Thursday, 30 October 2014

Multivitamin yang Terbaik untuk Wanita

with 0 Comment

Lelaki dan wanita mempunyai keperluan vitamin dan mineral yang berbeza . Pengambilan multivitamin adalah cara yang sempurna untuk memperkaya diet sehari-hari anda, termasuk menggantikan semua vitamin yang mungkin hilang bagi menjamin kehidupan yang sihat.


Penggunaan multivitamin adalah sangat penting bagi wanita kerana faktor-faktor tertentu seperti , kehamilan , haid , putus haid, dan sebagainya. Jadi, untuk berfungsi dengan baik , tubuh wanita memerlukan semua vitamin utama untuk hadir dalam makanan. Sebaliknya , sebilangan besar wanita hanya terikat pada beberapa jenis diet atau mereka terlalu sibuk untuk mempunyai diet yang sihat dan seimbang. Keadaan ini mengakibatkan wujudnya beberapa jurang nutrien yang perlu diisi .

Keperluan vitamin berubah mengikut tahap kehidupan kita. Kekurangan beberapa jenis vitamin akan mengakibatkan risiko yang tinggi dalam masalah kesihatan.

Jadi, anda mungkin ingin tahu apakah multivitamin yang terbaik bagi wanita? Jom kita tengok jadual dibawah:

Mari kita lihat apa multivitamin yang terbaik untuk wanita mengikut usia tertentu.

Multivitamin Terbaik untuk Wanita berusia 20-an 
Di usia ini, semua wanita akan berhati-hati tentang kesihatan dan kecantikan mereka. Inilah sebabnya mengapa pilihan multivitamin bagi wanita berusia 20-an adalah yang sarat dengan vitamin E, 
vitamin D, Asid Folik , Kalsium dan Zat Besi.

Vitamin E. 
Ini adalah vitamin yang sangat baik untuk kulit, rambut dan kuku. Ini adalah antioksidan yang besar dan beberapa kajian telah menunjukkan bahawa ia menghalang beberapa jenis kanser .

Vitamin D. 
Menurut kajian baru-baru ini, penggunaan Vitamin D dapat menghalang kira-kira 17 jenis kanser termasuk kanser payudara. Hal ini sangat penting untuk wanita semua peringkat umur tidak hanya wanita muda. Ia juga mengurangkan PMS masalah.

Asid folik. 
Wanita muda sering merancang untuk hamil dalam usia 20-an dan dalam beberapa kes terjadinya kehamilan adalah tidak dirancang. Mengambil multivitamin dengan asid folik akan mengurangkan risiko kecacatan tiub neural di kalangan bayi dan mungkin mencegah terjadinya kecacatan kelahiran.

Kalsium. 
Masih belum terlambat untuk berhati-hati tentang tulang anda. Kalsium hanya terbaik apabila ia datang untuk membina tulang yang kuat.

Zat Besi. 
Zat Besi adalah sangat penting bagi wanita kerana mereka kehilangan zat besi melalui haid. Kehilangan terlalu banyak zat besi boleh menyebabkan anemia. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan keletihan, nafas pendek , sakit kepala , kurang konsentrasi, dan lain-lain

Berikut adalah keperluan multivitamin untuk kategori Wanita hamil dan Wanita menopause.

Multivitamin Terbaik untuk Wanita Hamil
Multivitamin Terbaik untuk Wanita Menopause

Wednesday, 29 October 2014

Multivitamin Terbaik adalah Vitalea Shaklee

with 0 Comment

Selalukan kalau pergi ke klinik sebab demam antara ubat yang sering saya dapat adalah paracetamol (untuk melegakan demam), piriton/ actifed (ini kes kalau saya ada selsemalah), syrup benadryl (ubat batuk) dan jugak multivitamin. Masa mula-mula tengok dapat multivitamin ni heran jugak apsal doktor ni kasi vitamin?

Rupa-rupanya, Multivitamin akan menyokong keperluan zat dan nutrisi pemakanan harian untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Pengambilan multivitamin terbaik membantu menguatkan sistem imun dan menggalakkan kesihatan jangka panjang. Ooo...gitu kisahnya.

Memilih multivitamin terbaik menyokong diet harian kerana makanan disekeliling kita dipenuhi makanan yang telah diproses daripada sos, kicap dan makanan segera. Jadi sangat sukar bagi kita untuk mendapatkan 5-9 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.

Vitalea Shaklee Adalah Multivitamin Terbaik


Kenapa Vitalea Shaklee?
Vitalea Shaklee merupakan multivitamin terbaik yang terkemuka dan lebih komprehensif kerana mengandungi 23 vitamin dan mineral kritikal dalan jumlah yang seimbang untuk memantapkan kesejahteraan kesihatan kolon, hati, mata dan sistem imun dalam jangka masa panjang.

Fakta Vitalea Shaklee
- 2 kali lebih antioksidan untuk mencegah
   kerosakan fungsi imun berpunca daripada
   radikal bebas
- 2 kali lebih kalsium untuk pembinaan
   tulang
- 2 kali lebih magnesium untuk mengekalkan
   rentak jantung, otot, dan fungsi saraf
- 2 kali lebih Beta karotena untuk membentuk
   vitamin A yang lebih biopotent
- 3 kali lebih selenium untuk melindungi
   paru-paru, kolon dan prostat
- 3 kali lebih vitamin K untuk menyokong
   proses pembinaan tulang
- 6 kali lebih boron untuk menyokong
   kesihatan tulang
- 10 kali lebih Biotin yang menyokong
   proses pengeluaran tenaga


Kebaikan Multivitamin VitaLea Shaklee
Multivitamin terbaik VitaLea Shaklee juga menggunakan Sistem Penyerapan Bioaktif berpaten  eksklusif untuk Shaklee untuk meningkatkan penyerapan asid folik iaitu nutrien penting untuk kesihatan keseluruhan sel.

VitaLea Shaklee menjalani 349 ujian kualiti yang paling ketat untuk menjamin keaslian dan keberkesanan produk.


Siapa Memerlukan Multivitamin VITALEA SHAKLE 

- Individu dewasa yang mementingkan kesihatan dan
   kecergasan tubuh jangka panjang
- Individu yang tidak lengkap diet hariannya
- Individu yang ingin meningkatkan sistem imun
- Remaja yang sedang membesar
- Wanita yang mementingkan kesejahteraan kesihatan mereka
- Lelaki - semua peringkat umur dewasa lelaki
- Individu yang menopous
- Wanita yang baru bersalin

Adakah anda memerlukan multivitamin Vitalea Shaklee? Dapatkannya secara on-line


atau kalau ada Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Noraiza Abu Bakar
♥ sms/whatsApp/Telegram: 012-617 8480
♥ Emel : delsimoms@gmail.com

Setiap pembelian produk anda Rm2 akan disumbangkan pada rumah-rumah kebajikan yang terpilih.

Notakaki: Jika anda membeli secara online sila sms/whatsapp saya di 012 617 8480 untuk cara pengambilan dan konsultansi. Terima kasih.


Tuesday, 28 October 2014

ESP Shaklee Makanan Tambahan Terbaik Untuk Ibu Hamil

with 0 Comment

Tempoh kehamilan sememangnya waktu yang menyeronokkan, mana tidaknya apa sahaja yang teringin nak dimakan pasti akan dapat. Tapi perlu diingat sewaktu hamil kita perlu menyediakan nutrisi penting untuk tumbesaran bayi yang kat dalam perut tu, jadi bakal-bakal ibu tahukah apa nutrisi yang kita perlukan? Jom tengok ni.. 

Nutrisi Untuk Ibu Hamil
Antara nutrisi yang diperlukan oleh ibu hamil untuk memastikan tumbesaran janin dengan baik adalah dengan memastikan keperluan nutrisi di bawah mencukupi. Antara keperluan nutrisi yang diperlukan adalah seperti berikut:-
Kalsium (800mg)
Ini untuk memastikan pembentukan tulang dan gigi yang kuat, saraf, jantung dan otot yang sihat
  •     Kromium - Mengawal tahap gula dalam darah, merangsang sintesis protein dalam tisu-tisu yang sedang terbina.
  •     Tembaga sebanyak (1.2mg) - Membantu pembentukan jantung, rangka dan sistem saraf, arteri dan saluran darah
  •     Fluorida - Diperlukan apabila gigi mula terbentuk pada minggu ke 10, kemudian pada trimester kedua dan ketiga, diperlukan untuk pembentukan gigi kacip utama, geraham dan gigi kekal.
  •     Asid Folik (300mcg) - Bahagian penting dalam cecair spinal dan membantu menutup tiub di mana terletaknya sistem saraf tunjang, juga membantu mensistesis DNA dan menormalkan fungsi otak.
  •     Iodin (140mcg) - Mengawal metabolisme, membantu perkembangan sistem saraf.
  •     Zat Besi (14.8mg) -  Menghasilkan sel-sel darah merah, membekalkan oksigen ke sel-sel untuk tenaga dan tumbesaran, dan membina tulang dan gigi.
  •     Magnesium (270mg) - Membantu membina tulang dan gigi yang kuat, mengawal tahap insulin dan kandungn gula dalam darah, membina dan membaiki tisu-tisu.
  •     Mangan - Membantu perkembangan tulang dan pankreas dan pengsistesisan lemak dan karbohidrat
  •     Asid Pantotenik - Mengawal aktiviti adrenal, penghasilan antibodi, tumbesan dan metabolisme dan lemak
  •     Fosforus (550mg) - Membina tulang dan gigi yang kuat, menghasilkan pembekuan darah dan ritma jantung yang normal.
  •     Potasium (3500mg) - Membantu aktiviti otot dan kontraksi, metabolisme tenaga dan fungsi saraf
  •     Riboflavin (1.14mg) - Menggalakkan tumbesaran, penglihatan yang baik dan kulit yang sihat. Penting untuk tulang, otot dan perkembangan saraf  bayi.
  •     Thiamin (0.9mg) - Menukar karbohidrat kepada tenaga, Penting untuk perkembangan otak. Juga membantu perkembangan jantung dan sistem saraf.
  •     Vitamin A (700mcg ) - Penting untuk tumbesaran sel, perkembangan mata, kulit dan membran mukus yang sihat, melawan penyakit, perkembangan yang tulang, metabolisme lemak dan penghasilan sel darah merah.
  •     Vitamin B6 (0.96mg) - Membantu dalam metabolisme protein, lemak dan karbohidrat, Membantu membentuk sel-sel darah merah baru dan perkembangan otak dan sistem saraf.
  •     Vitamin C (50mg) - Penting untuk membaiki tisu-tisu dan penghasilan kolagen. Membantu tumbesaran yang elok dan menguatkan tulang dan gigi.
  •     Zink (7mg) - Membantu membentuk organ-organ, rangka, saraf-saraf dan sistem peredaran .

Jadi sebagai bakal ibu yang pentingkan dan sayangkan bayi mereka pengambilan makanan tambahan seperti ESP adalah salah satu cara untuk anda memastikan yang bayi anda mendapat keperluan nutrisi penting untuk tumbesaran.

Antara Kebaikan ESP:-
  •     Dihasilkan dari Soya non-GMO (non-Genetically Modified Organism)
  •     Kacang soya diproses pada suhu yang rendah
  •     setiap 850 gm ESP dihasilkan dari 30kg kacang soya
  •     mengandungi 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia
        Histidine
        Isoleucine
        Leucine
        Lysine
        Methionine
        Phenylalanine
        Thereonine
        Trypthofan
        Valine
  •     ESP adalah rendah lemak
  •     Bebas kolestrol
  •     Berperisa Vanilla
  •     Lagi kebaikan ESP 
  •     Membina dan memperbaharui sel-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh.
  •     Membantu menguatkan antibodi
  •     Memberi ibu tenaga bagi mereka yang mengalami morning sickness yang teruk.
  •     Mengandungi asid amino yang membantu membentuk otot dan organ bayi.
  •     Membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan membantu aliran darah ibu.
  •     Kulit anak dan ibu lebih putih dan gebu.
  •     Membantu mengawal diabetes semasa hamil (Indeks Glisemik rendah iaitu 39 sesuai untuk penghidap kencing manis)
  •     Membantu kesihatan ibu di tahap optimum.
  •     Membantu penyerapan Vitamin lain lebih baik
  •     Membantu perkembangan fetus
  •     Membantu mengawal berat badan semasa kehamilan dan selepas kehamilan



Sekarang anda dah tahu kepentingan nutrisi dan kebaikan ESP sebagai makanan tambahan terbaik untuk ibu hamil, buatlah pilihan yang terbaik untuk anda dan bayi anda.

Untuk mendapatkan ESP secara online sila klik


atau kalau ada Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Noraiza Abu Bakar
♥ sms/whatsApp : 013 - 416 4992
♥ fb : eja abu bakar

Resepi Mealshakes yang patut anda cuba!

with 0 Comment
Mealshakes adalah pilihan makanan segera yang baik untuk kanak-kanak dengan pilihan yang rendah lemak dan rendah glisemik. Memang banyak kebaikan Mealshakes ni, untuk mengetahui tentang kebaikan Mealshakes boleh klik SINI.

Ok, hari ni kita nak tengok antara resepi yang anda patut cuba selain daripada mencampurkan dengan air sahaja. Walaupun rasa Mealshakes ini memang sedap walaupun anda hanya mencampurkan 1 atau 2 sudu besar Mealshakes dengan 230ml atau secawan air sejuk dan diletakkan ais batu.

Resepi kita adalah

Aiskrim Yogurt Coklat Mealshakes

Bahan-bahan:
4 cawan                        Yogurt Natural
3 camca besar              serbuk koko tanpa pemanis
2 camca besar              Madu
3 camca besar              Mealshakes
3 camca besar              kepingan badam yang telah dipanggang (pilihan)
3 camca besar              coklat gelap yang telah dicairkan (pilihan)

Cara penyediaan:
1. Kisar serbuk koko, Mealshakes, madu dan yogurt didalam blender.
    Tuang ke dalam bekas dan bekukan selama 4 jam.
2. Sebaik sahaja yogurt mengeras, pecahkan ia dengan sudu dan kisar sehingga halus.
    Masukkan kembali kedalam peti sejuk (bahagian sejuk beku) dan bekukannya semalaman atau sekurang-kurangnya 6 jam.
3. Keluarkan yogurt beku daripada peti sejuk dan biarkan ia di suhu  bilik pada kira-kira 10-15 minit. Cedokkan yogurt beku ke dalam mangkuk aiskrim atau gelas kecil,
4. Tuangkan coklat gelap dan taburkan kepingan badam sebagai topping ... ataupun bleh jer letak coklat rice. ;)

atau pun Resepi kedua adalah

Icecream Oreo Mealshakes

Bahan-bahan:
21/2 cawan              Dutchlady Full Cream Milk perisa pilihan
2-3   camca besar    Mealshakes
    1  packet kecil      Oreo

Cara penyediaan:
1. Masukkam susu coklat dan Mealshakes ke dalam blender dan kisar selama 5 minit.
2. Kemudian masukkan  2-3 keping biskut oreo ( dgn creamnya sekali) dan kisar lagi sehingga sebati. 

3. Masukkan ke dalam peti sejuk beku lebih kurang 2 jam atau sebelum membeku, keluarkan dan kisarkan sekali lagi. patah-patahkan biskut oreo selebihnya dan campurkan dalam aiskrim dan taburkan sedikit untuk topping.

atau pun Resepi ketiga adalah

Coconut Mealshakes Ice blended

Bahan-bahan:
1 cawan              air kelapa muda
3 keping              isi kelapa muda
2 sudu besar       air gula
3 sudu besar       Mealshakes
2 scoop               aiskrim vanila
5-6 ketul             ketul ais (ice cube)
strawberry topping

Cara penyediaan:
1. Kisarkan kesemua bahan kecuali strawberry topping sehingga halus dan sebati.
2. Kemudian tuangkan kedalam gelas dan letakkan 1 scoop aiskrim vanilla dan strawberry topping.
3. Sedia untuk di nikmati!

atau pun anda juga boleh mencuba resepi-resepi di bawah ini

Mealshakes + Esp
Mealshakes + Performance Drink
Mealshakes + Milo
Mealshakes + jus pilihan anda

Tips: Untuk dapatkan rasa yang enak tambahkan ketulan ais dalam minuman anda!

Selamat mencuba!


kalau ada Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Noraiza Abu Bakar
♥ sms/whatsApp/Telegram: 012-617 8480
♥ Emel : delsimoms@gmail.com




Mealshakes makanan tambahan untuk kanak-kanak

with 0 Comment
Mealshake adalah pemakanan lengkap, dari vitamin, mineral dan protein sebab itulah bila anak-anak saya tak berselera untuk makan saya gantikan ajer dengan Mealshakes.


Mealshake bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak, malah seisi keluarga. Macam-macam kebaikan Mealshake ini. Ia sesuai juga untuk ibu yang menyusu, mengandung, mereka yang berdiet,atlit dan macam-macam lagi.


Apa yang menarik tentang Mealshakes?
 Nutrisi Lengkap
Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.

Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
*Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.

Untuk Pembesaran
Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
*Sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.

Anti-oksida
Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
*Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.

Pemulihan Kulit
Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
*Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.

Detox
Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
*Sesuai untuk kanak-kana serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.

Antara kebaikan Mealshake ini ialah : 
  • rasa vanila yang menjadi kegemaran kanak-kanak
  • sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun keatas 
  • sesuai untuk seisi keluarga
  • Boleh menjadi instant sahur meal/ breakfast sekeluarga
  • Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral sertakalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.
  • Meal Shakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
  • Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
  • Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
  • Meningkatkan selera makan anak
  • Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa
  • Pilihan terbaik buat mereka yang tidak pandai telan supplement berbentuk "tablet"
  • menangani masalah sembelit pada kanak-kanak
  • amat bagus untuk kanak-kanak yang obesiti



Jadi para ibu-ibu yang runsing dengan karenah anak yang tak mo makan solutionnya bagi jer Mealshakes! Selain dibancuh dengan dengan air kosong boleh jugak pelbagaikan cara penyampaian Mealshakes ni. Nanti boleh check kat resepi yea!

Oh yea, kalau nak buat pembelian secara online boleh klik kat bawah ni




atau kalau ada Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Noraiza Abu Bakar
♥ sms/whatsApp/Telegram: 012-617 8480
♥ Emel : delsimoms@gmail.com

Sunday, 26 October 2014

KEBAIKAN ZINC COMPLEX SHAKLEE

with 0 Comment


Pengambilan Zinc Complex Shaklee sebagai makanan tambahan untuk sumber zinc dapat memberikan beberapa kebaikan, antaranya:

  • Meningkatkan sistem imun - membantu pengeluaran kelenjar thymus yang mengeluarkan T cells untuk menentang kanser dan menghalang jangkitan penyakit
  • Diabetes - membantu pengeluaran insulin dan mengekalkan fungsi insulin
  • Kanser prostat - pengambilan zinc complex dapat mengurangkan pembengkakkan prostat sebanyak 70%
  • Ovulasi wanita - wanita memerlukan zinc untuk ovulasi. Zinc juga membantu pengucupan uterus untuk mengembalikan daya tahan.
  • Memperbaiki radang kulit - pengambilan zinc complex dapat memperbaiki radang kulit seperti jerawat
  • Jerawat - zinc complex bertindak dengan mengawal selia jumlah testosteron dalam badan yang memainkan peranan dominan dalam menyebabkan jerawat. Zinc juga menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.
  • Kelesuan kronik- mengembalikan tenaga
  • Mengekalkan deria bau
  • Kemampuan seks lelaki - zinc yang cukup penting untuk keupayaan seks yang bertenaga dan meninggikan kiraan sperma.
  • Gugur rambut/ botak - zinc mengaktifkan 200 jenis enzim dan meransang regenerasi sel. Ini dapat memelihara pertumbuhan dan perkembangan sel.
  • Membentuk kolagen - zinc membantu pembentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kuku, kulit dan organ.
  • Penyembuhan luka yang cepat - zinc mempercepatkan pemulihan luka luar dan dalam

Seperti yang kita tahu badan kita tidak dapat menghasilkan zinc dengan sendirinya. Untuk itu Zinc perlu diperolehi samada dari sumber pemakanan semulajadi seperti daging ataupun dari sumber makanan tambahan Vitamin Zinc.

Kurangnya Zinc didalam badan dapat memberi kesan buruk. Antara kesan kekurangan Zinc adalah:
  • Pertumbuhan perlahan bagi bayi dan kanak-kanak
  • Perkembangan seksual lambat di kalangan remaja dan mati pucuk di kalangan lelaki
  • Rambut gugur
  • Cirit-birit
  • Mata dan kulit luka
  • Hilang selera makan
  • Kehilangan berat badan
  • Masalah penyembuhan luka
  • Keupayaan untuk merasa dan menghidu makanan/ bau
  • Tahap kecerdasan yang rendah

Cara pengambilan zinc dengan betul juga adalah penting. Ini kerana pengambilan zinc akan memberi interaksi kepada ubat-ubatan.

Interaksi Zinc yang Perlu Anda Tahu:
  • Makanan tambahan zinc boleh berinteraksi atau mengganggu pengambilan ubat-ubatan yang di ambil. 
  • Dalam beberapa kes, ubat-ubatan boleh menurunkan paras zinc dalam badan. Contoh:mengambil tambahan diet zinc bersama quinolone / antibiotik tetracycline (seperti Cipro, Achrornysin dan Sumycin) mengurangkan jumlah zinc dan antibiotik yang diserap oleh badan. 
  • Mengambil antibiotik sekurang-kurangnya 2 jam sebelum atau 4-6jam selepas mengambil makanan tambahan zinc membantu mengurangkan kesan ini.
  • makanan tambahan zinc boleh mengurangkan jumlah penicillamine (dadah yang digunakan untuk merawat artritis reumatoid).
  • Diuretik thiazide (seperti chlorthalidone - jenama Hygroton dan hydrochlorothiazide - jenama Esidrix dan HydroDIURIL) meningkatkan kehilangan zinc melalui urin. Mengambil thiazide diuretik untuk jangka masa yang panjang boleh mengurangkan jumlah zinc dalam badan.
untuk mendapatkan Zinc Complex secara online anda boleh klik


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Noraiza Abu Bakar
♥ sms/whatsApp/Telegram: 012-617 8480
♥ Emel : delsimoms@gmail.com

Zinc Shaklee : Selamatkah?

with 0 Comment
Mungkin ramai yang masih tak tahu apa sebenarnya Zinc. Topik kita hari ni mengenai Zinc Complex Shaklee. Adakah ianya selamat? Sebelum kita berbincang panjang mari kita kenal dulu apa itu Zinc?


Apa itu Zinc?
Zinc ialah nutrien yang diperlukan untuk kekal sihat. Zinc didapati dalam sel-sel di seluruh badan. Ia membantu sistem imun melawan bakteria jahat dan virus. Badan juga memerlukan zinc untuk membina protein dan DNA, bahan genetik dalam semua sel-sel.

Ibu mengandung, bayi dan kanak-kanak memerlukan zinc untuk membesar dan berkembang dengan baik. Zinc juga membantu luka sembuh terutamanya bagi mereka selepas pembedahan dan bersalin. Di samping itu, zinc juga penting bagi deria rasa dan bau.

Ramai yang mengambil mudah tentang kepentingan zinc untuk kesihatan sperma dan kesuburan. Badan kita tidak menghasilkan zinc. Zinc hanya boleh didapati daripada makanan atau makanan tambahan seperti Zinc Complex Shaklee.

Siapa perlukan Zinc?
  • Lelaki dan wanita (dari bayi hingga warga tua)
  • wanita mengandung (mengelakkan diabetes semasa hamil) dan menyusu
  • orang yang menjalani pembedahan atau mempunyai masalah gangguan pencernaan (seperti ulsur kolitis atau penyakit Crohn)
  • Vegetarian kerana mereka tidak memakan daging yang merupakan satu sumber zinc yang baik.
  • Bayi yang menyusu lama kerana susu ibu tidak mempunyai zinc yang cukup untuk bayi melebihi umur 6 bulan. Makanan seperti daging puri adalah disarankan.
  • Alcoholics kerana minuman beralkohol mengurangkan kadar zinc yang diserap oleh badan dan meningkatkan jumlah yang hilang melalui urin.
  • Orang yang mempunyai penyakit sel sabit.

Berapakah jumlah Zinc yang perlu dan selamat untuk diambil?
Jumlah zinc yang diperlukan setiap hari bergantung kepada umur. Jumlah purata harian yang disyorkan untuk umur yang berbeza disenaraikan di bawah:



Apa terjadi jika terlebih Zinc?
Tanda-tanda zinc terlalu banyak termasuk rasa loya, muntah, hilang selera makan, kekejangan perut, cirit birit dan sakit kepala.

Apabila mengambil zinc terlalu banyak untuk jangka masa yang panjang, masalah seperti tembaga yang rendah, imuniti badan yang lemah dan paras kolesterol HDL (kolestrol baik) yang rendah.


Sumber Zinc
Sebagaimana yang saya beritahu tadi badan kita tidak boleh menghasilkan sendiri Zinc. Kita perlu mendapatkan Zinc dari sumber makanan semulajadi atau vitamin.

Berikut adalah contoh sumber makanan yang boleh membekalkan zinc secara semulajadi:

  • Daging: kandungan zinc yang tinggi dalam daging panggang dan daging rebus.
  • Makanan laut: Tiram merupakan sumber makanan yang mengandungi zinc paling tinggi. Zinc seringkali hilang semasa proses memasak. Untuk mengekalkan kandungan zinc, masak makanan dengan air sesedikit yang mungkin dan dalam waktu yang singkat.
  • Produk tenusu: yogurt, keju dan susu mengandungi zinc
  • Biji-bijian dan kekacang: tepung gandum, bijirin kering, biji labu, kacang almond dan biji bunga matahari merupakan sumber zinc yang baik.


Sumber Zinc dari vitamin Zinc Complex Shaklee

  • Zinc Complex Shaklee dirumus daripada zinc glukonat semulajadi yang bergabung dengan nutrien semulajadi seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah diserap oleh tubuh.
  • sesuai untuk pengambilan jangka panjang
  • berkesan dalam mengeluarkan logam toksin seperti kadmium dan plumbum daripada tubuh.
  • TANPA GLUTEN

Tidak dinafikan pengambilan zinc memberi banyak kebaikan, klik disini untuk mengetahui lebih lanjut kebaikan dan kesan kekurangan zinc. Namun pengambilan zinc yang berlebihan boleh membahayakan.

Jadi pengambilan zinc mengikut jumlah yang diperlukan adalah amat disarankan.

Berikut adalah interaksi Zinc yang perlu anda tahu!

  • Makanan tambahan zinc boleh berinteraksi atau mengganggu pengambilan ubat-ubatan yang di ambil. 
  • Dalam beberapa kes, ubat-ubatan boleh menurunkan paras zinc dalam badan. Contoh:mengambil tambahan diet zink bersama quinolone / antibiotik tetracycline (seperti Cipro, Achrornysin dan Sumycin) mengurangkan jumlah zinc dan antibiotik yang diserap oleh badan. 
  • Mengambil antibiotik sekurang-kurangnya 2 jam sebelum atau 4-6jam selepas mengambil makanan tambahan zinc membantu mengurangkan kesan ini.
  • Makanan tambahan zinc boleh mengurangkan jumlah penicillamine (dadah yang digunakan untuk merawat artritis reumatoid). 
  • Diuretik thiazide (seperti chlorthalidone - jenama Hygroton dan hydrochlorothiazide - jenama Esidrix dan HydroDIURIL) meningkatkan kehilangan zinc melalui air kencing. Mengambil thiazide diuretik untuk jangka masa yang panjang boleh mengurangkan jumlah zinc dalam badan.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Noraiza Abu Bakar
♥ sms/whatsApp/Telegram: 012-617 8480
♥ Emel : delsimoms@gmail.com

Anda mungkin berminat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.