Saturday, 18 June 2016

COD( Cash On Delivery) Shaklee Taiping, Kamunting dan Kawasan Sekitar

with 0 Comment

#codtaiping
#codkamunting
#codchangkatjering
#codsemanggol

#cod? 😆 Dulu kan kalau terbaca status orang duk tulis cod mesti otak akak jd beku dan konpius.

Apakah itu cod? Ikan kod kah? Poskod?... Ataupun kod makanan kah?  Iskhh..pening lah.

Bila dah berjinak dengan biz online barulah akak paham yg cod tu maknanya Cash On Delivery (COD). 😅😅😅

haish memang kena makan lecithin dengan omegaguard bebanyak akak ni bior bersambung sikit wayar dalam otak.

Citer pasal COD ni akak memang selalu jugak ada buat penghantaran kat area #taiping , #kamunting  dan kawasan berhampiranlah dan biasanya akak lebih suka hantar terus ke depan pintu rumah atau opis customer.

Ada sekali tu masa akak nak COD GLA ke Taiping, tengah bawak keta dengan berhemahnya tetiba bang!!

Ya Allah! rupanya akak berlanggar dengan sebijik motor.. tapi bukan salah akak tau.. jalan tu one way boleh pulak motor tu menongkah arus... tergamam la jugak sekejap.

Mujurlah akak dok selalu makan BComplex tak de lah kalot sangat masa accident tu. Lepas berbincang dan bawak penunggang motor ke klinik akak pun teruskan jugak misi Cod Gla ke destinasinya.

Kalau nak diikutkan sedih woo..😢😢  abisla cebeh(kemik) bumper dengan foglight depan. Namun memikirkan customer yang memerlukan Gla untuk stabilkan semula period dia akak gagahkan jua.

Alhamdulillah setelah berbagai rintangan yang dihadapi akhirnya akak berjaya jugak COD dan GLA selamat sampai ke tangan tuan empunya. 😀

Jika ada yang mencari produk Shaklee dan nak kan SID yang berdedikasi COD atau pos carilah akak yea... pm/wasap @ 013-416 4992

Psttt... bulan ni ada promosi Lecithin tau.. boleh la borong. Stok untuk mengikat lemak masa raya nanti.

Lecithin memang agen terbaik utk mengikat segala lemak yang masuk dalam badan terutama masa kita makan segala lemang, ketupat, rendang dan kuih raya.

Kawan baik Lecithin semestinya Alfafa, Herblax. Haa jangan lupa Phytocol sekali ..kontrol sikit kolestrol tu dik.

Wasap akak @ 013-416 4992 (Eja) utk order dan dpat harga promosi.

Promosi sehingga 30/6/2016

#tsunamishaklee
#sindiketsukses
#teamrock
#pengedarshakleetaiping






Thursday, 3 March 2016

SID Shaklee Terbaik dan Terpantas di Taiping @ 013-416 4992

with 0 Comment
Assalamualaikum, nama saya Noraiza Abu Bakar dan merupakan SID Terbaik dan Terpantas anda di Taiping dan kawasan sekitarnya.

Untuk mendapatkan produk Shaklee yang anda inginkan tanpa perlu membayar kos pengeposan dan pantas apa yang perlu anda lakukan hanya hubungi saya secara terus atau whatsapp mahupun SMS ke 013-416 4992.

Nyatakan sahaja produk Shaklee apa yang anda inginkan dari ESP, Vivix, Vitamin C, Ostematrix, Herblax sehinggalah ke bahan pencuci serba guna yang terbaik dan paling selamat Shaklee Basic H, saya akan dapatkan untuk anda.

Anda hanya perlu menghantar Whatsapp atau SMS pada no 013-416 4992.

Mudah sahaja untuk mendapatkan produk Shaklee idaman anda di Taiping. Selain dari mendapat produk anda juga akan diberikan perkhidmatan konsultansi nutrisi terbaik secara PERCUMA.

Bukan itu sahaja, saya juga akan memberikan anda perkhidmatan konsultansi selepas pembelian jika anda mempunyai sebarang persoalan mengenai produk yang digunakan dengan pantas.

Hubungi saya sekarang di no 013-416 4992 untuk mendapatkan produk shaklee anda dengan pantas di Taiping.



Tuesday, 1 March 2016

Wanita Hamil Lebih Cepat Merajuk kerana Gangguan Hormon Ketika Hamil

with 0 Comment


Betul ke wanita hamil ni cepat merajuk atau lebih sensitif ?

Sesiapa boleh tolong jawab.... hahaha...tetiba terasa macam kena pula.

Sebenarnya wanita hamil ni bukan sesaja nak merajuk atau mengada-ngada tapi semua ini berlaku disebabkan oleh gangguan hormon yang berlaku dalam badan seorang wanita yang sedang hamil.

Gangguan hormon ini kadang kala boleh menjejaskan tahap kesihatan seseorang wanita hamil baik dari segi emosi mahupun fizikalnya.


Peningkatan hormon estrogen semasa hamil akan menghasilkan kulit tidak sekata dan berbelang. Keadaan ini dinamakan 'topeng kehamilan'.

Rangsangan kurang aktif dari Melanocyt Stimulating Hormon (MSH) dari kelenjar endokrin di otak akan merangsang kulit untuk menghasilkan pigmen pada kulit. Akibatnya, wanita hamil akan mengalami pigmentasi yang menyebabkan kulit kehitaman di bahagian tertentu seperti leher, ketiak dan muka.

Perubahan hormon juga boleh menyebabkan wanita hamil mengalami sendi longgar. Hormon relaksin yang meningkat bertujuan untuk melonggarkan ligamen agar jumlahnya boleh membesar selaras dengan pertambahan saiz janin.

Kesan sampingan daripada keadaan ini menyebabkan semua bahagian sendi pada tubuh menjadi longgar malah wanita hamil kerap mengalami kepedihan dan mudah tercedera ketika terjatuh.

Untuk mengurangkan masalah ini, wanita hamil digalakkan untuk senaman ringan yang khusus untuk mengatasi masalah pedih dan nyilu. Jangan ingat dah mengandung kena rehat sampai tak buat apa-apa langsung.

Lagi satu, semasa bergerak, berjalan atau melakukan sebarang aktiviti cubalah belajar berhati-hati agar tak jatuh dan cedera.Kalau tengok ibu-ibu muda sekarang ni masa hamil bila melakukan aktiviti atau berjalan teramatlah lasak, seperti tidak hamil.

Andai kata kalau dah berhati-hati namun terjadi juga kecederaan otot, seeloknya segeralah dapatkan bantuan fisioterapi untuk mengurangkan rasa sakit.

Kadang kala wanita hamil ni mudah menjadi pelupa. Ini kerana hormon oksitoksin di dalam badan mewujudkan kesan amnesia atau pelupa kepada ibu. Disebabkan ini lah pengambilan suplement yang mengandungi kolina dan omega3 amatlah digalakkan.



Didalam Set Hamil Shaklee  mengandungi kombinasi vitamin dan mineral yang diperlukan oleh setiap wanita hamil bagi mengawal gangguan hormon ini.

Set Hamil ini terdiri daripada Esp, Vita-lea, Vit C , B-Complex, Ostematrix dan OmegaGuard.Setiap vitamin ini mempunyai fungsi tersendiri bagi membantu wanita hamil melalui tempoh hamil dalam suasana yang selesa dan lebih baik.

Jangan panik, biar pun kesan gangguan hormon ini hanya berlaku semasa tempoh kehamilan tapi dengan pengambilan suplement Set Hamil Shaklee anda akan merasai kesan kebaikan suplement ini semasa dan selepas hamil.

Berusahalah untuk mengawal kesan gangguan hormon ketika hamil dengan menggunakan  Set Hamil Shaklee. Dapatkannya dengan menghubungi atau wasap ke 013- 416 4992 (eja).





Friday, 22 January 2016

Lecithin Non-GMO soy Shaklee yang Menjadi Pilihan untuk Kurus dan Ibu Menyusu.

with 1 comment

Apakah itu Lecithin?

Lecithin biasanya ditemui dari sumber haiwan dan sayur-sayuran seperti  hati lembu, telur, kekacang, bunga kubis dan otak haiwan.


Badan manusia tidak dapat menghasilkan lecithin untuk itu kita perlu mendapatkannya dari sumber luar. Lecithin amat diperlukan oleh badan kita untuk memastikan proses biologi dapat berfungsi dengan baik.

Lecithin Shaklee adalah berasaskan soya. Soya merupakan sumber lecithin paling kaya, paling best dan bebas kolestrol. 

Lecithin merupakan antara hot stuff produk Shaklee. Ramai yang mengambil lecithin untuk mengawal berat badan. 

HARUS diingat sistem badan kita tidak boleh menghasilkan lecithin dengan sendiri. Disebabkan itu kita disarankan untuk mengambil lecithin berasaskan soya ini untuk melancarkan pengurusan berat dan sistem badan kita.



Kenapa Lecithin?

Kebaikan Lecithin Shaklee salah satunya adalah sebagai pemecah lemak dan ianya sesuai untuk ibu menyusu.

 Awas kepada ibu menyusu, berhati-hati dalam memilih produk kuruskan badan,  kadang-kadang kita tak tahu pun kesan sampingan produk pelansingan di pasaran untuk jangka masa panjang,nanti  ibu tak kurus, anak yang kurus.

Menarik dan specialnya, Lecithin Shaklee ini bebas kolestrol. Kalau nak kuruskan badan boleh ambilnya selepas heavy meal. 


Yang lagi kebaboom Lecithin Shaklee ini banyak lagi fungsi lain selain pemecah lemak. 

Antara Kebaikan Lecithin Shaklee
  • Lecithin membantu mencegah penyakit yang berkaitan dengan lebihan lemak dalam badan, seperti darah tinggi, stroke, sakit jantung dan lain- lain. ini kerana lecithin bertindak sebagai pelarut lemak.
  • Lecithin memecahkan lemak, dan jika diambil untuk mengurangkan berat badan, dan jika anda turut bersenam, lecithin mampu membakar lemak dengan lebih cepat.
  • Lecithin juga berperanan dalam penyerapan zat- zat penting dari saluran darah ke dalam sel badan kita.
  • Lecithin membantu melindungi sel darah merah kita daripada serangan virus dan bakteria.
  • Lecithin sangat baik untuk meningkatkan daya ingatan. sebab itu lecithin dapat membantu mengelakkan kita daripada penyakit seperti alzheimer disease. lecithin adalah makanan otak dan saraf. 
  • Lecithin dapat membantu masalah insomnia. ianya sumber kepada hormon neurotransmitter yang membantu proses tidur.
  • Lecithin adalah asid lemak yang penting bagi paru- paru bagi mencairkan mukus dan melegakan irritation.
  • Lecithin membantu mencegah eczema, kerana ia adalah zat kecantikan (untuk kulit, rambut).
  • Lecithin bertindak sebagai pelincir kepada sendi- sendi badan kita.
  • Lecithin diperlukan dalam penghasilan hormon epinephrine yang diperlukan bagi mencegah simptom menopause dan PMS
Sekarang kita dah kenal dan tahu kelebihan lecithin, jadi? Tunggu apalagi kalau nak selesai masalah macam tersenarai kat atas tu watsap/sms @ 0126178480

Wednesday, 20 January 2016

Lecithin Pilihan Terbaik untuk Ibu Menyusu

with 1 comment


Ibu-ibu muda dan ingin breastfeed baby pastinya sibuk mencari maklumat dan supplement bagi memastikan bekalan susu badan mencukupi untuk anak yang tersayang.

Lagi bagus kalau dapat supplement yang boleh memastikan bekalan susu mencukupi,dapat mengembalikan tenaga dan paling best kalau dalam masa yang sama boleh mengembalikan kelangsingan badan selepas bersalin.

Lecithin la option yang korang boleh ambil.




Kenapa Lecithin sangat bagus dan perlu untuk ibu menyusu?
Tahukah ibu-ibu apakah kebaikan Lecithin kepada ibu yang menyusu?
  •  Ia membantu mengurangkan risiko clog duct atau duktus susu tersumbat.
  • Ia membakar lemak yang berlebihan dalam badan ibu.
  • Ia membantu ibu mengatasi masalah  lupa atau "short memory" yang biasa dilalui selepas melahirkan.
  • Ia membantu menyalurkan inositol dan kolin di dalam susuibu untuk perkembangan otak bayi .
Maka selamatkah Lecitihin di ambil semasa penyusuan selain untuk pengambilan untuk mengurangkan berat badan? Jawapannya ialah ya selamat diambil.
Mari kita kenali lebih dekat apa itu Lecithin.
-Nature’s Emulsifier (Pengemulsi Semulajadi) – yang  membantu badan menyerap nutrien larut lemak seperti Vitamin A,D,E, K, Beta Caretone
-Boleh didapati dari tisu binatang dan tumbuhan (plant)
-Untuk commercial didapati dari telor, jagung & kacang soya
-Fat Emulsifier – Metabolisma lemak 
-Asid linoleik (essential fatty acid) – amat diperlu oleh badan. Tapi badan tidak boleh menghasilkannya sendiri dan  ia perlu diambil melalui diet harian
-Kolin – satu komponen neurotransmitter
-Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf
-Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan

Jadi, para ibu-ibu yang cantik dan bijaksana jadikanlah lecithin sebagai supplement pilihan!


Beauty & Happiness
is Healthy body & Soul ~

Untuk pertanyaan
SMS/Whatsapp @ 013-4164992
Email: delsimoms@gmail.com


Eja[1119387] | 013-4164992
    Penghantaran Seluruh Malaysia
    COD: Taiping, Kamunting dan kawasan sekitar

Saturday, 16 January 2016

Resepi Peria Goreng dan Khasiatnya untuk Kesihatan Diabetes

with 1 comment
Tak suka makan peria? Takut akan rasa pahitnya... Hihihi dulu saya pun macam tu jugak. Kalau nak beli lauk diluar tu bila nampak peria goreng rasa macam fobia jer nak makan.

Sampailah satu hari MIL saya masakkan peria goreng untuk kami sekeluarga...mau atau tak kenala jugak makan kan...

Sedapp weii!!! Bukan jer sedap banyak juga khasiat yang ada dalam peria ni.

Sejak zaman purba lagi peria digunakan untuk merawat kencing manis. Pakar perubatan tradisional China telah menggunakan peria untuk merawat asma dan masalah haid yang terlewat.

Doktor dari England telah membuat penyelidikan untuk mencari nilai saintifiknya. Hasilnya mereka menemui hypoglycemic atau insulin. Seterusnya mereka mencipta plantinsulin untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah dan air kencing.

Kaedah yang paling mudah untuk merawat penyakit ini ialah dengan meminum jus yang diambil daripada empat atau lima biji peria pada setiap pagi. Bijinya yang dihancurkan boleh dicampurkan ke dalam makanan.


 Sekiranya tidak mahu meminum jusnya, penghidap diabetes juga boleh meminum air rebusan beberapa potong peria ataupun menggunakannya dalam bentuk serbuk Tapi, kalau tak suka sangat rasa pahit mungkin boleh mencuba Vivix Shaklee.

Daunnya pula sangat berkesan untuk merawat buasir. Caranya ialah dengan mencampurkan jus yang boleh diperolehi daripada daunnya ke dalam segelas susu. Ia hendaklah di minum setiap pagi selama sebulan untuk merawatnya. Akarnya yang telah di hancurkan pula di gunakan untuk di sapukan ke tempat buasir.

Jika menghadapi masalah darah kotor seperti bisul, kudis buta, rasa gatal dan lain-lain masalah, fungus peria boleh mengatasinya dengan cara mencampurkan segelas jus peria dan sudu kecil jus limau. Ia hendaklah diamalkan sedikit demi sedikit dalam jangkamasa empat ke enam bulan. 


Masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daripada daunnya. Ia juga boleh mengatasi masalah hati kesan daripada pengambilan alkohol.

Walaupun peria tidak di minati kerana kepahitannya tetapi ia banyak membawa manfaat kepada orang yang mengemarinya. Rasa pahitnya akan hilang dengan cara merendam di dalam air garam sebelum di masak. Di India, biji daripada buahnya yang telah di masak ranum pula di jadikan sebagai bahan perasa.

Rujukan : Homefamilysite ~ Khasiat Buah Peria Untuk Kesihatan


Resepi Peria Goreng



1 biji peria ~ belah 2 buang biji tengahnya dengan sudu. Kemudian hiris nipis. Rendam sebentar dalam air garam selama 20 minit.
1 biji telur masin
1 biji cili merah ~ di hiris
1 biji cili hijau ~ di hiris
5 biji cili padi ~ belah 2 
5 ekor udang sederhana besar 

Sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan kisar

1 sudu teh udang kering ~ rendam lembut dan kisar ( boleh gantikan sedikit belacan atau ikan bilis)
3 ulas bawang merah ~ kisar
2 ulas bawang putih ~ kisar
5 biji cili padi ~ kisar

Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga harum
Ketepikan bahan rencah dan pecahkan telur asin. Pecahkan kuning telur yang keras. Kacau rata
*saya tak masukkan
Sebatikan dengan rencah tadi
Masukkan cili merah, cili hijau dan cili api dan udang
Perasakan dengan garam secukup rasa
Masukkan sayur peria
Kacau rata

Berhati-hati di dalam penggunaan garam kerana telur asin dah ada masinnya.
Sedia di hidangkan

Selamat Mencuba!!

Saturday, 9 January 2016

6 Khasiat Terbaik Carotomax ( Karotenoid)

with 1 comment

Carotomax 

Terdiri daripada Enam Karotenoid Terbaik

CAROTOMAX merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap. 

 Bahkan, anda tidak akan dapat ketulenan dan keberkesanan karotenoid daripada makanan itu sahaja.

CAROTOMAX menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan antioksidan seperti pokok kelapa sawit dan alga, tomato, biji anggur, brocolli, calendula, apple dan dunaliellasalina.

Pakar nutrisi mencadangkan pengambilan sayuran dan buah-buahan sebanyak 5-6 hidangan sehari bagi mendapatkan tahap karotenoid yang tinggi dalam darah untuk:
  • Memelihara kesihatan yang baik
  • Membantu mengekalkan kesihatan penglihatan 
  • Mendapat kulit yang sihat dan
  • Mencegah kanser

Kelebihan Carotamax :



  • Lebih selamat dari Vitamin A: Penemuan vitamin yang pertama adalah Vitamin A iaitu pada tahun 1912. Dari penemuan ini didapati vitamin A yang berlebihan akan mengakibatkan toksik dalam darah.
         Pada 1932, Saintis telah menemui beta karotone yang mempunyai fungsi menyerupai vitamin A dan lebih selamat untuk diambil. 
  • Meningkatkan Tahap Penglihatan: Menghasilkan "visual purple" yang membolehkan kita memelihara penglihatan di waktu keadaan gelap. 
         Ia juga meningkatkan tahap penglihatan bagi pelbagai keadaan penglihatan seperti rabun malam, presbyopia, astigmatism, xerophthalmia (kekeringan mata), mata letih, glaucoma, katarak, eye bags dan lingkaran hitam mata.
  • Mengurangkan penyakit kulit: pengambilan karotenoid secara berterusan akan membantu meredakan masalah penyakit kulit seperti psoriasis, kulit kering, kulit mengelupas, jerawat dan black head. 
         Selain itu boleh juga digunakan secara luaran untuk merawat scabies, jerawat dan ulser kulit.
  • Mencantikkan kulit dan otot: beta carotene yang terkandung dalam badan bertindak melindungi kita dari pancaran ultra violet, sunburn dan ontioksidan.
         Ia juga, mengekalkan kelembapan epidermis(lapisan kulit luar) kita dan mengaktifkan penjanaan semula sel-sel baru untuk menghasilkan kulit yang cantik dan otot yang                sihat.
  • Melawan kanser dan Antioksidan: Pengambilan beta catotene secara konsisten akan menguat dan meningkatkan tahap imun badan kita, melambatkan penuaan dan membantutkan pertumbuhan sel kanser. Ini akan menurunkan risiko kita mendapat kanser terutamanya breast cancer dan paru-paru.
         Beta Carotene juga mengurangkan radikal bebas dan menghapuskan semua sel-sel mati teroksida.
  • Menghalang jangkitan : Mengstimulate enzim untuk membunuh kuman, menghalang dan meningkatkan tahap kesihatan paru-paru daripada penyakit seperti: batuk, herpatitis, asthma. 
Meningkatkan tahap kesihatan: Meningkatkan kesihatan tubuh badan, menguatkan tulang, mencantikkan kulit dan rambut, gigi dan gusi yang sihat, Ia juga menghasilkan sperma yang sihat.



Beauty & Happiness
is Healthy body & Soul ~

Untuk pertanyaan
SMS/Whatsapp @ 013-4164992
Email: delsimoms@gmail.com

Eja[1119387] | 013-4164992
    Penghantaran Seluruh Malaysia
    COD: Taiping, Kamunting dan kawasan sekitar







Anda mungkin berminat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.