Wednesday, 20 January 2016

Lecithin Pilihan Terbaik untuk Ibu Menyusu

with 1 comment


Ibu-ibu muda dan ingin breastfeed baby pastinya sibuk mencari maklumat dan supplement bagi memastikan bekalan susu badan mencukupi untuk anak yang tersayang.

Lagi bagus kalau dapat supplement yang boleh memastikan bekalan susu mencukupi,dapat mengembalikan tenaga dan paling best kalau dalam masa yang sama boleh mengembalikan kelangsingan badan selepas bersalin.

Lecithin la option yang korang boleh ambil.




Kenapa Lecithin sangat bagus dan perlu untuk ibu menyusu?
Tahukah ibu-ibu apakah kebaikan Lecithin kepada ibu yang menyusu?
  •  Ia membantu mengurangkan risiko clog duct atau duktus susu tersumbat.
  • Ia membakar lemak yang berlebihan dalam badan ibu.
  • Ia membantu ibu mengatasi masalah  lupa atau "short memory" yang biasa dilalui selepas melahirkan.
  • Ia membantu menyalurkan inositol dan kolin di dalam susuibu untuk perkembangan otak bayi .
Maka selamatkah Lecitihin di ambil semasa penyusuan selain untuk pengambilan untuk mengurangkan berat badan? Jawapannya ialah ya selamat diambil.
Mari kita kenali lebih dekat apa itu Lecithin.
-Nature’s Emulsifier (Pengemulsi Semulajadi) – yang  membantu badan menyerap nutrien larut lemak seperti Vitamin A,D,E, K, Beta Caretone
-Boleh didapati dari tisu binatang dan tumbuhan (plant)
-Untuk commercial didapati dari telor, jagung & kacang soya
-Fat Emulsifier – Metabolisma lemak 
-Asid linoleik (essential fatty acid) – amat diperlu oleh badan. Tapi badan tidak boleh menghasilkannya sendiri dan  ia perlu diambil melalui diet harian
-Kolin – satu komponen neurotransmitter
-Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf
-Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan

Jadi, para ibu-ibu yang cantik dan bijaksana jadikanlah lecithin sebagai supplement pilihan!


Beauty & Happiness
is Healthy body & Soul ~

Untuk pertanyaan
SMS/Whatsapp @ 013-4164992
Email: delsimoms@gmail.com


Eja[1119387] | 013-4164992
    Penghantaran Seluruh Malaysia
    COD: Taiping, Kamunting dan kawasan sekitar

Saturday, 16 January 2016

Resepi Peria Goreng dan Khasiatnya untuk Kesihatan Diabetes

with 1 comment
Tak suka makan peria? Takut akan rasa pahitnya... Hihihi dulu saya pun macam tu jugak. Kalau nak beli lauk diluar tu bila nampak peria goreng rasa macam fobia jer nak makan.

Sampailah satu hari MIL saya masakkan peria goreng untuk kami sekeluarga...mau atau tak kenala jugak makan kan...

Sedapp weii!!! Bukan jer sedap banyak juga khasiat yang ada dalam peria ni.

Sejak zaman purba lagi peria digunakan untuk merawat kencing manis. Pakar perubatan tradisional China telah menggunakan peria untuk merawat asma dan masalah haid yang terlewat.

Doktor dari England telah membuat penyelidikan untuk mencari nilai saintifiknya. Hasilnya mereka menemui hypoglycemic atau insulin. Seterusnya mereka mencipta plantinsulin untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah dan air kencing.

Kaedah yang paling mudah untuk merawat penyakit ini ialah dengan meminum jus yang diambil daripada empat atau lima biji peria pada setiap pagi. Bijinya yang dihancurkan boleh dicampurkan ke dalam makanan.


 Sekiranya tidak mahu meminum jusnya, penghidap diabetes juga boleh meminum air rebusan beberapa potong peria ataupun menggunakannya dalam bentuk serbuk Tapi, kalau tak suka sangat rasa pahit mungkin boleh mencuba Vivix Shaklee.

Daunnya pula sangat berkesan untuk merawat buasir. Caranya ialah dengan mencampurkan jus yang boleh diperolehi daripada daunnya ke dalam segelas susu. Ia hendaklah di minum setiap pagi selama sebulan untuk merawatnya. Akarnya yang telah di hancurkan pula di gunakan untuk di sapukan ke tempat buasir.

Jika menghadapi masalah darah kotor seperti bisul, kudis buta, rasa gatal dan lain-lain masalah, fungus peria boleh mengatasinya dengan cara mencampurkan segelas jus peria dan sudu kecil jus limau. Ia hendaklah diamalkan sedikit demi sedikit dalam jangkamasa empat ke enam bulan. 


Masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daripada daunnya. Ia juga boleh mengatasi masalah hati kesan daripada pengambilan alkohol.

Walaupun peria tidak di minati kerana kepahitannya tetapi ia banyak membawa manfaat kepada orang yang mengemarinya. Rasa pahitnya akan hilang dengan cara merendam di dalam air garam sebelum di masak. Di India, biji daripada buahnya yang telah di masak ranum pula di jadikan sebagai bahan perasa.

Rujukan : Homefamilysite ~ Khasiat Buah Peria Untuk Kesihatan


Resepi Peria Goreng



1 biji peria ~ belah 2 buang biji tengahnya dengan sudu. Kemudian hiris nipis. Rendam sebentar dalam air garam selama 20 minit.
1 biji telur masin
1 biji cili merah ~ di hiris
1 biji cili hijau ~ di hiris
5 biji cili padi ~ belah 2 
5 ekor udang sederhana besar 

Sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan kisar

1 sudu teh udang kering ~ rendam lembut dan kisar ( boleh gantikan sedikit belacan atau ikan bilis)
3 ulas bawang merah ~ kisar
2 ulas bawang putih ~ kisar
5 biji cili padi ~ kisar

Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga harum
Ketepikan bahan rencah dan pecahkan telur asin. Pecahkan kuning telur yang keras. Kacau rata
*saya tak masukkan
Sebatikan dengan rencah tadi
Masukkan cili merah, cili hijau dan cili api dan udang
Perasakan dengan garam secukup rasa
Masukkan sayur peria
Kacau rata

Berhati-hati di dalam penggunaan garam kerana telur asin dah ada masinnya.
Sedia di hidangkan

Selamat Mencuba!!

Saturday, 9 January 2016

6 Khasiat Terbaik Carotomax ( Karotenoid)

with 1 comment

Carotomax 

Terdiri daripada Enam Karotenoid Terbaik

CAROTOMAX merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap. 

 Bahkan, anda tidak akan dapat ketulenan dan keberkesanan karotenoid daripada makanan itu sahaja.

CAROTOMAX menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan antioksidan seperti pokok kelapa sawit dan alga, tomato, biji anggur, brocolli, calendula, apple dan dunaliellasalina.

Pakar nutrisi mencadangkan pengambilan sayuran dan buah-buahan sebanyak 5-6 hidangan sehari bagi mendapatkan tahap karotenoid yang tinggi dalam darah untuk:
  • Memelihara kesihatan yang baik
  • Membantu mengekalkan kesihatan penglihatan 
  • Mendapat kulit yang sihat dan
  • Mencegah kanser

Kelebihan Carotamax :



  • Lebih selamat dari Vitamin A: Penemuan vitamin yang pertama adalah Vitamin A iaitu pada tahun 1912. Dari penemuan ini didapati vitamin A yang berlebihan akan mengakibatkan toksik dalam darah.
         Pada 1932, Saintis telah menemui beta karotone yang mempunyai fungsi menyerupai vitamin A dan lebih selamat untuk diambil. 
  • Meningkatkan Tahap Penglihatan: Menghasilkan "visual purple" yang membolehkan kita memelihara penglihatan di waktu keadaan gelap. 
         Ia juga meningkatkan tahap penglihatan bagi pelbagai keadaan penglihatan seperti rabun malam, presbyopia, astigmatism, xerophthalmia (kekeringan mata), mata letih, glaucoma, katarak, eye bags dan lingkaran hitam mata.
  • Mengurangkan penyakit kulit: pengambilan karotenoid secara berterusan akan membantu meredakan masalah penyakit kulit seperti psoriasis, kulit kering, kulit mengelupas, jerawat dan black head. 
         Selain itu boleh juga digunakan secara luaran untuk merawat scabies, jerawat dan ulser kulit.
  • Mencantikkan kulit dan otot: beta carotene yang terkandung dalam badan bertindak melindungi kita dari pancaran ultra violet, sunburn dan ontioksidan.
         Ia juga, mengekalkan kelembapan epidermis(lapisan kulit luar) kita dan mengaktifkan penjanaan semula sel-sel baru untuk menghasilkan kulit yang cantik dan otot yang                sihat.
  • Melawan kanser dan Antioksidan: Pengambilan beta catotene secara konsisten akan menguat dan meningkatkan tahap imun badan kita, melambatkan penuaan dan membantutkan pertumbuhan sel kanser. Ini akan menurunkan risiko kita mendapat kanser terutamanya breast cancer dan paru-paru.
         Beta Carotene juga mengurangkan radikal bebas dan menghapuskan semua sel-sel mati teroksida.
  • Menghalang jangkitan : Mengstimulate enzim untuk membunuh kuman, menghalang dan meningkatkan tahap kesihatan paru-paru daripada penyakit seperti: batuk, herpatitis, asthma. 
Meningkatkan tahap kesihatan: Meningkatkan kesihatan tubuh badan, menguatkan tulang, mencantikkan kulit dan rambut, gigi dan gusi yang sihat, Ia juga menghasilkan sperma yang sihat.



Beauty & Happiness
is Healthy body & Soul ~

Untuk pertanyaan
SMS/Whatsapp @ 013-4164992
Email: delsimoms@gmail.com

Eja[1119387] | 013-4164992
    Penghantaran Seluruh Malaysia
    COD: Taiping, Kamunting dan kawasan sekitar







Thursday, 31 December 2015

Kebenaran Tentang Snek Sebelum Tidur Dan Berat Badan

with 0 Comment
Korang tengah diet nak kurangkan berat badan ? Tapiii....satu benda yang memang tak boleh nak elak tengok tv sambil makan snek...tak kira la pop corn ka, kacang ka yang pasti masa tengok tv tu mulut mesti nak mengunyah betui tak ???



Jaga-jaga,mungkin ramai antara kita anggap yang makan snek tengah malam macam tu tak memberi kesan apa-apa pada badan kita.

Kebenarannya, makanan seperti itu lah yang menyumbang ke arah naiknya berat badan kita.!..kita tak sedar berapa banyak kalori yang diambil masa tu.

Lebih malang lagi, kalau tabiat memakan snek ni memberi kesan melambatkan proses penurunan berat badan kita, jadi adalah penting untuk kita tahu dan sedar akan kesan tabiat makan snek lewat malam.

Cuba kita tengok apa kesan tabiat ini terhadap progress menurunkan berat badan kita.

#1: Jumlah Penggunaan Kalori

Perkara pertama yang kita perlu ambil kira bila makan snek adalah jumlah kalori yang kita sedang makan.

 Ingat! Bahawa kemajuan penurunan berat badan kita pada dasarnya akan menurun bergantung kepada berapa banyak kalori yang kita makan setiap hari.

Mengambil kalori lebih banyak daripada apa yang kita perlu akan menambahkan berat badan. Jika mengambil kurang kalori kita akan kehilangan berat badan , mudah jer. 😉

Jadi, kalau kita boleh mengintegrasikan pengambilan snek ke dalam jumlah pengambilan kalori harian penurunan berat badan kita, memakan snek sebelum tidur bukan lagi satu masalah!

Walaupun begitu kebanyakan orang tidak mengambil kira kalori ini dan itulah sebabnya berat badan mereka bertambah.

#2: Jenis-jenis makanan yang diambil

Pemilihan jenis makanan yang kita ambil juga adalah penting. Biasanya untuk snek sebelum tidur kita tidak memilih makanan berat yang bersandar protein dan sayur-sayuran. Sebaliknya,kita makan snek berbentuk karbohidrat yang mudah atau makanan ringan yang tinggi lemak.

Siapa tak suka makan jajan kan...keropok, potato chips sangat sedap memang tak boleh nak berhenti kalau dah mula makan...tapi tanpa sedar kita dah makan 1000 kalori lebih dari budget kalori pemakanan harian kita.

Untuk mencegah berlakunya pertambahan berat badan yang tak diundang berlaku, pilihlah snek secara bijak.


#3: Kelaparan Versus Snek Psikologi

Akhir sekali, kita juga perlu pastikan sama ada kita makan snek semata-mata sebab kelaparan atau terdapat isu psikologi.

Memakan mengikut emosi atau nafsu merupakan sesuatu yang serius dan perlu diberi perhatian.

Ini kerana kita akan memakan bukan atas sebab badan kita memerlukannya tapi atas sebab lain. Melainkan jika kita boleh mencari jalan untuk menghentikan craving untuk terus makan, pertambahan berat badan adalah kemungkinan besar yang akan berlaku.

\

Sebaliknya, jika kita betul-betul rasa sangat lapar sebelum tidur dan mengambil makanan ringan, maka tubuh kita mungkin memerlukannya. Jadinya, ianya tidak akan memberi kesan kepada berat badan.

Tak perlu tidur dalam kelaparan, tetapi pada masa yang sama, kita mesti betul-betul tahu untuk membezakan kelaparan psikologi dengan kelaparan fisiologi.

Dan bila kita boleh buat macamtu, kita akan mengalami kadar penurunan berat badan yang lebih baik.

Jadi, moralnya kalau nak makan snek lewat malam, pastikan makan snek selain daripada karbohidrat yang mudah  atau makanan ringan yang tinggi lemak.Penting sekali pastikan kita merancang kalori ke dalam jumlah pengambilan kalori harian !.

Percayalah kalau kita melakukan kedua-dua perkara ni, memakan snek sebelum tidur bukan lagi masalah besar untuk mendapat berat ideal idaman kita. Ditambah dengan pengambilan makanan tambahan untuk mempercepatkan pembakaran lemak ianya pasti menjadi proses mengurangkan berat badan yang paling mudah untuk dilaksanakan.


 ~ Beauty & Happiness
is Healthy body & Soul ~

Untuk pertanyaan
SMS/Whatsapp @
Email: delsimoms@gmail.com

Eja[1119387] | 012-6178480
    Penghantaran Seluruh Malaysia
    COD: Taiping, Kamunting dan kawasan sekitar


Wednesday, 30 December 2015

Amalan Doa Mudah Hamil dan Dapat Anak

with 0 Comment



Janganlah bersedih...jika di beri ujian masih tidak lagi memiliki zuriat sendiri. tahukah kita yang para anbia juga diberi ujian yang sama? Antaranya Nabi Zakaria.


Nabi Zakaria masih tidak mempunyai anak, biar pun telah berusia 100 tahun kerana isterinya mandul. Namun, beliau tetap berhajat untuk memiliki zuriatnya sendiri lalu memanjatkan pengharapan kepada Allah.

Diceritakan dalam al-Quran: 


Ia berkata, “Wahai Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau wahai Tuhanku. Sesungguhnya aku khuatir terhadap orang yang akan menggantikan sepeninggalanku, sedang isteriku adalah seorang yang mandul. Kerana itu anugerahkanlah aku dari sisi Engkau seorang putera, yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebahagian keluarga Yaakub dan jadikanlah ia wahai Tuhanku, seorang yang diredhai.”

Doa Nabi Zakaria diterima Allah dan beliau dijanjikan dengan kelahiran seorang anak, bernama Yahya, melalui isterinya yang sudah tua itu.


 Mengetahui berita itu, Zakaria bertanya kepada Allah:“Wahai Tuhanku, bagaimana akan ada anak bagiku, padahal isteriku seorang yang mandul dan aku sendiri sesungguhnya sudah mencapai usia yang sangat tua.”


Allah berfirman kepadanya:“Hal itu adalah mudah bagiKu dan sesungguhnya Aku telah jadikan kamu sebelum itu, padahal kamu di waktu itu belum ada sama sekali.”


Kemudian Nabi Zakaria berkata:“Wahai Tuhanku, berilah aku suatu tanda.”

Allah berfirman:“Tanda bagimu ialah kamu tidak dapat bercakap-cakap dengan manusia selama tiga malam, padahal kamu sihat.”


Selepas itu, Nabi Zakaria tidak berkata lagi. Selama tiga hari tiga malam jika ke tempat ibadah beliau menggunakan isyarat supaya kaumnya bertasbih, sama ada pagi dan petang, sehingga didatangkan Allah malaikat kepadanya bagi memberitahu berita gembira itu.

Firman Allah bermaksud: 

“Kemudian malaikat Jibril memanggil Zakaria, sedang ia tengah berdiri bersembahyang di mihrab itu, seraya berkata; sesungguhnya Allah menggembirakan kamu dengan kelahiran seorang puteramu Yahya, yang membenarkan kalimat yang datangnya dari Allah, menjadi ikutan, menahan diri daripada pengaruh hawa nafsu dan seorang nabi daripada keturunan orang-orang soleh."

Ini adalah Doa yang diamalkan oleh Nabi Zakaria. a.s.

doa dapat zuriat

Surah Ai Imran 3:38
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:


“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.
Ya Tuhanku, berilah Aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”.

Imam al Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah Allah swt memberikan Mariam a.s buah-buahan pada bukan musimnya.

Maka baginda meyakini bahawa Allah swt berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak. (petikan dari buku101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam Al-Quran - Khasiat & Kaifiat Beramal oleh Ustaz Haji Zahazan Mohamed).


doa mudah hamil

Surah Al-Anbiya:21:89
“Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan Aku hidup seorang diri (tidak mempunyai keturunan) yang mewarisi dan Engkaulah waris yang paling Baik”

Ini juga doa Nabi Zakaria. Menurut kitab A’maal e Qur’aani karangan Maulana Ashraf Ali Thanwi Rah, ayat di atas dibaca 3X selepas solat 5 waktu untuk dikurniakan anak yang soleh.

Sebaiknya amalan ini dilakukan bersama-sama suami isteri secara berjemaah. Jangan pernah berhenti berharap pada Allah.



 ~ Beauty & Happiness
is Healthy body & Soul ~

Untuk pertanyaan
SMS/Whatsapp @
Email: delsimoms@gmail.com

Eja[1119387] | 012-6178480
    Penghantaran Seluruh Malaysia
    COD: Taiping, Kamunting dan kawasan sekitar

Sunday, 27 December 2015

Set Kesuburan Shaklee untuk Cepat Hamil

with 0 Comment


Sudah lapan tahun berkahwin tapi masih belum dikurniakan rezeki. Penantian untuk memiliki zuriat sendiri akhirnya terjawab bila nora disahkan hamil 2 bulan.

 Tapi, berita gembira ini hanyalah sementara bila kandungan nora mengalami keguguran diusia kandungan memasuki 4 bulan. 


Ketidaksuburan adalah keadaan yang mana seorang wanita gagal hamil selepas melakukan persetubuhan tanpa sebarang alat pelindung (protection), walaupun semasa ovulasi dalam tempoh setahun atau lebih, dan ketidakmampuan seorang wanita untuk meneruskan kehamilan hingga cukup bulan (keguguran).
Tidak subur biasanya ditujukan kepada wanita. Betulkah? 

Jawapannya adalah Tidak! Kerana 40% dari kes ketidaksuburan dilaporkan berpunca dari wanita.

Mengejutkan kerana 40% kes berpunca cari lelaki! Manakala 20% lagi adalah kedua-dua pasangan tersebut.


Kesimpulannya ketidaksuburan bukan sahaja digalas dibahu wanita sahaja, tetapi juga melibatkan lelaki walaupun tidak dinafikan lelaki susah untuk mengakuinya.

Selain itu pasangan suami isteri digalakkan mengamal gaya hidup sihat dan tips yang boleh membantu proses kehamilan. Jom baca tips cepat hamil di bawah ini.



Terdapat 6 tips cepat hamil telah teruji dengan baik yang layak dan boleh untuk anda pertimbangkan:


#1. Rancanglah Waktu Hubungan Anda

Salah satu tips terpenting untuk cepat hamil adalah dengan merancang waktu untuk melakukan hubungan dengan pasangan. Sperma dapat hidup selama maximum 5 hari di dalam rahim. Kerana itu untuk meningkatkan kebarangkalian terjadinya kehamilan, lakukan hubungan 2 hari sebelum masa ovulasi/ keluarnya sel telur.


Untuk mengetahui bila terjadinya ovulasi, ada beberapa cara yang dapat digunakan:

- sistem kalender

- suhu tubuh badan /Body Temperature

- Pengeluaran cecair lendir serviks

- dan yang terbaru, strip penguji masa subur (biasanya dapat dibeli di farmasi terdekat)


#2. Berhenti Merokok dan Minuman Beralkohol

Berdasarkan kajian yang dikeluarkan oleh  ESHRE (Human Reproduction & Embryology) di Barcelona, minuman beralkohol dapat menurunkan kebarangkalian wanita untuk cepat hamil secara normal sebanyak 44%, dan 28% untuk wanita yang merokok. Bahkan merokok bukan sahaja menurunkan peratusan untuk hamil, malah ianya akan meningkatkan risiko kepada janin yang dikandungkan.

#3. Pengambilan Vitamin

Untuk cepat hamil, ambillah vitamin secara konsisten dan disertakan dengan jenis-jenis makanan yang mengandungi zat-zat yang sangat-sangat diperlukan untuk kesuburan. Dan kedua-dua harus amalkan….Anda dan juga pasangan anda. Antara contoh vitamin yang menggalakkan kesuburan ialah:-



Vitamin C – dipercayai dapat meningkatkan kualiti sperma.

Vitamin E - dapat meningkatkan kesuburan para suami dan isteri.



Dan wanita yang mengamalkan pengambilan asid folik, akan meningkatkan lagi kebarangkalian untuk cepat hamil berbanding mereka yang tidak mengambilnya. 

Asid folik juga berperanan penting dalam pembentukan otak janin di dalam kandungan kelak..



Bagi anda yang sedang dalam usaha untuk cepat hamil, ambillah vitamin anda bermula daripada sekarang. Saya ada menyediakan set untuk preggy moms yang mengandungi vitalea (multivitamin yang lengkap dengan iron, b complex yang lengkap dengan asid folik, vitamin C dan juga kalsium). 

#4. Pilihlah Posisi yang Tepat ketika Berhubungan


Untuk pasangan yang sangat mendambakan kehadiran cahaya mata, missionary adalah posisi yang paling disarankan untuk cepat hamil. 

Posisi ini memungkinkan penetrasi yang cukup dalam sehingga rahim dapat menyimpan sperma untuk waktu yang lebih lama. Dan….sebaiknya hindari posisi woman on top, kerana akan mengurangkan kemungkinan rahim untuk menyimpan sperma..


#5. Kawal Berat Badan Anda



Berat badan yang normal atau seimbang dapat meningkatkan peluang terjadinya kehamilan. 

Sering kita dengar sebahagian besar pasangan yang memiliki masalah dengan berat badan, umumnya juga akan menghadapi masalah untuk cepat hamil.

Ini kerana, berat badan berlebihan akan membawa pengaruh yang kurang baik bagi kesuburan anda.

Jadi, usahakanlah untuk mencapai berat badan yang ideal terlebih dulu untuk meningkatkan peluang anda untuk cepat hamil. Anda boleh cuba Mini Budget Slimming Set yang saya sediakan..



Dan….sebaliknya, jika terlalu kurus juga membawa pengaruh negatif yang sama…Jadi, bagi anda yang mempunyai berat badan terlalu ringan, berusahalah untuk menaikkan berat badan anda secara sihat. 

Mungkin anda boleh mengambil Mealshake, b complex dan vitalea untuk mendapatkan berat yang ideal. 

#6. Amalan berdoa kepada Allah

Last but not least, perlu diakui setiap rancangan dan kejadian ini Allah yang menentukan. 

Puas kita merancang dan berusaha tapi kita lupakan Allah. Allah adalah tempat kita sebagai hambanya mengadu dan memohon pertolongan.

Antara amalan doa yang boleh diamalkan adalah doa  nabi zakaria memohon dikurniakan zuriat


 ~ Beauty & Happiness
is Healthy body & Soul ~

Untuk pertanyaan
SMS/Whatsapp @
Email: delsimoms@gmail.com

Eja[1119387] | 012-6178480
    Penghantaran Seluruh Malaysia
    COD: Taiping, Kamunting dan kawasan sekitar

Tuesday, 15 December 2015

Set Kesuburan Shaklee Membuka Peluang Hamil Setelah Berumur.

with 0 Comment
Ramai orang kata bila usia dah sampai 35 peluang untuk hamil semakin tipis... tapi dalam hati ni teringin lagi nak ada baby.

Bau baby sangat menenangkan biarpun kadang kala tak tidur malam dibuatnya...hehehe. Nak pulak saya ni belum lagi ada baby boy lagilah teringin untuk hamil. Mana tahu kalau-kalau Allah nak bagi anak lelaki pulak kali ini kan :)

Maka saya pun ajukanlah soalan pada doktor pakar Obstetrik & Ginekologi tentang nak hamil pada usia yang dah berumur ni.

Mengikut katanya, sekiranya kita dan pasangan bebas daripada apa-apa masalah, terutamanya masalah kesihatan seperti kencing manis atau darah tinggi maka bolehlah proceed untuk merancang kehamilan seterusnya.

Berdasarkan nasihatnya , beberapa perkara perlu dibuat untuk meluaskan peluang kehamilan.

#1. Mengambil supplement
     Bagi kita orang perempuan mesti mengambil pil kesuburan dan folic asid 5mg setiap hari
     sehinggalah hamil di mana usia kehamilan adalah 3 bulan.




#2. Mencatat hari-hari kitaran haid di atas kalender.
      Hari 1 adalah hari pertama turun darah haid. Hari 2 ialah hari kedua turunnya haid dan
      seterusnya...jangan salah kira yea sebab ramai antara kita beranggapan yang hari pertama kitaran
      haid bila berhentinya darah haid betul tak?

Pada hari ke 10, kita bolehlah memulakan pemeriksaan kesuburan menggunakan ovulation kit ( bukan UPT- urine pregnancy kit yea)


Penggunaan ovulation kit bertujuan untuk mengenal pasti hari subur kita ( si isteri). Caranya ialah dengan memeriksa air kencing pada hari ke 10, ke 11, ke 12, ke 13, ke 14 dan ke 15.

Setiap pemeriksaan perlulah dilakukan pada jam 2 petang. Kenapa jam 2? (Yang ni lupa pulak nak tanya... ;) )

Kalau ujian air kencing tu menunjukkan positif, hubungan seksual hendaklah dilakukan dengan suami 36 jam kemudiannya.

Tapi, kalau  sudah mencuba selama tiga hingga enam bulan masih belum hamil lagi maka bolehlah mendapatkan rawatan lanjutan daripada doktor pakar pula.

Selain itu, kita harus berdoa kepada tuhan kerana rezeki untuk hamil ini terletak padaNya. Kita hanya boleh berusaha sedaya kita.

Semoga panduan ini sedikit sebanyak dapat membantu pasangan yang ingin hamil biarpun muda atau berumur.

~ Beauty & Happiness
is Healthy body & Soul ~

Untuk pertanyaan
SMS/Whatsapp @
Email: delsimoms@gmail.com

Eja[1119387] | 012-6178480
    Penghantaran Seluruh Malaysia
    COD: Taiping, Kamunting dan kawasan sekitar



Anda mungkin berminat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.