Wednesday 27 August 2014

Adakah Kopi merosakkan kebaikan dan manfaat Vitamin yang diambil?

with 0 Comment


Anda peminat tegar kopi? Saya memang peminat setia kopi, kalau sehari tak dapat bau aroma kopi yang hitam dan pekat memang terasa macam ada kekurangan jer.

Tapi anda tahu tak yang apa sahaja bentuk minuman atau makanan yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, coklat dan beberapa jenis minuman bersoda boleh menghalang penyerapan vitamin dan mineral dan meningkatkan perkumuhan dari badan.

Ok! Sekarang ni pulak persoalannya kenapa kita perlu ambil Vitamin dan Mineral? Apa faedahnya ambik vitamin tambahan... kan kita dah makan sayur, ikan dan daging, semua tu kan dah ada semua vitamin yang kita perlukan.

Vitamin dan mineral adalah "mikronutrien" yang diperlukan oleh badan kita dalam jumlah yang kecil tetapi stabil. Tetapi badan kita tak mampu untuk menghasilkan kesemua mikronutrien yang diperlukan, dan disebabkan itulah kita perlu mendapatkan vitamin tambahan.

Vitamin adalah bahan semulajadi yang terdapat dalam tumbuhan dan haiwan. Terdapat dua jenis vitamin iaitu vitamin larut air dan  vitamin larut lemak.

Vitamin larut air mudah diserap oleh badan kita, manakala vitamin larut lemak tidak akan dierap menggunakan asid hempedu(cecair yang digunakan untuk mencerna lemak). Badan kita tidak akan menyimpan Vitamin larut air dalam jumlah yang banyak, kerana vitamin larut air yang tidak diperlukan akan dikeluarkan oleh buah pinggang menerusi air kencing.

Badan kita akan menyerap vitamin larut lemak oleh asid hempedu. Apabila vitamin diserap badan kita akan menyimpannya dalam lemak badan. Apabila badan kita memerlukannya, ia akan dibawa keluar dari simpanan dan digunakan.

Macam mana nak kenal vitamin larut air atau larut lemak?

Ok.. ini adalah antara vitamin larut air iaitu : Vitamin C, Biotin dan tujuh vitamin B ( thiamin-B1, Riboflavin -B2, niacin-B3, asid pantothenic-B5, pyridoxine-B6, asid folik-B9 dan cobalamin- B12. Manakala antara vitamin larut lemak pula: A, D, E atau K.

Mineral pula datang dari air atau bumi. Haiwan dan tumbuhan akan menyerap mineral untuk mendapatkan nutrien.  Mineral yang utama diperlukan dalam jumlah yang besar oleh orang dewasa adalah kalium, fosforus, magnesium, natrium, kalium, sulfur dan klorida. Manakala fluorida, besi, zinc, dan ioidin hanya diperlukan dalam jumlah yang amat sedikit.

Berbalik semula kenapa tak boleh ambil vitamin dengan kopi atau minuman berkafein... ini kerana pengambilan bersama akan menghalang penyerapan vitamin yang kita ambil. Jadi untuk mendapatkan kesan vitamin yang anda ambil elakkan mengambil vitamin bersama minuman berkafein, ambilah dengan secawan jus buah-buahan atau lebih baik dengan segela air kosong.

Selamat bervitamin!!


Tuesday 26 August 2014

Skin Care Produk NutriWhite Shaklee untuk Penjagaan Kulit Normal

with 0 Comment
Hari-hari kita gunakan produk Skin Carekan, untuk apa? Supaya kulit wajah jadi halus,putih berseri dan licin tanpa sebarang anasir jahat macam jerawat dan bintik hitamkan.

Jadi hari ni saya nak share sikit mengenai produk skin care Shaklee...haa jangan ingat Shaklee ni ada vitamin jer, skin care pun ado. Shaklee ada dua jenis produk skin care NutriWhite dan Enfuselle. Tapi untuk entry kali ni kita cerita pasal NutriWhite dululah sebab tajuk kat atas pun dah sebut NutriWhitekan.


Skin Care NutriWhite adalah untuk penjagaan kulit normal. Normal bermaksud tanpa sebarang masalah macam kulit berminyak, jerawat dan lain-lain ler. NutriWhite sesuai untuk mereka yang tidak memiliki kulit sensitif, kulit kering tetapi hanya berminyak di zon T sahaja dan bebas masalah jerawat.

NutriWhite bertindak dengan 5 cara:
1. Mencegah 
- melindungi kulit secara aktif daripada sinaran UV, cahaya matahari dan alam sekitar (yang mana dapat menggelapkan kulit)

2. Mengurangkan 
- Mengurangkan penghasilan pigmen hitam pada kulit daripada menjadi gelap, dan menjadikan kulit lebih cerah dan berseri.

3. Menyekat
- menyekat pemindahan pigmen hitam daripada dasar sel kulit ke lapisan atas untuk mencegah kemunculan tompok hitam.

4. Memperbaharui 
- menanggalkan sel-sel kulit mati yang mengandungi melamin berlebihan dan memperbaharui sel kulit agar kulit kelihatan cantik dan berseri.

5. Mencerahkan 
- Nutriwhite akan mencerahkan warna melamin yang sedia ada serta tompokan hitam. Juga menyerlahkan tone kulit secara keseluruhan.

Sekarang dah tahu macam mana NutriWhite bekerja..jom kita kenal setiap satu produk skin care NutriWhite ni dan apa fungsi dia.

Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15
Kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit.
Mountain Arnica yang terdapat dalam ramuan berfungsi untuk menghilangkan radang kulit, dan membina daya ketahanan kulit disebabkan oleh faktor persekitaran.




Soothing Radiance Whitening Softener
Ia melembut dan mengembalikan kulit pada ph yang seimbang.
Kulit akan berasa lebih segar dan tegang dengan adanya rosemary dalam ramuan.
Penggunaan Kudzu, sebagai agen menegangkan dan mencerahkan kulit. Manakala penggunaan Marshmallow pula adalah untuk melembabkan kulit dan ianya sememangnya berkesan!







Spot Whitening Treatment
Berfungsi untuk memperbaiki kesan-kesan matahari serta jeragat kulit dengan cepat. 
Kehadiran Vitamin C aktif dalam ramuan dapat mencerahkan, melindungi dan menghilangkan radang kulit dan menjadikan kulit anda lebih halus.









Daily Defense Whitening Essence
Mencerahkan dan menegangkan kulit. 
Melembutkan dan mengurangkan tompok-tompok hitam.
Mencegah daripada kerosakan akibat kesan daripada cahaya matahari.
Memperbaiki kulit serta mengembalikan seri wajah.






Overnight Renewal Whitening Cream
Mengembalikan keremajaan kulit sewaktu tidur. Mengurangkan tompok-tompok hitam serta mengembalikan keserian wajah.
Anda akan bangun dengan kulit yang lebih halus, cerah dan berseri






Gentle Deep Foaming Cleanser
Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel kulit mati dan menegangkan kulit.
Alga hijau digunakan sebagai agen untuk menyahtoksin dan melembabkan kulit. Manakala Strawberi Begonia akan mencerahkan dan mengimbangkan pigmen.







Gentle Action Makeup Remover
Menanggalkan makeup anda dengan mudah dan bersih selain dapat menjadikan kulit lebih licin, lembut dan berseri.
Tunas pokok Bic akan menanggalkan sel-sel mati, manakala Aloe Vera akan menyegarkan dan menegangkan kulit.
Merupakan rumusan yang lembut, tidak berminyak dan menjadikan kulit anda kelihatan lebih berseri.





Produk skin care NutriWhite ni merupakan satu produk yang lengkap untuk kita memanjakan kulit kita,yang paling penting sekali ianya merupakan produk yang lembut, semulajadi dan bersih serta selamat.

cara penggunaan

Bawah ini adalah komen mereka yang gunakan skin care Shaklee



Jadi jangan buang masa lagi, manjakan kulit anda dengan produk yang akan memberikan hasil kulit lebih muda, licin, bersih , cerah dan berseri. Dapatkan set produk skin care NutriWhite khas dari Shaklee untuk pengguna yang mementingkan penjagaan kulit tanpa bahan kimia. Oh ya, sekali diingatkan yea NutriWhite untuk kulit Normal dan kalau anda mempunyai kulit bermasalah dan berminyak pilihan anda adalah produk skin care Enfuselle Shaklee.

Dapatkan sekarang produk Skin care NutriWhite dengan klik sahaja ikon dibawah...




Monday 25 August 2014

Set Kecantikan Shaklee Cantik Wajah dari dalam

with 0 Comment
Bestkan kalau hari-hari tengok benda cantik, dah macam terapi pulak bila nampak sesuatu yang cantik dan indah.

Masalahnya sekarang ni kalau pagi-pagi tengok kat cermin nampak muka penuh jerawat dan jeragat dan kusam...adoiiiyaii sememangnya tak tenang hati ni. Lagi bertambah stress bila tengok muka opismate licin, gebu dan glowing jer..mau tak jeles. Nak dijadikan cerita pulak pergi lunch, orang semua tegur muka opismate kita tu cantik dan berseri jer...hahhh mau tak panaskan hati kat dalam tu, rasa rendah diri pun yea juga.

Bukan tak cuba nak merawat masalah di wajah tapi tak pernah berkesan pun. Pelbagai produk kecantikan dah cuba dari yang mahal sampailah yang murah, kalau berkesan pun sekejap jer. Bila ditanya kat opismate dia pakai produk apa, rupa-rupanya dia amalkan pengambilan makanan tambahan untuk nampak cantik dan glowing. Katanya kalau harapkan produk kecantikan jer memang tak berkesan lama. Korek punya korek rupanya dia ambil suplemen Set Kecantikan Shaklee dan Skin Care Shaklee. Hari ni kita cerita pasal Set Kecantikan Dalaman dulu ok, next entry baru cerita pasal Skin Care pulak.

Nak tahu tak apa Set Kecantikan Shaklee yang dia pakai? Ni dia setnya

Set untuk kulit berminyak

set kecantikan ini adalah untuk kulit yang berminyak. Bagi yang kulit kering kena gunakan Set Kecantikan Shaklee yang ini

Set untuk kulit kering

Macam mana... macam best jer kan... jom kita tengok antara hasil penggunaan Set Kecantikan Shaklee ni

Wow! memang marbelos hasil dia kan. Kalau nak jugak dapat kulit yang gojes macam mereka boleh klik kat bawah ni untuk dapatkan suplemen Set Kecantikan Shaklee


SET KECANTIKAN (KULIT BERMINYAK)

 set kulit berminyak


SET KECANTIKAN ( KULIT KERING)
 set kulit kering


Jangan tunggu lagi! Klik sekarang jugak untuk kulit yang gojes dan glowing dan juga untuk menaikkan self esteem kita. Inilah masanya untuk kita pulak merasa diri dipuji kerana memiliki kulit yang halus dan cantik. Dapatkan Set Kecantikan Shaklee sekarang jugak!

Ini adalah serba sedikit ringkasan fakta suplemen untuk kulit:

Vita C (Vitamin C) 
* sebagai antioksidan yang melindungi kulit terhadap pengaruh negatif fakto luar(pencemaran, matahari, cuaca, penghawa dingin dsb)
* meransang pembentukan dan peningkatan penghasilan kolagen kulit yang mengawal keanjalan kulit, anti-wrinkle dan anti-aginngurangkan garis-garis halus pada wajah
* membantu memudarkan parut

B-Complex
* untuk pembentukan sel baru, untuk kulit lebih awet muda, kulit yang licin, melambatkan rambut beruban, membantu untuk kecantikan kulit, rambut, mata dan kekuatan kuku.

Zinc Complex
* memperbaiki dan merawat radang kulit
* menormalkan penghasilan minyak dalam badan, mengekalkan kulit yang sihat
* mengecutkan jerawat
* memulihkan luka akibat jerawat dengan cepat

Alfafa
* Menyingkirkan toksin dalam badan, membersihkan darah dan mencantikkan kulit
* Menegangkan kulit  dan membantu membesar dan menegangkan payudara

Sunday 24 August 2014

Produk Kecantikan Kulit/ Skin Care Shaklee untuk Wajah yang Cantik Menawan

with 0 Comment
Skin Care / Set Penjagaan Kulit Shaklee...mungkin ramai yang tak tahukan yang Shaklee pun ada produk skin care. Dulu masa sebelum berjinak dengan Shaklee ni saya pun tak tahu yang dia ada produk untuk skin care, penjagaan rambut dan juga produk penjagaan rumah.

Hari ni saya nak kongsi mengenai produk Skin Care dulu yang lain next entry ok!

Memang berlambak produk skin care kat luar sana dari pelbagai jenama yang famous sampai la yang langsung tak pernah dengar namanya. Namun kebanyakan produk kecantikan tersebut mengandungi bahan-bahan kimia yang kadang-kala boleh membahayakan kesihatan kita.

Bukannya saya tak pernah gunakan produk kecantikan yang terdapat dipasaran, pernah ...tapi selepas saya mencuba satu produk yang sering keluar diiklan televisyen yang menunjukkan seorang artis memakainya dan kulitnya menjadi halus(pengaruh iklan sebenarnya...hahaha) dan dikatakan menggunakan bahan-bahan semulajadi .... harga dia pun bleh tahan jugakla.. menyesal tak sudah jadinya. Nak tahu kenapa?

Selepas tiga hari saya gunakan produk tu habis muka saya yang licin ditumbuhi jerawat besar dan bernanah..sedih memang tak terkata. Setelah jumpa dengan pakar kulit, dan disuggestkan supaya stop gunakan produk tu, dan selepas kejadian bermacam cara yang saya guna tapi tak berjaya dan lastly saya give up untuk memakai sebarang produk skin care kecantikan dan membiarkan saja kulit muka tanpa sebarang penjagaan.

Sehinggalah satu hari saya berjumpa dengan kawan lama dan dia menegur tentang kulit muka yang kusam dan bermasalah. Dialah yang memperkenalkan produk shaklee ni, katanya sayang kalau muka cantik tapi kulit tak terjaga dan kusam. Untuk penyelesaian di cadangkan saya merawat masalah ini dari dalaman dan luaran, katanya jerawat dan kulit kusam ni kalau setakat rawat dari bahagian luar jer memang takkan bertahan. So, inilah set rawatan dalaman dan luaran yang disuggeskan untuk saya


ini adalah set untuk rawatan dalaman



dan ini pulak skin care untuk rawatan luaran bagi kulit bermasalah


Oleh sebab hari ni saya nak ceritakan pasal skin care jadi untuk info Set rawatan Dalaman klik dekat link yea. 

Untuk produk Skin Care Shaklee terdapat dua jenis produk iaitu NutriWhite(untuk penjagaan Kulit Normal) dan Enfuselle(untuk penjagaan kulit bermasalah). 

Perbezaan antara kedua-dua produk ni seperti dibawah:

NutriWhite 
*Sesuai untuk mereka yang tidak memiliki kulit sensitif (kulit normal)
*Kulit kering tapi hanya berminyak di zon T
*Tiada masalah jerawat
*Bertindak sebagai Set untuk muka Normal


VS

Enfuselle
*Sesuai untuk yang mempunyai kulit sensitif
*Masalah kulit berminyak atau kering
*Masih mempunyai masalah jerawat
*Bertindak sebagai set muka yang membantu mengurangkan masalah kulit

setelah seminggu menggunakan produk ni, macam tak percaya jer jerawat dah mengecut, kulit makin cerah dan licin and... tak de kesan parut!

Agak-agaknya lah kalau dah dapat result macam ni nak ke tukar cari produk lain? Memang taklah kan... dan yang paling penting produk kecantikan kulit Shaklee sememangnya menggunakan ramuan yang semulajadi, lembut dan bersih.

cuba tengok antara testimoni ni:
 



Kalau ada sesiapa yang nak tahu betul ke tidak apa yang saya bagitahu cubalah sendiri dan dapatkan hasilnya. Nak order item-item ni senang jer klik jer kat link bawah ni

Set Kecantikan Dalaman
              
Skin Care

NutriWhite

    

Enfuselle


Saturday 23 August 2014

Cara Hilangkan Jeragat dan jerawat di Muka dari dalam

with 0 Comment

Wajah yang halus dan berseri memang menjadi idaman setiap wanita. Tapi kadang-kadang timbul masalah jeragat dan jerawat dimuka. Seorang kawan saya yang mempunyai masalah jeragat dimuka, selalu menceritakan rasa resah dengan masalah tompokan hitam diwajahnya. Walaupun jeragat yang dihadapi tidak dikeseluruhan wajah cuma setompok besar sahaja di bahagian tepi mata, tapi itu sudah cukup membuatkan kawan saya ni susah hati.


Sudah pelbagai cara digunakan untuk menghilangkan jeragat tersebut dari penggunaan krim sapu sehinggalah ke rawatan laser. Namun hasilnya cuma untuk sementara, beberapa bulan selepas itu jeragat akan kelihatan semula. Anda nak tahu kenapa? Sebabnya jeragat ini sebenarnya adalah masalah yang berpunca daripada hormon. Jadi, jika rawatan yang dilakukan hanya dibahagian luaran atau atas kulit sahaja sememangnya masalah jeragat ini akan muncul semula. Sebab itulah saya suggest supaya dia mengambil suplemen untuk menghilangkan jeragat itu.

Sebelum itu nak saya jelaskan, maksud jeragat sebenarnya ialah bintik-bintik atau tompokan hitam yang muncul pada permukaan kulit akibat kekurangan nutrien yang terjadi apabila usia semakin meningkat/ faktor genetik, pengambilan pil perancang, cuaca atau kesan pemakaian produk-produk kecantikan yang mengandungi bahan kimia.

Pengambilan suplemen adalah cara yang paling selamat dan berkesan tanpa sebarang rasa sakit dan kesan sampingan. Selain dari menghilangkan jeragat dimuka anda juga akan merasakan perubahan dari segi tenaga, kulit yang semakin halus dan lembut serta kulit yang berseri. Psttt ... budjet anda pun tak perlu tahap riban ok!

Berbalik pada cerita kawan saya tadi, setelah dia mengambil suplemen yang disuggest iaitu Gla Complex dan Kolagen secara konsisten selama sebulan jeragat yang kelihatan mula menampakkan perubahan. Jeragat dimukanya sedikit demi sedikit mengecil dan katanya yang paling best bila kulit muka dia nampak lebih halus dan glowing! Walaupun katanya mengambil masa tapi memang berbaloi-baloi hasilnya.

Cadangan suplemen untuk Jeragat

Anda pun mempunyai masalah seperti kawan saya? Apakata anda cuba suplement yang saya suggest untuk dia iaitu Gla Complex dan Kolagen. Atau kalau anda nak kurangkan budjet boleh tukar Kolagen dengan ESP. Tapiiii... kalau anda ada budget besar dan kurang tahap kesabaran mungkin anda boleh mengambil Vivix bersama Kolagen.

Apa tunggu lagi orderlah sekarang! Hilangkan jeragat anda dari dalam, dan dapatkan hasil yang berkekalan serta bonusnya sekali.



Fakta ringkas suplemen:

Gla Complex 
- oleh kerana jeragat adalah disebabkan oleh hormon maka, Gla Complex akan membantu menstabilkan hormon anda.
- minyak borage dan vitamin E yang terkandung dalam Gla Complex dapat merawat masalah kulit dari bahagian dalam Epidermis.

Collagen
- membantu mengekalkan elastisiti semulajadi kulit dan melambatkan proses penuaan.
- memperbaiki sel-sel yang rosak dan mempercepatkan proses penyembuhan

ESP 
- protein boleh membantu menghilangkan jeragat.Jika pengambilan protein seharian mencukupi ianya dapat membantu tubuh menghasilkan sel-sel baru dan seterusnya menyahkan jeragat di muka.
- pengambilan ESP secara konsisten mampu membantu anda mendapatkan kulit yang sihat, cantik dan bebas jeragat.

Vivix
- mengawal genetik dan seterusnya melambatkan proses penuaan.
- membaiki sel yang rosak dengan pantas dan antioksidan

Friday 22 August 2014

MH17 Dalam Kenagan : Malaysia berkabung

with 0 Comment



Al-fatihah buat semua mangsa MH17 yang beragama Islam. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa hikmah disebalik apa yang berlaku.

Suasana sedih dan hiba menyelubungi seluruh rakyat Malaysia tatkala saat melihat pintu kapal terbang terbuka dan yang kelihatan adalah keranda yang membawa jenazah penumpang MH17. Biar pun kita tak mengenali mangsa namun perasaan sedih atas kehilangan tetap dirasai. Semoga ahli keluarga mangsa tabah dan cekal menghadapi dugaan ini.





22 Ogos 2014 diisytiharkan sebagai hari berkabung seluruh Malaysia bagi memberi penghormatan dan mengenang terhadap mangsa nahas tragis pesawat Malaysia Airlines MH17 yang terhempas di Ukraine.

Semoga semua ahli keluarga mangsa bersabar dan tabah hadapi ujian ini.


pilu seorang anak yang kehilangan ibu tersayang



Wednesday 20 August 2014

Mengandung selepas Tiga bulan Consume Set Kesuburan Shaklee

with 0 Comment
Assalamualaikum..

Cepat sahaja masa berlalu tahu-tahu dah hari Khamis..dan tinggal beberapa hari jer lagi bulan Syawal akan meninggalkan kita. Baru-baru ni, sewaktu majlis rumah terbuka saya berjumpa dengan seorang sahabat dan alangkah gembiranya saya bila dia bercerita yang sekarang dia dah mengandung 6 minggu.

Untuk pengetahuan, sahabat saya ni telah berkahwin selama 3 tahun dan dalam tempoh itu dia belum lagi diberikan rezeki zuriat. Setiap kali berjumpa mesti dia akan bercerita yang bertapa stressnya bila orang sekeliling, mak mertua dan saudara mara sering bertanya "bila lagi nak ada baby ni?". Memang stress kalau ditanya soalan macam tu kan yea lah anak ni bukan boleh dibeli kat kedai.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=e17759324a651d0ae7f35e7cc00ddee5
Set Kesuburan untuk Isteri

Dengan niat untuk menolong saya sarankan dia mengambil Set Kesuburan Shaklee. Set ini mengandungi suplemen iaitu Vita-lea, Gla Complex, B-Complex, Vita-C dan Alfafa (set ini adalah untuk kesuburan isteri). Tanpa rasa ragu-ragu dia telah consume makan set kesuburan Shaklee ni dan diiringi dengan doa akhirnya setelah 3 bulan mendapat berita yang dia telah pun mengandung anak yang sulung.

Oh ya lupa, suami sahabat saya juga telah mengambil suplement untuk Kesuburan Lelaki. Untuk Set Kesuburan Lelaki Shaklee terdapat dua jenis Vitamin iaitu Vita-E Complex dan Zinc Complex. Kalau nak zuriat kenalah suami dan isteri berusahakan.
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=ce9fd3049217c508cdd7f963031dcc3d

Sekarang ini, mereka sangat teruja mengalami saat-saat kehamilan dan menanti kelahiran baby yang ditunggu-tunggu. Untuk menjaga dan memastikan kandungannya sihat, sahabat saya sekarang telah mengambil suplement Set Mengandung Shaklee. Katanya, dengan izin Allah dan hasil dia consume Set Kesuburan Shaklee kini dia dah mengandung jadi keyakinan dia untuk terus menggunakan suplement Shaklee untuk mengandung semakin tinggi.

Buat anda yang mengalami masalah sama seperti sahabat saya, apa kata mencuba Set Kesuburan Shaklee siapa tahu dengan izinNya mungkin anda juga boleh mengandung dalam tempoh tiga bulan selepas mengamalkannya. Jika anda ingin mendapatkan Set Kesuburan Shaklee untuk Isteri dan Suami apa yang perlu anda lakukan hanya klik pada gambar Set Kesuburan atau klik ikon dibawah

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=c9344998d1ecc002e56b572b310a2ab1

Benar! Anak adalah rezeki dari Allah tapi kalau tidak berusaha macam mana nak dapatkan hasil. Give it a try mana tahu mungkin anda juga akan merasai indahnya saat sewaktu hamil dan melihat wajah sikecil anda.
Jangan ragu-ragu lagi, klik saja pada order sekarang!

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh hubungi/ SMS/ Whatsapp/ Telegram saya @ 012 617 8480 (Iza)

Monday 18 August 2014

Cara Hilangkan Parut Demam Chickenpox

with 0 Comment
Assalamualaikum.

Pagi ni terasa sejuk aje, maklumlah baru lepas hujan dan kalau nak diikutkan hati mau jer sambung balik tidur.. ;). Dalam cuaca tak menentu macam ni yang kekadang sejuk dan kengkadang panas, kesihatan kita mudah terganggu dengan demam, batuk dan selsema. Sebut pasal demam, teringat pulak pada anak kawan saya yang baru-baru ni kena demam campak aka Chickenpox. Memang kesian bila tengok anak-anak kena Chickenpox ni mana taknya tergaru sana sini.

Chickenpox ini sebenarnya disebabkan oleh Varicella-zoster Virus (VZV), dan kebiasaanya berlaku pada kanak-kanak yang berusia antara 12 tahun ke bawah. Tapi ada juga orang dewasa yang terkena chickenpox ni cuma jarang-jarang terjadi. Bila kena demam chickenpox, bintik ruam gatal yang kelihatan seperti lepuh akan muncul diseluruh badan berserta dengan selsema. Demam chickenpox sangat mudah berjangkit, jadi kanak-kanak yang dijangkiti perlu duduk dirumah dan berehat sehingga ruam hilang.

Antara simptom awal chickenpox( cacar air) adalah demam, sakit kepala, sakit tekak atau pun sakit perut. Ruam kulit gatal dan merah biasanya mula-mula akan muncul pada bahagian abdomen atau belakang dan muka, kemudian akan merebak ke seluruh badan, termasuk kulit kepala, mulut, tangan, kaki dan alat kelamin.


Ruam bermula sebagai beberapa lebam merah kecil yang kelihatan seperti jerawat atau gigitan serangga. Ia akan muncul secara banyak dalam tempoh 2 ke 4 hari dan kemudian berkembang menjadi lepuh nipis yang dipenuhi dengan cecair. Dan lepuh akan pecah meninggalkan luka yang terbuka dan kering. Ruam ni sangat gatal dan seeloknya dielakkan dari menggaru
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=137b7c791204ff4ccab2a7c63462123e

Hati ibu mana yang tak gundah kalau tengok anak sakit kan, jadi saya pun sarankan pada kawan saya untuk mengambil supplemen bagi membantu mempercepatkan proses penyembuhan. Saya cadangkan dia memberi  anaknya Vitamin C, Nutriferon dan Performance drink untuk mempertingkatkan sistem imunisasi dan memberi tenaga. Setelah lepuh telah kering,
 Vitamin E digunakan bagi menghilangkan parut chickenpox. Caranya dengan sapukan Vitamin E terus ke atas kulit.

Alhamdulillah, setelah 2 minggu mengambil suplement yang saya cadangkan kini dia telah sembuh dan parut juga dah tak nampak lagi.

Ingat yea ibu-ibu semua, walaupun chickenpox ni adalah biasa berlaku tetapi jika dibiarkan boleh mengakibatkan jangkitan bakteria pada otak. So, dapatkan sekarang suplement untuk menguatkan antibodi. Bukan untuk demam campak jer...demam biasa pun boleh juga. Supplement ini juga sesuai untuk bakal-bakal haji, kerana fungsi utamanya adalah untuk meningkatkan sistem imun tubuh dan membekalkan tenaga.

Jika anda berminat untuk mendapatkan suplemen ini klik saje dibawah.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=137b7c791204ff4ccab2a7c63462123e


 atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah hubungi/SMS/Whatsapp @ 012 617 8480 (Iza)

Anda mungkin berminat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.