senang citer bawak diri jer

.

Lagi satu, bila jadi member Shaklee ni korang boleh tambah ilmu nutrisi menerusi kelas-kelas yang dianjurkan oleh pihak Shaklee.


Nak tambah ilmu dalam biz pun boleh... online ke offline ke... ramai mentor-mentor yang ada dalam group shaklee ni yang sudi menurunkan ilmu mereka.


Kelebihan sebagai member Shaklee jugak adalah korang boleh mewariskan perniagaan shaklee yang dibangunkan kepada anak-anak bila kita dah tiada nanti.


Korang selalu tak ada masalah bila nak beli sesuatu produk? Nak ke pm lah.. wasap lah.. kengkadang tu lambat sangat nak dapat reply.


Tapikan.. kalau jadi member Shaklee korang boleh beli sendiri produk yang korang idamkan bila-bila masa dan dimana-mana saja dengan Shaklee2u.


Sebut mengenai Shaklee2u ni kan.. akak pun suka beli barang melalui online jugak lebih-lebih lagi produk Shaklee. Bukan apa jimat masa, tenaga & masa... duit nak bayar parking dan minyak kereta pun tak yah keluar.


Sebenarnyakan dulu kalau nak beli produk Shaklee kita kena pergi branch atau hq baru boleh dapat barang. Tapii.. bila pihak Shaklee melancarkan Shaklee2u, akaklah orang yang paling happy sangat!


Sebab apa?


Sebab akak tak yah bersesak-sesak & beratur panjang-panjang nak beli produk Shaklee.


Kos Efektif semestinya! Mau idak... petrol free, tol free, parking free ... duduk atas katil, baring-baring pun boleh order barang. JIMAT!


Masa akak pun tak banyak terbuang kat atas jalan nak pergi hq atau branch... mau tak nya nak kena menghadap jem lagi... nak rushing ambik anak-anak balik sekolah lagi. Sekarang ni,  masa "tu" akak boleh spend dengan anak-anak main masak-masak atau pun gi main kat playground.


Tapi yang paling best bila ada Shaklee2u ni akak tak yah pening nak cari kotak, nak balut, tulis alamat, pergi pejabat pos bagai.. Cukup dengan klik butang belian & buat bayaran then barang dengan selamatnya sampai ke destinasi.


Pendek kata Shaklee2u ni memang memudahkan dan membantu biz shaklee akak lebih berkembang ke seluruh pelusuk negeri.


 Cuba bayangkan, akak tengah dalam wad bersalin pun masih boleh ambik order dan penghantaran produk masih berjalan seperti biasa. Hebat tak hebat penangan Shaklee2u ni.


SELAMAT... memang selamat! Mana tak nya kalau akak nak kena pergi hq atau branch untuk membeli produk akak berhadapan dengan risiko untuk diragut atau accident. Bila akak buat belian melalui Shaklee2u, akak tak perlu keluar rumah pun ... yang penting internet kena ada!


Jadi? Korang rasa best ke BEST jadi member Shaklee dan boleh buat belian melalui Shaklee2u.


MESTILAH BEST!!


Jom join akak sekarang jadi member Shaklee dan rasai BESTnya jadi member Shaklee!


Call/ Wasap akak @ 013-416 4992 | Eja Abu Bakar... dan jadilah #anakkuwirakushaklee.


Eja Abu Bakar | 013- 416 4992
COD Taiping & kaw. Sekitar.

Anda mungkin berminat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Blog Archive