Wednesday 28 October 2015

Pendedahan 5 Rahsia buah Berries yang kita perlu tahu.

with 0 Comment


Korang mesti pernah makan buah strawberrykan? Buah yang sentiasa dikaitkan dengan rasa cinta dan keghairahan..kalau time bercinta dapat strawberi nak pulak kalau strawberry disaluti coklat…memang cair hati orang pompuan nih… ;D.

Strawberry ni adalah tergolong dalam kumpulan berries yang mana menyimpan rahsia untuk kesihatan tubuh badan kita.

Rahsia pertama ni khas untuk sesiapa yang dalam proses menguruskan badan. 
Kandungan fiber yang tinggi dalam berries akan membuatkan kita merasa kenyang dan tidak merasa lapar.
( sebab tu lah ramai orang yang berhajat nak kurus mengamalkan diet makan berries… :D)


Rahsia kedua yang kita perlu tahu, kalau kita mengamalkan makan berries setiap hari dapat membantu mengurangkan simptom sakit sendi.  

Berries adalah kumpulan buah-buahan yang mempunyai kandungan antioksidan paling tinggi, Antioksidan ini dapat melindungi badan dari keradangan dan radikal bebas yang boleh merosakkan sel dan organ badan kita.

Kita perlu tahu, semakin usia meningkat badan semakin mudah untuk terdedah dengan pelbagai jenis penyakit dan keradangan.  Didalam berries, terkandung resveratrol yang dapat melambatkan proses penuaan badan kita. 

Untuk mendapatkan khasiat berries yang optimum, kita digalakkan untuk memakan dua atau tiga jenis berries segar atau frozen atau pun yang telah dikeringkan setiap hari. Kita boleh menggabungkan jenis-jenis berries dalam diet seharian mengikut keperluan badan kita.

Korang tau tak dalam secawan Strawberry mengandungi Vitamin C yang lebih tinggi berbanding sebiji buah oren dan tinggi dengan folic asid.

Manakala Blueberries mengandungi 20 jenis  anthocyanin – antioxidants yang menyebabkan warna blueberries menjadi biru-violet dan kemerahan. Berries yang lain hanya mempunyai tiga atau empat jenis sahaja.

Blackberries, Raspberries and Boysenberries mengandungi 8g fiber dalam setiap 1 1/3cawan(25g) bagi setiap satu jenis.


Rahsia buah Cranberries bukan sahaja bermanfaat untuk melawan jangkitan saluran air kencing atau   UTI (urinary tract infections) dengan menghalang bakteria Escherichia coli dari melekat pada saluran air kencing, ia juga merupakan probiotik semula jadi yang menyokong bakteria baik untuk hidup dalam saluran gastrousus dan sekali gus membantu dalam penghadaman.

Banyakkan rahsia yang tersimpan dalam buah yang kecil molek ni. Sebenarnya banyak lagi jenis berries yang mempunyai khasiat berguna untuk kita... tapi yang tu nanti kita sambung next chapter yea.

Dah tahu rahsia buah berries ni bolehlah kita sama-sama amalkan memakannya ya, mudah-mudahan kita mendapat manfaat dari sumber alam ini. Nak awek muda tak? haa...jom kita makan berries lepas ni :D


Your Pro SID
013-416 4992
~ Eja ~

Friday 16 October 2015

ESP Shaklee Soya non-GMO

with 0 Comment


ESP Shaklee... hot produk dan merupakan pengganti minuman soya untuk saya. Dalam entri yang sebelum ini ada saya kongsikan kenapa bertukar dari soya yang biasa kepada ESP... bagi yang ingin tahu kenapa boleh baca ni Bahaya Soya Jalanan

Salah satu sebab saya pilih ESP Shaklee berbanding soya lain adalah kerana kebersihannya. Korang tahu tak yang kebanyakan jenama soya dipasaran dibasuh menggunakan alkohol sebelum diproses, tapii bagi soya Shaklee ianya dibasuh dengan menggunakan air sebanyak 7 kali!

Penggunaan alkohol ini akan menyebabkan isoflavanes didalam soya termusnah. Sedangkan isoflavanes ini lah yang penting dalam pencegahan kanser. So, kalau ada yang kata soya adalah punca kanser...memang betullah sebab soya yang dah diproses sudah hilang khasiat isoflavanes.

Lain pula ceritanya dengan ESP Shaklee, dimana soya shaklee dibasuh menggunakan air untuk mengekalkan isoflavanes, genistein dan daidzein dan kebaikan lain yang terdapat pada soya. ESP Shaklee juga diperbuat daripada soya non-GMO yang mengandungi 5 vitamin B yang penting, rendah lemak, bebas laktosa dan kolestrol.


ESP Shaklee adalah sumber protein yang tiada flavor lain macam coklat ke... Strawbery ke ...hanya perisa asli. Bukan sebab Shaklee ni kedekut nak tambah perisa cuma nak mengekalkan keaslian dan ketulenan rasanya. Kalau korang nak tambah strawbery ke coklat ke ikut sukalah..banyak je resepi ESP yang korang boleh google.

Istemewanya ESP Shaklee kerana ia merupakan sumber protein soya yang terbaik. Menyediakan tenaga yang berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten. ESP menyediakan 14gram protein soya non-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk 9 asid amino penting. Jika dibandingkan dengan sumber protein daripada daging, telur, tenusu .... ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa serta kolesterol.




Masa mula-mula saya membuat keputusan untuk bertukar kepada ESP Shaklee adalah sebab non-GMO! Non-GMO bermaksud tidak diubah suai secara genetik. Protein soya non-GMO ini dihasilkan di bawah satu program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), dimana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam sehinggalah saat pemprosesannya. Program ini memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik. Daripada biji benih sehingga penyimpanannya. Apa yang pasti Shaklee memang amat mementingkan kebersihan dan dalam penggunaan ramuan-ramuan yang semula jadi dan berkualiti.

Mungkin yang belum membaca entri saya mengenai GMO tertanya-tanya kenapa non-GMO membuat saya memilih ESP Shaklee. Secara ringkasnya kat sini penggunaan produk GMO boleh menyebabkan alahan(alergi), toksik dan risiko kanser.

Sebenarnya, dalam zaman kita sekarang ni lebih senang nak dapat produk GMO dari yang non-GMO.
Mana tak senangnya, bersepah-sepah  ada jual produk GMO dipasar dan pasaraya...dan yang sadisnya produk ini langsung tak dilabelkan sebagai GMO. Tak hairanlah kalau bermacam-macam penyakit yang ada sekarang ni...contoh yang paling popular alergik dan penyakit berkaitan kanser.

Antara makanan yang tinggi potensi GMO paling glamer adalah jagung dan soya! Makanya sebelum korang nak beli produk yang soy base ni pastikan baca labelnya dulu...pilih non-GMO. Jangan disebabkan nak yang murah, atau sedap atau fofularnya mahupun sebab nak dapat barang percuma....korang abaikan kesihatan badan. Sayangi dan hargai kesihatan badan korang .... kalau dah dapat penyakit lagi banyak duit nak kena labur.

Seronok rasanya masih lagi dapat menikmati soya non-GMO melalui ESP Shaklee. Bukan sebab non-GMO ni jer tapi jugak sebab ESP ni menjadikan kulit wajah saya yang berkawah kesan jerawat dulu dah tiada lagi....kulit pun jadi semakin cantik, halus gebu dan berseri. Sampai ada promoter kat pasaraya bleh panggil saya adik... :D. Memang awet muda dan bertenaga betullah amalkan ESP ni.


Cubalah minum segelas ESP hari ni dan korang mesti nak minum lagi dan lagi.... buat pilihan bijak dengan memilih protein dari sumber soya non-GMO.

Keep in mind, sumber dari produk GMO memberikan risiko penyakit berkaitan kanser dan alergik ... ;D







Noraiza Abu Bakar { Eja }
Shaklee Independent Distributor { ID No. 1119387 }
013 - 416 4992  | delsimoms@gmail.com

Soya GMO atau Non-GMO?

with 0 Comment
Saya bukanlah peminat tegar soya, tapi kengkadang tu adalah jugak beli air soya yang dijual kat luar tu. Yealah soya ni kan orang kata boleh mencerahkan kulit, melembut dan mencantikkan kulit dan yang paling menggoda adalah bila dengar ada yang mengatakan kalau minum soya selalu sewaktu mengandung kulit anak akan jadi cantik dan putih..(hehehe siapa tak nak anak cerah kan?)

Memang saya amalkan minum air soya sepanjang pregnancy anak sulung. Setiap hari menjadi rutin untuk membeli air soya...nak buat sendiri memang tak lah..;p
Dan anak yang dilahirkan memang putih, gebu uolsss :D

Lepas tu terdengar pulak kecoh ramai yang mengatakan soya adalah punca kanser dan bermacam lagi isu panas yang keluar.. hah tak sentap ke kalau dengar camtu? Selidik punya selidik memang ada kebarangkaliannya jadi begitu....cumaaa ianya jika soya yang kita ambil itu dari sumber produk GMO.

Soya GMO? Apa pulak itu GMO?

Genetically Modified Foods (GMO) atau Makanan yang diubahsuai secara genetik, adalah makanan yang dihasilkan daripada organisma yang mempunyai perubahan dalam DNA mereka melalui kaedah kejuruteraan genetik.

Dalam bahasa mudahnya, penggunaan organisma daripada tumbuhan bagi menghasilkan benih bijirin dan tumbuh-tumbuhan yang tahan penyakit dan seterusnya boleh bertindak bagi membunuh haiwan perosak tanpa penggunaan racun dan mempunyai tahap ketahanan tinggi terhadap penyakit.



Teknologi GMO ini sebenarnya telah mula berkembang sejak 30 tahun lalu bagi memenuhi permintaan tuntutan penghasilan makanan bagi menampung keperluan penduduk dunia yang semakin bertambah. Sebenarnya dari satu aspek GMO turut memberi kebaikan iaitu:

  • Meningkatkan hasil makanan dalam jumlah tinggi dalam masa yang singkat bagi populasi dunia yang semakin bertambah.
  • Tanaman transgenik untuk produk vaksin dan ubat untuk mengubati manusia
  • Pokok yang terhasil mampu membunuh perosak tanpa bantuan racun serangga
  • Pemuliharaan tanah, air dan tenaga serta pembaharuan di dalam pengurusan sisa semulajadi
  • Memanjangkan jangka hayat makanan
 Walaupun korang tidak consume soya tapi GMO turut ada dalam makanan seperti daging, beras emas yang mempunyai vitamin A dan juga makanan yang siap diproses... so, yang mana rajin makan canned food tu beware!


Tentu korang tertanya-tanyakan macam mana pulak daging boleh termasuk dalam kumpulan makanan GMO? Hampir 80 peratus makanan terhasil daripada GMO digunakan untuk haiwan ternakan dan kita pulak memakan daging dan tenusu dari haiwan tersebut. Kemungkinan wujudnya kesan buruk terhadap kesihatan kita dalam jangkamasa panjang tidak dapat dinafikan akibat dari penggunaan makanan GMO.

Kesan Buruk GMO
  • Perubahan genetik boleh meningkatkan kadar toksin semula jadi dalam tumbuhan dan berkemungkinan menyebabkan gangguan kepada fungsi hati.
  • Menurunkan paras enzim penghadaman dan berkemungkinan pertambahan terhadap alahan
  • Mungkin menyebabkan peningkatan penyakit barah.
Macam mana nak tahu ada GMO? Dibeberapa negara luar seperti Jepun, Australia dan Negara Kesatuan Eropah telah meletakkan syarat bahawa setiap produk GMO perlulah dilabel. Namun, untuk di Malaysia syarat meletakkan label GMO belum berkuatkuasa dan saya masih belum jumpa lagi label produk yang tertulis GMO.

Saya masih meminum soya untuk mencantikkan kulit wajah yang dipenuhi parut jerawat dan jeragat serta mendapatkan bentuk badan yang lansing dan awet muda. Cumanya sekarang saya dah tak membeli di kedai atau gerai tepi jalan lagi ...takut GMO kan. Hasil dari cadangan Mr Google, maka terjumpalah soya yang non-GMO iaitu ESP.

ESP Shaklee merupakan produk soya yang dihasilkan secara semula jadi. Maksud semula jadi disini adalah tanpa sebarang perubahan genetik, racun perosak dan baja kimia.. makanya ia selamat! Korang boleh baca kat sini untuk details ESP non-GMO Soy.

Lega rasanya masih boleh mendapatkan kulit yang cantik, halus gebu dan badan yang langsing dengan minum soya ESP tanpa rasa takut dapat kanser or whatever yang dikecohkan tu :D

Ingat yea, produk GMO yang berpotensi menyebabkan risiko penyakit berkaitan kanser dan allergic!







Noraiza Abu Bakar { Eja }
Shaklee Independent Distributor {ID No: 1119387}
012-6178480| delsimoms@gmail.com

Monday 12 October 2015

Kenapa mesti Omega Guard Shaklee

with 0 Comment
Wow wow! Memang boombastic bulan oktober ni... Sudahlah Shaklee adakan OFFER 50% diskaun untuk pembelian 2 Vitamin E tapi ada offer OMEGA GUARD jugak!

Korang tau tak apa yang best sangat pasal omega ni? Haaa..
Omega ni bukan bagus untuk otak jer ... Banyak lagi kebaikannya.

Yang paling penting dan utamanya tentulah kerana ia bukan diperbuat dari minyak hati ikan tapiii minyak ikan. Haaa kan beza tu.


Kalau dihasilkan dari minyak hati ikan kemungkinan besar mengandungi unsur logam berat sebab hati kan tempat menapis toksik... Dan sebagaimana yang kita tahu lautan
kita sekarang tak macam dulu...penuh dengan pencemaran.

Cuba imagine ikan-ikan ni makan plankton dari titanic didasar laut tu lepas tu kita pulak memakan minyak hati ikan tu semestinya logam berat yg terdapat pada ikan tersebut akan masuk pula ke dalam badan kita.

Menariknya lagi, OMEGA GUARD merupakan vitamin yang mengandungi DHA dan EPA yang tinggi dalam setiap kapsul. DHA dan EPA adalah kandungan minyak ikan yang terdapat dalam kapsul ... So kalau nak beli Vitamin omega tengok dulu kandungan minyak ikan yang ada ...jangan pulak kandungan bahan lain lebih tinggi dari minyak ikan!


Dimusim jerebu ni sangatlah penting untuk konsisten makan OMEGA. Ia penting untuk paru-paru dan sistem imuniti kita.
Nutrien-nutrien ni sebenarnya banyak sangat faedahnya, bukan satu fungsi saja. 

APA lagi Fungsi Omega?

 OmegaGuard mampu untuk untuk menghilangkan radang sendi untuk pesakit Gout, mencairkan kahak dan banyak lagi boleh baca kat sini Kebaikan dan Keistimewaan Omega Guard

~ Pertanyaan/Info Produk
~ Pembelian Produk
~ Konsultansi PERCUMA 

 Aiza @ 012 6178480

COD : Taiping, Kamunting, Aulong, Changkat Jering dan kawasan sekitarnya.

Produk berkesan dan perkhidmatan yang dipercayai!

Kebaikan dan Keistemewaan Omega Guard Shaklee

with 0 Comment
Ramai dikalangan kawan-kawan bertanya kenapa saya sentiasa membawa Omega ke mana sahaja? Dan kenapa pilih Omega Guard Shaklee bukannya brand lain yang banyak terdapat dipasaran. 

Ini jawapannya,

Mengapa pilih Omega Guard Shaklee?

Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan terbaik di dunia. Banyak Kebaikan dan keistimewaan Omega Guard Shaklee yang boleh dikongsi dan diamalkan untuk seisi keluarga. Ianya Wajib ada dalam setiap isi rumah! 

Kami sekeluarga memang dah saranghae (kata orang kampung akak..hehehe) dengan OmegaGuard Shaklee ni. Kami sekeluarga memang sentiasa standby stok sebotol dalam kabinet. Kenapa OMEGA Shaklee?

Kalau sebut Omega Guard Shaklee mungkin tidak ramai yang kenal. Kalau sebut DHA mungkin lebih popular kerana dalam Omega Guard Shaklee ini juga mengandungi DHA yang sangat baik untuk otak.

Sebelum itu, Korang tahu ke apa itu Omega-3


Omega-3 terdiri daripada EPA dan DHA. Terdapat pelbagai fungsi EPA dan pelbagai tugas DHA kepada tubuh badan kita.


Fungsi EPA


  • Mencegah kanser
  • Mencegah pembekuan darah
  • Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan
  • Baik untuk pesakit jantung
  • Menghindar tekanan perasaan
  • Mencegah penyakit darah tinggi                
Tugas DHA
  • Mencegah asma
  • Meningkatkan daya seksual
  • Mencegah sakit kulit
  • Mengelakkan kanser payu dara
  • Mengelak kanser prostat
  • Menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan
  • Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan

Apakah kebaikan Omega Guard Shaklee?

Melindungi Jantung Anda*
Omega Guard Shaklee membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.

Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. 

Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.

Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

Minyak Ikan Terbaik Di Dunia

Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.*

Sumber : Shaklee Malaysia







Siapa Perlukan Omega Guard Shaklee?

Ibu Hamil
  • Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan.
  • Mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang ataupun dikenali sebagai bayi tak cukup bulan
  • Mengurangkan risiko gila meroyan selepas melahirkan bayi
  • Mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil

 Ibu Menyusu
  • Membekalkan khasiat untuk sistem imunisasi kepada anak dan membantu perkembangan otak juga.
  • Membantu penurunan berat badan ibu tanpa jejas penghasilan susu dan kualiti susu
 Kanak-kanak
  • Pertumbuhan badan yang sihat dan juga untuk kesihatan otak
  • Sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit seperti batuk, selesema, asma
  • Memperkuat sistem imunisasi badan




Mereka yang mengalami masalah berat badan
  • Omega 3 meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan akan terasa kenyang lama.

Sering dilanda masalah kesihatan
  • Batuk berkahak, selesema berterusan
  • Sakit-sakit sendi, kolestrol tinggi
  • Sakit Stroke

Shaklee dah berada di pasaran dan terbukti berkesan sejak lebih 50 tahun lalu. Omega Guard Shaklee adalah ultrapure , dibuat dengan begitu sempurnapenyulingan 3 peringkat secara semula jadi memberi manfaat asid lemak pada masa yang sama mengeluarkan sebatian berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan. Perlu diingat Omega Guard dibuat dari ikan, bukan hati ikan yang boleh memberi kesan toksik pada badan kita.

Omega Guard minyak ikan yang berkualiti, berkesan dan pada harga yang sangat berbaloi!

~ Pertanyaan/Info Produk
~ Pembelian Produk
~ Konsultansi PERCUMA 

 Aiza @ 012 6178480

COD : Taiping, Kamunting, Aulong, Changkat Jering dan kawasan sekitarnya.

Produk berkesan dan perkhidmatan yang dipercayai!






Anda mungkin berminat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.