Wednesday, 10 August 2016

Detox Parasit untuk Kuruskan Badan dan Menyembuhkan Alergi Kulit.

with 0 Comment

Ramai yang sangka DETOX hanya utk kuruskan badan saja.

SALAH!!

DETOX PARASIT dapat juga dapat menyembuhkan alergi kulit, menjadikan wajah lebih berseri & badan yang lebih bertenaga.

Detox cara shaklee?

Apa istimewanya?

Parasit sememangnya tidak boleh dilihat dengan mata kasar tapi kewujudan parasit sangat merbahaya dan membawa ancaman kepada kesihatan.

Sering kali parasit dikaitkan dengan kanser, sawan, asma dan banyak lagi. Namun Para doktor kadang kala terlepas pandang kaitan antara jangkitan parasit dan penyakit yang serius, ini disebabkan oleh tanda-tanda jangkitan parasit adalah sama seperti penyakit serius.

Program detox antiparasit adalah satu penyelesaian yang sangat baik dan perlu dilakukan oleh setiap orang, walaupun tahap kesihatan kita berada pada tahap yang baik.

Parasit boleh menyusup masuk ke mana-mana bahagian sistem dalam badan, termasuk paru-paru, hati, jantung, otak, saraf tunjang, darah, pankreas, kulit, mata, buah pinggang dan rahim.

Oleh itu, melakukan detox parasit menggunakan suplement semulajadi dan sumber makanan adalah pilihan yang terbaik dan bijak.

Mikroorganisma parasit( patogen ) juga boleh menjadi punca kepada penyakit diabetes, kesihatan kardiovaskular yang lemah, keletihan kronik dan pelbagai penyakit lain.

Oleh kerana masalah yang disebabkan oleh parasit sangat meluas, adalah penting bagi individu yang sihat menjalankan program membersihkan parasit sekurang-kurangnya sekali setahun, atau lebih jika terdapat tanda-tanda kewujudan penyakit.

Antara suplement semulajadi yang dapat menyingkirkan parasit adalah

🍃VIVIX

VIVIX mengandungi antioksidan yang tinggi dan phytokimia yang membantu untuk melindungi sel daripada kerosakan akibat serangan radikal bebas

🍃Alfafa : Pencuci seluruh tubuh

Alfafa adalah antara penyah toksik yang terbaik.

Berasaskan daun herba yang akarnya panjang jauh kedalam tanah dan bertindak sebagai pencuci untuk seluruh tubuh.

Alfafa yang bersifat alkali boleh mengembalikan kenormalan badan kita yang berasid dan menghilangkan toksik dalam badan.

Alfafa bertindak meransang aliran hempedu, dan juga membuang mineral-mineral yang berbahaya dalam badan.

Ia juga membantu masalah gout dan mengurangkan kolestrol dalam darah.

🍃GARLIC

Bawang putih merupakan satu rawatan yang sangat baik untuk menghalau dua jenis cacing iaitu cacing gelang dan cacing pita serta giardi

GARLIC juga bertindak untuk mengeluarkan raksa merbahaya dari dalam badan dengan pantas.

🍃DTX Complex

Selain itu, makanan yang kaya dengan vitamin A dapat melindungi tubuh dari penembusan larva.

Makanan seperti Lobak merah, ubi keledek dan oren adalah pilihan yang sangat baik.

Kandungan ekstrak biji benih pokok susu tisel dan cendawan Reishi yang tinggi kandungan antioksidan adalah merupakan ramuan utama dalam penghasilan DTX Complex dan menjadikannya sangat istimewa.

Dimana ianya berfungsi untuk menyokong keupayaan badan menghasilkan protein bagi menjana semula sel-sel hati yang telah rosak.

🍃HERB-LAX

Pengambilan herb-lax juga penting untuk pembersihan usus bagi menghapuskan patogen dari sistem tubuh.

Herb-lax bertindak untuk merangsang usus mempercepatkan proses detox dan pembersihan secara lembut iaitu membuang najis

🍃 Nutriferon

Kandungan biji labu yang terdapat dalam nutriferon sangat berkesan untuk menghapuskan cacing pita dan cacing gelang.

Penambahan makanan tinggi serat seperti flaxseed, biji chia dan ubi bit dalam diet seharian juga amat digalakkan bagi membantu proses penyingkiran parasit dari badan.

Vitamin C dan zink juga adalah penting untuk kawalan parasit.

Amalan detox akan memberikan kesan mengurangkan alergi kulit, menjadikan kulit lebih berseri dan juga menjadikan badan lebih bertenaga. Bonusnya badan juga menjadi kurus dan lebih sihat.

Semoga perkongsian memberi manfaat pada semua.

PM/wasap @ 013-416 4992 | Eja Abu Bakar.

Eja Abu Bakar
013-416 4992
Cod Taiping & Kaw. Sekitar
Penghantaran Seluruh Malaysia

Saturday, 6 August 2016

Cara Semulajadi Rawat Gout dengan VIVIX dan Set Gout Shaklee

with 0 Comment

Gout biasanya berlaku pada usia 30 dan 50 tahun. Ianya merupakan satu penyakit yang amat popular di kalangan kaum lelaki dan kadang-kadang berlaku pada wanita menopause.

Gout berlaku disebabkan oleh terkumpulnya asid urik yang tinggi di dalam darah. Asid urik biasanya tak membahayakan tapi bila terlalu banyak dan tinggi asid urik didalam darah boleh menyebabkan terbentuknya hablur kristal dan tersimpan dikawasan sendi tendon dan tisu sekeliling.

Apakah Penyakit Gout?

Gout ni adalah keadaan dimana berlakunya keradangan yang menyebabkan kesakitan di bahagian tendon, sendi dan berlakunya pembengkakan. Sendi metatarsal-phalangeal di tapak kaki adalah tempat paling biasa terjadi Gout.

Mengalami Gout mungkin sekadar bengkak dan sakit pada bahagian tendon... tapii ia juga mungkin petanda awal penyakit-penyakit lain seperti batu karang, urate nephropathy dan tophy.

Apa PUNCA Gout?

Gout boleh terjadi disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya

🍃Keturunan (genetik)
🍃Pemakanan
🍃Masalah buah pinggang

Gout juga merupakan sebahagian daripada penyakit arthritis dalam kelas penyakit metabolik kerana asid urik yang terkumpul dibahagian sendi dan tisu lembut disekeliling sendi terutamanya dibahagian kaki dan mengakibatkan kesakitan.

Peminat kekacang ? Atau pun makanan laut?

AWAS!!

Makanan berupa kekacang, makanan laut , daging merah, daging organik tinggi pruine merupakan makanan berprotein tinggi yang boleh mencetuskan terjadi Gout.

Pemecahan purine dalam makanan ni akan ditukarkan dalam bentuk asid urik semasa metabolisma tisu rosak atau tisu koyak.

Dalam satu kajian yang dijalankan mendapati mereka yang mengambil daging merah dan makanan laut secara kerap mempunyai 50% lebih  potensi mendapat penyakit gout.

Cara mengatasi Gout

Terdapat beberapa cara untuk mengatasi  Gout antaranya:

1. Mengamalkan diet rendah purine
Pengambilan makanan yang mengandungi purine dan berprotein tinggi seperti organ dalaman, bilis, sardin, telur ikan, kekacang, lemak haiwan, asparagus, bunga kubis, cendawan dan yis dalam kadar yang sederhana.

2. Mengambil makanan antioksidan seperti coklat gelap, ceri dan strawberi kerana makanan yang mengandungi antioksidan mampu mengurangkan asid urik.

3. Minum air dalam kadar yang banyak bagi membantu proses penyingkiran asid urik.

4. Kawal berat badan

5. Senaman

Pengambilan makanan tambahan yang mempunyai antioksidan sememangnya telah diketahui mampu menyingkirkan toksik dari dalam badan.

🍃VIVIX adalah antioksidan yang mempunyai 15 jenis poliferol dan resveratrol dan yang paling terbaik.
VIVIX juga dapat melindungi DNA, memperbaiki DNA dan memberi impak positif kepada pengawalan genetik. Ia juga menggalakkan pembentukan sel-sel baru yang lebih sihat.

🍃Manakala ALFAFA akan menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Pengambilan alfafa menuntut keperluan air yang banyak bagi melancarkan proses detox.

🍃OMEGA GUARD mengandungi asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) yang merupakan asid lemak 3 yang hanya ditemui di dalam ikan laut dalam.
DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan
sendi pesakit.

🍃PERFORMANCE DRINK diperlukan bagi memastikan keadaan tubuh pesakit mempunyai kandungan air dan gula yang seimbang dan mengelakkan berlakunya dehyration (kekurangan cecair dalam badan).

Bagaimana untuk mendapatkan makanan tambahan / suplemen untuk Gout? 

Mudah sahaja, anda hanya perlu hubungi / whatsapp  di 013-416 4992 | Eja Abu Bakar dan taipkan suplement yang anda inginkan.

Harga bagi setiap suplemen seperti dibawah:

VIVIX  : RM490

Set Gout :(Alfafa, Omega Guard & Performance drink ) : RM280

NANTI DULU!! Wasap saya sekarang jika inginkan harga istimewa @ 013-416 4992 | Eja Abu Bakar



Tuesday, 2 August 2016

VIVIX untuk Jangkitan Kulit Scabies, Ekzema

with 0 Comment
Scabies...

Rasa gatal merenyam yang amat sangat terutama bila waktu malam atau cuaca panas?

Terdapat bintik merah yang dalam bentuk Zig zag dan kesan merah yang menebal terutama pada bahagian tubuh yang terlipat seperti bahagian ketiak dan celah peha?
Ada simptom seperti di atas?

Kemungkinan besar anda atau anak telah dijangkiti scabies.

Scabies ni adalah satu jangkitan kulit yang berpunca dari serangga/ kutu yang  berumah dibawah lapisan kulit kita dan menyebabkan rasa gatal melampau.
Tabiat menggaru dengan kuku dibahagian yang gatal boleh menyebabkan keradangan dan berlaku jangkitan pada kulit.

Kebiasaannya scabies ni terjadi pada bahagian badan yang berlipat seperti bahagian ketiak dan celah peha. Pun begitu, ia juga boleh wujud di mana-mana bahagian tubuh kita.

Kebiasaannya jangkitan scabies berlaku dikalangan anak-anak kecil.. tapi jangan ingat orang dewasa tak boleh ke jangkitan scabies. Scabies boleh berlaku kepada seluruh peringkat umur.

Jangkitan scabies boleh berlaku dalam beberapa cara:

🍃 Sentuhan secara langsung kulit ke kulit seperti berpegangan tangan.
🍃 Berkongsi katil, selimut atau tuala yang pernah digunakan oleh seseorang yang telah dijangkiti scabies.

Memandangkan scabies berjangkit melalui sentuhan fizikal... jangkitan ni mudah merebak kepada ahli keluarga dan rakan-rakan. Jangkitan ini juga sangat cepat merebak ditempat seperti:

🍃 Sekolah
🍃 Nurseri
🍃 Tempat jagaan kanak-kanak

Bagi bayi dan toddler, bahagian tubuh yang biasa dijangkiti scabies
🍃 kepala
🍃 Muka
🍃 Leher
🍃 dan tapak kaki

Manakala bagi kanak-kanak dan orang dewasa bahagian tubuh yang sering dijangkiti

🍃 Pergelangan tangan
🍃 siku
🍃 ketiak
🍃 Penis
🍃 Celah-celah jari
🍃 Puggung.

Bintik-bintik merah yang timbul mungkin kelihatan kembung dan berair seperti jerawat.

Terdapat juga lagi satu jangkitan scabies yang teruk dikenali sebagai Norwegian scabies. Norwegian scabies akan menghasilkan kesan kerak yang tebal yang mengandungi beribu-ribu telur dan kutu scabies pada kulit.

Untuk merawat scabies biasanya doktor akan memberikan krim atau lotion untuk disapu pada bahagian kulit bagi mengurangkan rasa gatal dan mematikan kutu scabies.

Vivix dan herbal blend cream adalah alternatif bagi mengatasi masalah scabies tanpa menggunakan bahan yang mengandungi steroid.

VIVIX adalah antioksidan hebat yang dapat membantu mengurangkan keradangan dan memulihkan kesan luka pada kulit dengan cepat.

Selain itu, VIVIX juga dapat meningkatkan imun sistem badan kita bagi melawan dan menyembuhkan kesan scabies, ekzema dan psorisis.

Antioksidan yang terdapat dalam VIVIX akan membantu membaiki sel-sel yang telah rosak akibat radiasi bebas yang dibawa oleh kutu scabies dan melembabkan serta melicinkan semula kulit yang rosak akibat jangkitan scabies.

Herbal blend krim yang dihasilkan daripada tumbuhan seperti rosemary, bunga chamomile, sage dan beberapa lagi tumbuhan lain yang sememangnya diakui sangat berkesan bagi masalah kulit seperti alahan, jerawat, melecur, luka, gatal, kulit kering, ekzema dan keradangan.

Penggunaan krim herbal blend adalah selamat untuk digunakan oleh semua peringkat umur kerana ia dihasilkan dari tumbuh-tumbuhan dan tidak mengandungi sebarang bahan kimia merbahaya seperti paraben dan steroid.

Selain itu kita boleh menghapuskan scabies dengan membasuh semua pakaian, sarung bantal, cadar & selimut dengan menggunakan air panas dan jemur dibawah matahari yang panas bagi mematikan scabies.

Dapatkan VIVIX dan Herbal blend krim sebagai alternatif anda!

Hubungi/ wasap @ 013-416 4992 | Eja Abu Bakar untuk mendapatkan VIVIX anda!
Eja Abu Bakar
013-416 4992



Tuesday, 26 July 2016

Antioksidan Terbaik untuk Diabetis VIVIX

with 0 Comment
Sejak kebelakangan ni selalu jer kita dengar mengenai antioksidan.
Sebut jer apa nama produk kesihatan semua mesti kaitkan dengan antioksidan. Antioksidan ni baik untuk kesihatan... antioksidan ni boleh menghalang penyakit kronik, antioksidan boleh awek muda dan banyak lagilah.

Yang sebenarnya antioksidan ni apa? Perlu ke kita dengan suplemen yang ada antioksidan ni?

Antioksidan ni adalah molekul yang dihasilkan oleh badan untuk melawan dan menghilangkan efek radikal bebas (oksidan) yang bersifat merosakkan sel-sel sihat dalam badan kita.

Dalam dunia sekarang kita tak dapat lari dari terdedah dengan radikal bebas setiap hari. Kadar oksidan dalam badan kita semakin meninggi apabila kita berada dalam lingkungan pencemaran yang tinggi dan diet pemakanan serta gaya hidup yang tidak sihat.

Disinilah antioksidan menjalankan tugasnya melindungi kita dari penyakit yang berkait rapat dengan radikal bebas seperti:

🍃 jantung
🍃 Kanser
🍃 Tekanan darah tinggi
🍃 Efek penuaan

Dan meningkatkan

🍃 sistem imun badan

Disebabkan faktor yang disebut tadi pencemaran radikal bebas dan gaya hidup yang tidak sihat menyebabkan antioksidan dihasilkan oleh badan secara alami tidak dapat menampung keperluan bagi melawan dan membuang radikal bebas ini dari saluran darah kita.

Kita perlu menambah antioksidan dari sumber makanan seharian kita. Buah-buahan dan sayur-sayuran segar merupakan pembekal antioksidan yang terbaik.

Terdapat pelbagai jenis antioksidan yang wujud dari sumber semulajadi, dan setiap satunya mempunyai khasiat dan kebaikan yang berbeza bagi setiap bahagian tubuh kita.

Sebagai contoh beta-carotin ( & semua jenis karotin) sangat baik untuk kesihatan mata. Lycopene pula berkhasiat membantu dalam maintain kesihatan prostat, manakala flavonoids  lebih memberi manafaat untuk kesihatan jantung dan proanthcyonidins memberi manfaat untuk kesihatan urinary tract.

Antioksidan juga memberi kebaikan dalam penjagaan dan kesihatan kulit kita.
Bila kulit kita terdedah kepada sinaran ultraviolet yang tinggi, ia akan membebaskan radikal bebas yang merosakkan sel lipid selular, protein dan DNA. Ia juga menjadi punca utama berlakunya sunburn, penuaan pra-matang sel kulit dan kanser kulit.
Beta- carotin yang diambil bersama Vitamin E telah terbukti sebagai gabungan antioksidan yang paling berkesan untuk melindungi kulit dari radikal bebas ultraviolet.

Radikal bebas juga boleh menggangu sistem imun kita, kerana ia dapat melemahkan dan mengurangkan penghasilan molekul oksidan dalam badan.

VIVIX telah terbukti dapat meningkatkan sistem imun dan melindungi membran sel dan sel DNA dari rosak akibat dari pencemaran radikal bebas.

Revestarol yang terdapat dalam VIVIX adalah 10x lebih berkuasa dan  VIVIX turut mempunyai polypherol dan pelbagai lagi antioksidan yang dapat memberi faedah untuk keseluruhan fungsi tubuh kita.

Kalau tanya akak mana pilihan yang terbaik antara semua antioksidan  ... pastinya jawapan  akak VIVIX.

Walaupun harganya sebotol RM490 tapi khasiat dan kebaikannya memang terbukti berkesan dan sememangnya berbaloi untuk kesihatan kita.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk wasap @

Eja Abu Bakar
013-416 4992

Pengeposan Seluruh Malaysia
COD Taiping & Kaw. Sekitar

Monday, 25 July 2016

Tips tingkatkan immune booster secara semulajadi

with 0 Comment
Immune boost


Sejak kebelakangan ni sering kita dengar berita tentang penyakit kronik dan berjangkit.
Semalam kita dikejutkan pula dengan berita kematian bayi berusia 11bulan meninggal akibat difhteria.
Sebagai ibu bapa sudah pasti kita bimbangkan kesihatan anak kita. 

APA YANG BOLEH DILAKUKAN?

Orang kata lebih baik mencegah dari mengubati.. dan memang benar ambil langkah pencegahan adalah lebih mudah dari proses mengubati yang melibatkan kos tinggi.
Badan kita secara alaminya mempunyai sistem imun sendiri. Tapi disebabkan beberapa faktor disekeliling kita seperti kesan radikal bebas, pencemaran udara dan penggunaan racun serangga dalam pertanian menjadikan sistem imun badan kita lemah.

Jadi, kita perlulah meningkatkan SISTEM IMUN kita bagi melawan kuman atau virus merbahaya dan melindungi badan kita dan anak-anak dari terkena jangkitan penyakit.

Disini akak nak kongsikan beberapa TIPS untuk MENINGKATKAN sistem imun badan kita secara semulajadi.

AMBIL MAKANAN ANTI-RADANG

Kajian menunjukkan Keradangan yang kronik akan menjuruskan kepada penyakit yang lebih serius dan akan menghalang tubuh untuk berfungsi seperti biasa.
Stress, kurang senaman dan banyak mengambil makanan yang diproses atau lebih tepat lagi 'fast food' adalah punca wujudnya keradangan dan melemahkan sistem imun badan.
Pengambilan makanan yang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang yang mana semua ini adalah makanan anti-radang boleh membantu meningkatkan fungsi imun booster dan menjauhkan kita dari jangkitan penyakit.

BANYAKKAN BERGERAK / SENAMAN

Mungkin untuk senaman diluar bukanlah satu tindakan yang bijak di kala badan kita sedang mengalami demam dan selsema.

Tapi, pergerakan mudah yang boleh dilakukan dirumah dan secara rutin boleh membantu mencegah kita dari mengalami penyakit yang berkaitan dengan sistem pernafasan.

Cubalah berjogging atau ke gym beberapa kali seminggu dengan ini dapat membantu meningkatkan semula fungsi immune booster secara semulajadi.

TIDUR YANG CUKUP

Kajian menunjukkan kurang tidur boleh memberi kesan negatif kepada sistem imun badan dan menjadikan kita lebih mudah terdedah kepada jangkitan penyakit.

Sewaktu tidur sistem imun kita akan menghasilkan sesuatu yang dipanggil cytokines, yang menjadikan tidur kita lebih nyenyak. Cytokines juga amat diperlukan bagi melawan jangkitan dan keradangan.

DAPATKAN SINARAN MATAHARI

Tahu tak salah satu sebab kita sering mendapat demam atau selsema sewaktu musim tengkujuh adalah kerana kurangnya mendapat Vitamin D  dari sinaran matahari.
Kekurangan Vitamin D adalah punca banyaknya terjadi penyakit berjangkit dan penurunan fungsi imun.

Terdedah kepada matahari sekurang-kurangnya 20 minit sehari dapat memberikan kesan yang baik utk fungsi imun.

Tapiii.. yea lah musim hujan bukan selalu ada matahari kan, makanan seperti salmon, kuning telur, hati daging dan minyak hati ikan kod merupakan sumber yang terbaik untuk mendapatkan sumber Vitamin D.

Suplemen Vitamin D yang tinggi juga merupakan pilihan terbaik untuk meningkatkan fungsi immune booster secara semulajadi.

MINUM AIR

Mungkin nampak minum air seperti sesuatu yang biasa... tapii inilah cara yang paling mudah dan efektif untuk meningkatkan fungsi immune booster.

Air membekalkan oksigen dalam darah, membantu membuang toksik dari dalam badan  dan membantu sistem pelawasan berjalan lancar serta menjadikan badan menjadi lebih sihat secara keseluruhan dan meningkatkan imun.

Pastikan meminum sekurang-kurangnya 3liter air sehari terutamanya pada musim panas dan hujan.
P/s: air tu maknanya air kosong tanpa gula ... okey!

Pengambilan suplemen IMMUNE BOOSTER adalah salah satu cara pencegahan yang praktikal dan efektif.

⃣ Nutriferon
➡ Terdiri daripada campuran Pumkin seed, Safflower flowers, Plantago seeds dan Japanese honeysuckle flower buds.
➡Hasilkan interferon semulajadi
➡ Telah terbukti effectif bagi pesakit hepatatis C yang kronik

⃣ Zinc Complex
➡ Diperlukan bagi fungsi immune badan. Kekurangannya menyebabkan luka lambat baik.
➡ Balance Hormon
➡ Kuatkan sistem imun

⃣ Sustained Vitamin C+ / Chewable Vitamin C
➡ Senarai teratas untuk meningkatkan imun seseorang
➡ Pengeluaran antibodi dalam sel darah putih dan terlibat dalam pengeluaran interferon

⃣ Garlic
➡ Antibiotik semulajadi
➡ Merupakan penggalak imun yang berkesan
➡ Allicin dalam bawang putih adalah komponen aktif dalam pengeluaran sel putih dan peningkatan antibodi.
➡ Antifungal

Jadi gabungan 4 supplement ni dapat membantu kita dan anak-anak untuk:

 Menguatkan sistem pertahanan
 Membantu mengawal demam selesema biasa
 Menentang kerosakkan akibat radikal bebas
 Menguatkan sistem imun dan memberikan sistem perlindungan yang lebih baik...

Jangan berlengah lagi..

Dapatkan set Immune Booster untuk anak-anak dan anda sekarang!

Wasap @ 013-416 4992 | Eja Abu Bakar

Thursday, 21 July 2016

Perlu ke Detox?

with 0 Comment

Perlu ke DETOX?

Korang rasa macam mana? Cuba cek korang ada tak macam ni tak

📍Badan letih, tak bermaya dan lesu
📍Masalah sembelit
📍Muka berjerawat
📍Mudah stress
📍Hilang daya fokus
📍Gatal pada bahagian tapak kaki
📍Susah nak turunkan berat badan
📍Craving pada makanan yang manis

Kalau ada komperm kena detox!

Detox ni pun ada bermacam-macam jenis antaranya :

Juice fasting
Water fasting
Minimal eating
Colon cleansing
Detox bath
Herbal detoxfication
Clorix restriction
dan macam-macam lagi lah

Tapi dalam semua detox kat atas ada 5 jenis detox yang akak nak citer.

🐛Detox Parasit
🐛Detox Logam
🐛Detox Usus
🐛Detox Hati
🐛Detox seluruh badan

Hari ni akak nak citer pasal detox parasit dulu.

Korang tau tak parasit tu apa? Kalau dulu masa kat sekolah cikgu sains selalu kata "pokok yang menumpang pada pokok yang lain dan mengambil nutrien dari pokok yang ditumpang adalah sejenis parasit."

Yea ... begitulah juga dengan badan kita.. ibarat badan kita ni pokok yang ditumpang dan semua nutrien yang kita ambil dari sumber pemakanan atau pun suplemen tak dapat dimanfaatkan oleh badan kita sebab wujudnya parasit aka cacing!

Cacing bukan hanya ada dalam badan kanak-kanak jer tapi dalam badan orang dewasa pun ada.

Kita sebenarnya terdedah kepada parasit yang masuk ke dalam badan dalam pelbagai cara.

Kehadiran parasit ini akan memberi kesan buruk terhadap kesihatan kita... dan kebiasaannya simptom-simptom nya adalah sama seperti simptom penyakit-penyakit yang lain.

Jadi, kalau rasa dah bermacam cara dan ubat yang korang ambil tapi masih jugak tak hilang-hilang masalah penyakit korang ... akak sarankan lebih baik korang buat detox parasit ni.

Set Detox Parasit Shaklee yang dicadangkan adalah :

🍃VIVIX : detox sel

VIVIX mengandungi antioksidan yang tinggi dan phytokimia yang membantu untuk melindungi sel daripada kerosakan akibat serangan radikal bebas

🍃Alfafa : Pencuci seluruh tubuh

Alfafa adalah antara penyah toksik yang terbaik.

Berasaskan daun herba yang akarnya panjang jauh kedalam tanah dan bertindak sebagai pencuci untuk seluruh tubuh.

Alfafa yang bersifat alkali boleh mengembalikan kenormalan badan kita yang berasid dan menghilangkan toksik dalam badan.

Alfafa bertindak meransang aliran hempedu, dan juga membuang mineral-mineral yang berbahaya dalam badan.

Ia juga membantu masalah gout dan mengurangkan kolestrol dalam darah.

🍃GARLIC : Sebagai Pencuci Darah

GARLIC bertindak untuk mengeluarkan raksa merbahaya dari dalam badan dengan pantas. Selain itu, logam toksik yang lain seperti kadmium dan plumbum akan menaikkan tekanan darah jika tidak dibuang.

Garlic mampu untuk menyahkan logam toksik.

Garlic Shaklee tak sama seperti yang terdapat dipasaran, kerana bahan aktif yang menjadikan garlic ni superpower dalam kesihatan awet muda, antibakteria, antifungal dan antibiotik semulajadi iaitu Allicin masih terpelihara kerana proses penghasilannya dalam suhu yang rendah.

🍃DTX Complex : Pencuci Hati

Hati merupakan organ kedua terbesar selepas kulit. Asap rokok menjadi punca utama hati menjadi bertoksik.

Kandungan ekstrak biji benih pokok susu tisel dan cendawan Reishi yang tinggi kandungan antioksidan adalah merupakan ramuan utama dalam penghasilan DTX Complex dan menjadikannya sangat istimewa.

Dimana ianya berfungsi untuk menyokong keupayaan badan menghasilkan protein bagi menjana semula sel-sel hati yang telah rosak.

🍃HERB-LAX : Pencuci Usus

Bertindak membersihkan usus kita daripada sisa lemak dan toksik yang melekat di dalam usus atau pun kolon.

Herb-lax bertindak untuk merangsang usus mempercepatkan proses detox dan pembersihan secara lembut iaitu membuang najis-najis yang tersekat ataupun tersimpan lama.

Selain itu, Herb-lax juga memang tak dapat disangkal lagi keberkesanannya untuk menghilangkan bau badan, melegakan sembelit, mengurangkan masalah jerawat dan membolehkan usus berfungsi lebih baik.

🍃NUTRIFERON : antiparasit/penghalau parasit

Terdiri daripada campuran Pumpkin seed, Safflower flowers, Plantago seeds dan Japanese honeysuckle flower buds.

Pumpkin seed telah digunakan sejak dulu lagi sebagai ubat cacing yang berkesan dan pengambilan interferon juga dapat merangsang penghasilan interferon semulajadi sebagai perisai dari dijangkiti kuman merbahaya.

Jom mulakan DETOX kita sekarang.. dan hidup dengan lebih sihat dan bebas parasit.

Order sekarang set detox korang dengan akak @ 013 -416 4992 dan akak akan sharekan tips dan jadual utk melakukan detox parasit dengan betul dan berkesan!

Eja Abu Bakar | 013- 416 4992
Penghantaran Seluruh Malaysia

Monday, 18 July 2016

Kelebihan Jadi Member Shaklee & Mudahnya Shaklee2u

with 0 Comment

Dulu masa mula-mula makan suplemen Shaklee ni akak cuma menjadi pengguna jer tak join member pun, sebab akak ingat benefit dia cuma dapat diskaun pada harga produk jer.


Akak silap!! Rupa-rupanya banyak sangat benefit jadi member Shaklee ni.


Pasal dapat diskaun 15-20% bila jadi member korang dah tahu kan?


Meh akak citer apa lagi yang tersirat disebalik menjadi member Shaklee.


Tahu tak... sebaik saja korang register sebagai member Shaklee dengan harga RM79 dan dapat ID SHAKLEE automatik korang dah jadi agen / pengedar shaklee (SID) yang sah.


Maknanya, korang dah boleh berniaga dah boleh start biz dengan produk Shaklee. Tak yah keluar riban-riban nak jadi stokis bagai.


Tapi kalau tak nak berniaga pun tak pa sebab korang boleh guna sendirikan produk Shaklee ni. Setiap pembelian produk akan dapat point and kalau banyak belian...maka banyaklah point.. dan layaklah korang dapat cash back bonus.


Best ke BEST? ... Eh jap ada lagi..


Bila menjadi menjadi member automatik juga korang layak untuk mendapat insentif lain yang ditawarkan Shaklee ...macam car bonus, VIP trip & Konvensyen dalam dan luar negara. Bila kata VIP maknanya memang VIP ... duduk hotel 5 bintang.. makan & minum ditanggung ... senang citer bawak diri jer

.

Lagi satu, bila jadi member Shaklee ni korang boleh tambah ilmu nutrisi menerusi kelas-kelas yang dianjurkan oleh pihak Shaklee.


Nak tambah ilmu dalam biz pun boleh... online ke offline ke... ramai mentor-mentor yang ada dalam group shaklee ni yang sudi menurunkan ilmu mereka.


Kelebihan sebagai member Shaklee jugak adalah korang boleh mewariskan perniagaan shaklee yang dibangunkan kepada anak-anak bila kita dah tiada nanti.


Korang selalu tak ada masalah bila nak beli sesuatu produk? Nak ke pm lah.. wasap lah.. kengkadang tu lambat sangat nak dapat reply.


Tapikan.. kalau jadi member Shaklee korang boleh beli sendiri produk yang korang idamkan bila-bila masa dan dimana-mana saja dengan Shaklee2u.


Sebut mengenai Shaklee2u ni kan.. akak pun suka beli barang melalui online jugak lebih-lebih lagi produk Shaklee. Bukan apa jimat masa, tenaga & masa... duit nak bayar parking dan minyak kereta pun tak yah keluar.


Sebenarnyakan dulu kalau nak beli produk Shaklee kita kena pergi branch atau hq baru boleh dapat barang. Tapii.. bila pihak Shaklee melancarkan Shaklee2u, akaklah orang yang paling happy sangat!


Sebab apa?


Sebab akak tak yah bersesak-sesak & beratur panjang-panjang nak beli produk Shaklee.


Kos Efektif semestinya! Mau idak... petrol free, tol free, parking free ... duduk atas katil, baring-baring pun boleh order barang. JIMAT!


Masa akak pun tak banyak terbuang kat atas jalan nak pergi hq atau branch... mau tak nya nak kena menghadap jem lagi... nak rushing ambik anak-anak balik sekolah lagi. Sekarang ni,  masa "tu" akak boleh spend dengan anak-anak main masak-masak atau pun gi main kat playground.


Tapi yang paling best bila ada Shaklee2u ni akak tak yah pening nak cari kotak, nak balut, tulis alamat, pergi pejabat pos bagai.. Cukup dengan klik butang belian & buat bayaran then barang dengan selamatnya sampai ke destinasi.


Pendek kata Shaklee2u ni memang memudahkan dan membantu biz shaklee akak lebih berkembang ke seluruh pelusuk negeri.


 Cuba bayangkan, akak tengah dalam wad bersalin pun masih boleh ambik order dan penghantaran produk masih berjalan seperti biasa. Hebat tak hebat penangan Shaklee2u ni.


SELAMAT... memang selamat! Mana tak nya kalau akak nak kena pergi hq atau branch untuk membeli produk akak berhadapan dengan risiko untuk diragut atau accident. Bila akak buat belian melalui Shaklee2u, akak tak perlu keluar rumah pun ... yang penting internet kena ada!


Jadi? Korang rasa best ke BEST jadi member Shaklee dan boleh buat belian melalui Shaklee2u.


MESTILAH BEST!!


Jom join akak sekarang jadi member Shaklee dan rasai BESTnya jadi member Shaklee!


Call/ Wasap akak @ 013-416 4992 | Eja Abu Bakar... dan jadilah #anakkuwirakushaklee.


Eja Abu Bakar | 013- 416 4992
COD Taiping & kaw. Sekitar.

Anda mungkin berminat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.