Saturday, 12 December 2015

4 tips Tangani Sembelit Berterusan Selepas Bersalin

with 0 Comment


"Semenjak bersalin anak kedua aku selalu mengalami masalah sembelit dalam pantang dan sekarang sampai anak aku dah masuk lima bulan pun aku masih bermasalah sembelit.

Lebih teruk lagi, bila sembelit lepas tu ada pula buasir. Risau lah takut kalau keadaan ni boleh menyebabkan organ-organ kecil rosak sebab banyak meneran." luah seorang sahabat saya.


Sebenarnya, saya juga pernah mengalami masalah yang sama dan pernah mengajukan soalan mengenai sembelit yang berterusan diikuti dengan buasir pada doktor saya.

Mengikut jawapannya, sembelit adalah masalah yang sering berlaku pada ramai wanita hamil. Lebih-lebih lagi kalau kita mengambil pil zat besi untuk menambah darah.

Masalah buasir juga kerap berlaku bila rahim kita semakin berat dengan janin yang semakin membesar.

Apabila bersalin ketika meneran, buasir akan bertambah teruk sampai ada yang terkeluar dan tak dapat dimasukkan semula ke dalam dubur... ngeriii dengar masa ni..

Ikut kata doktor lagi, sembelit dan buasir tak akan merosakkan organ-organ dalaman wanita sebab ia tidak memberi kesan kepada usus.

Dan ni adalah tips yang diberi untuk mengurangkan sembelit sewaktu hamil:

#1 . Diet Tinggi Serat
        Makan makanan yang berserat atau fiber tinggi seperti buah-buahan, sayur dan roti berserat.
        Nasi, mi, bihun, kuey teow, roti canai bukan berserat tinggi yea! ;)


#2. Banyak Minum Air
       Kita di Malaysia ni hidup dengan cuaca yang panas, banyak air akan hilang melalui proses 
       perpeluhan. Oleh sebab itu, kita terutamanya wanita sedang hamil mestilah minum 
       sekurang-kurangnya 8 gelas ke 12 gelas air sehari.

       Bila digabungkan dengan diet berserat tinggi, air boleh membantu mengurangkan sembelit.

#3. Senaman  
      Senaman dan pergerakan tubuh termasuk tangan dan kaki amat perlu dalam menangani masalah 
      sembelit. Sewaktu hamil, kita digalakkan untuk banyak berjalan dan melakukan pergerakan setiap
      hari... bukan duduk di sofa mengadap tv 24jam yea.

#4. Elakkan pil pelawas  
      Seboleh-bolehnya elakkan mengambil pil-pil yang boleh menggalakkan pembuangan air besar 
      kerana ia boleh menyebabkan sakit atau kontraksi ketika hamil.

Selain dari mencuba tips diatas saya turut mengambil tambahan pil kalsium iaitu Ostematrix Shaklee. 

Walaupun ianya adalah kalsium yang kita tahu baik untuk kesihatan tulang, tapi saya dapati dengan pengambilan Ostematrix Shaklee tiada lagi masalah sembelit. Malahan saya tak memerlukan ubat pelembut najis untuk mengelakkan berlakunya buasir.

Ini kerana najis dengan sendirinya menjadi lembut dan mudah untuk dibuang.

Kini saya, dah tak lagi mengalami masalah sembelit mahu pun buasir. Bukan itu sahaja kesihatan tulang juga semakin baik dan badan tidak lagi merasa letih ataupun terasa sakit kaki jika berjalan dan berdiri untuk masa yang panjang.

Untuk sahabat saya, memang pil kalsium Ostematrix Shaklee lah yang dicadangkan untuknya selain dari amalkan 4 tips di atas.

~ Beauty & Happiness
is Healthy body & Soul ~

Untuk pertanyaan
SMS/Whatsapp @

Eja[1119387] | 012-6178480
    Penghantaran Seluruh Malaysia
    COD: Taiping, Kamunting dan kawasan sekitar
                


Thursday, 10 December 2015

Jeragat Hilang dalam 1 Langkah dengan Shaklee Spot Whitening Treatment.

with 0 Comment

Orang kata perempuan ni setiap kali kita melahirkan anak satu titik jeragat akan timbul kat muka.. kalau 3 kali bersalin maknanya 3 tompok jeragatlah, betul ke?
Tak dapat dipastikan sama ada itu benar atau mitos...tapi yang pasti JERAGAT dah ada di muka ku!!

Kalau naik satu titik jeragat di bawah bucu dagu ke boleh juga dihitamkan jadi tahi lalat ( '__' ) ... macam Siti Nurhaliza gitu.

Masalahnya jeragat ni naik berderet dekat bawah mata ... haish susah hati dibuatnya memang komperm la tak boleh tukar jadi tahi lalat iyea dok!

Bila tanya pak Google apa punca JERAGAT , ini jawapan yang dia bagi.

Jeragat atau Melasma adalah gejala abnormal tompokan atau bintik-bintik berwarna coklat-perang, kekuningan atau biru-kelabu yang terdapat pada kulit muka. Jeragat biasanya berlaku pada bahagian:
  • 63% antara sekitar kawasan hidung dan dagu
  • 21% antara sekitar kawasan pipi dan hidung
  • 16% lagi adalah kawasan sekitar antara rahang bawah hingga dagu.
Struktur jeragat berkait rapat dengan proses pigmentasi. Dimana pigmentasi kulit disebabkan oleh pengeluaran melanin secara berlebihan - hiperpigmentasi; oleh Melanocytes (sel pigmen) untuk tindakbalas keratinocytes (epidermal melanosis - lapisan luar kulit) atau terkumpul di bahagian dermis (dermal melanosis -lapisan tengah kulit).


Macam dalam kelas sains pulok ( '__' )

Rupanya JERAGAT ni mempunyai klasifikasi juga. JERAGAT DIKLASIFIKASIKAN mengikut tahap lapisan kulit di mana ia berlaku.
  • Melasma Epidermal - jeragat yang berlaku pada lapisan kulit luar yang disebabkan oleh lebihan melanin.
  • Melasma Dermal - jeragat yang berlaku di antara lapisan epidermal(kulit luar) dan lapisan hypodermal (kulit dasar) disebabkan oleh melanofaj ( sel yang mencernakan melanin).
  • Melasma Campuran - jeragat yang berlaku pada kedua-dua lapisan epidermal dan dermal.

PUNCA berlakunya jeragat di muka adalah agak sukar untuk dikenal pasti secara tepat. Namun, antara kemungkinan punca jeragat yang diketahui ramai termasuklah faktor:
  • Latarbelakang salasilah keluarga - mewarisi genetik dari susur galur ahli keluarga yang mengalami masalah jeragat turut membawa kebarangkalian potensi mendapat jeragat pada generasi yang baru.
  • Terdedah kepada sinaran matahari terik terlalu lama - radiasi sinar UV mengaktifkan tindak balas pengeluaran melanin secara berlebihan, menambahkan lagi kesan pigmentasi secara mendalam pada kulit.
  • Wanita Mengandung - disebut sebagai chloasma iaitu petanda biasa melasma akibat pigmentasi kerana proses perubahan hormon. Namun, ianya akan pudar selepas beberapa bulan kelahiran bayi.
  • Rawatan Hormon - pengambilan pil hormon yang mengandungi oesrogen atau progesteron atau kaedah pencegahan kehamilan seperti pil perancang, penggunaan alat intrauterin dan implan.
  • Tindak balas phototoksik - akibat reaksi alergi terhadap kaedah perubatan tertentu ( seperti terapi kanser ), penggunaan sabun dan peralatan kosmetik beracun atau merbahaya.
  • Hypothyroidism - aktiviti tidak terkawal kelenjar thyroid menyebabkan ketidak stabilan kitaran hormon thyroid dan mengaktifkan pigmentasi.
So, itu lah puncanya jeragat banyak melibatkan hormon rupanya.

Banyak juga kaedah yang di sarankan untuk hilangkan jeragat ni. Dari kaedah tradisional sampailah ke kaedah moden.

Jom tengok kaedah tradisional dulu. Keistimewaan kaedah tradisional ni adalah dari segi kosnya. Sebab semua bahan yang diperlukan ada disekeliling kita. Cuma, ianya memerlukan kesabaran dan kerajinan serta komitmen yang tinggi. Kalau anda tak mempunyai ketiga-tiga tu (macam saya ) gunakan lah cara moden yea ( '__' ).

Kaedah Tradisional

1.Baking Soda - baking soda adalah baik untuk pengelupasan lembut minyak, kotoran dan sel-sel mati dari kulit. Ia juga membantu mengekalkan keseimbangan pH kulit.
Caranya:
Tambahkan sedikit air pada satu sudu teh baking soda untuk membuat pes yang tebal. Kemudian sapukan pada kawasan yang terjejas dan bilas setelah beberapa minit.
Ulang 2 atau 3 kali seminggu sehingga jeragat hilang. AMARAN: Elakkan guna baking soda jika anda mempunyai kulit sensitif.

2. Sapuan lendir lidah buaya ( aloe vera ) - mengandungi bahan aktif semula jadi mucilaginous polisakarida yang mampu memperbaiki masalah jeragat. Ia juga mengandungi agen antioksidan aktif yang membantu memelihara kulit dari kerosakan dan menyingkirkan tompok cela pada kulit.
Caranya:
Sapukan lendir aloe vera pada kulit muka setiap hari sehingga jeragat pudar.

cara tradisional yang lain banyak lagi boleh google yea.. 

yang ni pulak Modern style (cara yang saya suka sebab mudah dan cepat sikit kot nampak kesannya)

1. Penggunaan sunscreen/ sunblock ketika aktiviti luar
Krim sunscreen dengan +50 SPF (Sun Protection Factor) mengandungi bahan penghalang fizikal cahaya matahari UVA dan UVB seperti zinc oksida dan titanium oksida.

Kekerapan penggunaan sunscreen membantu melambatkan kesan jeragat ke tahap yang lebih teruk.

2. Rawatan Pengelupasan Kimia ( Chemical Exfoliation )


Kaedah ini biasanya melibatkan penggunaan bahan kimia seperti glycolic ( pengelupasan AHA ) pada kepekatan 20% - 70% bergantung kepada jenis kulit.

Pengelupasan secara kimia membantu mempercepatkan kemasukan dan tindak balas enzim tyrosinase ke dalam kulit untuk mensintesis lebihan melatonin dengan lebih berkesan.

Namun ia boleh membawa kesan sampingan kepada kulit seperti kesan terbakar, kulit menjadi merah, bengkak dan kekeringan. Oleh itu, ia perlu pemerhatian khusus oleh pakar semasa rawatan. Dan pastinya melibatkan Kos yang besar.

3. Rawatan Laser


Rawatan ini memang sangat popular dan paling mahal untuk menghilangkan jeragat dengan cepat.
Kaedah ini memerlukan bantuan peralatan canggih dan bergantung kepada teknologi mesin dan kepakaran tinggi seseorang doktor.

Jika tidak, kesannya lebih melarat sama ada menyebabkan hyperpigmentation ( kulit lebih gelap ) atau  hypopigmentation ( tompok putih ) dan tiada jaminan pembaik pulih jeragat.

Mengikut pengalaman kawan saya ianya hanya memberi kesan untuk sementara. Ini kerana kaedah ini hanya mensasarkan pigmen jeragat pada permukaan luar kulit sahaja.

4. Penggunaan Krim Pemutih / Whitening Spot
 Untuk memperlahan atau mengawal penghasilan melatonin penyebab pigmentasi. Penggunaan formulasi yang mempunyai agen pemutih (bleach) juga boleh digunakan. Cuma pastikan tidak mempunyai bahan berbahaya seperti hydroquinone ( HQ ), paraben, merkuri dan lain-lain.

Saya sedang memakai yang ini Spot Whitening Treatment Shaklee
  • Memperbaiki kesan-kesan matahari serta jeragat kulit dengan cepat
  • Kuasa pencerahan botani dihasilkan daripada pati Likuoris dan Peony, yang amat bernilai disebabkan kesannya dalam mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit
  • Cats Claw menegangkan kulit
  • Vitamin C aktif membawa kecerahan yang baru untuk kulit anda dengan rawak wajah yang lebih halus
setelah hampir 2 minggu menggunakannya saya dapat lihat kesan jeragat semakin pudar dan cara penggunaannya juga mudah. Selain dari mengambil supplement untuk rawatan dari dalam.

Kalau dah hilang jeragat mestilah nak ambil langkah pencegahan juga kan.. tak mo pisang berbuah dua kali ..

Antara tips langkah PENCEGAHAN Jeragat

1. Pilih Pembersih Muka Semula jadi
Terdapat pelbagai jenis pembersih muka di pasaran yang diperbuat dari bahan semula jadi seperti aloe vera, apricot, mentimun dan pelbagai lagi yang dipercayai berfungsi untuk pembersihan kulit wajah.

Sekarang ini banyak juga produk yang menawarkan pencuci muka mengandungi mikrobead untuk pembersihan yang lebih mendalam.

Pemilihan produk pembersih muka kegemaran yang betul adalah penting bagi mengelakkan sumbatan pada liang pori yang menyebabkan kesan buruk jeragat.

2. Elakkan Terdedah pada sinaran cahaya terus matahari dalam tempoh yang lama
Pendedahan kepada sinaran UV yang panjang boleh meningkatkan risiko mendapat kanser kulit selain daripada jeragat.

Oleh itu penggunaan sunscreen/sunblock dan pelindung seperti payung atau pun topi adalah perlu sewaktu melakukan aktiviti di kawasan terbuka.

3.Semak Bahan Produk Kecantikan
Gunakan produk skin care dan alat solek yang benar-benar bebas racun dan terbukti secara klinikal tidak mengandungi unsur berbahaya seperti paraben, merkuri, pewarna sintetik, phthalates dan etc yang boleh menjadi penyebab kulit rosak.

Penggunaan kosmetik yang salah boleh menyebabkan iritasi kulit, alergi, jerawat, jeragat dan kanser kulit. Pastikan kosmetik dan pencuci muka anda bebas dari bahan sintetik dan toksik.

4. Amalkan Kecantikan dari dalam dengan pengambilan supplement tambahan.
Pemakanan yang sihat amat membantu tubuh menjalankan mekanisma fungsi penting dalaman dan luaran.

Pilih makanan diet yang baik untuk kulit seperti vitamin, mineral dan protein. Selain untuk regenerasi sel kulit, fungsi antioksidan dan anti-penuaan dalam setiap nutrien juga amat penting.

Elakkan makanan berminyak, kolestrol tinggi dan garam berlebihan yang juga membawa faktor tidak baik untuk pemeliharaan kulit.

Nak tahu saya ambil supplement apa? Nanti saya cerita dalam akan datang yea.

Pendek kata, skin care penting untuk rawatan jeragat luaran dan supplement untuk rawatan dari dalam dan jangka panjang.

Dengan Spot Whitening Treatment dengan satu langkah sahaja kita dah boleh dapat hasil memuaskan!

 Anda pun menghadapi masalah jeragat macam saya dan nak jeragat hilang dengan hanya 1 langkah? Hubungi saya SMS/Whatsapp @ 013 416 4992

Saya berpuas hati dengan Spot Whitening Treatment! Insyallah saya boleh tolong dapatkan untuk anda dan membuat anda juga berpuas hati!


~ Beauty & Happiness
is Healthy body & Soul ~

Eja[1119387] | 013 - 416 4992
    Penghantaran Seluruh Malaysia
    COD: Taiping, Kamunting dan kawasan sekitar
                 



Wednesday, 2 December 2015

Rahsia Mendidik Anak Bercakap Orang Putih (Inggeris) secara semula jadi

with 0 Comment

Bila mendengar anak-anak kecil bercakap orang putih timbul satu perasaan wowww...kagumnya tengok budak ni kecik-kecik lagi dah petah cakap orang putih...hehehe ... aku yang dah tua ni pun kengkadang tak confidence jer nak speaking london.

Bagi anak-anak kecil kemahiran menguasai bahasa adalah mudah. Dan lebih mudah lagi jika dari awal kita dah membiasakan mereka dengan bahasa yang nak dikuasai. Dalam kes kat Malaysia ni mestilah English.

Rahsianya mudah sahaja, ajarkan anak kita bercakap orang putih dengan perkataan, frasa atau ayat mudah di rumah...kalau bahasa lain pun sama juga kaedahnya.

Mulakan dengan mengajar 3 - 5 perkataan mudah. Contoh, kita kenalkan 
  • bed
  • chair
  • shoes
  • pants
ulang dan ulang setiap hari sehingga anak kita ingat dan kemudian barulah kita kenalkan pula perkataan baru yang lain. Dalam proses ni kita tak perlulah ulang semula dalam bahasa Melayu. Hanya 3-5 perkataan jer SEHARI yea ibu-ibu.

Penggunaan satu bahasa dalam satu masa adalah penting. JANGAN sekejap orang putih sekejap Melayu. Kalau dah kenalkan sesuatu benda dengan bahasa Inggeris jadi hanya gunakan bahasa Inggeris saja.

Bila bercakap dengan anak pula gunakan ayat mudah macam :
  • "Aqeela Sit down"
  • Open the door
  • Catch the ball
  • take off your shoes
  • Put the plate in the sink
Ajarkan juga anak untuk guna ayat please, can, may bila diorang nak kan sesuatu. Contohnya:
  • Can I play outside, please?
  • May I have some water please?
  • Can you help me please? 
dan ofcoz kalau dah ada please mestilah kena ajar say "thank you" dan "you are welcome" kan barulah lengkap manners anak-anak kita.

Didik anak kita berfikir dengan memberikan soalan pilihan. Seperti:

Mama: What colour do you like?
Aqeela: I like pink colour.

atau

Mama : Would you like to eat chicken or fish?
Aqeela : Chicken, please.

Cara yang terakhir dan paling efektif.... biasakan anak-anak kita mendengar dan melihat cerita kartun cakap orang putih. Lagi bagus kalau dapat cerita edukids macam dora the explorer, diego, dan etc.

Walaupun diaorang tak faham mula-mula tapi dengan melihat gambar, mimik muka dan ekperesi sesuatu keadaan dalam cerita tu akan memudahkan mereka untuk faham dan mengaplikasikan penggunaan bahasa mengikut keadaan yang betul.

Inilah apa yang saya lakukan bersama anak-anak saya untuk mereka lebih faham dan yakin bercakap orang putih. 

Semoga apa yang dikongsikan disini dapat membantu sedikit sebanyak ibu-ibu yang berhajat untuk anak mereka bercakap orang putih di rumah.

k    kongsikan kebaikan, nikmati kesihatan ~    

Eja[1119387] | 012-6178480
    Penghantaran Seluruh Malaysia
    COD: Taiping, Kamunting dan kawasan sekitar
                 







Sunday, 8 November 2015

Keistimewaan dan Kebaikan Vivix Shaklee

with 0 Comment



Keistimewaan Vivix Shaklee

Memperbaiki DNA.

Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat.

Dengan meminum Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses penuaan. 

Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal. Selain itu, Vivix juga baik untuk strok dan diabetis.

Memperbaiki tenaga sel.

Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.


Vivix juga membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi.
Bila umur semakin meningkat tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar.

Keistimewaan Vivix adalah membantu mengembalikan keremajaan pada tubuh kita.

Bila bercerita mengenai keistimewaan pastinya kita nak tahu juga kebaikan Vivix kan?
Antara kebaikan Vivix Shaklee yang tak dapat ditolak pastinya awet muda. Tapi bukan itu saja yang ditawarkan oleh Vivix, dibawah ini antara senarai kebaikan yang diberi oleh Vivix. 



 Kebaikan Vivix Shaklee

o    Menggalakan penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
o    Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
o    Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
o    Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
o    Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
o    Mengurangkan insiden penyakit nyanyuk - merawat azhameir
o    Membantu merawat penyakit parkinson
o    Membantu memulihkan penyakit strok - angin ahmar
o    Meningkatkan kesihatan imum badan
o    Menggalakan kesihatan keseluruhan


Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. 

Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi yang dikenali sebagai resveratrol. Ketahui rahsia keistimewaan resveratrol disini.

~ kongsikan kebaikan, nikmati kesihatan ~    

Eja[1119387] | 013-4164992
    Penghantaran Seluruh Malaysia
    COD: Taiping, Kamunting dan kawasan sekitar
                 


Wednesday, 4 November 2015

Apakah Itu Resveratrol :Rahsia Dalam Vivix

with 0 Comment



Kenali VIVIX dan komponen utamanya RESVERATROL  

Vivix™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. 

Apakah itu Resveratrol?

Resveratrol adalah sejenis anti oksida - polifenol, yang didapati pada tumbuhan, buah-buahan, bijian dan kekacang, manakala kulit anggur merah mengandungi konsentrasi yang paling tinggi. Resveratrol bertindak sebagai 'sistem imunisasi' untuk memelihara sel-sel daripada jangkitan virus dan bakteria.

Kesan Utama Dari Penggunaan Resveratrol dapat  Melindungi dan mengaktifkan mitokondria - dimana dalam setiap sel badan kita mengandungi ratusan mitokondria, ia juga dikenali sebagai "kilang menjana tenaga" atau "loji tenaga sel". 

Selain daripada menjana tenaga dan menyelaras metabolisma tubuh, mitokondria juga mengawal proses tumbesaran dan kematian sel-sel. Organ-organ kita akan terpengaruh jika mitokondria mengalami sebarang kerosakan.

Resveratrol juga membantu mengaktifkan gen anti-penuaan (Sirtuin 1) - Sirtuin 1 adalah gen anti-penuaan yang membawa kesan terapeutik kepada penyakit-penyakit seperti gangguan metabolik, masalah neurodegeneratif, kanser serta penyakit kardivaskular. 

Apabila gen Sirtuin 1 diransangkan ia akan  Mengaktifkan pertumbuhan sel yang normal dan sihat seterusnya  Mematikan pertumbuhan virus, bakteria serta sel-sel abnormal seperti sel kanser.

Berdasarkan kajian dan penyelidikan oleh Dr. David Sinclair dan ahli-ahli sains Itali mendapati bahawa Resveratrol mempunyai kesan Melanjutkan jangka hayat dan Meningkatkan daya ketahanan.

Bagaimana Resveratrol dapat meningkatkan daya ketahanan? Bilangan dan fungsi mitokondria yang terdapat dalam sel-sel otot ditingkatkan untuk membentuk fiber otot seperti otot ahli-ahli sukan. Melalui proses ini lah daya ketahanan dapat ditingkatkan.




Kandungan Resvetarol yang terdapat dalam Vivix juga dapat Membina daya ketahanan terhadap kanser.

Untuk kes kanser Fasa Pertama Resveratrol akan mengurangkan kerosakan pada sel-sel sihat akibat serangan agen-agen karsinogenik. Manakala, bagi Fasa Pertumbuhan Kanser ia mengaktifkan gen Sirtuin 1 untuk menghalang pertumbuhan sel-sel kanser. Dalam kes Fasa Pertumbuhan Pesat Revestarol akan Mempercepatkan kadar kematian sel-sel kanser.

Kebaikan Revestarol bukan setakat itu sahaja, antara lainnya ialah Mengurangkan kerosakan kepada DNA dan sel-sel, Mengurangkan kadar penyakit Alzheimer dan Parkinson. 

Selain itu, Resvetarol juga dapat menyelaraskan paras gula dalam darah dan memperbaiki fungsi insulin di kalangan pesakit diabetis serta mengurangkan sekatan pada saluran darah dan pemejalan darah.

~~ kongsikan kebaikan, nikmati kesihatan ~    

Eja[1119387] | 013- 416 4992
    Penghantaran Seluruh Malaysia
    COD: Taiping, Kamunting dan kawasan sekitar
                 




3

Wednesday, 28 October 2015

Pendedahan 5 Rahsia buah Berries yang kita perlu tahu.

with 0 Comment


Korang mesti pernah makan buah strawberrykan? Buah yang sentiasa dikaitkan dengan rasa cinta dan keghairahan..kalau time bercinta dapat strawberi nak pulak kalau strawberry disaluti coklat…memang cair hati orang pompuan nih… ;D.

Strawberry ni adalah tergolong dalam kumpulan berries yang mana menyimpan rahsia untuk kesihatan tubuh badan kita.

Rahsia pertama ni khas untuk sesiapa yang dalam proses menguruskan badan. 
Kandungan fiber yang tinggi dalam berries akan membuatkan kita merasa kenyang dan tidak merasa lapar.
( sebab tu lah ramai orang yang berhajat nak kurus mengamalkan diet makan berries… :D)


Rahsia kedua yang kita perlu tahu, kalau kita mengamalkan makan berries setiap hari dapat membantu mengurangkan simptom sakit sendi.  

Berries adalah kumpulan buah-buahan yang mempunyai kandungan antioksidan paling tinggi, Antioksidan ini dapat melindungi badan dari keradangan dan radikal bebas yang boleh merosakkan sel dan organ badan kita.

Kita perlu tahu, semakin usia meningkat badan semakin mudah untuk terdedah dengan pelbagai jenis penyakit dan keradangan.  Didalam berries, terkandung resveratrol yang dapat melambatkan proses penuaan badan kita. 

Untuk mendapatkan khasiat berries yang optimum, kita digalakkan untuk memakan dua atau tiga jenis berries segar atau frozen atau pun yang telah dikeringkan setiap hari. Kita boleh menggabungkan jenis-jenis berries dalam diet seharian mengikut keperluan badan kita.

Korang tau tak dalam secawan Strawberry mengandungi Vitamin C yang lebih tinggi berbanding sebiji buah oren dan tinggi dengan folic asid.

Manakala Blueberries mengandungi 20 jenis  anthocyanin – antioxidants yang menyebabkan warna blueberries menjadi biru-violet dan kemerahan. Berries yang lain hanya mempunyai tiga atau empat jenis sahaja.

Blackberries, Raspberries and Boysenberries mengandungi 8g fiber dalam setiap 1 1/3cawan(25g) bagi setiap satu jenis.


Rahsia buah Cranberries bukan sahaja bermanfaat untuk melawan jangkitan saluran air kencing atau   UTI (urinary tract infections) dengan menghalang bakteria Escherichia coli dari melekat pada saluran air kencing, ia juga merupakan probiotik semula jadi yang menyokong bakteria baik untuk hidup dalam saluran gastrousus dan sekali gus membantu dalam penghadaman.

Banyakkan rahsia yang tersimpan dalam buah yang kecil molek ni. Sebenarnya banyak lagi jenis berries yang mempunyai khasiat berguna untuk kita... tapi yang tu nanti kita sambung next chapter yea.

Dah tahu rahsia buah berries ni bolehlah kita sama-sama amalkan memakannya ya, mudah-mudahan kita mendapat manfaat dari sumber alam ini. Nak awek muda tak? haa...jom kita makan berries lepas ni :D


Your Pro SID
013-416 4992
~ Eja ~

Friday, 16 October 2015

ESP Shaklee Soya non-GMO

with 0 Comment


ESP Shaklee... hot produk dan merupakan pengganti minuman soya untuk saya. Dalam entri yang sebelum ini ada saya kongsikan kenapa bertukar dari soya yang biasa kepada ESP... bagi yang ingin tahu kenapa boleh baca ni Bahaya Soya Jalanan

Salah satu sebab saya pilih ESP Shaklee berbanding soya lain adalah kerana kebersihannya. Korang tahu tak yang kebanyakan jenama soya dipasaran dibasuh menggunakan alkohol sebelum diproses, tapii bagi soya Shaklee ianya dibasuh dengan menggunakan air sebanyak 7 kali!

Penggunaan alkohol ini akan menyebabkan isoflavanes didalam soya termusnah. Sedangkan isoflavanes ini lah yang penting dalam pencegahan kanser. So, kalau ada yang kata soya adalah punca kanser...memang betullah sebab soya yang dah diproses sudah hilang khasiat isoflavanes.

Lain pula ceritanya dengan ESP Shaklee, dimana soya shaklee dibasuh menggunakan air untuk mengekalkan isoflavanes, genistein dan daidzein dan kebaikan lain yang terdapat pada soya. ESP Shaklee juga diperbuat daripada soya non-GMO yang mengandungi 5 vitamin B yang penting, rendah lemak, bebas laktosa dan kolestrol.


ESP Shaklee adalah sumber protein yang tiada flavor lain macam coklat ke... Strawbery ke ...hanya perisa asli. Bukan sebab Shaklee ni kedekut nak tambah perisa cuma nak mengekalkan keaslian dan ketulenan rasanya. Kalau korang nak tambah strawbery ke coklat ke ikut sukalah..banyak je resepi ESP yang korang boleh google.

Istemewanya ESP Shaklee kerana ia merupakan sumber protein soya yang terbaik. Menyediakan tenaga yang berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten. ESP menyediakan 14gram protein soya non-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk 9 asid amino penting. Jika dibandingkan dengan sumber protein daripada daging, telur, tenusu .... ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa serta kolesterol.




Masa mula-mula saya membuat keputusan untuk bertukar kepada ESP Shaklee adalah sebab non-GMO! Non-GMO bermaksud tidak diubah suai secara genetik. Protein soya non-GMO ini dihasilkan di bawah satu program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), dimana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam sehinggalah saat pemprosesannya. Program ini memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik. Daripada biji benih sehingga penyimpanannya. Apa yang pasti Shaklee memang amat mementingkan kebersihan dan dalam penggunaan ramuan-ramuan yang semula jadi dan berkualiti.

Mungkin yang belum membaca entri saya mengenai GMO tertanya-tanya kenapa non-GMO membuat saya memilih ESP Shaklee. Secara ringkasnya kat sini penggunaan produk GMO boleh menyebabkan alahan(alergi), toksik dan risiko kanser.

Sebenarnya, dalam zaman kita sekarang ni lebih senang nak dapat produk GMO dari yang non-GMO.
Mana tak senangnya, bersepah-sepah  ada jual produk GMO dipasar dan pasaraya...dan yang sadisnya produk ini langsung tak dilabelkan sebagai GMO. Tak hairanlah kalau bermacam-macam penyakit yang ada sekarang ni...contoh yang paling popular alergik dan penyakit berkaitan kanser.

Antara makanan yang tinggi potensi GMO paling glamer adalah jagung dan soya! Makanya sebelum korang nak beli produk yang soy base ni pastikan baca labelnya dulu...pilih non-GMO. Jangan disebabkan nak yang murah, atau sedap atau fofularnya mahupun sebab nak dapat barang percuma....korang abaikan kesihatan badan. Sayangi dan hargai kesihatan badan korang .... kalau dah dapat penyakit lagi banyak duit nak kena labur.

Seronok rasanya masih lagi dapat menikmati soya non-GMO melalui ESP Shaklee. Bukan sebab non-GMO ni jer tapi jugak sebab ESP ni menjadikan kulit wajah saya yang berkawah kesan jerawat dulu dah tiada lagi....kulit pun jadi semakin cantik, halus gebu dan berseri. Sampai ada promoter kat pasaraya bleh panggil saya adik... :D. Memang awet muda dan bertenaga betullah amalkan ESP ni.


Cubalah minum segelas ESP hari ni dan korang mesti nak minum lagi dan lagi.... buat pilihan bijak dengan memilih protein dari sumber soya non-GMO.

Keep in mind, sumber dari produk GMO memberikan risiko penyakit berkaitan kanser dan alergik ... ;D







Noraiza Abu Bakar { Eja }
Shaklee Independent Distributor { ID No. 1119387 }
013 - 416 4992  | delsimoms@gmail.com

Anda mungkin berminat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.