Monday 15 May 2017

Idea Hadiah Hari Guru 2017

with 0 Comment
Satu persatu gambar aku tenung dan   aku belek dari pak cik google nak cari idea untuk hadiah Hari Guru 2017 esok.

Cantik-cantik dan kreatif tengok idea mat saleh ni. Tapi tu lah semua idea yang ditonjolkan ambik masa sehari dua juga nak buat. Kalau satu mungkin lah boleh siap. Ini nak kena buat 18 set hadiah mampos mak πŸ˜….


Kalau tak buat kesian pulak kat anak yang dah dari minggu lepas lagi zikirkan kat telinga mama ni
"Mama nanti saya nak bagi hadiah kat cikgu masa Hari Guru. Saya nak wrap hadiah cantik-cantik. Mama jangan lupa tau. "

Ko rasa, gamak ke nak abaikan ja permintaan anak kalau dah merayu camni.
Terpaksa jugaklah mama ni mencari idea diy untuk Hari Guru nanti. Idea yang boleh dilaksanakan untuk kes last minit macam aku ni. 

Scrol punya scrol terjumpa idea untuk hadiah Hari Guru yang marbeles, simple, cepat dan paling penting jimat.
Idea ni aku cedok dari group fb. Terima kasih kepada insan yang menyumbangkan idea "pen si rama-rama" dari group TchersCollection. 

Dengan idea ni maka terhasillah kejadian "pen si rama-rama" dan "pen papa zola" ( ni semua gara-gara elisya komen cikgu saya boy mana boleh bagi rama-rama πŸ˜…) untuk hadiah Hari Guru esok.

pen papazola & si rama-rama

pen si rama-rama

 
Maka tersenyumlah anak-anak ku at last dapat jugak hadiah untuk cikgu sempena Hari Guru tahun ni.
Kat bawah ni ada beberapa lagi idea hadiah Hari Guru yang aku ambil dari group fb. Mana tau boleh guna idea kat bawah ni pulak untuk tahun depan punya sambutan Hari Guru kan.πŸ˜„

Kredit kepada penyumbang idea dari group fb TchersCollection.

 simple, tapi cantik

 bestlah cikgu mana yang dapat ni

yang ni pun cantik
 
cute jer Rama-rama tu 

tahun depan bolehlah cuba idea yang kat atas ni.. hehehe
 

0 comments:

Post a Comment

Anda mungkin berminat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.