Sunday 2 November 2014

Benarkah Menyusukan Bayi Adalah yang Terbaik

with 1 comment

Jika anda baru sahaja memulakan penyusuan , anda melakukan perkara yang betul untuk anda dan bayi anda.

Tetapi jika penyusuan tidak datang secara alami pada awalnya, jangan bimbang. Banyak ibu-ibu baru dan bayi harus berlatih dan bertahan sehingga mereka dapat menyesuaikan dengan suasana baru ini.

Benarkah Susu Ibu adalah yang Terbaik?

Ya, susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi anda. Ia adalah cara yang paling sihat untuk memberi makan kepada bayi.

Susu ibu merupakan makanan yang lengkap. Ia mengandungi sekurang-kurangnya 400 nutrien, serta hormon dan sebatian untuk melawan penyakit , yang tidak terdapat dalam susu formula. Susu ibu merupakan pemakanan yang dapat berubah bersesuaian dengan keperluan pertumbuhan bayi anda.

Penyusuan secara ekslusif (tanpa sebarang campuran susu formula atau makanan lain) selama 6 bulan adalah baik untuk bayi anda. Hal ini dapat meningkatkan perkembangan kognitif bayi anda. Jadi menyusu juga boleh membuat dia lebih cerdas.

Bayi yang diberi susu ibu secara eksklusif dari lahir juga berkemungkinan tidak akan sakit pada tahun pertama kehidupannya. Menyusu boleh membantu bayi anda untuk menangkis penyakit seperti :

  •     gastroenteritis
  •     radang paru-paru dan bronkiolitis
  •     jangkitan telinga

Kita tidak boleh mengatakan bahawa penyusuan susu ibu eksklusif dapat mengurangkan risiko kanak-kanak mendapat ekzema. Tetapi bayi yang diberi susu ibu untuk jangka masa tertentu, kadar mendapat ekzema yang teruk adalah lebih rendah daripada bayi-bayi yang selalu diberi susu formula. Ini mungkin disebabkan oleh pemberian susu ibu telah melambatkan proses mendapat ekzema.

Video dibawah menceritakan bagaimana penyusuan susu ibu boleh membantu menguatkan bayi yang lahir pramatang.


Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Penyusuan susu ibu juga sebenarnya membantu membina ikatan istimewa antara anda dan bayi anda. Dan dalam jangka masa panjang , penyusuan boleh membantu bayi anda untuk kekal sihat. Kajian telah menunjukkan bahawa orang dewasa yang telah menyusu secara ekslusif sewaktu bayi, berbanding dengan orang-orang yang diberi susu formula :

  •     mempunyai tekanan darah yang lebih rendah
  •     mempunyai tahap kolesterol yang lebih rendah
  •     kurang cenderung untuk menjadi gemuk
  •     kurang kemungkinan untuk mendapat diabetes jenis 2

Banyakkan kelebihan memberi susu ibu ni. Rugi sangat kepada para ibu yang tak memberi bayi mereka susu ibu. Ini baru kebaikan untuk bayi belum lagi kebaikan untuk ibu yang menyusukan bayi pulak.


Untuk entri akan datang saya akan kongsikan tentang faedah dan kebaikan yang para ibu akan dapat jika menyusukan bayi secara ekslusif.


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Noraiza Abu Bakar
♥ sms/whatsApp/Telegram: 012-617 8480
♥ Emel : delsimoms@gmail.com

1 comment:

Anda mungkin berminat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.