Saturday 2 December 2017

Tips Kulit Kusam dan Berjeragat Tiada Lagi. Ketahui caranya.

with 0 Comment


Alamak.. what to do? Muka dah semakin kusam. Kulit wajah pun dah nampak semakin kering dan ada yang bersisik. Di tambah pulak dengan tompok jeragat yang semakin kelihatan. Oh Tidak!!

Tak sanggup rasanya nak berdepan dengan kawan-kawan lama masa reunion nanti. Kedut-kedut dibawah mata tanda penuaan pun dah menunjukkan diri.

Aduhaii takkan lah umur baru 30an dah nampak macam nenek usia 60an. Harus ada tindakan untuk mengatasi keadaan ini. Masih belum terlambat.

Kesan kulit wajah yang kusam, kering, bersisik dan berjeragat adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor utama yang sering dikaitkan adalah pancaran sinaran ultra UV dari matahari dan juga radikal bebas.

Bahagian tubuh seperti kulit wajah, tangan dan siku serta kaki sering terdedah dengan cahaya matahari dalam tempoh yang lama. Dan menyebabkan bahagian tubuh ini mengalami proses penuaan lebih cepat dari bahagian tubuh lain.

Kulit wajah merupakan bahagian yang paling lembut dan paling lama terdedah pada sinaran UV matahari. Dimana lapisan epidermis kehilangan kelembapannya sehingga menyebabkan keanjalan kulit berkurangan.

Tangan dan siku merupakan kulit yang memiliki jaringan kolagen dan kelenjar minyak yang kurang berbanding kulit dibahagian tubuh lain. Disebabkan ini tangan lebih mudah kehilangan kelembapan tubuh dan lebih cepat melalui proses penuaan.

Antara tips yang saya dapat bagi solusi rawat kulit wajah kusam, kering, bersisik dan tompok jeragat adalah dengan elakkan mencuci wajah dengan terlalu kerap. Kekerapan mencuci wajah boleh menghilangkan kelembapan semulajadi kulit, seterusnya membuatkan kulit makin kering.

Amalan pola pemakanan yang sihat juga dapat membantu mengatasi masalah kulit yang dialami.  Ini kerana kekurangan nutrisi yang membantu dalam pembentukan sel dan mengembalikan kelembapan kulit boleh mengakibatkan kulit kelihatan kering dan terhidrasi.

Penggunaan krim pelembab yang sesuai untuk kulit wajah, siku dan tangan harus diberi perhatian.

Tak lupa juga minum air putih yang banyak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari agar kulit kita sentiasa segar, lembap dan berseri sekaligus melambatkan proses penuaan.

Air putih atau air kosong berperanan sebagai pelembab semula jadi yang memberi nutrisi kepada kulit dari dalam. Ia juga berfungsi melarutkan zat-zat beracun dan melancarkan proses metabolisme dalam tubuh.

Pengambilan suplemen merupakan cara yang paling berkesan untuk mengatasi kulit kusam, bersisik dan berjeragat. Terutamanya kalau kita dah mencapai umur 30an, bantuan suplemen sangat-sangat diperlukan untuk kulit berbanding orang yang lebih muda.

Dengan suplemen multivitamin, protein ESP, Vitamin C dan Vitamin E dapat membantu dalam mempertahankan kesegaran kulit dan menjadikannya lebih sihat.

Pengambilan kolagen sangatlah digalakkan untuk meningkatkan keanjalan kulit dan menangani pelbagai masalah lain.

Vivix juga merupakan pilihan yang bagus bagi mengatasi masalah kulit kusam dan berjeragat. Kajian saintifik menunjukkan kandungan resvetarol dan polifenol dalam Vivix mampu menjadikan sel-sel tubuh lebih sihat dan secara tak langsung menjadikan kulit kelihatan lebih muda.

Selain dari penjagaan dalaman dengan pengambilan suplemen; produk skin care seperti scrub, krim pelindung UV dan toner juga harus dititik beratkan.

Bukan apa bila dah berusia  lebih 30 dan 40 tahun kita kena ingat yang perawatan kulit kita dah tak sama macam masa remaja dulu.

Kulit wajah kusam, kering, bersisik dan berjeragat memang satu cabaran buat kita wanita yang menjangkau usia 30 dan 40 tahun.

Usah terus mengeluh dan membiarkan kulit wajah yang kusam dan berjeragat membelenggu diri kita. Moh kita mulakan ambil suplemen untuk meremajakan  semula kulit wajah yang kusam dan berjeragat.

Inginkan suplemen untuk kulit kusam dan berjeragat?

Hubungi atau wasap saya di nombor 011-20908587 sekarang. Saya akan bantu anda mendapatkan suplemen impian anda dengan segera.


Anda mungkin berminat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.