Thursday 17 November 2016

Bisnes yang Membuat Hati Terus Terpikat

with 0 Comment

Masa mula-mula nak buat bisnes shaklee ni bermacam-macam persoalan menjengah di minda.

Dalam jangkaan akak, banyak benda nak kena buat.. nak kena buat poster produk, nak cari info tentang produk, nak cari testimoni produk dan lain-lain lagi lah semuanya bak kena buat sendiri. Terasa berat dan sukar sangat.

Tapi rupanya jangkaan itu meleset. Semuanya berubah setelah kawan akak yang merupakan upline/penaja   kepada akak memasukkan ke dalam fb bisnes group Ireach Family.

Rupanya dalam group bisnes Ireach ni dah disediakan semuanya untuk ahli yang mendaftar dengan susur galur Ireach family.

Dari nota tentang produk sampailah ke poster dan testimoni produk semuanya dah ada. Senang jadinya dah macam jumpa 'lubuk emas'!

Tak cukup dengan itu, cara menjalankan bisnes dan kelas-kelas online dan offline untuk membina bisnes dan mengukuhkan lagi bisnes turut dikongsikan oleh founder Ireach Family.

Tak pernah lah lagi akak jumpa group bisnes direct selling yang sebegini banyak perkongsiannya dengan hanya bermodalkan Rm68.90 pendaftaran sebagai ahli.

Dan sebaik saja mendapat no Id shaklee member akak dah layak dapat semua ilmu utk bisnes yang biasanya memerlukan belanja beratus malah ada juga yang beribu  ringgit secara PERCUMA.

Tapi dengan syarat kena mendaftar dengan susur galur Ireach Family lah... kalau susur galur yg lain tak akak tak pasti.

Sebab itu, jika nak berbiz shaklee kena pastikan yg penaja kita adalah dari group yang aktif dan dapat membantu serta membimbing agar kita tidak tersasar... macam group akak 😉

Memang fall in love lah dan bertambah semangat nak buat bisnes shaklee ni.

Sebenarnya, semenjak terlibat dengan bisnes shaklee ni rasanya rakan akak semakin bertambah kalau dulu mungkin cuma 4-5 orang jer yang kamching... tapi sekarang wasap tu sampai ke tengah malam pun masih berbunyi.😁😁

Lagi satu yang paling bermakna buat akak, bisnes ni bukan sahaja merapatkan lagi ukhwah sesama kami, tapi ia juga mengajar erti berserah dan bertawakal pada yang Esa.

Dalam bisnes shaklee ni ada satu perkara yang sangat dekat di hati dan sangat berharga buat kami sebagai pengedar Shaklee.(SID)

Bila mana customer memberi feedback yang produk diambil menunjukkan perubahan kesan positif terhadap kesihatan mereka dengan izin Nya.

Masalah penyakit yang di alami semakin sembuh dan kesihatan mereka juga semakin bertambah baik. Mereka juga dapat merasakan keadaan tubuh kembali bertenaga untuk melakukan aktiviti harian.

Korang masih tercari-cari group bisnes yang aktif? Register jer jadi member shaklee dengan akak yang dah sah-sah dari susur galur iReach Family. Group yang sangat aktif dan most of us buat biz shaklee ni melalui medium online.

Meh wasap @ 013-416 4992 (Eja Abu Bakar)  details korang untuk menjadi member shaklee dibawah naungan iReach Family.

     Your Pro SID
~  Eja Abu Bakar ~
    013 - 416 4992

#tsunamishaklee
#liveamazing
#shakleeeffect
#thebestone
#pengedarshakleetaiping
#agenshakleetaiping
#codtaiping

Tiada Lagi Kain Bau Hapak Pada Musim Hujan

with 0 Comment

Musim hujan ni paling tak best bila kain yang kita sidai lambat kering atau tak kering langsung akan jadi bau hapak kan. Nak pakai pun tak selesa bau menusuk hidung.

Betul tak? Kadang anak-anak atau suami complaint kenapa bau busuk baju ni?

Haaa mak-mak sure stress kan.

Meh akak nak tolong mak-mak kat luar sana tak nak bagi bau hapak melekat kat baju musim hujan ni.

Akak guna pencuci baju  freshlaundry dan pelembut baju softfabric jenama Get Clean Shaklee.

Sure puas hati. Kalau lambat sidai baju pun baju tak bau hapak. Memang berbaloi la guna set ni. Tambah-tambah musim hujan ni baju tak kering kalau sidai kat ampaian.

Ramai yang berkunjung ke dobi untuk keringkan kain. Bersusun orang bakal beratur panjang tunggu turn mesin pengering. Termasuk la kami sendiri..heheeee

Sape yang nak try set getclean ni boleh wasap @ 013-416 4992 (Eja Abu Bakar)

Dengan Vivix dan Phytocol ST Keadaan Suami Selepas Mild Strok Semakin Baik

with 0 Comment

Masih ingat lagi, hujung tahun 2013 En.Suami admit ward kerana diserang mild strok. 

Itulah buat pertama kalinya En.suami masuk ward selepas kami berkahwin.

Hasil dari pemeriksaan doktor mendapati terdapat darah beku pada bahagian otak kiri En.suami.
Mujur En.suami telah mendapat rawatan 1st aid dan cepat ke hospital maka doktor dapat memberikan ubat pencair darah dan mengurangkan kesan sampingan serangan strok.

Mengikut kata doktor, En.suami mendapat serangan akibat kadar kolestrol yang tinggi dalam darah dan ditambah dengan stress bekerja.

Tapi tu lah memang tak menjangka yang En.Suami mempunyai kolestrol tinggi sebab badan dia kurus ja. Betullah yang orang kurus tak semestinya kadar kolestrolnya rendah.

Alhamdulillah selepas 3 hari di tahan ward En.suami menunjukkan perkembangan positif dan dibenarkan untuk discharge.

Bagi memastikan tahap kolestrol En.suami turun dan terkawal, akak menghadiahkan sebotol Phytocol st untuknya. Itulah hadiah suplemen pertama yang pernah akak beri sebagai tanda kasih dan message yang en.Suami kena kontrol makan 😁😁.

Vivix juga turut menjadi hadiah istimewa agar en.suami cepat sembuh dan bertenaga serta mampu untuk menjalankan tugasnya seperti biasa.

Vivix juga dapat membantu dalam memperbaiki saraf dan otot yang telah terenjat semasa serangan strok berlaku. Selain itu ia juga turut membantu dalam meningkatkan semula memori yang terganggu.

Sekarang ni, En.suami sudah mampu untuk bertutur dan menjalankan aktiviti harian dengan lebih baik. Dan masih lagi meneruskan mengambil suplemen walaupun kengkadang tu culas jugak.

Bagi kenalan di luar sana, jangan lokek hadiahkan suplemen untuk insan tersayang.

Siapa tahu dengan hadiah yang kita rasa tak seberapa tapi mampu memberi perubahan yang besar buat mereka.

Jika ingin mengawal paras kolestrol dalam darah Phytocol St adalah pilihan yang tepat... dan VIvix pilihan yang bijak bagi mereka yang mementingkan kesihatan menyeluruh sehingga ke molekul DNA tubuh.

Wasap @ 013-416 4992 (Eja Abu Bakar) untuk mendapatkan suplemen dan konsultansi percuma.

   Your Pro SID
~ Eja Abu Bakar~
   013 - 416 4992

#tsunamishaklee
#liveamazing
#shakleeeffect
#thebestone
#pengedarshakleetaiping
#agenshakleetaiping
#codtaiping
#taiping

Thursday 10 November 2016

Tips Hilangkan Gatal-Gatal Secara Semulajadi Dengan Baking Soda

with 0 Comment

《 BAKING SODA 》

Baking soda satu nama yang sangat glemer di kalangan bakers.. tanpa baking soda maka tak naik lah kek.. 😁

Selain dari guna untuk buat kek.. ni akak nak share yang baking soda juga boleh di gunakan sebagai bahan yang boleh digunakan bagi merawat kesan gatal terutamanya disebabkan oleh alergik.

Anak akak elisya ada alergik pada beberapa jenis makanan.. kengkadang terlepas pandang termakan makanan yang boleh trigger alergik pada dia maka habis satu badan naik bintik-bintik merah dan gatal-gatal.

Biasanya kalau jadi macam ni akak akan sapukan herbal blend dan bagi dia makan omega Guard bagi mengurangkan kesan gatal dan keradangan disebabkan alahan tu.

Tapi, dalam kes kecemasan bila kehabisan stok Omega Guard dan Herbal blend ... baking soda adalah penyelamat.

Baking soda ni sebenarnya adalah ubat semulajadi yang sering digunakan untuk merawat kegatalan terutamanya akibat alahan.

Dalam baking soda ni mengandungi agen anti-radang yang dapat mengurangkan keradangan dan rasa gatal-gatal.

Caranya mudah sama ada digunakan sebagai mandian atau pun dijadikan pes dan sapukan pada tempat gatal.

Untuk mandian :
Tambahkan 1/2 cawan - 1 cawan baking soda ke dalam air mandian yang suam. Kacau sebati dan berendam dalam air tersebut lebih kurang 20 - 30 minit.

Atau pun

Sebagai pes:
Ambil 2 sudu besar baking soda dan tambahkan sedikit air suam ke dalam mangkuk kecil sehingga menjadi pes.

Kemudian sapukan pes pada tempat yang gatal. Biarkan selama lebih kurang 10 minit dan bilas dengan air suam.

Kedua-dua cara ni boleh di lakukan sehari sekali atau kalau dah merenyam sangat boleh lah buat ikut keperluan 😊.

Semoga sedikit sharing akak ni dapat membantu di gunakan dalam  kecemasan.

     Your Pro SID
~ Eja Abu Bakar ~
   013 - 416 4992

#tsunamishaklee
#liveamazing
#shakleeeffect
#TheBestOne
#pengedarshakleetaiping
#agenshakleetaiping
#codtaiping
#tips #hilangkangatal

Wednesday 9 November 2016

Betul ke Detox Untuk Kurus?

with 0 Comment

"Kau buat detox? Biar betul... kau kan dah kurus buat apa lagi nak detox?"

Oppss..

Itulah masalahnya... "salah faham" yang sangat memberi impak besar dalam masyarakat kita.

Perkataan "detox" selalu di salah erti sebagai proses untuk mengurangkan berat badan aka kurus.

Walhal detox adalah satu proses untuk merehatkan, membersihkan dan menjana semula tubuh dari dalam secara keseluruhannya. Dengan menyah keluar dan menghapuskan segala bentuk anasir toksin dari badan dan seterusnya mengisi semula badan dengan nutrien yang sihat.

Dengan Melakukan detox dapat melindungi kita dari mendapat penyakit dan meningkatkan semula tahap kesihatan kita dengan lebih baik.

Seharusnya, detox perlu dilakukan oleh setiap dari kita sekurang-kurangnya setahun sekali.

Namun, memandangkan keadaan persekitaran kita yang dipenuhi dengan toksik dan di tambah dengan tabiat pemakanan kita yang kurang sihat; melakukan detox adalah sesuatu yang perlu di beri perhatian dan dilaksanakan.

Pun begitu bagi ibu hamil atau menyusu, kanak-kanak dan pesakit yang mempunyai penyakit kronik dan kanser perlulah mendapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu sebelum melakukan detox.

《 Macam Mana Nak Mula Detox? 》

Sebagai langkah pertama, KURANGkan TOKSIK.

Elakkan pengambilan kaffein, rokok, gula dan saturated fat  dimana semua ini adalah merupakan  toksin yang akan menggangu proses membaik pulih tubuh kita.

Minimakan penggunaan produk penjagaan rumah yang berunsurkan bahan kimia dan juga produk penjagaan diri seperti syampo, sabun, deoderant dan ubat gigi yang mempunyai bahan kimia dengan menggantikannya kepada produk yang berasaskan semulajadi.

Satu lagi halangan bagi mendapatkan kesihatan yang baik adalah STRESS di mana bila berlaku stress sejenis hormon adrenaline akan dikeluarkan oleh tubuh which is GOOD tetapi jika terlalu banyak hormon ini dibebaskan ia akan menjadi toksik dan memperlahankan tindakan enzim detox pada hati.

Solat, yoga, qigong atau bermeditasi adalah cara yang paling mudah dan berkesan untuk menghilangkan stress.

《DETOX BAGAIMANA YANG SESUAI》

Terdapat pelbagai jenis program detox dan juga resepi detox bergantung kepada keperluan setiap individu.

Kebanyakan program detox mengambil masa 7 hari ini disebabkan badan memerlukan masa untuk membersihkan darah dalam tubuh begitu juga dengan program Detox Shaklee Way.

Dalam program ini disertakan meal plan detox lengkap yang disediakan dengan rapi oleh pakar nutrisi shaklee dan juga panduan untuk meneruskan detox dalam kehidupan harian dengan bantuan suplemen dan mempraktikkan cara hidup yang sihat.

Yang bestnya buat detox ni, walaupun tujuan detox adalah untuk menjaga kesihatan badan tapi secara tak lansung kita akan mendapat badan yang kurus langsing dan kulit yang lebih glowing kesan daripada eat clean yang diamalkan semasa program.

Best kan.

Nak tahu lebih lanjut tentang DETOX? Perlukan guide untuk DETOX yang betul? Wasap akak @ 013-416 4992 ( Eja Abu Bakar) rakan detox anda.

     Your Pro SID
~ Eja Abu Bakar ~
    013-416 4992

#tsunamishaklee
#liveamazing
#shakleeeffect
#TheBestOne
#pengedarshakleetaiping
#detox
#agenshakleetaiping

Sunday 6 November 2016

Sakit Belakang Yang Disangka Biasa Rupanya Slip Disc Sembuh Dengan Vivix

with 0 Comment

Anda seorang yang aktif bersukan ? Anda sering terjatuh dan alami kecederaan ?

Tapi tak pernah memberi perhatian terhadap kecederaan yang di alami?
Mungkin kisah kawan akak ni akan membuat kita lebih berwaspada.

Kawan akak ni, dulu aktif bersukan. Dah namanya aktif, setakat jatuh tu perkara biasalah kan.

Tapi siapa sangka benda yang disangka biasa tu rupanya menjadi punca terjadinya tulang belakang terkeluar atau slip disc.

Mujur lah, masa dia pergi dapatkan rawatan tu masalah tulang dia belum lagi kronik. Kalau tidak terpaksa lah buat rawatan pembedahan membetulkan semula tulang tu. Kos pembedahan pulak tu bukan murah..mahu puluh ribu.

Vivix lah menjadi ikhtiar untuk mengurangkan kesakitan pada tulang belakang.

Bagi yang mengalami masalah slip disc boleh jadikan Vivix sebagai ikhtiar untuk mengelakkan dari menjadi lebih teruk dan menjalani pembedahan.

Jom kita ikuti kisah kawan akak ni..

" [SLIP DISC & PROLONG PERIOD SEMBUH DENGAN AMALKAN VIVIX]

Assalamualaikum wbt.

Saya Siti Roziana Bt.Alias, berumur 33 tahun dan merupakan ibu kepada 3 orang cahaya mata. Saya seorang WAHM dan kini menetap di Puchong.

Saya seorang yang agak aktif  ketika di universiti dahulu. Bola jaring, kayak dan aktiviti rekreasi lasak menjadi pilihan ketika itu. Pendek kata..jatuh terseliuh, lebam dan injured dah jadi rutin saya. Akibatnya belakang mula rasa sakit hingga ke tapak kaki.

Pernah juga saya pergi mengurut kerana kecederaan yang saya alami  tetapi kerana tempat mengurut itu agak jauh dari Universiti itu sekali sahaja  saya kesana. Dan saya pendam sakit itu kononnya tak mahu terlalu memikirkannya dan berharap ia akan baik sendiri suatu hari nanti

Tuntutan kerjaya saya sebagai Jurutera Rangkaian  memerlukan saya banyak  keluar pejabat dan pergi ke tempat pelanggan kami. Oleh kerana kerja saya melibatkan pemasangan kabel, perkakasan IT dan  computer..makanya kebanyakan barang itu saya akan angkat sendiri selagi terdaya. Tanpa saya sedari sakit itu datang semula. Paling ketara di bahagian belakang hinggalah ke tapak kaki. Berdenyut-denyut dan sungguh menyakitkan.

Jadi apabila saya mula rasa sakit..saya akan makan kan  ubat tahan sakit yang diberikan doctor. Memang lega..namun ia hanya berkesan untuk sementara waktu..

Hendak dijadikan cerita, pada tahun 2013  sakit belakang saya menjadi amat kronik. Sakit hingga saya berjalan mengengkang ke hospital kerana terasa amat perit di bahagian pinggang, punggung dan kaki. Jika saya berjalan seperti orang normal..sepertinya ada sesuatu mencucuk-cucuk belakang dan kaki saya.

Suami cadangkan saya refer terus ke pakar Ortopedik kerana keadaan saya yang amat merisaukan nya. Bila sesi soal jawab dengan pakar..pakar menegur saya kerana membiarkan masalah belakang saya yang berlarutan  tidak dirawat sehingga 9 tahun lamanya.Pelik juga katanya saya boleh tahan sakit sebegitu..huhuhu..

Beliau menjalankan beberapa ujian dan hasil dari ujian MRI mendapati tulang L4 saya telah terkeluar sedikit atau dalam istilahnya Slip Disc. Kata doctor itulah yang menjadi punca kepada sakit belakang saya selama ini dan ia masih belum di tahap kritikal.
.

Saya ditahan wad selama seminggu dan menjalani beberapa sesi fisioterapi dan ia mendatangkan sedikit kelegaan. Namun kata doctor saya tidak boleh terlalu lasak dan mengangkat benda berat kerana masalah slip disc saya itu. Sedih mendengarnya kerana saya sedar sebagai seorang pekerja/ ibu pasti banyak perkara yang akan terbatas nanti.
.

Disebabkan tuntutan kerja yang agak sibuk ketika itu saya tidak menumpukan proses penyembuhan fisioterapi yang telah dijadualkan doctor, namun saya cuba ikhtiar dengan cara lain yang saya rasa fleksibel dengan diri saya.
Saya  bertanyakan kepada rakan dan juga mencari di internet . Saya lihat ramai orang bercerita tentang  khasiat Vivix yang telah membantu ramai pesakit kronik untuk kembali sihat. Jadi tanpa berlengah lagi...tanpa berkira kira berapa harga sebotol Vivix itu saya terus membeli sebotol Vivix dan juga GLA ( Saya consume serentak dengan Vivix kerana saya turut mengalami masalah prolong period)
.

Awal ambilan saya kena healin crisis yang teruk juga...pening kepala, tak sedap badan, rasa nak demam.. tapi saya tabahkan hati juga untuk habiskan sebotol.
.

Perubahan yang mula-mula saya rasai, apabila Prolong Period saya yang tak berhenti selama 6 bulan (dimana seiring dengan sakit slip disc) berhenti serta merta. (Prolong period ini  tidak tahu apa  puncanya kerana saya disahkan tiada cyst dan fibroid oleh Doctor O&G.)
.

Perubahan ini turut disedari oleh suami. Katanya saya nampak sihat berbanding dulu dan tidak lagi mengadu sakit belakang setiap malam
.

Dan syukur pada anugerah yang tak terhingga dariNya yang saya hamil anak kami yang ketiga.Saya  alahan diawal kehamilan namun tiada sakit pinggang /belakang yang teruk  seperti dua kali kehamilan sebelum ini. Dengan asbab Vivix dan GLA, slip disc dan prolong period saya sembuh.  Badan saya sihat dan segar..malah sentiasa bertenaga. Terima kasih Allah..terima kasih Vivix kerna kembalikan semula nikmat sihat pada diri saya. "

Wasap @ 013-416 4992 (Eja Abu Bakar) untuk Vivix anda dan konsultansi Percuma dari akak.

    Your Pro SID
~ Eja Abu Bakar ~
    013 - 416 4992

#pengedarshakleetaiping
#agenshakleetaiping
#vivix #slipdisc #tulang
#supermomshakleestory
#myvivixstory
#vivixse

Saturday 5 November 2016

Ikhtiar Ubat Darah Tinggi Dengan Tonik Vivix

with 0 Comment

Dalam dilema?

Ramai di kalangan pesakit darah tinggi mengadu yang mereka terpaksa memakan ubat darah tinggi sepanjang hayat bila dah start makanan ubat darah tinggi.

Kerisauan mereka munasabah sebab ubat darah tinggi akan memberi kesan terhadap kesihatan jantung dan juga saraf. Risiko untuk mendapat penyakit tiga serangkai ( darah tinggi, kencing manis/diabetis dan jantung) juga adalah tinggi.

Vivix adalah ikhtiar yang boleh diusahakan untuk mengawal tekanan darah dan secara beransur-ansur mengurangkan kebergantungan terhadap ubat darah tinggi.

ini adalah perkongsian dari seorang suami kepada pesakit darah tinggi kronik.

Perubahan kesihatan isterinya yang sangat ketara selepas mengambil Vivix dapat dilihat bila isterinya tak lagi mengalami masalah pening dan sudah mampu untuk menaiki tangga tanpa rasa letih dan mengah.

Berita gembiranya sekarang isterinya dah tak lagi bergantung pada ubat darah tinggi bagi menjalani aktiviti harian.

Vivix adalah tonik semulajadi yang dapat membantu mengawal tekanan darah sebagai ikhtiar untuk menjalani kehidupan dengan lebih sihat dan bukan nya ubat.

Akak sekadar berkongsi kebaikan dan pengetahuan yang ada bagi membantu mereka yang mencari ikhtiar untuk mengurangkan kebergantungan kepada ubat darah tinggi.

Jika berminat ingin menggunakan tonik Vivix sebagai ikhtiar jangan malu dan segan untuk wasap @ 013-416 4992 (Eja Abu Bakar)

Your Pro SID
~ Eja Abu Bakar ~
    013-416 4992

#pengedarshakleetaiping
#agenshakleetaiping
#codtaiping
#vivix #darahtinggi #hypertension

Anda mungkin berminat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.