Tuesday, 21 October 2014

Tips dan cara atasi masalah mudah lupa

with 0 Comment
Assalamualaikum...

Ok, mungkin sesetengah dari kita mengalami sindrom mudah lupa atau kurang daya ingatan tapi bukan nyanyuk yea. Mesti pernah terjadi situasi macam ni :

" Eh, mana kunci ni?" atau  "Mana pulak pen ni tadi?" atau " Alamak handphone tertinggal" atau "Lampu dalam bilik tadi dah tutup ke belum?"

Jangan risau, meh sini saya nak kongsikan tips dan cara atasi masalah mudah lupa ni

Tidur
Tidur yang lena adalah sangat membantu dalam mengatasi sindrom mudah lupa. Masa tidur tu, otak akan memproses segala maklumat-maklumat yang masuk tadi untuk dijadikan memori dalam otak bila anda perlukan maklumat tersebut. Wah hebat bukan? 

Buat student yang terlalu sibuk belajar, tidurlah sekejap untuk refresh balik memori. Kajian telah menunjukkan, sesiapa yang tidur sebentar 30 minit selepas belajar benda baru akan lebih cepat untuk ingat apa yang dipelajari.

Kurangkan Stress
Carilah jalan untuk kurangkan stress. Untuk non-muslim, boleh meditate. Untuk yang muslim? Solat. Solat melatih kita berdisiplin dan membentuk jati diri kita. Begitu juga dengan amalan kerohanian seperti berzikir, bertahjud,membaca Quran dan sebagainya. Ini semua adalah 'makanan' yang berzat untuk otak kita supaya tidak mudah lupa. Selain itu ia dapat mengelakkan kita mudah hilang arah tujuan. Kita juga akan menjadi lebih fokus dengan apa yang kita sedang lakukan.. Mudahkan.

Senaman dan aktiviti fizikal
Melakukan senaman dan aktiviti fizikal(seperti berjalan, jogging, naik tangga bukan naik lift yea) secara rutin dapat menyihatkan jantung, kurangkan risiko obes dan diabetes kerana senaman ini dapat memperbaiki aliran darah ke otak dan menyebabkan kurangnya pengecutan otak yang menjadi punca mudah lupa

Letak barang-barang pada tempatnya
Supaya tidak lupa, ingatan kita juga perlu kepada sesuatu kedudukan barang yang biasa bagi membolehkannya berfungsi dengan baik. Contohnya, letakkan kunci, cermin mata, payung, remote control atau sebagainya di tempat yang sama setiap masa, jangan selalu diubah-ubah sana sini. Jika selalu ubah barang-barang yang digunakan setiap hari, boleh memeningkan kepala untuk mencarinya, terutama sekali kalau hendak cepat. Jika tenang dan fikirkan semula urutan kejadian tanpa gopoh, otak mampu berfungsi mengingatinya.

Bagi memudahkan diri sendiri tidak lupa sesuatu perkara, temu janji atau peristiwa, buatlah nota peringatan.

Makan makanan untuk kuat ingatan
 Makan makanan sunnah seperti kismis dan kurma  juga bagus untuk menguatkan daya ingatan kita. Kajian menunjukkan, orang yang makan buah atau minum jus blueberries setiap hari telah meningkat tahap memori mereka especially orang tua. Bahan unik yang dinamakan Polyphenols yang ada di dalam buah tersebut telah membantu mengaktifkan saraf neurons dalam badan dan berhubung antara satu sama lain. Amalan pemakanan vitamin untuk menguatkan daya ingatan juga dapat membantu atasi gejala mudah lupa. Jom kita tengok apa vitamin untuk masalah mudah lupa ini:

 Omega guard
vitamin untuk kuatkan daya ingatan

   - Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. 
    -DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
    -Shaklee OmegaGuard TM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard TM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
    Dalam bahasa yang mudah pengambilan Omega Guard dapat membantu kita untuk meningkatkan kecerdasan otak, mudah mengingati dan lebih fokus.


B Complex
vitamin untuk kuatkan daya ingatan

    Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang).
    Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu pelajar berfikiran positif sentiasa (mood baik dan ceria) bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik pemikiran & daya menumpuan akan lebih baik. 
    Vitamin B juga dapat melahirkan wajah yang cantik berseri dan tidak kusam.


Lecithin 
vitamin untuk kuatkan daya ingatan

    Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf. Soya lecithin merupakan sumber utama kolina.
    Lecitin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine.Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dan lain-lain. 


Sifat lupa itu adalah normal.  Jadi tidak perlulah susah hati atau bermuram sekiranya kita ini adalah seorang yang mudah lupa. Tetapi janganlah kita berputus asa untuk atasi masalah mudah lupa ni.

 Umumnya daya ingatan atau kemahiran kognitif seseorang itu akan berkurangan secara beransur-ansur selepas umur 27 tahun. Namun begitu, beberapa usaha boleh dilakukan untuk melambatkan penurunan kognitif ini dan seterusnya dapat meningkatkan semula daya ingatan, di samping dapat menghindari penyakit Alzheimer dan nyanyuk yang lain.

Segalanya terletak pada diri kita sendiri sama ada mahu melakukannya ataupun tidak. 


Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Noraiza Abu Bakar
♥ sms/whatsApp:  012 - 617 8480

Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.




Saturday, 18 October 2014

Basic H Shaklee Pencuci serbaguna yang wajib ada!

with 0 Comment

Mungkin ramai yang tak tahu yang Shaklee ada menghasilkan produk untuk peencucian serbaguna, iaitu Basic H.

Walaupun ia diperkenalkan sebagai bahan pencuci serbaguna untuk seisi rumah, tapi sebenarnya banyak lagi kegunaan Basic H. Dari mencuci lantai sehinggalah dijadikan sebagai antiseptik.

Antiseptik? Ya, Basic H boleh juga dijadikan sebagai antiseptik kerana ia dihasilkan dari serpihan-serpihan vitamin Shaklee dan mempunyai molekul yang sangat halus dan lebih lembab dari air,  maknanya ia lebih bersih dari air dan mampu menjangkau ketempat lebih sempit yang molekul air tak mampu melepasi.

Sebagai bahan pencuci serbaguna organik, Basic-H juga sangat lembut dan dapat mencantikkan kulit tangan.

Kandungan utama Basic H2 adalah minyak jagung dan minyak kelapa. Ianya bebas bahan kimia dan sebarang toksin

Antara kelebihan atau 1001 kegunaan BASIC H Shaklee

• Mencuci dan membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia.
• Mencuci dan membersih ikan, ayam, daging, makanan laut daripada bahan awet.


• Mencuci dan membersih makanan basah spt. Mee kuning, kuehtiau dsbnya daripada bahan awet.
• Mencuci dan membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak).
• Mencuci dan membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dan etc.
• Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dan etc.
• Mencuci dan membersih lantai serta alat permainan.
• Menanggalkan gula-gula getah pada baju dan etc.
• Mengasah pisau.
• Membersih dakwat pen pada tangan, baju dan etc.
• Menghapuskan kutu di atas kepala.
• Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas.
• Menghindarkan dan membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dan etc.
• Demam panas (sebelum berjumpa doktor).
• Sakit gigi.
• Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit).
• Ulser dan mulut berbau.
• Penyubur tanaman dan penggembur tanah.
• Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dan etc.



Basic H sangat berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak .Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air. Dengan hanya berharga RM47 sebotol anda boleh mempelbagaikan kegunaannya dan juga anda dapat berjimat.

Produk Mesra Alam
Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa.
Biorosot
Tanpa fosfat
Bungkusan yang boleh kitar semula
Tanpa bahan pewarna
Selamat untuk sistem septik dan pembentungan`


Jika anda ingin memiliki Basic H boleh klik pada ikon dibawah. Sememangnya produk ini wajib ada di setiap isi rumah. Always safe and work!




















Daun Semambu dan chicken pox

with 0 Comment
Aduhaiii lah selepas anak-anak dah baik demam campak aka chicken pox dah jangkit ler pulak kat mak nyer....huhuhu dulu masa kecik-kecik memang tak pernah kena chicken pox ni tu lah sebabnya bila dan tua boleh jangkit kat omaknya.

Bila kena chicken pox ni almaklum sajalah...badan terasa lemah, sengal-sengal dan yang paling tak tahannya gatal. Kalau setakat lemah dan gatal-gatal tu minum performance drink dah settle...tapiii masalah gatal ini aduiiyaii. Orang tua-tua kata ambik daun semambu buat mandi bagi hilang gatal-gatal kat badan.

Masa anak sulung saya kena chicken pox memang cergas saya suruh husband pergi cari daun semambu untuk dibuat mandi. Tapi memang susah nak cari daun semambu sekarang ni...oh ya daun semambu ni juga dikenali sebagai daun neem.

Pusing punya pusing dapat juga lah suami saya bawak balik daun semambu,Tapi kalau dah sebulan satu family kena chicken pox malu juga nak mintak daun semambu kat pokok orang kan. Pikir punya pikir baru teringat yang Shaklee ada produk yang sesuai iaitu Basic H.

Walaupun ramai yang mengenali basic H ni sebagai bahan pencuci tapi ramai yang tak tahu sebenarnya basic H ni pelbagai fungsi. Kalau nak tahu lebih tentang Basic H boleh klik SINI.
Basic H ni lebih kurang kegunaannya macam dettol tapi lebih bagus sebab Basic H dihasilkan dari serpihan-serpihan Vitamin Shaklee yang sangat halus molekulnya dan lebih lembab dari air.

Jadi sekarang ni saya gunakan Basic H sebagai ganti untuk daun semambu untuk mandi. Apa yang menariknya penggunaan Basic H ni mempercepatkan proses pengeringan bisul akibat chicken pox dan kulit saya rasa lebih lembab dan licin. Rasa gatal pun dah kurang.


inilah antara komen mereka yang telah menggunakan Basic H sebagai mandian


Jika anda mempunyai sebarang persoalan bolehlah Sms/whatsapp/ Telegram @ 012 617 8480

oh ya kalau anda ingin mencuba Basic H ni boleh buat belian terus dengan klik kat bawah ni




Friday, 17 October 2014

Jom buat sendiri DIY play doh

with 0 Comment
Disebabkan anak-anak saya sekarang ni semuanya mengalami demam campak aka chicken pox yang tak membolehkan mereka bermain diluar makanya saya perlulah mencari aktiviti untuk anak-anak ni. 

Kesian pulak tengok asyik teperok jer dalam rumahkan dan dari asyik jer tengok televisyen tu ada baiknya buat apa-apa aktiviti yang boleh mengembangkan minda.

Antara aktivitinya adalah DIY play doh! Setelah digodek-godek jumpalah resepi membuat playdoh ni. Tak sangka sungguh rupa-rupanya senang sangat nak buat plau doh! Guna barang yang ada kat dapur jer ... memang jimat!! Anak-anak kita pun boleh buat sendiri cuma perlukan sedikit jer bantuan dari parents. :)

Anak-anak saya memang suka sangat bermain dengan play doh aka "plastesine" ni. Kalau dapat main dengan play doh macam-macam bentuk yang dibuatnya.

Play doh ni sebenarnya bagus untuk perkembangan anak-anak kecil terutamanya dalam perkembangan motor fizikal seperti menulis. Mereka dapat mempamerkan kreativiti dan mengembangkan idea dengan menggunakan play doh ni. Selain dari kita membekalkan vitamin tambahan seperti omega guard, Mealshakes dan Vit C chewable untuk perkembangan minda dan tumbesaran penggunaan medium pembelajaran seperti playdoh juga turut membantu.

Untuk resepi ni anda memerlukan :

2 cawan tepung serbaguna 
1/2 cawan garam
1/2 sudu besar cream tartar ( kalau tak de pun tak pe)
1/2 sudu besar minyak 
1/2 cawan air panas (pastikan air betul-betul panas)
pewarna makanan 


cara-caranya:

1. campurkan kesemua bahan (tepung, garam, krim tartar, minyak) kecuali air didalam satu mangkuk besar. Gaul rata.

2. Kemudian, campurkan setitis dua pewarna makanan (warna ikut suka) kedalam air dan kacau rata. Kemuadian tuangkan kedalam adunan kering tadi.

3. Gaul sehingga adunan menjadi doh licin dan tak melekat. Tadaaaa!! Dah siap ...apa lagi jom main!

Tips: Simpan adunan doh dalam bekas bertutup.

Tengoklah muka anak-anak ni walaupun tengah sakit chicken pox tapi sekali dapat main dengan playdoh hilang semua sakit


semangat budak kecik ni ...heheh

untuk sebarang pertanyaan bolehlah sms/whatsapp/telegram @ 012 617 8480



Monday, 13 October 2014

Cara buat Masker dengan ESP

with 0 Comment
Sebut pasai masker nie memang ada macam-macam resepi nak buat masker. Ada yang gunakan kulit kayu manis dengan madu, ada yang guna putih telur. Tapi kali ni saya nak kongsikan resepi masker yang menggunakan ESP!

Oleh kerana ESP ni dari sumber kacang soya jadi sesuai sangatlah untuk dibuat masker terutamanya kalau nak mencerahkan dan mengecutkan jerawat. Penggunaan masker sebenarnya dapat mengelakkan kulit muka dari menjadi kering disamping membantu membuang sel-sel yang telah mati.

Selain itu pentingnya penggunaan masker adalah untuk membantu membersihkan selaga kotoran yang melekat diwajah dan menyumbat liang-liang pori iaitu punca terjadinya jerawat. Penggunaan masker ESP dapat membantu wajah menjadi kembali segar dan memperbaiki kondisi kulit yang telah rosak.

Jom tengok antara resepinya

Resepi Masker ESP dan Yogurt
Bahan-bahannya:
1 cawan yogurt asli (plain yogurt)
1 sudu besar ESP

Caranya: 
Campurkan kedua-dua bahan tadi bersama dan gaul sehingga sebati.
Kemudian sapukan mask tadi diseluruh wajah dan leher. Biarkan selama lebih kurang 15-20 minit atau sehingga kering.
Basuh muka dengan air suam.
Lakukan sekurang-kurangnya 3x seminggu untuk hasil yang terbaik.
Tips: Sebaik-baiknya lakukan memakai mask selepas mandi waktu pagi.


Resepi Masker ESP dan Oat
Bahan-bahannya:
1 sudu teh ESP
1 sudu teh Oat
1 sudu besar susu segar


Caranya:
Satukan kesemua bahan dalam satu mangkuk. Kacau sehingga sebati.
Sejukkan sebentar bahan tadi...kalau tak sejukkan pun tak pe tapi kalau sejuk kesan terapi dia lebih sikit ler..
Kemudian sapukan pada keseluruhan wajah dan leher.
Biarkan selama 15-20 minit atau sehingga kering. Kemudian bilas dengan air.

Tips: Lakukan urutan pada muka semasa bilasan untuk memperbaiki peredaran darah pada kulit wajah dan meremajakan kulit.

Untuk sebarang pertanyaan atau kosultansi PERCUMA sms/whatsapp @ 013  416 4992

Sunday, 12 October 2014

ESP , Vit E dan Vita C selesaikan masalah jerawat

with 0 Comment
Biasanya kalau ada masalah kulit terutamanya kat muka contohnya jerawat, kulit kusam, bintik-bintik hitam, jeragat solution yang mula-mula terlintas nak cari produk skin carekan...kalau boleh nak yang paling cepat boleh hilangkan segala masalah kat muka tu...

Percayalah...saya pun pernah alaminya..hehehe kalau boleh hari ni pakai esok nak segala jerawat dah hilang!! Tapi tu lah, biasanya tak menjadi pun kengkadang tu pakai skin care yang tak sesuai dengan kulit menambahkan masalah jerawat lagi adalaa...

Bila godek punya godek rupanya masalah macam jerawat, kulit kusam, bintik-bintik hitam, jeragat semuanya berpunca dari masalah hormon dalam badan...huhu patutlah selama ni kalau pakai skin care yang paling mahal pun berkesan kejap jer rupa-rupanya skin care ni solution untuk sementara jer.

Jadi bila dah try product rawatan dalaman aka vitamin...sedikit demi sedikit masalah kulit diwajah makin berkurang dan bertambah berseri pulak muka neh...mood perasan jap...tapi memang kena sabar la sikitkan sebab makan vitamin ni bukan macam pakai skin care...banyak benda nak kena repair masalah dalaman ni baru nampak hasil dia...yea lah kalau dah makin tua ni makin banyaklah masalah dalamannya... ni produk yang saya makan ESP Shaklee dan Vita C sustained release untuk merangsang pembentukan semula kolagen dalam badan dan Vit E untuk menghilangkan parut-parut jerawat... kalau nak tau lebih lanjut pasai ESP boleh baca kat SINI.

Ni adalah antara beberapa tips untuk bebas jerawat

  • Pastikan wajah sentiasa dalam keadaan bersih.
  • Jangan terlalu kerap menggunakan mekap yang tebal di wajah.
  • Bersihkan wajah dengan sempurna setiap kali selepas mengunakan mekap.
  • Cuci wajah sekurang-kurangnya 3 kali sehari dengan air suam dan gunakan pembersih yang sesuai untuk kulit wajah yang berminyak dan berjerawat. Lakukan dalam urutan berputar.
  • Jangan lakukan urutan atau pembersihan yang berlebihan kerana ia akan menyebabkan iritasi.
  • Elakkan daripada memicit jerawat dengan kuku! Memicit jerawat akan menyebabkan kulit menjadi bengkak, merah dan berparut.
  • Jagalah kebersihan rambut dan tangan kamu. Jangan menyentuh wajah dalam keadaan jari yang kotor. Sebaiknya bersihkan tangan sebelum menyentuh wajah.
  • Hentikan menggunakan mekap ketika wajah masih berjerawat.
  • Sering berganti tuala pengelap wajah pastikan tuala tersebut lembut dan bersih.
  • Lindungi kulit dari sinar matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.
  • Jika jerawat tumbuh di bahagian belakang badan, pakailah pakaian yang longgar, ringan dan dapat menyerap peluh.
  • Kurangkan memakai skarf dan topi kerana ia sering menjadi tempat terkumpulnya minyak dan debu.
  • Dapatkan nasihat doktor sekiranya jerawat tidak berkurangan.
  • Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan berkalori.
  • Amalkan supplement tambahan semulajadi seperti Energizing Soys Protein ESP , Vita C sustained Release dan Vitamin E Shaklee

untuk mendapatkan ketiga-tiga produk dengan segera anda boleh klik link dibawah





Friday, 10 October 2014

Esp Supplemen untuk Gastrik

with 0 Comment
Anda pernah tak mengalami rasa pedih perut dan ulu hati? Dada terasa panas? Inilah salah satu tanda yang biasa dialami oleh pesakit gastrik.

Gastrik atau gastritis adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut. Kebiasaannya keradangan berlaku disebabkan oleh amalan tabiat pemakanan iaitu memakan yang tidak mengikut waktu.

 Sebagai contoh waktu makan tengah hari anda biasanya pada pukul 12.30pm tapi disebabkan kekangan masa bekerja anda skip waktu makan dan makan pada pukul 2.00pm atau 3.00pm, jika amalan skip waktu makan ini diteruskan boleh menyumbang penyakit Gastrik.

Dan jika dibiarkan boleh menyebabkan anda mendapat penyakit yang lebih serius iaitu peptic ulcer atau ulser perut. Jadi jika anda belum mendapat penyakit Gastrik elakkan skip waktu makan anda.... dan jika anda terlampau sibuk anda boleh mengambil Mealshake sebagai ganti makan tengahhari anda.

Berbalik kepada masalah Gastrik...masalah gastrik ini akan menjadi lebih teruk jika anda sseorang yang suka merokok, suka makan nenas, makan mee segera, suka makan jajan, minuman bergas, makan makanan yang terlalu pedas atau terlalu banyak mengambil ubat penahan sakit.

Tanda-tanda penyakit Gastrik adalah seperti:
  • Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan.
  • Kadangkala sakit kepala diikuti dengan rasa loya atau mual dan perut merasa sebu serta hilang selera untuk makan. 
  • sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen) yang kadang kala teramat sakit
  • kembung perut, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan

dan jika anda membiarkan Gastrik ini sampai keperingkat yang teruk sehingga berlakunya ulser perut anda akan
  • mengalami muntah yang kadang kala berwarna kuning dan kadang-kadang ada darah dalam muntah
  • dan najis anda akan berwarna hitam seperti tar.
Jadi saya nak kongsikan kepada anda tentang khasiat produk shaklee yang mampu membantu menyembuhkan penyakit Gastrik anda.

Kenapa produk Shaklee? Bagus sangat ke?

Untuk merawat masalah Gastrik terutamanya di bulan puasa anda memerlukan ESP. Apa tu ESP? anda boleh baca diSINI.

ESP dapat membantu mengatasi masalah gastrik dengan 2 langkah serentak iaitu:

1. Mengurangkan keasidan dalam perut yang disebabkan oleh asid hidroklorik yang dihasilkan oleh perut. Ini kerana ESP yang bersifat alkali akan mengimbangkan kandungan asid dalam perut dan mengurangkan hakisan yang berlaku pada dinding perut.

2. 20 jenis zat asid amino yang terkandung dalam ESP akan membina semula sel dan tisu baru untuk dinding perut.

Dan apa yang lebih baik adalah pengambilan ESP akan membuatkan perut anda merasa kenyang lebih lama kerana ia lambat dihadam. Ini bermakna perut anda tidak akan merembeskan asid hidroklorik!

Apa yang lebih penting adalah anda tak perlu lagi skip lunch anda! Insyallah anda akan nampak kesannya dalam masa yang singkat sahaja.

Jika anda ingin mendapatkan ESP anda bolehlah sms/whatsapp/telegram @ 012 617 8480 atau anda boleh jugak mendapatkan secara on-line dengan klik di bawah

Anda mungkin berminat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.