Sunday, 20 September 2015

Korang Tau Tak Kenapa Shaklee Tak Berkesan?

with 0 Comment
Dah banyak duit dilaburkan untuk membeli supplement. Dari brand Abc sampailah ke brand Shaklee.

Indah khabar dari cerita sebenar...dalam fb, IG, blog semua kata yang bila makan vitamin Shaklee sememangnya BERKESAN! Kesannya memang menakjubkan mampu menguruskan badan, hilangkan jerawat, menambah susu badan dan macam-macam lagilah.

Kita yang baca pun teruja jer nak mencuba lepas baca testimoni kesan Shaklee ni.
Tangan pun mulalah gatal menaip "pm" kat fb empunya SID Shaklee. Disebabkan tak sabar mendapat kesan Shaklee seperti yang digembar gemburkan...maka dicari SID Shaklee yang boleh COD. Hati berbunga-bunga bila SID Shaklee kata boleh COD pada hari sama.

Disebabkan terlalu excited nak dapatkan kesan Shaklee apa yang SID Shaklee tu bagi tahu pun tak berapa ambik kisah. Selepas seminggu makan vitamin Shaklee, eh..kenapa macam tak berkesan jer Shaklee ni? Sama jer rasa tak de perubahan apa pun. Lantas jari jemari laju mencari nombor SID Shaklee yang COD hari tu dalam wasap.

" Salam sis, last week saya ada beli ESP , Vitamin E dan Vitalea dengan sis. Saya nak tanyalah kenapa Shaklee ni tak berkesan yea? Dah seminggu saya makan tak nampak kesan pun?"

Inilah jawapan yang diberi...menyesal sangat...

"Sis, ikut tak jadual pengambilan dan cara pengambilan seperti yang saya bagi?"
Dalam kepala berlegar-legar mencari apa yang SID Shaklee ni bagi tahu masa dia COD haritu..

" 1. Pengambilan Air Kosong 3L sehari
Penting yea Sis...air kosong ni dapat membantu penyerapan vitamin dengan lebih baik...sekaligus membolehkan keberkesanan Shaklee dapat dilihat dengan cepat!
Lagi satu sis, air kosong ni juga penting untuk detox sebab tanpa air toksin tak dapat dikeluarkan dari badan melalui proses perkumuhan.

 Lagi pula bahan asas yang paling utama dalam badan kita untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan adalah air. Dengan kandungan air yang mencukupi dalam badan membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada seluruh sel badan."

Ermm...patutlah Shalee tak berkesan.. Selama ni banyak minum air tapi air manis ...rupanya air manis atau bergula ni akan meningkatkan kepekatan darah dan melambatkan penyerapan vitamin.

" 2. Makan Vitamin Shaklee ikut jadual.

Sis jangan makan semua vitamin sekali gus tau pada satu masa.  Sis makan ikut jadual yang diberikan tau...jadual pemakanan ni disediakan oleh perunding nutrisi Shaklee.

Ini bagi mengelakkan kepekatan darah dalam badan meningkat secara mendadak. Pengambilan vitamin Shaklee mengikut jadual dapat memastikan vitamin dapat berfungsi dengan efisien dan mengelakkan dari membebankan buah pinggang kita untuk bekerja memproses nutrien dalam badan.

3. Pengambilan Kafein...

 Sis elakkan ambil vitamin dengan minuman berkafein ok, kafein ni boleh menggangu penyerapan vitamin...membazir jer sis ambil vitamin sebab badan tak dapat serap pun nutrien dari vitamin sis makan tu.

4. Lagi satu sis, kalau sis ada ambil ubat dari hospital elakkan ambil serentak dengan vitamin Shaklee. Ubat dengan vitamin Shaklee tak sama yea sis.
Jika ambil bersama boleh menimbulkan kecelaruan dalam tubuh dan menyebabkan gangguan penyerapan yang efisien. Sebaik-baiknya jarakkan pengambilan antara vitamin Shaklee dan ubat-ubatan antara 2 ~ 3 jam

5. Ambil vitamin Shaklee secara konsisten.
Kesan vitamin Shaklee keatas tubuh adalah perlahan dan tidak sama bagi setiap orang sis. Sebab tu sis kena konsisten dalam pengambilan vitamin.

Kadang-kadang orang yang tak pernah mengambil vitamin mungkin mengalami sedikitVitaleag crisis. Sis jangan takut ...Healing crisis bermakna yang badan kita sedang bertindak balas dengan vitamin dan mengalami proses pemulihan.

Beri masa antara 3~6 bulan untuk tubuh kita memperbaiki kerosakan pada sel-sel yang rosak dan memberikan sis peluang benar-benar merasai keberkesanan Shaklee.

Untuk Vitamin E dan Vitalea ada Pantang Larang pemakanan tau sis.

Vitamin E tak boleh diambil bersama vitamin Alfafa. Maksudnya jika sis ambil vitamin E pagi jadi ambil Alfafa petang.

Dan bagi Vitalea pula elakkan samasekali mengambil bersama susu atau minuman yang mengandungi susu. Ini kerana Vitalea Shaklee didatangkan bersama zat besi, dimana kalau diambil bersama susu akan menyebabkan gangguan pada penyerapan zat besi.  "

Memang menyesallah tak dengar betul-betul apa yang SID Shaklee cakapkan ... Bukan cakap jer siap bagi note lagi...tapi ntah letak mana note tu...

So, conclusionnya bukan Shaklee tak berkesan tapi...salah sendiri sebab tak ikut dan ambil kisah cara pengambilan vitamin. Rugi...rugi... Lepas ni kena ikut betul-betullah instruction yang SID Shaklee bagi.. Bukan suka-suka jer diorang bagi note bagai...hehehe.

Yang mana rasa kenapa bila ambil Shaklee tak berkesan tu cer tengok balik note cara pengambilan vitamin ok!

Jika ingin mendapatkan produk dan konsultansi serta panduan pengambilan suplemen dengan betul , terus saja hubungi/wasap ke @ 013-416 4992(Eja Abu Bakar)

Salam ceria... ;)

Pro Sid Anda
~ eja~









Thursday, 17 September 2015

Beza antara Ubat dan Vitamin

with 0 Comment
Korang tau tak yang ubat dengan vitamin ni adalah dua benda yang berbeza biarpun fungsinya hampir sama...tapi tak serupa.

Kenapa saya kata hampir sama... Sebab pengambilan ubat mahupun vitamin adalah bertujuan supaya kita bebas dari penyakit. Cumanya cara kedua-duanya bekerja adalah berbeza dan hasil serta kesan sampingannya juga jauh berbeza.

Sebelum kita cerita lebih tentang cara vitamin dan ubat bekerja dan kesan sampingannya....korang tahu tak apa tu ubat dan apa itu vitamin?

Ringkasnya, ubat dihasilkan oleh saintis secara spesifik mengikut sesuatu jenis penyakit untuk mengubati penyakit tersebut. Setiap satu jenis ubat yang dihasilkan hanya khas untuk mengubati penyakit itu saja.

Manakala, vitamin adalah sesuatu yang telah wujud dalam badan kita secara semulajadi. Dimana kekurangan sesuatu vitamin atau mineral dalam badan akan melemahkan tahap imunisasi badan dan menyebabkan kita mudah terdedah kepada virus. Kita biasanya mendapatkan bekalan vitamin dari sumber makanan kita.

Macam mana dah dapat sikit kenapa antara ubat dan vitamin ni nampak sama tapi tak serupa?

Ubat hanya boleh diambil dengan arahan doktor yang bertauliah dan mestilah mengikut dos yang ditetapkan. Apa terjadi kalau korang ambil dos yang berlebihan? Pastinya kesan sampingan akan ada...dan mungkin boleh membawa maut.

Kebiasaanya, kita akan mendapatkan bekalan vitamin dari sumber makanan seperti daging, ayam, sayuran dan buah-buahan. Namun sekarang kebanyakan makanan yang kita dapati dipasar-pasaraya telah mengalami proses GMO ( Genetically Modified Organism) ditambah pula dengan penggunaan baja kimia dan racun serangga perosak telah menurunkan kadar mineral dan vitamin dalam makanan tersebut. Jadi pengambilan supplement adalah perlu bagi menampung kelompongan nutrien di dalam badan. 

Pengambilan vitamin yang cukup akan membolehkan sel-sel dalam badan kita bertindak memperbaiki sel-sel yang rosak dan menghasilkan sel baru.  Seiring dengan itu sistem imunisasi akan meningkat dan menghalang badan kita dari mudah dijangkiti virus penyakit. Tentulah pengambilan supplement yang berlebihan juga ada kesan sampingan tapi ianya sekadar cirit birit sahaja dan paling teruk pun anda akan mendapat kulit yang licin, glowing muda remaja..;)

Pun begitu, tidak dinafikan penggunaan ubat juga diperlukan bagi merawat dan menyekat penyakit dari menjadi lebih teruk. Ini kerana pengambilan ubat dapat mempercepatkan proses penyembuhan. Sebaliknya pengambilan supplement pula memerlukan masa yang lebih panjang untuk proses penyembuhan ( sebenarnya lebih kepada proses memperbaiki sel yang rosak dan bila sel yang rosak telah dibaiki badan akan menjadi lebih sihat dan bertenaga, sebab itulah vitamin memerlukan masa yang panjang untuk nampak keberkesanannya).

Janganlah pula disebabkan ubat dapat menyembuhkan kita dari sakit dengan cepat maka kita bergantung sepenuhnya kepada ubat. Asal demam sikit ..makan ubat...selsema sikit makan ubat..korang tau tak yang tindakan ini hanya melemahkan imunisasi badan korang?  Yealah...kita tak bagi peluang langsung untuk badan kita bertindak balas dengan virus jahat jadi manalah badan kita tahu kemampuan tahap ketahanannya. Macamlah juga kalau main bola..kalau asyik lawan dengan pasukan sendiri jer mana nak tahu yang pasukan kita ni juara ke tidak? 

Jadi, sekali sekala tu bagilah peluang untuk badan kita menunjukkan kehebatan melawan virus penyakit. Lagi pun sakit tu kan nikmat juga. Bila dah tahu tahap ketahanan badan kita barulah mudah untuk kita menjaganya.

Salam ceria dari
~ aiza ~
0126178480




Friday, 31 July 2015

Pengedar Shaklee Terbaik Taiping

with 0 Comment
 'Now Everyone Can Grab Shaklee!'




Yes! Sekarang semua orang boleh mendapatkan vitamin Shaklee dengan mudah tak kisahlah walau di mana sahaja anda berada!

Kalau dulu hanya orang yang tinggal dikawasan bandar sahaja boleh dapatkan vitamin Shaklee, kini dengan teknologi dan sistem penghantaran yang ada di Malaysia semuanya menjadi lebih dekat and 'Now Everyone Can Grab Shaklee!'

Persoalannya sekarang ni macam mana nak dapatkan vitamin Shaklee ni? Susah ke nak dapatkannya?

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Malaysia secara amnya dan pengedar  Shaklee di Perak secara khususnya. Saya  adalah pengedar Shaklee TERBAIK di Taiping khasnya dengan ID Shaklee 1119387. Ringkasnya, semua penduduk di Malaysia dari Utara yakni Perlis Indera Kayangan sehinggalah ke Sabah Negeri Bawah Bayu boleh dapatkan vitamin Shaklee daripada saya. Seperti yang  saya  katakan tadi semuanya lebih DEKAT and  'Now  Everyone Can Grab Shaklee!'

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Taiping dan Kamunting.




Untuk pengedaran vitamin Shaklee ke seluruh Malaysia saya akan menggunakan perkhidmatan Pos Laju. Modus operandinya mudah sahaja. Anda hanya perlu menghantar pesanan (mesage) melalui SMS/ Whatsapp ke 012-6178480 dan nyatakan vitamin yang  anda inginkan. Sebaik sahaja customer saya membuat pembayaran (bankin/transfer) untuk membeli vitamin Shaklee maka urusan pengeposan pun akan segera diuruskan. Yang paling penting alamat, nama penerima dan no h/p mesti tepat dan betul bagi memastikan kiriman selamat sampai ke tangan pembeli.


Untuk pengedaran di Perak pula juga menggunakan modus operandi yang sama iaitu pos laju. 


Untuk pengedaran vitamin Shaklee tanpa kos pos atau secara cash on delivery (cod) pula ada dua kaedah.

  • Cod di pejabat
  • Cod di rumah


Saya pengedar sah Shaklee di Changkat Jering dan Bagan Serai.

Cod di pejabat hanya dilakukan pada waktu bekerja (8pagi hingga 5petang) sahaja. Kawasan cod ini meliputi seperti berikut:

Sekitar  Taiping, Kamunting, Aulong, Kawasan Perindustrian Tupai, Assam Kumbang dan Kawasan Perindustrian Kamunting. Penghantaran akan dilakukan oleh saya  sendiri. Bagaimanapun masa penghantaran tertakluk pada kelapangan atau 'task planning'  pada hari tersebut.

Cod di rumah pula meliputi di kawasan Taman Saujana, Klian Pauh, Kg Boyan, Taman Panglima, Taman Mewah, Kg Expo, Taman Rakyat, Taman Lela, Bukit Jana dan Changkat Larah.  Kebiasaanya saya akan meminta customer saya membuat pembayaran (bankin/transfer) jika pembelian bernilai tinggi.

Apa yang bestnya saya juga menyediakan cod bersyarat untuk kawasan seperti:

  • Changkat  Jering
  • Trong
  • Lumut
  • Pantai Remis
  • Selama
  • Bagan Serai
  • Bukit Merah
  • Parit Buntar
Syarat utama cod bersyarat ini hanya dilakukan dengan pembelian vitamin Shaklee bernilai RM 250 ke atas sahaja.

* weekdays cod ke rumah akan dilakukan selepas waktu pejabat. Selalunya di  sebelah malam.
* weekend/ public holiday cod akan dilakukan pada waktu siang.


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:


 Noraiza Abu Bakar
♥ sms/whatsApp: 013-416 4992
♥ Emel : delsimoms@gmail.com 
♥ Fb: https://www.facebook.com/marvelousvs sila klik LIKE utk info terkini!


Hidup Sihat! Minda Cergas! Ceria Selalu !

Pengedar Shaklee Taiping

Pengedar Shaklee Terbaik


Saturday, 11 July 2015

Ubat Semulajadi Sakit Sendi, Lutut dan Tulang

with 0 Comment
Pernah tak mengalami rasa sakit lutut, lutut mengeluarkan bunyi berkeriut atau bunyi bising, lenguh-lenguh , bengkak dan merasa tegang? Itu menunjukkan yang tulang-tulang kita menghadapi kehilangan kalsium dan mineral-mineral yang lain.


Jika dibiarkan, Spina yang terdiri daripada tulang-tulang dipanggil sebagai vertebra. Diantara setiap tulang terdapat gel (cakera intervertebral) yang bertindak sebagai kusyen. Batang spina akan  menjadi lebih pendek apabila cakera-cakera beransur-ansur hilang bendalir, menjadi lebih nipis & mampat.
Kemudian sendi-sendi menjadi lebih keras & kurang fleksibel. Bendalir dalam sendi-sendi mungkin berkurang dan tulang rawan mula bergesel antara satu sama lain akhirnya menyebabkan kesakitan pada sendi dan lutut.




Secara kebiasaannya bagi melegakan sakit lutut dan sendi cara berikut dilakukan:
  • Ubat atau Suntikan diambil bagi melegakan kesakitan dan keradangan. Ianya biasa berkesan untuk sementara sahaja. Kebanyakan ubat-ubatan untuk sakit lutut dan sendi mengandungi steroid dan bahan kimia. Penggunaan ubat-ubatan ini secara berterusan boleh merosakkan organ-organ dalaman kita.
  • Pembedahan akan menghilangkan rasa sakit pada sendi tapi ia memerlukan kos yang tinggi dan menyebabkan pergerakan kita menjadi terhad.
 Penjagaan sendi yang sihat memerlukan beberapa nutriens penting. Antaranya

  • Glukosamina Blok pembinaan utama dalam membina tulang rawan dan bendalir sinovia
  • Vitamin C Menghalang kerosakan radikal bebas yang ditemui dalam bendalir sendi pesakit RA & sendi    yang radang.
  • Omega Sebagai agen anti-inflamasi dalam sendi, Melambatkan degradasi tulang rawan, boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi – mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi, bertindak sebagai pelincir – membantu bergerak lebih bebas apabila sendi-sendi berkeriat-keriut & sakit
  • Kalsium & mineral Penting dalam membina sel tulang yang sihat


ADVANCE JOINT HEALTH tablet atau ringkasannya AJHT dapat menyokong kesihatan sendi yang berpanjangan. Ia merupakan ubat untuk masalah sakit sendi yang paling HOT dalam semua produk SHAKLEE.

Ramai yang telah menggunakan AJHT memberikan feedback sakit sendi mereka hilang dalam masa 5 hari selepas penggunaan.


Penyakit sakit sendi bukan dialami oleh orang tua saja malah sekarang ramai dikalangan orang-orang muda turut mengalaminya. Masalah berat badan dan atlet sukan yang banyak menggunakan sendi secara berlebihan juga akan mengundang berlakunya sakit sendi.

Mengapa perlu menanggung rasa sakit jika ada penyelesaiannya?

 AJHT merupakan ubat yang paling selamat untuk mengurang dan memperbaiki masalah sakit sendi! Ia tidak mengandungi sebarang bahan kimia mahupun streoid berbanding ubat sakit sendi yang lain. AJHT dihasilkan daripada sumber 100% semulajadi. Malah ada segelintir doktor yang menyarankan penggunaan bagi membantu mengurangkan masalah sakit sendi.


Advance Joint Health Tablet(AJHT) menawarkan banyak kebaikan untuk sendi kita. Antaranya:

  • Menyokong keselesaan sendi
  • Membantu kekalkan tulang rawan
  • Memelihara tisu penyambung yang sihat
  • Melancarkan pergerakan harian
  • sangat berkesan, kesan positif selepas 5 hari pengambilan (berdasarkan ujian kllinikal)
  • menghalang pembentukan bahan kimia yang merosakkan tulang rawan
  • anti radang semulajadi
  • dihasilkan dari sumber tumbuh-tumbuhan semata-mata, asli dan semulajadi
  • Memberi kekuatan kepada struktur sendi
  • bertindak seperti kusyen untuk melindungi tulang rawan, juga membekalkan glukosamina (penting untuk binaan tulang rawan dan lendir untuk melicinkan sendi dalam tendon dan ligamen.)
Pengambilan AJHT akan memastikan kita mempunyai tulang rawan dan glukosamina yang cukup bagi kesihatan sendi.

Dengan Advance Joint Health tablet kita akan mendapat sendi yang sihat dari segi:
tulang rawan,:
  • Bertindak sebagai kusyen, sebagai pelindung terhadap sendi
  • Membenarkan tulang-tulang untuk geluncuran atas satu sama lain
Bendalir Sinovia:
  • Sebagai pelincir dalam sendi
  • Memberi khasiat kepada tulang rawan
Komponen lain:
  • Tendon → struktur berserat yang menghubungkan otot pada struktur tulang
  • Ligamen → serat yang fleksibel yang mengikat tulang bersama
Mempunyai tulang dan rawan yang sihat mampu memberikan kita keselesaan dan keceriaan dalam melakukan semua aktiviti yang digemari. Masalah sakit sendi akan membantutkan dan menghalang kita dari melakukan semua itu. Bertindaklah sekarang!

Hubungi saya bagi mendapatkan maklumat lanjut dan tempahan.


Email: delsimoms@gmail.com

No. Hp: 012-617 8480

Shaklee Independent Distributor No 1119387

Kawasan COD: Taiping – Kamunting – Changkat Jering – Batu Kurau

Monday, 15 June 2015

Kurang tidur Boleh Menggemukkan Badan.

with 0 Comment
Kurang tidur tubuh jadi gemuk?

Walaupun ramping itu tidak semestinya cantik, namun ramai orang yang obses menjadi ramping.

Hal ini lebih ketara dalam kalangan kaum wanita.

Tidak dinafikan ada sebilangan orang yang akan kelihatan lebih cantik apabila gemuk atau gedebab. Tapi ini  tak bermakna yang menjadi gemuk itu baik, yang penting kita sihat bukan?

Ada sesetengah orang yang sanggup berjogging setiap hari and skip makan malam semata-mata untuk mencapai matlamat menjadi kurus.

Kalau disebabkan rutin begini mengundang penyakit, adakah ianya berbaloi?

Betulkah dengan kurang makan boleh kurus?
Dari satu segi, memanglah bila kita kurang makan badan akan kurus, tapi kesan daripada langkah ini ialah otot akan mengecut , dan air dalam badan  menjadi kurang. Lemak masih kekal.

Pengambilan pil kurus pula akan menyebabkan selera makan terus hilang. Silap-silap datanglah rasa loya-loya, pening-pening dan hujungnya kesihatan kita terjejas. Hasilnya kurus sekejap jer tapi bila berhenti memakan pil kurus, selera makan datang balik dan jadi gemuk semula.

Kalau macam tu makan buah saja lah!

Makan buah-buahan saja pun mungkin tidak baik sebab badan akan menjadi kurang bertenaga kerana nutrisi tidak lengkap dan seimbang.
Sebenarnya, selain dari bersenam dan mengurangkan makan makanan karbohidrat... Ada banyak lagi kaedah untuk mengekalkan bentuk badan salah satunya ialah dengan mendapatkan tidur yang cukup!

Kurang tidur akan melambatkan metabolisma dan menyebabkan badan kurang menggunakan tenaga.

Jurnal Nutrisi Klinikal Amerika Syarikat menyatakan kekurangan penggunaan tenaga oleh badan akan mengakibatkan berat badan bertambah.

Dalam kajian itu juga menunjukkan bahawa tidur yang terganggu turut menggangu paras Tekanan dan hormon berkaitan lapar ketika berjaga.

So, ladies dapatkan lah tidur yang cukup! Tak mengapa tidur kurang, maklumlah kadang kala tugas seorang ibu yang berkerjaya memerlukan kita berjaga sehingga jauh malam. Tetapi pastikan tidur kita selepas itu adalah tidur yang sangat berkualiti.

Tidur yang berkualiti sebenarnya lebih penting daripada tidur yang lama tetapi penuh dengan mimpi ngeri dan gangguan.

Selain dari apa yang disebutkan diatas, ingin saya cadangkan Cinch Shape up Plan. Ia merupakan plan pengurusan berat badan yang terbaik dan berkesan tanpa mengabaikan keperluan nutrisi badan dan mengelakkan berlakunya kesan yo-yo.


Apa istimewanya Cinch Shape Up Plan?

🏆 Mengekalkan jisim otot tanpa Lemak.
🏆 Hilang berat daripada Lemak
🏆 Terbukti secara klinikal
🏆 Diperkaya dengan Leucine

Secara ringkasnya Cinch Shape up plan ni akan membantu :
🌸 Mengawal rasa lapar
🌸 Meningkatkan tenaga
🌸 Menyokong metabolisma  & memberi kepuasan kepada pengguna.

Cinch Shape up plan menggabungkan pengambilan Cinch Shake Mix, Cinch Energy tea mix, Lecithin dan Herblax.

Cinch Shake Mix membekalkan 24 gram protein, 24 jenis Vitamin & mineral penting dan 6 gram serat larut setiap kali kita meminumnya. Didatangkan dalam 3 pilihan perisa iaitu vanilla, coklat dan latte. Rasanya yang enak seperti menikmati pencuci mulut!

Pengambilan bersama ESP (Energizing Soy Protein) dapat meningkatkan lagi kadar metabolisma dan pembakaran kalori.
Makanan yang kaya dengan protein akan memberikan rasa kenyang yang lama, dimana ia boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan.

Cinch Energy Tea Mix merupakan penggalak tenaga semulajadi yang ditambah taurina untuk meningkatkan tenaga dan ketahanan badan.

Cinch Energy Tea Mix adalah pilihan alternatif terbaik Bagi menggantikan minuman seperti kopi, soda atau manisan untuk menggalakkan kecergasan tubuh.

Lecithin akan membantu dalam pemecahan lemak dan kolestrol. Lecithin juga bertindak sebagai "pembersih salur darah" dan agen perlangsingan  yang menghalang berlakunya obesiti jika diambil dalam kuantiti yang banyak ia akan mempercepatkan proses pembakaran lemak.

Bagi mendapatkan kesan perlansingan yang seimbang Lecithin amatlah diperlukan selain bertindak sebagai pelembut najis yang berkesan. Ianya dapat melembabkan usus dan meleraikan toksin dalam usus.

Kalau kurus tapi perut buncit tak cantik jugakan so untuk perut yang Kempis, Herblax adalah produk yang terbaik untuk membersihkan najis yang tersekat dan juga merangsangkan usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita. Selain itu Herblax juga dapat membantu dalam masalah sembelit.

Ditambah dengan senaman pastinya kita akan memiliki tubuh yang langsing dan sihat! Dipersilakan mencubanya sendiri dengan watsap @ 012 617 8480 untuk mendapatkan produk Cinch Shape up Plan!

Hubungi / whatsapp @ 013 - 416 4992 untuk pertanyaan produk dan konsultansi PERCUMA.

                     CALL/ Whatsapp @ 013 - 416 4992 (Eja)

Saturday, 13 June 2015

Rahsia Labu Kuning dan Resepi Masak Lemak Labu

with 0 Comment


Bila sebut saja labu terbayang isinya yang berwarna kuning dan rasanya yang manis. Kebanyakan orang Melayu suka jadikan labu sebagai sayur masak lemak dan kuih lepat.Sememangnya masakan sayur lemak labu menjadi makanan kegemaran anak-anak saya.

Labu kuning juga boleh dijadikan sebagai makanan awal untuk mengajar anak-anak kita menyukai sayur-sayuran. Selain itu, Labu juga merupakan makanan kegemaran rasul kesayangan kita Nabi Muhammad SAW.

Ketika menikmati keenakkan Labu kuning mungkin kita tak sedar yang ianya tersimpan begitu banyak khasiat untuk kebaikan tubuh!

Antaranya Vitamin A yang merupakan sejenis zat makanan yang penting untuk pertumbuhan dan pembentukan tulang.

Ia menguatkan daya tahan badan untuk menentang jangkitan penyakit terutamanya di bahagian mata, paru-paru, kerongkong dan kulit.

Sayuran yang berasal dari keluarga Cucurbitaceae ini kaya dengan vitamin A yang membantu mengelakkan daripada diserang penyakit seperti masalah kulit, sakit mata, rabun, ketidakseimbangan gula dalam darah, jangkitan penyakit, pembengkakan di bahagian sendi, masalah paru-paru dan sebagainya.

Isi labu yang juga kaya dengan kalsium,fosfurus, zat besi, sodium, potassium, niasin, vitamin B & C dan magnesium berperanan membantu melancarkan fungsi-fungsi limpa.

Manakala biji labu, yang mengandungi lemak dan protein boleh dimakan selepas digoreng pula boleh menghapuskan masalah cacing pita dalam usus, terutamanya di kalangan kanak-kanak.



Jom kita tengok pula resepi Masak Lemak Labu

  • 1/2 biji Labu kuning
  • 1 biji cili merah
  • 2 biji bawang merah
  • 2 sb udang kering
  • 1 cawan santan
  • 2 cawan air
  • Garam dan gula secukup rasa

Potong Labu menjadi kiub sederhana besar dan masukkan dalam periuk.
Tumbuk halus bawang merah, cili merah dan udang kering.
Masukkan ke dalam periuk yang mengandungi Labu tadi dan masukkan air.
Rebus Labu tadi sehingga empuk.
Perasakan garam dan gula.
Masukkan santan biarkan seketika sehingga mendidih dan tutupkan api.

Tips: Untuk mengelakkan masakan cepat basi masukkan sedikit kunyit kedalam masakan.

 Selamat Mencuba!

Saturday, 6 June 2015

Set Ramadhan Instant ESP dan Mealshake

with 0 Comment

Tak sampai seminggu lagi... semua umat Islam akan menyambut Ramadhan. Perasaan gembira bercampur bimbang pun silih berganti.


Syukur padaNya kerana masih lagi diberikan peluang dan kesempatan untuk merasai bulan Ramadhan yang mulia ini. Dalam kepala ni dah mula mengatur menu-menu yang bersesuaian untuk bersahur dan berbuka.

Tuptuptup ... terlintas macam mana kalau terlambat bangun untuk bersahur? Nak panaskan lauk pun tak sempat apatah lagi nak masak! Takkan nak suruh anak berumur 7 tahun yang baru nak berjinak-jinak puasa penuh minum air kosong jer kot. Kalau orang dewasa macam kita ni oklah masih lagi boleh tahan walau sekadar bersahur dengan air kosong jer.

Makanya, Set Ramadhan Instant iaitu gabungan ESP dan Mealshake adalah pilihan yang terbaik dan bijak! Ini kerana minuman berprotin tinggi ini mampu membuatkan:

  • perut kita kenyang dengan lebih lama
  • low glisemik indeks yang akan mengawal paras gula dalam darah, maka kita tidak merasa mengantuk
  • bertindak memberikan instant energy walaupun kita sedang berpuasa tetapi masih perlu aktif membuat kerja disiang hari

Dengan adanya Set Ramadhan Instant , insyallah anak yang sedang berjinak-jinak untuk berpuasa penuh takkan mengeluh keletihan dan kelaparan. Malahan, mereka akan kelihatan lebih bertenaga dan apa yang pasti pengalaman pertama kali berpuasa pastinya menjadi lebih seronok!

Bukan anak saja yang seronok , hati siibu pun pasti tersenyum dan bangga kerana anak yang baru belajar berpuasa dapat melaksanakan puasanya tanpa sebarang rungutan. Yang dewasa pun dapat menjalankan ibadah pada bulan Ramadhan dengan lebih tenang tanpa rasa letih.

Tak boleh tangguh lagi ni...kena dapatkan segera Set Ramadhan Instant dengan cepat @ 012 617 8480. 

 ~~~@ Selamat Menjalani Ibadah Puasa

untuk maklumat lanjut tentang produk dan pembelian produk anda boleh watsapp @ 012 617 8480

Anda mungkin berminat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.