Sunday 20 September 2015

Korang Tau Tak Kenapa Shaklee Tak Berkesan?

with 0 Comment
Dah banyak duit dilaburkan untuk membeli supplement. Dari brand Abc sampailah ke brand Shaklee.

Indah khabar dari cerita sebenar...dalam fb, IG, blog semua kata yang bila makan vitamin Shaklee sememangnya BERKESAN! Kesannya memang menakjubkan mampu menguruskan badan, hilangkan jerawat, menambah susu badan dan macam-macam lagilah.

Kita yang baca pun teruja jer nak mencuba lepas baca testimoni kesan Shaklee ni.
Tangan pun mulalah gatal menaip "pm" kat fb empunya SID Shaklee. Disebabkan tak sabar mendapat kesan Shaklee seperti yang digembar gemburkan...maka dicari SID Shaklee yang boleh COD. Hati berbunga-bunga bila SID Shaklee kata boleh COD pada hari sama.

Disebabkan terlalu excited nak dapatkan kesan Shaklee apa yang SID Shaklee tu bagi tahu pun tak berapa ambik kisah. Selepas seminggu makan vitamin Shaklee, eh..kenapa macam tak berkesan jer Shaklee ni? Sama jer rasa tak de perubahan apa pun. Lantas jari jemari laju mencari nombor SID Shaklee yang COD hari tu dalam wasap.

" Salam sis, last week saya ada beli ESP , Vitamin E dan Vitalea dengan sis. Saya nak tanyalah kenapa Shaklee ni tak berkesan yea? Dah seminggu saya makan tak nampak kesan pun?"

Inilah jawapan yang diberi...menyesal sangat...

"Sis, ikut tak jadual pengambilan dan cara pengambilan seperti yang saya bagi?"
Dalam kepala berlegar-legar mencari apa yang SID Shaklee ni bagi tahu masa dia COD haritu..

" 1. Pengambilan Air Kosong 3L sehari
Penting yea Sis...air kosong ni dapat membantu penyerapan vitamin dengan lebih baik...sekaligus membolehkan keberkesanan Shaklee dapat dilihat dengan cepat!
Lagi satu sis, air kosong ni juga penting untuk detox sebab tanpa air toksin tak dapat dikeluarkan dari badan melalui proses perkumuhan.

 Lagi pula bahan asas yang paling utama dalam badan kita untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan adalah air. Dengan kandungan air yang mencukupi dalam badan membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada seluruh sel badan."

Ermm...patutlah Shalee tak berkesan.. Selama ni banyak minum air tapi air manis ...rupanya air manis atau bergula ni akan meningkatkan kepekatan darah dan melambatkan penyerapan vitamin.

" 2. Makan Vitamin Shaklee ikut jadual.

Sis jangan makan semua vitamin sekali gus tau pada satu masa.  Sis makan ikut jadual yang diberikan tau...jadual pemakanan ni disediakan oleh perunding nutrisi Shaklee.

Ini bagi mengelakkan kepekatan darah dalam badan meningkat secara mendadak. Pengambilan vitamin Shaklee mengikut jadual dapat memastikan vitamin dapat berfungsi dengan efisien dan mengelakkan dari membebankan buah pinggang kita untuk bekerja memproses nutrien dalam badan.

3. Pengambilan Kafein...

 Sis elakkan ambil vitamin dengan minuman berkafein ok, kafein ni boleh menggangu penyerapan vitamin...membazir jer sis ambil vitamin sebab badan tak dapat serap pun nutrien dari vitamin sis makan tu.

4. Lagi satu sis, kalau sis ada ambil ubat dari hospital elakkan ambil serentak dengan vitamin Shaklee. Ubat dengan vitamin Shaklee tak sama yea sis.
Jika ambil bersama boleh menimbulkan kecelaruan dalam tubuh dan menyebabkan gangguan penyerapan yang efisien. Sebaik-baiknya jarakkan pengambilan antara vitamin Shaklee dan ubat-ubatan antara 2 ~ 3 jam

5. Ambil vitamin Shaklee secara konsisten.
Kesan vitamin Shaklee keatas tubuh adalah perlahan dan tidak sama bagi setiap orang sis. Sebab tu sis kena konsisten dalam pengambilan vitamin.

Kadang-kadang orang yang tak pernah mengambil vitamin mungkin mengalami sedikitVitaleag crisis. Sis jangan takut ...Healing crisis bermakna yang badan kita sedang bertindak balas dengan vitamin dan mengalami proses pemulihan.

Beri masa antara 3~6 bulan untuk tubuh kita memperbaiki kerosakan pada sel-sel yang rosak dan memberikan sis peluang benar-benar merasai keberkesanan Shaklee.

Untuk Vitamin E dan Vitalea ada Pantang Larang pemakanan tau sis.

Vitamin E tak boleh diambil bersama vitamin Alfafa. Maksudnya jika sis ambil vitamin E pagi jadi ambil Alfafa petang.

Dan bagi Vitalea pula elakkan samasekali mengambil bersama susu atau minuman yang mengandungi susu. Ini kerana Vitalea Shaklee didatangkan bersama zat besi, dimana kalau diambil bersama susu akan menyebabkan gangguan pada penyerapan zat besi.  "

Memang menyesallah tak dengar betul-betul apa yang SID Shaklee cakapkan ... Bukan cakap jer siap bagi note lagi...tapi ntah letak mana note tu...

So, conclusionnya bukan Shaklee tak berkesan tapi...salah sendiri sebab tak ikut dan ambil kisah cara pengambilan vitamin. Rugi...rugi... Lepas ni kena ikut betul-betullah instruction yang SID Shaklee bagi.. Bukan suka-suka jer diorang bagi note bagai...hehehe.

Yang mana rasa kenapa bila ambil Shaklee tak berkesan tu cer tengok balik note cara pengambilan vitamin ok!

Jika ingin mendapatkan produk dan konsultansi serta panduan pengambilan suplemen dengan betul , terus saja hubungi/wasap ke @ 013-416 4992(Eja Abu Bakar)

Salam ceria... ;)

Pro Sid Anda
~ eja~









Thursday 17 September 2015

Beza antara Ubat dan Vitamin

with 0 Comment
Korang tau tak yang ubat dengan vitamin ni adalah dua benda yang berbeza biarpun fungsinya hampir sama...tapi tak serupa.

Kenapa saya kata hampir sama... Sebab pengambilan ubat mahupun vitamin adalah bertujuan supaya kita bebas dari penyakit. Cumanya cara kedua-duanya bekerja adalah berbeza dan hasil serta kesan sampingannya juga jauh berbeza.

Sebelum kita cerita lebih tentang cara vitamin dan ubat bekerja dan kesan sampingannya....korang tahu tak apa tu ubat dan apa itu vitamin?

Ringkasnya, ubat dihasilkan oleh saintis secara spesifik mengikut sesuatu jenis penyakit untuk mengubati penyakit tersebut. Setiap satu jenis ubat yang dihasilkan hanya khas untuk mengubati penyakit itu saja.

Manakala, vitamin adalah sesuatu yang telah wujud dalam badan kita secara semulajadi. Dimana kekurangan sesuatu vitamin atau mineral dalam badan akan melemahkan tahap imunisasi badan dan menyebabkan kita mudah terdedah kepada virus. Kita biasanya mendapatkan bekalan vitamin dari sumber makanan kita.

Macam mana dah dapat sikit kenapa antara ubat dan vitamin ni nampak sama tapi tak serupa?

Ubat hanya boleh diambil dengan arahan doktor yang bertauliah dan mestilah mengikut dos yang ditetapkan. Apa terjadi kalau korang ambil dos yang berlebihan? Pastinya kesan sampingan akan ada...dan mungkin boleh membawa maut.

Kebiasaanya, kita akan mendapatkan bekalan vitamin dari sumber makanan seperti daging, ayam, sayuran dan buah-buahan. Namun sekarang kebanyakan makanan yang kita dapati dipasar-pasaraya telah mengalami proses GMO ( Genetically Modified Organism) ditambah pula dengan penggunaan baja kimia dan racun serangga perosak telah menurunkan kadar mineral dan vitamin dalam makanan tersebut. Jadi pengambilan supplement adalah perlu bagi menampung kelompongan nutrien di dalam badan. 

Pengambilan vitamin yang cukup akan membolehkan sel-sel dalam badan kita bertindak memperbaiki sel-sel yang rosak dan menghasilkan sel baru.  Seiring dengan itu sistem imunisasi akan meningkat dan menghalang badan kita dari mudah dijangkiti virus penyakit. Tentulah pengambilan supplement yang berlebihan juga ada kesan sampingan tapi ianya sekadar cirit birit sahaja dan paling teruk pun anda akan mendapat kulit yang licin, glowing muda remaja..;)

Pun begitu, tidak dinafikan penggunaan ubat juga diperlukan bagi merawat dan menyekat penyakit dari menjadi lebih teruk. Ini kerana pengambilan ubat dapat mempercepatkan proses penyembuhan. Sebaliknya pengambilan supplement pula memerlukan masa yang lebih panjang untuk proses penyembuhan ( sebenarnya lebih kepada proses memperbaiki sel yang rosak dan bila sel yang rosak telah dibaiki badan akan menjadi lebih sihat dan bertenaga, sebab itulah vitamin memerlukan masa yang panjang untuk nampak keberkesanannya).

Janganlah pula disebabkan ubat dapat menyembuhkan kita dari sakit dengan cepat maka kita bergantung sepenuhnya kepada ubat. Asal demam sikit ..makan ubat...selsema sikit makan ubat..korang tau tak yang tindakan ini hanya melemahkan imunisasi badan korang?  Yealah...kita tak bagi peluang langsung untuk badan kita bertindak balas dengan virus jahat jadi manalah badan kita tahu kemampuan tahap ketahanannya. Macamlah juga kalau main bola..kalau asyik lawan dengan pasukan sendiri jer mana nak tahu yang pasukan kita ni juara ke tidak? 

Jadi, sekali sekala tu bagilah peluang untuk badan kita menunjukkan kehebatan melawan virus penyakit. Lagi pun sakit tu kan nikmat juga. Bila dah tahu tahap ketahanan badan kita barulah mudah untuk kita menjaganya.

Salam ceria dari
~ aiza ~
0126178480




Anda mungkin berminat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.