Wednesday 14 December 2016

Kisah Magik Dalam Perniagaan

with 0 Comment

Selalu terbaca kisah-kisah magik antaranya bagaimana seorang lelaki yang hanya tinggal rm10, mempunyai wife yg sedang pregnant dan mengidam nak makan nasi ayam.

Dalam masa yang sama motor yang dipakai untuk berulang alik pergi kerja hampir kehabisan petrol.

Kemudian berjumpa pula seorang ibu yang tak mampu membelikan roti untuk anaknya dan tanpa berfikir panjang dia membelikan roti untuk ibu dan anak itu.

Kini baki duitnya cuma cukup untuk samada membelikan nasi ayam buat wife atau isi petrol motor untuk bekerja.

Dalam keadaan bertawakal pada Nya, beliau terserempak dengan seorang pak cik yang tayar keretanya pancit ditepi jalan.

Dengan ikhlas hati dia membantu tanpa mengharapkan balasan. Tapi pak cik tu tetap berkeras nak juga berikan hadiah dan menghulurkan sampul.

Dalam keadaan terkejut dia melihat isi dalam sampul mengandungi Rm100 dan kini dia mampu untuk membelikan nasi ayam buat wife dan isi petrol motornya. Malah mempunyai baki untuk beberapa hari berikutnya.

Magik kan ... bila kita menyerahkan segala urusan kita pada Nya dan memudahkan urusan orang lain Allah pasti akan bantu kita.
.......

Itu kisah orang, akak pun pernah mengalami kisah magik ni. Bukan sekali tapi berulang-ulang kali.

Salah satunya, masa hujung tahun lepas sewaktu akak balik kg.

Bagi kita yang berbiz online ni dua benda paling penting ni kena ada yakni hp dan line internet. Bila salah satu tak de mulalah kita macam cacing kepanasan kan.

Inilah yang akak alami.. kat kg akak tak de line tenet 😢. Memang tak senang duduk dibuatnya. Kalau nak line tenet kena ke pekan.

Pekan pulak bukannya dekat.. 1/2 jam dari rumah.. dalam masa seminggu kat kg akak cuma mampu bertawakal dan berdoa agar kalau ada customer yang nak order barang akan tunggu akak reply.

Dalam waktu yang sama jugak akak tetap taip posting iklan tapi taip kat note pad jer lah, so nanti bila keluar ke pekan boleh terus copy paste ke buffer.

Dalam masa seminggu tu memang tak de terima sebarang msg atau dapat buat post di fb.

Semasa dalam perjalanan balik ke rumah, sampai je ke kawasan yang ada line internet terus berdesup-desup notification masuk.

Antaranya adalah order dari customer yang dah 3 hari lepas. Masa ni memang was-was juga nak reply msg customer sebab dah tiga harikan mungkin dia dah buat order dari orang lain.

Tapi itulah.. kalau dah rezeki kita takkan ke mana. Akak beranikan diri reply msg customer dalam hati ni tak henti-henti berdoa.

Alhamdulillah.. customer ni memang menanti reply dari akak. Katanya ada juga msg kat sid yang lain tapi semua tak berjawab and akaklah seorang yang reply msg dia.
Allah, masa ni dibibir tak henti-henti mengucap syukur pada Nya.

Nikmat apa lagi yang nak didustakan.

Korang ada kisah magik tak?
Meh la share kat komen . Mana tahu boleh jadi inspirasi buat orang lain.

           Your Pro SID
       ~ Eja Abu Bakar~
           013 - 416 4992

#tsunamishaklee
#shakleeeffect
#liveamazing
#thebestone
#pengedarshakleetaiping
#codtaiping
#ejajualvivix

Anda mungkin berminat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.